CelikAlquran.Com
1.07K subscribers
378 photos
137 videos
2 files
291 links
www.celikalquran.com
Malu Tiada, Akhirat Bahagia.
Download Telegram
Kit Mula Belajar Quran
-----
Buat yang belajar dengan #CelikAlquran akan diberikan buku ini.

Ia adalah panduan step by step untuk mula belajar dan membaca Alquran dari β€˜basic'

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1682574631759429&set=a.159724120711162.40379.100000207240163&type=3&theater
MOHON DOANYA!

Esok kami akan bersama-sama dengan 87 orang peserta Seminar Kenal Huruf di Kompleks Pendidikan Islam Bangi.

Mohon doakan perjalanan program esok lancar.

Peserta dilimpahkan kefahaman.

Speaker dikurniakan ketenangan dalam berkongsi ilmu.

Kita sama-sama doakan program ini diberkati ya?

#KenalHuruf
#CelikAlquran
P/s: insyaAllah next Seminar Kenal Huruf adalah 24 Februari.

Ramadan lagi 100 hari, maka kami pun nak bantu supaya lagi ramai mengaji nanti !
Persiapan akhir.
Tak sabar nak jumpa peserta esok.

#CelikAlquran
#KenalHuruf
Tahniah untuk kesungguhan peserta pagi ini.

Selesai slot pagi.
Kita sambung semula petang.

#KenalHuruf
#CelikAlquran
Kita dah berada di 10 akhir Ramadan.

Gunakan masa dan peluang yang ada sebaiknya.

Sebab kita taktahu adakah ada peluang lagi untuk Ramadan seterusnya.

#CelikAlquran
3 Langkah Kuasai Bacaan Alquran Bermula Kosong

Apa maksud kosong?
Maksudnya tak kenal huruf. Ataupun selalu 'confius' bentuk huruf.
Tergagap-gagap nak baca. Tak reti nak sebut apabila huruf bersambung.
.

"Eh, ada ke dalam masyarakat kita masih belum kenal huruf?"
.

Ada. Dan ramai.
Sebab itu kita perlu 'support' dan sokong mereka.

--
Saya kongsikan 3 Langkah Kuasai Bacaan Alquran Bermula Kosong
--

1. Terima Keadaan dan Buang Rasa Malu
.

Jika kita masih belum boleh mengaji.
Its okey.. Terima dulu keadaan tu.

Jika masih tak kenal huruf lagi.. Takpe.. Takpe..
Lek lu... Jangan terus nak rasa down.

TERIMA keadaan tersebut.

Seterusnya cari guru dan pergi belajar. Bila nak belajar? SECEPAT MUNGKIN. Jangan tangguh-tangguh. Set masa, pergi belajar.

Nak belajar apa?
Bersambung pada langkah kedua..

.

2. Mula Dengan Mengenal Huruf
.

Perkara paling susah untuk mengaji Alquran ni sebenarnya adalah mengenal huruf.

Apabila dah kenal huruf, nak belajar membaca bertajwid senang sahaja sebenarnya.

Sama seperti nak baca buku dalam Bahasa Melayu..
Apa jadi jika kita tak kenal huruf? Boleh ke nak baca buku?

Jika kita tak kenal ABC sudah tentu tak mampu nak baca buku ataupun majalah dalam Bahasa Melayu. Kan?

Sama sahaja konsepnya dengan membaca Alquran.

Huruf Alquran ni terbentuk daripada perkataan Bahasa Arab yang kita panggil sebagai Huruf Hijaiyah.

Huruf Hijaiyah = Alif Ba Ta.

.

Antara cara untuk 'drill' bagi mengenal huruf yang saya boleh cadangkan adalah;
- Gunakan gambar yang kita familiar dengan huruf
(contoh, Huruf Ba = Gambar Buah)
- Gunakan lagu, latih tubi menghafal huruf
- Download apps di HP dan selalu buka untuk hafalkan

Selepas tu.. apa lagi nak buat?
Bersambung pada langkah ke tiga..

.

3. Latihan. Latihan. Latihan.
.

Kita dah boleh mula kenal huruf. Alhamdulillah, ini bagus. (y)

Bagaimana supaya ingatan ni 'melekat'.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan berlatih berulang kali.

