MEKANIK IMAN.
332 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.26K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
*HARI INI DAN SETERUSNYA*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْـــــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

*1 . Bila hari ini belum dapat memberi kebahagiaan pada sesama, usahakan hari ini tidak menyakiti orang lain.*

*2 . Bila hari ini belum dapat melakukan Amal Sholeh atau perbuatan kebaikan atau kebajikan, usahakan hari ini tidak Melakukan Dosa.*

*3 . Bila hari ini belum dapat Berakhlak Mulia, usahakan hari ini tidak Menyimpan Hati Buruk pada sesama.*

*4 . Bila hari ini belum dapat Menghargai Orang lain, usahakan hari ini tidak memberi nilai berlebih pada diri sendiri*.

*5 . Bila hari ini belum dapat Memberi Manfaat, usahakan hari ini tidak Memberi Mudharat bagi sesama.*

*6 . Bila hari ini belum dapat Menciptakan Suasana yang Menyenangkan bagi Orang lain, usahakan hari ini Tidak Melakukan Kemarahan dan Kebencian pada Sesama.*

*7 . Bila hari ini belum dapat Mengingat Kebaikan Orang, usahakan hari ini dapat Melupakan Keburukan Orang lain*.

*8 . Bila hari ini belum dapat Beramal dengan Ikhlas, usahakan hari ini dapat Membebaskan Diri dari Pujian Orang lain.*

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ ۙ اُولٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
innallaziina aamanuu wa 'amilush-shoolihaati ulaaa-ika hum khoirul-bariyyah

*"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan*, *mereka itu adalah sebaik-baik makhluk."*
*(QS. Al-Bayyinah 98: Ayat 7)*

*Makna dari Kehidupan bukan terletak pada seberapa bernilainya diri kita, Tetapi seberapa besar bermanfaatnya kita bagi orang lain*

*Semoga kita dapat Menjadi RAHMATAN LILALIM bagi Banyak Orang tanpa melihat status dan derajatnya dimanapun kaki berpijak*.

*#Cinta Sholawat*
JANGAN MUDAH MARAH

بِسْـــــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

Sakit hati itu wajar, sangat manusiawi, tapi jangan lama lama di simpan dalam hati.

Marah, jengkel itu pun wajar sangat manusiawi, tapi jangan pula di pelihara di dalam hati.*

Bila perasaan sakit hati, marah, jengkel diolah di dalam hati, dipupuk dengan ingatan yang diulang ulang maka terlahirlah dendam.

Dari dendam ini akan menjadi perasaan dengki, yang membakar hati. Kehidupan yang hanya berisi keinginan untuk merusak kebahagiaan orang yang dibenci dan didendami.

Hidup laksana kemana mana membawa bangkai, dan bangkai itu adalah hati.

Karena itu segera lepaskan rasa sakit hati, lupakan amarah dan jengkel yang ada, yakini semua masalah pasti berakhir dan berganti kebahagiaan.

Maka akan mudah hati untuk memaafkan dan peristiwa yang pernah terjadi akan jadi pelajaran yang berharga.

Mari bersihkan hati, mari menjadi insan yang pemaaf, agar tidak membawa kotoran atau bangkai tapi hati membawa cahaya iman yang bersinar kuat menerangi semesta jiwa.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Disukai Allah Pada Aidil Adha

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Aidil Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban

2.Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia

3.Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi.

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Bagi mereka yang ingin melaksanakan Ibadat Korban masih berpeluang melaksanakan dikariah masing-masing juga diluar. Antaranya melalui beberapa agensi seperti MyCARE. Penyertaan korban masih dibuka.

Layari:
http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr

Bayaran boleh juga dibuat melalui CIMB BANK di no akaun
8602135592 dan hantar Salinan pada No Tel di bawah:
019-7458517 (Cikgu Rozi Bin Abd Ghani) atau 018-9677215 (En Saadon Suleiman)

Semoga kita ikhlas melaksanakan ibadah korban . Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

23hb Jun 2022
23hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Petua Cara Merawat Gangguan Ghaib & Kesihatan Tubuh Badan.
23 Zulkaedah 1443H
23 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kebimbangan dan ketakutan berdiri di hadapan Allah SWT di mahkamahNya...

