Jabatan Pertanian Malaysia
12.8K subscribers
964 photos
3 videos
14 files
1.42K links
Download Telegram
Tanaman ini bukan sahaja kaya dengan khasiat pemakanan, malah turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil.

Isinya yang manis dan beraroma tetap menjadi kegemaran masyarakat tempatan.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1AGpThS88d/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Peluang Menyertai Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Salong, Pekan, Pahang

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mei 2025 (Selasa).

Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/share/p/1P47JaLRqV/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #TKPM
Peserta kursus diberi pendedahan amalan agronomi tanaman bawang, teknik penanaman yang betul, pengurusan nutrien serta kawalan perosak dan penyakit yang berkesan.

Peserta turut berpeluang melawat Ladang Tanaman Bawang

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/196W8x8NiG/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #BawangDOA
Hari Pekerja 2025 disambut dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ yang membawa makna mendalam tentang nilai murni, semangat dedikasi dan jati diri tinggi.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025 kepada semua warga kerja di seluruh negara.

Ucapan penuh : https://www.facebook.com/share/p/18iidWdGtq/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #HariPekerja2025
Kelapa varieti SGG tergolong dalam kumpulan kelapa rendah yang biasanya menjalankan pendebungaan sendiri dan berbuah lebih awal iaitu dalam tempoh tiga tahun selepas penanaman.
.
Proses pengesahan dan standardisasi varieti ini oleh Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia memastikan bahan tanaman yang digunakan oleh petani adalah berkualiti tinggi, seterusnya menyokong pembangunan industri kelapa negara.
.
Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1Cjas8ax3E/?mibextid=wwXIfr
.
#myDOA #Kelapa
Malaysia dianggarkan memerlukan lebih empat juta tan metrik jagung bijian setahun, terutamanya untuk industri penternakan ayam dan ruminan.
.
Jabatan Pertanian juga telah membangunkan Pakej Teknologi Jagung Bijian yang merangkumi garis panduan lengkap penanaman, pengurusan perosak dan hasil tuaian untuk dimanfaatkan oleh petani, agropengusaha serta koperasi.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/199N3rxtwo/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #JagungBijian
Durian Musang King dari Malaysia terus menarik minat yang tinggi, khususnya dalam kalangan pelanggan buah-buahan premium di China.

Kerajaan China sangat menyokong dan memberikan kelonggaran terhadap eksport durian dari Malaysia kerana hubungan diplomatik yang kukuh.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1CxBUJnTis/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #Durian
Jika orang lain bergiat dalam ekonomi gig sebagai sumber pendapatan sampingan, Khairul Azwan Mohamad Hasbor, 40, memilih bidang pertanian yang diceburinya sejak 2019.
.
"Permintaan untuk halia (muda) ini agak tinggi dengan harga bagi sekilogram dijual dari RM7 hingga RM10”…

Ikuti kisah beliau di 👉🏼 https://www.facebook.com/share/p/1Deekudg9d/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #KisahKejayaan
KPKM komited bangunkan industri jagung bijian dalam usaha mengurangkan kebergantungan import sekali gus menstabilkan harga makanan ternakan dalam negara.
.
Antara lokasi yang menunjukkan kejayaan pelaksanaan projek tanaman jagung bijian ialah Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dekat Padang Besar, yang diusahakan Green World Genetics Sdn Bhd (GWG) dan FGV Chuping Agro Valley.
.
Berita penuh : https://www.facebook.com/share/p/15ZeX48j3y/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #JagungBijian
Peluang Sewaan Bangunan Pusat Pemprosesan, Pembungkusan dan Pemasaran (3P) Jabatan Pertanian di Mawai, Kota Tinggi, Johor
.
Inisiatif ini bertujuan untuk membantu usahawan tani yang berkelayakan mengembangkan perniagaan mereka dalam sektor agro makanan secara lebih sistematik dan profesional.

Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/1E3tbpnqbr/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Mengikut peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bekas racun perosak yang tidak diurus dengan betul boleh menjadi bahan buangan terjadual yang berisiko tinggi.
.
Jabatan Pertanian melalui Program Kitar Semula Bekas Racun Perosak menawarkan satu alternatif pelupusan yang selamat, berhemah dan mesra alam.
.
Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/1ECQMhwcW5/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Kursus pertanian anjuran Jabatan Pertanian negeri Johor bagi bulan Mei 2025

#myDOA
Muhammad Hafizie Alwi, 28, mengusahakan tanah seluas 21 ekar yang membuahkan hasil kira-kira 130,000 tongkol jagung manis setahun.

Hasil usaha dan kecekapan membolehkan beliau memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM112,000.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1XMs4EDTv4/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Tawaran menyertai Kursus Latihan Pengendalian Makanan anjuran Jabatan Pertanian di Serdang, Selangor pada 14 Mei 2025.
.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan serta pengetahuan asas kepada para peserta tentang aspek pengendalian makanan yang bersih, selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi memastikan kualiti makanan terpelihara dan risiko pencemaran makanan dapat dikurangkan.
.
Maklumat lanjut : https://www.facebook.com/share/p/16HJMrdeYv/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Harga durian ini boleh mencecah sehingga RM130 sekilogram menjadikannya antara durian tempatan termahal setakat ini.

Varieti ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pertanian pada 26 Februari 2021 dengan kod klon D214.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/19LpzNe5co/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Permohonan menjadi Usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kelantan telah dibuka.
.
Jabatan Pertanian Negeri Kelantan membuka permohonan kepada individu berumur 18–45 tahun untuk menyertai Program Usahawan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi tahun 2025.
.
Program ini bertujuan melahirkan usahawan tani moden dan produktif di kawasan pertanian kekal yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur.
.
Syarat Utama Permohonan:
• Warganegara Malaysia
• Berumur 18–45 tahun
• Minima SPM atau lepasan institut pertanian / inkubator Jabatan Pertanian
• Berminat dan berpengalaman dalam pertanian (khususnya fertigasi)
.
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mei 2025
.
Permohonan perlu menggunakan Borang TKPM 1/2025 dan dihantar lengkap ke:
Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Beg Berkunci No. 22, 15990 Kota Bharu, Kelantan
.
Borang permohonan : https://shorturl.at/1vW9A
.
#myDOA #TKPM
Serangan penyakit ini boleh mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar kepada pengusaha tanaman durian, terutamanya bagi ladang berskala besar.

Pokok yang dijangkiti juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti daun gugur.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/18xzCXeQkQ/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #Durian
Penganjuran kursus ini meningkatkan kemahiran para dalam memahami konsep asas fertigasi, teknik penyediaan sistem, pengurusan nutrien serta amalan pertanian.

Kursus ini turut membuka ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan dan membina jaringan kerjasama antara sesama petani.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1KcW6UDhye/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Serangan perosak ini memberi kesan negatif kepada hasil dan kualiti buah durian, khususnya melalui kerosakan dalaman buah yang sukar dikesan pada peringkat awal.

Kitar hidup serangga ini bermula apabila telur yang dihasilkan oleh kupu-kupu dewasa menetas selepas empat hingga lima hari.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1AXwP6JKeT/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #Durian
Sejak lima tahun bergelar sebagai jurunikah pokok, dia telah mengahwinkan puluhan ribu pokok durian termasuk di Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai cara mendapatkan ilmu berkenaan, Zain berkata, dia mengikuti kursus dengan Jabatan Pertanian.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/18x66v2y7f/?mibextid=wwXIfr

#myDOA