PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.5K photos
2.38K videos
2 files
15.8K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
KERATAN AKHBAR PILIHAN: MALAYSIA AIRPORTS KOMITED PERANGI AKTIVITI PENYELUDUPAN HIDUPAN LIAR

Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Keselamatan Penerbangan (AVSEC), pasukan di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan lapangan terbang di seluruh negara berada pada tahap tertinggi.

Sebagai barisan hadapan dalam perlindungan infrastruktur penerbangan, AVSEC bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan terminal, mengawasi kawalan akses, serta menjalankan pemeriksaan penumpang dan bagasi bagi mencegah sebarang ancaman.

Dengan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, AVSEC berperanan untuk memastikan keselamatan lapangan terbang, namun begitu, AVSEC turut berusaha dalam membantu pihak berkuasa dalam menangani ancaman keganasan, penyeludupan dan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan operasi penerbangan.

la telah membentuk perkongsian penting dengan badan-badan kerajaan utama, termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Kastam Diraja Malaysia dan Biro Jenayah Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia.

Kerjasama ini telah mengukuhkan usahanya untuk memerangi penyeludupan haiwan liar keluar dan masuk ke Malaysia.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/share/p/18zpj4bPYe/
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 20 April 2025 (Ahad).

Sebanyak 1,687 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 305 kes kemalangan dan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/share/p/1EshmLrvga/
ARTIKEL PILIHAN: KDN CADANG GUNA MYDIGITAL ID UNTUK URUSAN BAYARAN SAMAN

Kuala Lumpur, 21 April 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID secara meluas dalam urusan pembayaran saman trafik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun penggunaan MyDigital ID tidak diwajibkan namun ia termasuk dalam dasar kerajaan.

Kerajaan juga bersetuju melakukan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID bagi memastikan peningkatan penggunaan aplikasi itu pada masa akan datang.

"Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan di Parlimen.

"Kita menggalakkan mereka (pengguna) menggunakan aplikasi itu bagi mengesahkan identiti dalam satu urusan," katanya dalam ucapan pada Jamuan Raya Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1387199/kdn-cadang-guna-mydigital-id-untuk-urusan-bayaran-saman

https://www.facebook.com/share/p/16ACbxZvc7/
HEBAHAN: UPACARA SEMBAHYANG AGAMA KRISTIAN SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-218 TAHUN 2025

Masyarakat yang beragama Kristian dijemput hadir bagi Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di Gereja St. Mary's Chathedral, Kuala Lumpur pada 25 April 2025 (Jumaat) bermula jam 9.00 pagi.

Upacara tersebut juga boleh ditonton secara langsung menerusi Youtube Ministri Iban St. Mary di pautan https://tinyurl.com/SMCPDRM

#HariPolisKe-218
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21042025

https://www.facebook.com/share/p/1AN52xmdJv/
KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Kuala Lumpur, 21 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025, bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tengah hari tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau diiringi Tan Sri Razarudin bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di pekarangan stadium dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaafar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Tan Sri Razarudin telah berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Food Bank Malaysia kepada 80 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim, autisme dan balu warga PDRM.

Tan Sri Razarudin bersama barisan Pengarah PDRM kemudiannya mengambil peluang melawati reruai setiap jabatan yang dihias ceria, dengan hidangan juadah raya, dan turut menyantuni para tetamu yang hadir.

Turut menjadi tumpuan ramai ialah reruai Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang menawarkan promosi khas diskaun saman sebanyak 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan terpilih.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman, barisan Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri, ketua-ketua agensi di bawah KDN dan rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

https://www.facebook.com/share/p/1FW9ShWFRn/
GAMBAR SEKITAR KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Gambar sekitar Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025, bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau diiringi Tan Sri Razarudin bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di pekarangan stadium dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

https://www.facebook.com/share/p/16M4CzzTEw/
VIDEO PILIHAN: KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025 bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Tan Sri Razarudin telah berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Food Bank Malaysia kepada 80 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim, autisme dan balu warga PDRM.

Pautan TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSrtYjVSX/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

https://www.facebook.com/share/v/1A9KE85qgY/
ISU TULAR: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA

Video Video Tular Kejadian Pergaduhan Di Damasara, Petaling Jaya.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid09crhrbvXNJqR7Ly8N2VLQEkrqX4Bgv6zd4CkaFar2LhytzGB3aeWv1ox5Zz4VrMkl
#WarAgainstDrugs

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET EDAR BISKUT GANJA TUMPAS

Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Kegiatan licik satu sindiket yang mengedar ''biskut ganja'' secara 'online' pada harga RM90 sepeket terbongkar selepas polis menahan lapan individu termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak setahun lalu dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand sebelum mengedarkannya.

Katanya, dalam serbuan pertama, lima lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 28 tahun ditahan di dua buah kediaman di Mont Kiara pada pukul 2.20 pagi Rabu lalu.

“Pemeriksaan mepjumpai tiga beg berisi Ganja mampat seberat 32 kilogram (kg) dan biskut Ganja seberat 2 kg,” katanya.
Menurut Rusdi, susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah residensi di Jalan Duta, kira-kira pukul 2.10 petang keesokan harinya.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu kotak mengandungi biskut Ganja seberat 7 kg.

“Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid032dMmztS7JcayqaWECyrmvxL17sTbnkXWBZp1Gk2D9hqFioEJvWDDTpa2C1KVN21Wl