Untuk menjawab soal siasat Nya.

Menjadikan susah payah berjuang di jalanNya, terasa manis dan mententeramkan jiwa...

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١ )

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
(An Nazi'at: 41)

Bila harapan dan angan-angan sudah tidak ada faedahnya lagi....

ياليتني كُنت ترابا

"Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah".
(An Naba': 40)

ياليتني قدمت لحياتي

"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini".
(Al Fajr: 24)

ياليتني لم أوتَ كتابيه

"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).
(Al Haaqqah: 25)

يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

"Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul".
(Al Furqaan: 27)

ياليتني لم أتخذ فلاناً خليلآ !

Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku)
(Al Furqaan: 28)

ياليتنا أطعنا الله وأطعنا الرسولآ !

Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".
(Al Ahzab: 66)

ياليتني كنتُ معهم فأفوز فوزاً عظيما

"Wahai kiranya saya ada bersama-sama mereka, tentu saya mendapat kemenangan yang besar (pula)".
(An Nisa': 73)

Kesemuanya itu adalah harapan dan angan-angan mereka yang telah mati menemui Tuhan, yang dirakam dan diputarkan kembali di dalam Al Quran agar manusia mengambil pengiktibaran. Harapan dan angan-angan yang manusia mampu mencapainya dengan amalannya ketika ia masih hidup bernyawa.

Namun, harapan dan angan-angan itu hanya mampu dicapai sebelum datang saat kematian.

Bila kematian telah datang, ianya hanyalah menjadi keluhan penyesalan yang sudah tidak ada faedah dan manfaat untuknya.

اللهم اَيقِظْ قُلوبَنا من الغَفلة يارب العالمين.

"Ya Allah, sedarkanlah hati kami daripada ghaflah kelalaian, wahai Tuhan Penguasa Sekelian Alam."

Justeru, selama mana masih bernyawa, usahakanlah ia, agar penyesalan tidak muncul di saat kematian datang menjemput...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from Abang Yus
Assalamualaikum .. Jika Ada Yang Berminat Boleh Wassap Terus Ke No. Di Bawah Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut. Keluar Bersama Abang Yus. Belajar Sayang Dan Cintakan Agama, Allah Dan Rasul. Tarikh 25-26 Jun 2022 Sabtu Dan Ahad.
http://wassap.my/60172664660/2hari
SOALAN

Assalamualaikum Ustazh, maaf, nak tanya sikit.

kalau kita bersin dalam solat, kena ucap alhamdulillah ke tak payah? Atau memadai ucap dalam hati?.

JAWAPAN

Waalaikumussalam

1. Sunat mengucap Alhamdulillah selepas bersin, kerana Rasulullah ﷺ bersabda :

إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ

" Jika seorang dari kalian bersin, hendaklah dia mengucap Alhamdulillah". (HR. Al-Bukhari)

2. Tuntutan mengucap Alhamdulillah selepas bersin bukan hanya diluar solat, malahan dituntut juga didalam solat tetapi diluar bacaan Fatihah. Dalilnya ialah keumuman hadis diatas. Ini adalah pandangan ramai dikalangan ulama fiqh.

Didalam kitab خبايا الزوايا للزركشي 1/93 :

مسألة : ﺇﺫا ﻋﻄﺲ ﻓﻲ اﻟﺼﻼﺓ ﺣﻤﺪ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺑﻠﺴﺎﻧﻪ ﻭﺃﺳﻤﻊ ﺑﻪ ﻧﻔﺴﻪ ﺫﻛﺮﻩ ﻓﻲ اﻟﺮﻭﺿﺔ ﻓﻲ ﺁﺧﺮ اﻟﺴﻴﺮ ...

" Masalah: Apabila seorang bersin dalam solat, hendaklah dia mengucap Alhamdulillah dengan lidah serta memperdengarkan ucapan tersebut kepada dirinya..."

