PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.5K photos
2.39K videos
2 files
15.8K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
VIDEO PILIHAN: KPN SANTUNI PETUGAS PRK DUN AYER KUNING

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni petugas Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Tapah, Perak pada 26 April 2025.

Tan Sri Razarudin memulakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) PRK DUN N.48 Ayer Kuning di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am, Bidor dan telah ditaklimatkan mengenai penugasan serta keadaan semasa oleh Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Hj. Hishamuddin Mohd Amin.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin menyantuni petugas PRK di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor dan Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang khususnya warga Polis Diraja Malaysia.

Pautan TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSrKPE4Tk/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin

https://www.facebook.com/share/v/16A7TcctQC/
KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS PANGKAT KOPERAL CEDERA SELEPAS SUSPEK WARGA NIGERIA BERGARI BERTINDAK AGRESIF

Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Seorang anggota polis putus sebahagian telinga kiri akibat digigit seorang lelaki warga Nigeria ketika cuba memasukkan suspek ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Kepong, Metro Prima di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian jam 10.03 pagi itu, anggota polis berpangkat Koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas lelaki tersebut ditahan kerana membuat kacau di sebuah klinik di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif ketika hendak dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

“Ketika itu, tangannya sudah bergari di belakang. Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian.

“Anggota itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil,” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/p/1AN65hLjeC/
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PRESIDEN REPUBLIK RAKYAT CHINA HARGAI KAWALAN KESELAMATAN LUAR BIASA

Petaling Jaya, 27 April 2025 - Presiden Republik Rakyat China, H.E. Xi Jinping menyatakan penghargaan terhadap kawalan keselamatan luar biasa yang diberikan kepadanya ketika berada di negara ini baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, H.E. Xi Jinping menyampaikan penghargaan itu kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

“Penghargaan daripada Presiden Republik Rakyat China kepada Perdana Menteri atas kawalan keselamatan luar biasa semasa lawatan ke Malaysia tempoh hari.

“Itu semua hasil kerja keras pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan agensi-agensi keselamatan kita yang lain.

"KDNKA memang tak asing lagi dengan kehebatan menjaga keselamatan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/1FSgeYDzjk/
LIVE: MAJLIS PELANCARAN KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PDRM

Kini sedang berlangsungnya Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 3, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Sumber: Universiti Utara Malaysia

#LiveUpdate
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27042025

https://www.facebook.com/share/p/16UgHWVVVT/
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEMPENGARUH TALI BARUT KONGSI GELAP

Kuala Lumpur, 27 April 2025 - Kumpulan kongsi gelap kini dikesan menggunakan aplikasi media sosial dalam mempromosikan aktiviti kumpulan mereka sebagai usaha menarik minat pengikut baharu terutama dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Marsus berkata, penggunaan aplikasi media sosial menjadi salah satu pendekatan baharu kumpulan kongsi gelap.

"Sebelum ini, kumpulan kongsi gelap hanya menggunakan taktik merekrut pelajar secara bersemuka di luar kawasan sekolah,” katanya kepada Sinar Ahad, baru-baru ini.

Dato’ Fadil berkata, kumpulan kongsi gelap atau pertubuhan haram mula dikesan menggunakan pempengaruh yang mempunyai ramai pengikut.

“Langkah ini adalah usaha kumpulan pertubuhan haram untuk menarik minat pengikut baharu dengan menyasarkan golongan bawah umur.

“Kebanyakan mereka mengikuti aktiviti dipaparkan pempengaruh menerusi kandungan di media sosial,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/p/14vnPM9qW3y/
KERATAN AKHBAR PILIHAN: ACCIDENTS UP IN RAYA RUSH THIS YEAR

Petaling Jaya, 27th April 2025 - More than 15,000 road accidents and 123 deaths were recorded during the Hari Raya travel period this month, according to statistics from Bukit Aman's Traffic Investigation and Enforcement Department.

This marked a 3.8% increase in the total number of road accidents between March 29 and April 6 (15,246) compared to the Hari Raya travel period between April 6 and April 14 last year (14,674).

As for the number of deaths related to road accidents, the data showed a 29.3% decline.

A total of 123 people lost their lives in road accidents between March 29 and April 6 this year compared to 174 during the travel period last year.

