Jabatan Pertanian Malaysia
13.2K subscribers
1.02K photos
3 videos
14 files
1.48K links
Download Telegram
Jabatan Pertanian ingin memaklumkan bahawa bahan aktif Methamidophos telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia susulan keputusan Jawatankuasa Penasihat Racun Makhluk Perosak (JPRMP) dalam Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2023.
.
Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian semula risiko yang menunjukkan bahawa Methamidophos tidak lagi memenuhi keperluan dari aspek keselamatan terhadap manusia dan alam sekitar.

Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1AoVSyH37g/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #BKRPB
Pilihan menjadi petani ternyata tidak sia-sia apabila Muhammad Ashraff Fahmy Fakhul Aznan, 29, kini mampu memperoleh pendapatan belasan ribu ringgit sebulan hasil tanaman lada cengek.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1ATgxdcyZ2/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #KisahInspirasiPetani
Program ini merupakan manifestasi komitmen Jabatan Pertanian dalam memperluas pemindahan ilmu pertanian kepada komuniti luar bandar, khususnya berkaitan amalan pertanian organik
.
Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan kos penanaman malah selari dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara melalui pertanian yang lebih lestari dan selamat.
.
Artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1CAkXsheRP/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Kisah yang tercatat dalam Surah As-Saffat ini bukan sekadar sejarah tetapi menjadi pedoman hidup dalam setiap aspek kehidupan umat Islam termasuk dalam sektor pertanian yang menjadi nadi kepada keterjaminan makanan negara.
.
Begitu juga dalam sektor pertanian, usaha para petani adalah satu bentuk ihsan kepada masyarakat kerana mereka menghasilkan makanan bukan hanya untuk diri mereka, tetapi untuk seluruh rakyat. Inilah bentuk pengorbanan paling tulus dan tanpa syarat yang wajar diraikan dan dihargai.
.
Baca artikel : https://www.facebook.com/share/p/16i4k6NE4k/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Aidiladha juga membawa pengertian mendalam dalam konteks keterjaminan makanan, di mana ibadah korban melambangkan kepedulian terhadap kesejahteraan masyarakat melalui pengagihan rezeki secara adil dan berkat.
.
Semoga semangat pengorbanan ini terus menyemarakkan usaha kita dalam memakmurkan tanah, menjamin makanan dan memperkasakan negara.
.
Ucapan penuh : https://www.facebook.com/share/p/1BoFMHfkGz/?mibextid=wwXIfr
.
#myDOA #SelamatHariRaya #Aidiladha
Ramai kata nak mohon Geran Agropreneur Muda ni susah?
Ikuti perkongsian penerima geran ini tentang pengalaman beliau.

Saksikan video ini dan sebarang pertanyaan boleh komen dipautan👇🏽

https://vt.tiktok.com/ZSkUgNQT8/

#myDOA #Geran #AgropreneurMuda
Melihat kepada cabaran yang dihadapi peniaga kecil, beliau tampil dengan inovasi unik, pisang goreng sejuk beku pertama di Perak.
.
Dari situ, tercetus idea untuk menghasilkan produk sejuk beku yang tahan sehingga enam bulan, mudah disediakan dan tetap enak dinikmati.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/16d8feehhU/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Sayuran ini berbentuk bujur dan kecil dengan kulit berduri halus, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi kuning keemasan apabila matang.
.
Selain teksturnya yang unik dan rasanya yang sedikit pahit namun enak apabila dimasak, kakrol turut mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang baik untuk kesihatan.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/15zhDt2HS7/?mibextid=wwXIfr
.
#myDOA #InfoTani
Dalam landskap pertanian semasa, cabaran untuk mengekalkan kesinambungan bekalan makanan bukan sahaja bergantung kepada jumlah pengeluaran, tetapi juga kepada keupayaan petani untuk beradaptasi dengan teknologi dan kaedah pertanian moden.
.
Usaha untuk melakukan transformasi dalam sektor pertanian negara memerlukan pendekatan yang inklusif dan realistik, khususnya dalam melihat kemampuan serta keadaan semasa golongan petani kecil.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/16gvZ9LnAm/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #PKMK2025
Keterjaminan makanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kelangsungan hidup rakyat dan daya tahan negara dalam berdepan krisis global.
.
Pengusaha agromakanan memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan untuk rakyat Malaysia.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/18pF7wtbZr/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #PKMK2025
PERTANDINGAN DURIAN KAMPUNG PREMIUM 2025 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah

Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/14spjoeGMG/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #Durian
Kerajaan komited untuk terus melindungi kesejahteraan rakyat dengan mengekalkan kadar Cukai Jualan (CJ) sifar ke atas barangan keperluan asas, termasuk hasil pertanian tempatan.
.
Pendekatan ini adalah langkah berimbang bagi memastikan rakyat kebanyakan tidak terbeban manakala golongan berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/19JQCBjeEW/?mibextid=wwXIfr
.
#myDOA
Sasar 500,000 pengunjung, RM100 juta nilai jualan di HPPNK 2025 Sabah.
.
Program ini menghimpunkan warga peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam menjamin keterjaminan makanan dan memperkukuh sektor agromakanan negara.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1FSjohLpQ5/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #HPPNK2025
Perubahan iklim yang berlaku secara luar jangka telah mendorong pihak kementerian untuk terus meneroka pendekatan baharu bagi menjamin keterjaminan makanan negara.
.
Negara tidak boleh lagi bergantung kepada satu kawasan atau sumber pengeluaran sahaja kerana keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menjejaskan kelangsungan bekalan makanan.
.
Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/16dHbCUVcw/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #HPPNK2025
Sejak tahun 2009, kerajaan telah menetapkan penggunaan Benih Padi Sah sebagai syarat bagi semua pesawah untuk tujuan penanaman di Malaysia.
.
Penggunaan Benih Padi Sah sangat penting kerana ia menjamin keseragaman pertumbuhan tanaman, daya tahan terhadap penyakit serta potensi hasil yang tinggi.

Baca artikel penuh : https://www.facebook.com/share/p/1A8pRiAT7m/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #BenihPadiSah
Jabatan Pertanian Negeri Kedah mempelawa individu yang menceburi dalam sektor pertanian untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan insentif pertanian bagi tahun 2026.
.
Inisiatif ini bertujuan menyokong pembangunan agroindustri negeri khususnya dalam membantu usahawan tani meningkatkan produktiviti dan memperluaskan projek pertanian sedia ada.
.
Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/1AxG4sg8us/?mibextid=wwXIfr

#myDOA
Kursus ini bertujuan memperkasa ilmu keusahawanan dalam kalangan belia serta individu yang berminat untuk menceburi bidang pemprosesan makanan berasaskan hasil pertanian, khususnya kelapa.
.
Antara produk utama yang akan diajar dalam kursus ini termasuklah penyediaan kek rampai kelapa dan jelly kelapa dua produk yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan dalam pasaran tempatan dan dalam talian.
.
Maklumat penuh : https://www.facebook.com/share/p/1AQbBi2j3w/?mibextid=wwXIfr

#myDOA #KursusDOA
Semakan permohonan kemasukan ke Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM) bagi sesi pengambilan 2025–2027 kini TELAH DIBUKA!

Klik pautan ini untuk semakan : http://www.agris.doa.gov.my/agrismigrate/latihan/ipsm/carian_pelanggan.cfm?online=1

#myDOA