Didalam kitab إعانة الطالبين 1/256 menyebut :

ﺃﻱ ﻭﻳﺴﻦ ﻟﻤﻦ ﻋﻄﺲ ﻓﻲ اﻟﺼﻼﺓ ﺃﻥ ﻳﺤﻤﺪ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭﻳﺴﻤﻊ ﻧﻔﺴﻪ

" Sunat bagi orang yang bersin dalam solat mengucap Alhamdulillah serta memperdengarkan ucapan itu kepada dirinya."

2. Namun ucapan Alhamdulillah setelah bersin tidak disunatkan ditengah-tengah bacaan Fatihah kerana ia akan memutuskan muwalat Fatihah.

Didalam kitab نهاية المحتاج 1/482 ada menyebut :

(ﻓﺈﻥ ﺗﺨﻠﻞ ﺫﻛﺮ) ﺃﺟﻨﺒﻲ ﻏﻴﺮ ﻣﺘﻌﻠﻖ ﺑﺎﻟﺼﻼﺓ (ﻗﻄﻊ اﻟﻤﻮاﻻﺓ) ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﻗﻠﻴﻼ ﻛﺤﻤﺪ ﻋﺎﻃﺲ ﻭﺇﻥ ﺳﻦ ﺧﺎﺭﺟﻬﺎ

" Jika diselangi oleh zikir asing yang tidak bersangkutan dengan solat maka ia memutuskan muwalat walaupun hanya sedikit seperti ucapan Alhamdulillah oleh seorang yang bersin, walaupun ucapan ini sunat diluar bacaan Fatihah."

والله أعلم بالصواب

21/6/2022
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikhlas Beramal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu." (HR Muslim No: 2564) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ganjaran pahala di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar.

2.Kepentingan menjaga niat agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat mazmumah serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT.

3.Kepentingan menjaga amalan hati terlebih mendahului daripada amalan yang dilakukan oleh anggota badan kerana hanya amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diterima dalam setiap amalan yang disyariatkan.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

24hb Jun 2022
24hb Zulkaedah 1443H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
*JANGAN MALAS GAESS*

۩ عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ ۩

                      🌐 ترجمهن 🌐
 
Daripada Al Miqdam رضى الله عنه  dari Rasulullah ﷺ baginda bersabda: "Tidak ada seseorang yang memakan satu makanan pun yang lebih baik dari makanan hasil usaha tangannya [bekerja]¡sendiri. Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud عليه السلام. memakan makanan dari hasil usahanya sendiri."  HR Bukhari

 ــہ واللـــــــــہ اعـــــلم بالصـــوابــــــ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah syukur kita masih lagi dapat bernafas di pagi jumaat yang mubarak ini.. 😊

Selamat pagi dan selamat bertugas kepada yang bekerja.. Selamat bercuti kepada yang cuti pada hari ini..

Semoga segala urusan & aktiviti kita pada hari ini di permudahkan, di rahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..

Jom perbanyakkan selawat pada hari ini..

"Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi sayyidina Muhammad"

@MekanikIman
Sesungguhnya alam percintaan dan alam rumah tangga berbeza maka kuncinya SABAR bak kata Ustazah.

Alam khayalan vs alam nyata.

Semoga bermanfaat.

https://vt.tiktok.com/ZSdTJAuxd/?k=1
24 Zulkaedah 1443H
24 Jun 2022M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Menyuluh keikhlasan diri...

عن ابن جابر عن أبيه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

إن من الغيرة ما يحب الله عز وجل ومنها ما يبغض الله عز وجل، ومن الخيلاء ما يحب الله عز وجل ومنها ما يبغض الله عز وجل؛ فأما الغيرة التي يحب الله عز وجل فالغيرة في الريبة، وأما الغيرة التي يبغض الله عز وجل فالغيرة في غير ريبة، والاختيال الذي يحب الله عز وجل اختيال الرجل بنفسه عند القتال وعند الصدقة، والاختيال الذي يبغض الله عز وجل الخيلاء في الباطل

