PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.5K photos
2.39K videos
2 files
15.8K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM KUDAT TAHAN 15 WARGA ASING GAGAL KEMUKA DOKUMEN SAH

Kota Kinabalu, 22 April 2025 - Seramai 15 warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana dipercayai memiliki dokumen yang tidak sah dalam dua operasi berasingan di Kudat, Sabtu lalu.

Semua warga asing itu ditahan PPM Kudat menerusi Op Taring Gelora di sekitar Laut Mangsee Reef dan Jeti Merak Hati.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, ketika menjalankan operasi berkenaan, pasukan PPM mengesan sebuah bot di sekitar Mangsee Reef.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan ditahan kerana disyaki memiliki dokumen yang tidak sah.

“Dalam operasi kedua di Jeti Merak Hati, seramai 14 pekerja warga asing ditahan kerana memiliki dokumen yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kedua kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0Vvubc1tXXfzWDsp6ZTvDtv9fwaY7fyGMe18W236UaJbBmGwKzwLQcyJCaqKNwFMGl
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 21 April 2025 (Isnin).

Sebanyak 1,928 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 241 kes kemalangan dan penurunan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02Ln34KdDuHpPW9Ak76FFAX5q92CkckpGxPfyrTgMJV9t6RQ9MwVHY8Sf52PD5L6vDl
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT HADIR MAJLIS KECEMERLANGAN KDN TAHUN 2024

Putrajaya, 22 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2024 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di Putrajaya, semalam.

Seramai 214 orang pegawai telah diraikan atas kecemerlangan masing-masing bagi tahun 2024 iaitu lapan orang pegawai telah menerima Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri, 173 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 23 orang menerima Anugerah Sijil Kepujian termasuk 10 orang personel MySTEP. Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, barisan ketua agensi di bawah KDN dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Hj. Marsus serta Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN))

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0PXNhJYHFDUSpd1Ms1T68ZfAt1z7GjYhW8AW11KYMGmDEseMLWa241WmtScmg9MqJl
KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN

Putrajaya, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menegaskan bahawa IPCC bukan sahaja mampu meningkatkan kredibiliti pasukan polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi turut berperanan penting dalam menjaga kebajikan serta memotivasikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis turut menyaksikan pelancaran Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) oleh Datuk Seri Saifuddin dan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin.

SPEAKS merupakan sistem yang dibangunkan secara dalaman dalam tempoh enam bulan melalui kerjasama antara KDN, PDRM dan Jabatan Digital Negara. Ia selaras dengan fungsi IPCC sebagai mekanisme bagi menerima aduan serta menyiasat salah laku anggota polis.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta Ketua-ketua Pengarah jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid03CLpYYANYEdc3uoUexUJ2fhEcbJ4BEgVzN7MiSJKWFp7QURxDUn2nHz9FRTB1Ng6l
VIDEO PILIHAN: KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut berlangsung majlis pelancaran Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) oleh Datuk Seri Saifuddin dengan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin.

SPEAKS merupakan sistem yang dibangunkan secara dalaman dalam tempoh enam bulan melalui kerjasama antara KDN, PDRM dan Jabatan Digital Negara. Ia selaras dengan fungsi IPCC sebagai mekanisme bagi menerima aduan serta menyiasat salah laku anggota polis.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSrnaNrJL/

Juruvideo: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/9746029325484645/
KPN HADIR PENUHI JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA MASJID DAN SURAU ANJURAN JAWI

Kuala Lumpur, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlangsung meriah di pekarangan Masjid Wilayah di sini petang tadi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Kemeriahan penganjuran majlis yang diadakan turut disertai oleh 81 buah masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti Islam di wilayah ini.

Majlis yang berlangsung hampir 2 jam itu dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu raya yang menceriakan suasana yang dihadiiri hampir lebih 5,000 pengunjung membanjiri kawasan masjid.