For the travel period this year, March 29 recorded the highest number of road accidents at 2,040 while the highest number of fatalities was on March 30 (20).

The highest number of road accidents during Hari Raya celebrations last year was on April 6 (2,156), while the highest number of deaths was on April 10 (35).

Op Selamat statistic showed a similar trend in which the 2024 operations, which lasted between April 8 to April 13, recorded 8,909 accidents and 111 fatalities.

For Op Selamat 2025, which took place between March 29 and April 3, a total of 9,859 road accidents and 85 fatalities were recorded. This marked a 10.66% increase in the number of accidents and a 23.42% decline in related fatalities.

Read futher on The Star's article attached.

https://www.facebook.com/share/p/1Ybrwdwciz/
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 26 April 2025 (Sabtu).

Sebanyak 1,867 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan sebanyak satu kes kemalangan dan peningkatan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/share/1AdSHkeVkb/
POSTING PILIHAN: KPN HADIRI MESYUARAT SPP KE-137 DI ALOR SETAR

Alor Setar, 27 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-137 yang diadakan di Bilik Delima 4, RAIA Hotel, di sini pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman yang juga Setiausaha SPP.

Perbincangan mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu tertumpu kepada semakan minit mesyuarat terdahulu serta penelitian terhadap cadangan dan syor yang dikemukakan oleh Ahli-ahli SPP.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid.

Sumber: Saifuddin Nasution Ismail

https://www.facebook.com/share/p/1DwHyqz446/
#BiarJasaJadiKenangan

VIDEO PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPD MERSING BANTU ALIHKAN KENDERAAN TERBABAS

Terima kasih kepada Sarjan Mohd Hirwan Abdullah, Lans Koperal Mohd Sharul Ashraf Mohd, Lans Koperal Mohammad Amirul Abdullah dan Lans Koperal Muhammad Taufiqul Mohd Zaki dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, Johor atas tindakan mengalihkan sebuah kenderaan yang terbabas di pembahagi jalan dekat Jalan Endau Mersing, semalam.

Atas faktor keselamatan dan kelancaran aliran trafik, keempat-empat anggota bersama beberapa orang awam tampil menghulurkan bantuan bagi mengalihkan kenderaan tersebut ke kawasan yang lebih selamat.

Sikap prihatin, kerjasama erat antara pihak polis dan masyarakat serta kecekapan yang ditunjukkan itu mencerminkan komitmen warga Sang Saka Biru dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Sumber: BSPT Trafik IPD Mersing

https://www.facebook.com/share/v/16HoAED5Th/
TIMBALAN KPN HADIRI MAJLIS PELANCARAN KAMUS KOMPETENSI TINGKAH LAKU KEPIMPINAN PDRM EDISI PERTAMA 2025

Sintok, 27 April 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Edisi Pertama Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Kuliah Gugusan, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, tengah hari tadi.

Majlis anjuran PDRM dengan kerjasama UUM itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman dan Naib Canselor UUM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan.

Pembangunan Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM dengan kerjasama UUM telah bermula sejak awal tahun 2021. Ia bertujuan untuk membangunkan sistem penilaian kompetensi berdasarkan tingkah laku kepimpinan dan pengurusan dalam PDRM, dengan penekanan kepada perjawatan strategik.

Berucap dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution berharap agar Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM itu menjadi warisan yang bermanfaat kepada pasukan keselamatan negara, seterusnya memperkukuh kedudukan PDRM sebagai sebuah organisasi kepolisan yang dihormati, profesional dan berintegriti tinggi.
  
Seterusnya, sebagai simbolik pelancaran, Dato’ Sri Ayob Khan bersama tetamu kehormat mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi menandatangani kamus tersebut. 

Seusai majlis, Dato’ Sri Ayob Khan dan Ahli-ahli Suruhanjaya Pasukan Polis turut mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk melawati Pusat Penilaian Kompetensi PDRM di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Sesi taklimat berkaitan Penilaian Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan dan Potensi Jawatan Strategik PDRM telah disampaikan oleh Ketua Penyelidik UUM, Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Mohd Isa.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Dr. Russayani Ismail, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, para pegawai kanan PDRM serta warga UUM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/share/1AX51BQBKH/