Daripada Jabir RA dari bapanya telah berkata: Rasululah SAW bersabda:
Sesungguhnya di antara cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah dan diantara sikap sombong itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Cemburu yang disukai Allah adalah cemburu dalam keraguan dan yang dibenci Allah adalah cemburu diluar keraguan, sedangkan sikap sombong yang disukai Allah adalah sombongnya seseorang dengan dirinya di saat perang dan sombong di saat sedekah. Sedangkan sombong yang dibenci Allah adalah sombong dalam kebathilan.
(Hadith Riwayat An-Nasaie)

Khuyala’ ( الخيلاء ) yang dimaksudkan adalah takjubnya seseorang terhadap diri sendiri dengan menampakkannya kepada orang lain, samaada berupa harta, kuasa, mahu pun ilmu yang dimiliki. Kalaulah pangkalnya hanya di dalam hati ia dikategorikan sebagai ( إعجاب النفس ) iaitu bangga terhadap diri sendiri. Jika sudah sampai menampakkannya kepada orang lain dengan sombong, inilah yang disebut dengan khuyala’.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :
إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتى به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار, ورجل تعلم العلم, وعلمه, وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت ولكنك تعلمت العلم ليقال عالم, وقرأت القرآن ليقال هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار, ورجل وسع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله فأتى به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحب أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم ألقي في النار

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang pertama kali diberi keputusan pada hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid. Lalu ia didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’ Ia berkata, ‘Aku berperang karena diriMu, hingga aku mati syahid.’ Allah berfirman: ‘Engkau telah berdusta. Sesungguhnya engkau berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke neraka.

Lalu seseorang yang belajar suatu ilmu kemudian mengajarkannya, dan membaca Al-Qur’an lalu didatangkan di hadapan Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman : ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’ Ia menjawab: ‘Aku mempelajari suatu ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’an keranaMu.’ Allah berfirman: ‘Engkau berdusta. Sebenarnya, engkau mempelajari suatu ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Qur’an agar dikatakan bahwa engkau adalah orang yang ahli qari. Dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa lalu diseret mukanya hingga ia dilemparkan ke api neraka.

Lalu ada seorang yang telah Allah berikan kepadanya kelapangan dan berbagai macam harta. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatanNya yang diberikan kepadanya. Lalu orang tersebut mengakuinya. Allah pun berfirman, ‘Apa yang kamu kerjakan padanya?’
Ia menjawab, ‘Tidak ada suatu jalan yang Engkau senang untuk diberi infak kecuali aku telah mengeluarkan infak padanya demi Engkau.’
Allah berfirman, ‘Engkau telah berdusta. Tapi engkau melakukannya agar dikatakan sebagai orang yang dermawan dan hal itu telah dikatakan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa, lalu diseret mukanya, kemudian dilemparkan ke dalam neraka.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Bagi seorang penuntut ilmu, hal ini perlu disuluh dengan penuh berhati-hati. Kerana kerap kali ianya dilupakan dan tidak disedari, ianya menyelinap dalam hati masing-masing.

Syeikh Bakr Abu Zaid berkata:
“Hendaklah (seorang thalib ‘ilm) berhias diri dengan adab sopan santun; saling memaafkan, berkasih-sayang, teliti, sabar, dan berendah diri kepada suatu yang haq. Ibarat seekor burung yang melayang diudara; tenang dan seimbang kedua sayapnya. Merendah diri dalam menuntut ilmu saat merasakan mulianya ilmu. Berhati-hatilah dari sifat riya' ilmu. Kerana ia merupakan penolak ilmu dan pahala amalan. Menjadi sebab datangnya dosa dan malapetaka. Justeru, para salaf sangat memelihara diri mereka dari sifat ini”.
(Hilyat Thalib Ilmi)

Juga kepada para pejuang jama'ah dan dermawan fi sabilillah, tidak terlepas dari tapisan keikhlasan dari Allah SWT.

Justeru, berhati-hatilah. Semoga terpelihara kita semua dari gejala perosak niat dan keikhlasan itu...

~ Abu Imtiyaz ~