Selesai majlis, Tan Sri Razarudin dan Dato’ Seri Anwar telah meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu kenamaan serta orang ramai yang hadir, dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, Ketua Pengarah JAWI, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah JAWI, Tuan Haji Hanifuddin Roslan, wakil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

https://www.facebook.com/share/1AwekjuuE7/?mibextid=wwXIfr
VIDEO PILIHAN: KPN HADIR PENUHI JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA MASJID DAN SURAU ANJURAN JAWI

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlangsung meriah di pekarangan Masjid Wilayah.

Kemeriahan penganjuran majlis yang diadakan turut disertai oleh 81 buah masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti Islam di wilayah ini.

Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSrn7KsHg/

Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

https://www.facebook.com/share/v/1ASQnnpqcv/?mibextid=wwXIfr
ARTIKEL PILIHAN: TAN SRI, DATUK SERI ANTARA 5 DITAHAN TERBABIT PENGUBAHAN WANG HARAM RM3.5 BILION

Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Tiga dusun durian seluas 363.02 hektar, hotel, syarikat pemaju dan kilang pemprosesan kelapa sawit dianggarkan bernilai RM3.5 bilion antara aset baru dibeku dan disita kerana disyaki terbabit jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan ponzi di sebuah negara jiran dinamakan pelaburan MBI International Group (MBI).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut menahan lima lelaki termasuk usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim pelaburan MBI itu.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali, berkata tangkapan itu dilakukan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) yang dilaksanakan pada 18 hingga 21 lalu di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air.

Beliau berkata, siasatan mendapati Tan Sri dan Datuk Seri terbabit adalah proksi dan rakan kongsi kepada sindiket ini.

Katanya, dusun durian itu mempunyai geran sah, namun menggunakan wang haram untuk pelaburan dan siasatan masih diteruskan dengan beberapa siri operasi lain akan diadakan, selain tidak menolak ada tangkapan baharu selepas ini.

"Semua lelaki yang ditahan berusia 35 hingga 67 tahun itu kini direman lima hingga enam hari bagi membantu siasatan.

"Tindakan pembekuan dan penyitaan sudah dilaksanakan terhadap harta dan aset membabitkan dusun durian dianggarkan bernilai RM223,624,167.75 di tiga lokasi iaitu di Raub, Pahang berkeluasan 344 hektar; di Jawi, Pulau Pinang berkeluasan 5.26 hektar dan di Tasek, Kedah berkeluasan 13.76 hektar," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1387667/tan-sri-datuk-seri-antara-5-ditahan-terbabit-pengubahan-wang-haram

https://www.facebook.com/share/16QCtzwJi1/?mibextid=wwXIfr
POSTING PILIHAN: PEMANGKU PENGARAH JSJK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP SELANGOR

Shah Alam, 23 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Antara tujuan tersebut bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa melibatkan JSJK selain usaha membanteras kes-kes jenayah komersil di peringkat Kontinjen Selangor.

Hadir sama, Ketua JSJK Kontinjen Selangor, SAC Hj. Mohamed Rosni Hj. Mohamed Lazim, Penolong Pengarah (Analisis/Perangkaan Jenayah) JSJK Bukit Aman, Superintenden Hamdan Zali dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Korporat, JSJK Bukit Aman, Superintenden Mohd Zaini Othman.

Sumber: Polis Selangor

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089375873222632&id=100064506887551
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: WANITA ANTARA LAPAN KENA REMAN BANTU SIASATAN KES PUKUL

Pasir Gudang, 23 April 2025 - Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit kes pukul pemuda sehingga longlai yang mana video kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu di pangsapuri di Plentong Baru Masai, dekat sini.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun pada jam 11.30 malam Ahad lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam menahan lapan suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun, termasuk wanita pada jam 2.30 pagi semalam (kelmarin) di lokasi kejadian.

“Semua suspek direman enam hari sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan berkaitan jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya melalui kenyataan di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089398009887085&id=100064506887551