#BiarJasaJadiKenangan
VIDEO PILIHAN: ANGGOTA MPV IPD KLANG BANTU ORANG AWAM TUKAR TAYAR KENDERAAN
Walaupun kecil pada pandangan, bantuan yang dihulurkan amat besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Safrizan Ahmad dan Lans Koperal Muhd Shahrul Syazwan Khairudin dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atas keprihatinan membantu menukarkan tayar sebuah kenderaan milik seorang lelaki orang kurang upaya yang mengalami tayar pancit ketika rondaan di Jalan Bukit Kerayong, Kapar, Selangor, semalam.
Keikhlasan dan nilai murni ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyantuni masyarakat.
Sumber: Polis Daerah Klang Utara
https://www.facebook.com/share/r/1DSK9zSofP/

SIRI SANTAPAN ROHANI #199
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/@pdrmsia_rasmi
Sumber: Buku Pujuklah Hati Edisi Istimewa
#SantapanRohaniPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#02052026
https://www.facebook.com/share/p/1G7pAgqBdM/

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: TIGA PENGEDAR DADAH DITAHAN SELEPAS DIKEJAR LEBIH 130KM
Alor Gajah, 3 Mei 2026 - Tiga suspek pengedar dadah memecut kenderaan kira-kira 135 kilometer (km) dari Serdang, Selangor ke sini bagi meloloskan diri daripada polis, sebelum kemalangan berjaya ditahan bersama sejumlah dadah.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam Khamis lalu, polis mengarahkan pemandu kereta berhenti ketika dalam kawasan Rehat dan Rawat Serdang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, suspek melarikan diri merentasi sempadan Selangor dan Negeri Sembilan sebelum memasuki Alor Gajah di Melaka.
Katanya, kenderaan suspek hilang kawalan dan merempuh pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah selepas dikejar empat kenderaan peronda polis.
"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki dua lelaki berusia 23 dan 43 tahun serta seorang wanita berusia 41 tahun yang juga pemandu.
"Pemeriksaan lanjut menemui satu paket plastik lutsinar disyaki Heroin seberat 2.16 gram dan satu lagi paket disyaki Syabu 0.65 gram," katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
https://www.facebook.com/share/p/19jESGbfPf/

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 2 Mei 2026 (Sabtu).
Sebanyak 1,743 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 22 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 84 kes kemalangan dan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
https://www.facebook.com/share/p/1Cuwqe1Xx1/

POSTING PILIHAN: RM22.5 JUTA RAMPASAN KUMULATIF PDRM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan serta ketirisan bekalan kritikal negara, sekali gus memastikan keselamatan bekalan dan kepentingan rakyat terpelihara.
Bagi tempoh 12 hingga 29 April 2026, operasi bersepadu di seluruh negara telah merekodkan nilai rampasan kumulatif sebanyak RM22.5 juta.
Kejayaan ini membuktikan keberkesanan pendekatan smart enforcement yang menekankan operasi berasaskan risikan, pemantauan rantaian bekalan secara menyeluruh dan tindakan tegas di lokasi berisiko tinggi.
Usaha berterusan ini bukan sahaja mengekang jenayah rentas sempadan, malah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan kestabilan serta kesejahteraan negara terus diperkasa.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
https://www.facebook.com/share/p/18v8a2r2CK/

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pemilik akaun Facebook MelakaExplorer atas rakaman dan penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Melaka.
Penghargaan ini lahir daripada tindakan pantas anggota terlibat yang tanpa berlengah tampil mengalihkan tiang lampu isyarat yang tumbang dan pecah di atas jalan raya akibat hujan lebat serta ribut berhampiran persimpangan lampu isyarat Jasin Bistari, semalam.
Di saat orang lain mungkin memilih untuk berlindung, mereka memilih untuk tampil ke hadapan demi keselamatan pengguna jalan raya.
Tindakan penuh keprihatinan ini bukan sahaja mencerminkan nilai kemanusiaan yang tinggi, malah menjadi bukti bahawa PDRM sentiasa komited dalam menjaga keselamatan dan kebajikan masyarakat, walau dalam apa jua keadaan. Kepercayaan masyarakat bukan dibina dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan seperti ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada anggota terlibat. Jasa kalian mungkin tidak diminta, namun amat bermakna dan akan sentiasa dikenang.
Sumber: Facebook MelakaExplorer
https://www.facebook.com/share/v/1Gn6JbnqcJ/

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
MCMC Beri Amaran Jangan Hasil dan Sebar Kandungan 3R.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
https://www.facebook.com/share/p/1FjgisieAK/
MCMC Beri Amaran Jangan Hasil dan Sebar Kandungan 3R.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
https://www.facebook.com/share/p/1FjgisieAK/
#BiarJasaJadiKenangan
VIDEO PILIHAN: SENYUMAN SI KECIL HADIRKAN KEBAHAGIAAN DI HATI
Di sebalik kesibukan rondaan sempena kejohanan Junior Cycling Malaysia 2026, Koperal Nasrul Musran dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh mencuri perhatian apabila mengukir detik manis dengan menghulurkan coklat kepada kanak-kanak di perkampungan Orang Asli, Sungai Rual, Jeli, Kelantan.
Senyuman polos si kecil yang terukir, sambil diperhatikan penuh kasih oleh ibunya, bukan sahaja memancarkan keikhlasan yang menyentuh hati, malah menjadi lambang kepercayaan masyarakat terhadap kehadiran anggota Polis Diraja Malaysia, sekali gus menyerlahkan nilai kemanusiaan yang sentiasa mewarnai setiap penugasan.
Momen ringkas itu bukan sekadar sebuah pemberian, bahkan menjadi pengubat rindu kepada keluarga tercinta serta penawar lelah dalam melaksanakan tugas, sekali gus meninggalkan rasa bahagia yang kekal di hati.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan
https://www.facebook.com/share/r/1Cusgtdouk/

[HEBAHAN] COUNTDOWN PELANCARAN PDRM SPECIAL DIALOGUE V 2026: 9 HARI LAGI!
Jangan lupa saksikan secara langsung Pelancaran PDRM Special Dialogue V 2026 yang akan diadakan di KLGCC Convention Center, Kuala Lumpur pada 12 Mei 2026 jam 9.30 pagi menerusi Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia.
Program yang berlangsung dari 12 hingga 13 Mei itu bagi menyebar luas peranan dan fungsi Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Selaras dengan tema "Synergized Policing: Securing the Future Together", ia menekankan kepentingan bersepadu antara agensi penguatkuasaan, institusi kerajaan dan rakan industri dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#03052026
https://www.facebook.com/share/p/18xYDenmcL/

KENALI ATLET PDRM
Jom kenali Sub Inspektor Azahar Mahamad!
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk
mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/@pdrmsia_rasmi
#AtletPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#03052026
https://www.facebook.com/share/p/1CGyp8NM6v/