PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.6K photos
2.39K videos
2 files
15.9K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIRI MAJLIS PELANCARAN KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PDRM EDISI PERTAMA 2025

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Edisi Pertama Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Kuliah Gugusan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Pembangunan Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM dengan kerjasama UUM telah bermula sejak awal tahun 2021. Ia bertujuan untuk membangunkan sistem penilaian kompetensi berdasarkan tingkah laku kepimpinan dan pengurusan dalam PDRM, dengan penekanan kepada perjawatan strategik.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSroNtsCw/

Sumber: TikTok PDRMSia_Official

Juruvideo: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/share/v/1AZpN1SuGe/
LIVE: MAJLIS PERASMIAN IPD BESUT

Kini sedang berlangsungnya Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan di pekarangan IPD Besut.

Sumber: Polis Besut

#LiveUpdate
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28042025

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093139179512968&id=100064506887551
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: SUSPEK LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL DITAHAN POLIS

Kuala Lumpur, 28 April 2025 - Rasa tidak puas hati di jalan raya dipercayai menjadi punca seorang penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.20 malam daripada orang awam memaklumkan pergaduhan melibatkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca apabila mangsa berusia 50 tahun menunggang motosikalnya sambil mengelak jalan tidak rata.

"Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan pemandu kereta berusia 37 tahun yang membunyikan hon untuk menegur,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa dikatakan tidak berpuas hati lalu mengejar suspek hingga berlaku pertengkaran di lokasi kejadian.

“Ketika pertengkaran mangsa dipercayai mengetuk cermin hadapan kereta suspek dengan topi keledar hingga menyebabkan kerosakan.

“Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa hingga motosikal mangsa terseret di bawah kereta," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093210496172503&id=100064506887551
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLICE NEED EXTERNAL VIEWS TO BOOST SERVICES

Sintok, 28th April 2025 - Police require input from external parties to boost the security force's standard of service, says Home Minister, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

He said the police force, one of the agencies under the Home Ministry, was open to collaboration with various parties, including universities.

“Police existed even before this university (Universiti Utara Malaysia) was established, bringing with them experience in dealing with issues, including emergencies, communism, religious sensitivities and terrorism.

“The fact that police are willing to collaborate with universities demonstrates a commendable quality.

“Despite their many strengths, they still seek external perspectives to enhance the agency, and we must respect that.” He said this at the launch of the Royal Malaysia Police Leadership Behavioural Competency Dictionary at Universiti Utara Malaysia here yesterday.

Read further on New Straits Times article attached.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093228992837320&id=100064506887551
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 27 April 2025 (Ahad).

Sebanyak 1,590 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 277 kes kemalangan dan tiada kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093308346162718&id=100064506887551
[VIDEO PILIHAN] SPM: KESIAPSIAGAAN KESELAMATAN KEPENGERUSIAN ASEAN - MALAYSIA 2025

Saksikan rakaman wawancara rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, CP Dato’ Baharuddin Hj. Ahmad mengupas lanjut mengenai kesiapsiagaan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia menghadapi Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025.

Sumber: Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://X.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28042025

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093345662825653&id=100064506887551
ARTIKEL PILIHAN: BOLEH KENA TINDAKAN TATATERTIB JIKA TAK “ON” KAMERA BADAN

Besut, 28 April 2025 - Proses pengagihan 7,648 unit kamera badan untuk semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara selesai dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 288 unit diserahkan kepada IPK Terengganu.

Katanya, kamera berkenaan berfungsi untuk menjaga kredibiliti kedua-dua pihak sama ada polis atau orang awam serta boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku pertikaian.

"Jika kamera badan tidak ‘on’ atau tidak dipakai semasa bertugas anggota berkenaan boleh diambil tindakan tatatertib.

"Rekod rakaman kamera badan itu juga boleh dijadikan bukti sah dalam perbicaraan serta prosiding mahkamah," katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1212582/boleh-kena-tindakan-tatatertib-jika-tak-kamera-badan

Sumber: Harian Metro

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093378479489038&id=100064506887551
VIDEO PILIHAN: PERSEMBAHAN KAWAD PATUNG PDRM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK DYMM RAJA NEGERI PERLIS

Ikuti video persembahan Kawad Patung Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Persembahan Tatu Sambutan Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, baru-baru ini.

Seramai 65 orang pegawai dan anggota Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah terlibat dalam persembahan tersebut yang diketuai oleh Ketua Guru Kawad, Unit Latihan Kawad dan Jasmani, Cawangan Latihan Luar, PULAPOL Kuala Lumpur, Inspektor Mohd Hanif Shukor.

Tahniah kepada semua peserta Kawad Patung PDRM atas komitmen cemerlang yang bukan sahaja menghidupkan acara, malah turut mengeratkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat, sejajar dengan slogan "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada". 🫶🏻

Sumber video: Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur - Laman Rasmi

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093484119478474&id=100064506887
TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DIRECTOR GENERAL FOR INTERNATIONAL COOPERATION BUREAU KNPA

Kuala Lumpur, 28 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Director General for International Cooperation Bureau of the Korean National Police Agency (KNPA), H.E. Junhyeong Lee bersama delegasi, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Perbincangan dua hala itu diadakan bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara PDRM dengan KNPA dalam menangani jenayah melibatkan kedua-dua buah negara.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Shamsul Amar Ramli, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah dan ACP Perhubungan Antarabangsa Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey.

Jurugambar: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0tiu7wC5CA9TYWsuFkxhX8fftoUXQegb3FbDk6p8XJxCH4Y2YRmpCkTKBNNCuEF9yl
VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DIRECTOR GENERAL FOR INTERNATIONAL COOPERATION BUREAU KNPA

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada Director General for International Cooperation Bureau of the Korean National Police Agency (KNPA), H.E. Junhyeong Lee bersama delegasi, di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Perbincangan dua hala itu diadakan bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan kerjasama yang berterusan antara PDRM dengan KNPA dalam menangani jenayah melibatkan kedua-dua buah negara.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSh1BKCFW/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1093587199468166&id=100064506887551