Latih tubi.
Disini kepentingannya ada guru yang boleh membimbing dengan sabar.

Ataupun jika ada kawan-kawan atau keluarga yang boleh membantu untuk menyemak huruf.

Malu?
Ishh.. Buat benda baik kan.

Kenapa pula nak malu?

Disamping belajar berguru dengan sahabat/guru/keluarga terdekat boleh juga download apps ni;

Cari di Google Play: Learn Iqra

Apa yang bagus tentang apps ni?
Sebab ada fungsi audio.

Cara guna, kita baca dulu Huruf Hijaiyah tu.. Kemudian tekan bunyi audio untuk 'check' betul ke apa yang dibaca tuh.. :)

.

Antara pengalaman paling menginspirasikan diri saya dan Team #CelikAlquran adalah apabila ada salah seorang peserta dewasa ni..

Beliau sertai kelas Celik Huruf (Kenal dan Kuasai Huruf dalam 1 hari).

Seterusnya selepas balik daripada kelas, beliau buat semua Tips dan Latihan yang kami berikan.

2 Minggu selepas tu, beliau jumpa saya semula bawa Alquran dan minta saya semak bacaan.

Ya.. Beliau baca merangkak-rangkak.

Tapi.. Ada improvement kan daripada kosong, 'confius' huruf kepada berusaha untuk mengaji Alquran?

2 minggu daripada sebut huruf tergagap-gagap kepada boleh mula membaca Alquran.. Good start!

.

Kesimpulan

Membaca Alquran ni ilmu praktikal ye.. Ni bukan teori semata-mata. Dah tahu, kena terus buat.

Dan berilah sokongan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk belajar Alquran. :)

Hadis Nabi;
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Alquran dan mengajarkannya"
(HR Bukhari)
"Rasa seronok dah boleh kenal huruf"

"Ohh. Macam tu rupanya nak bezakan bentuk huruf Sod Dhod Tho Zho"
.

Baru selesai separuh hari.

Petang ni kita sambung lagi.

#CelikAlquran
#KenalHuruf
"Saya memang betul-betul nak belajar mengaji ustaz. Bantulah saya"

Ini cerita Hj Abol.

Beliau sanggup datang dari Batu Pahat ke Bangi semata-mata untuk belajar mengaji Alquran.

Beliau kata,

Lama dah cari kelas belajar mengaji secara individu ni.

Tapi belum jumpa.

Apabila beliau search pasal mengaji personal, dan tahu info pasal Celik Alquran beliau terus buat keputusan datang belajar.

Beliau tambah lagi,

"Saya ni last belajar waktu sekolah dulu."

"Kemudian sibuk kerja."

"Ni lepas pencen baru lah sempat nak belajar semula."

Ustaz tak payah risau.

Pasal jarak, duit semua tu boleh saya usahakan.

Yang penting saya nak pandai mengaji.

Saya memang betul-betul nak belajar mengaji ustaz. Bantulah saya.



#CelikAlquran
#BimbinganIndividu
"Isteri saya pun terkejut saya dah boleh mengaji!"

Cerita Tuan M dari Cheras.
.

Pagi tadi saya sempat minum pagi dengan Tuan M.

Beliau ni sertai sesi #KenalHuruf Disember lepas.

Kemudian mendaftar ke program Kelas Bimbingan Individu.

.

Waktu mula-mula daftar tu, Tuan M baru je pencen.

Beliau kata, ada benda lebih penting beliau mesti selesaikan sebelum mati iaitu boleh mengaji.

.

Sebelum ni memang huruf tak kenal.

Bukan taknak belajar, tapi mungkin belum jumpa cara atau tempat belajar yang serasi.

.

Jadi, beliau ambil keputusan daftar belajar dengan #CelikAlquran dan mula belajar dari awal.

.

Selepas 6 bulan belajar gunakan panduan Celik Huruf dan Celik Tajwid beliau dah mula mengaji Alquran.

Sampai isteri beliau pun terkejut!

Yelah, sebelum ni huruf pun banyak yang keliru kan?

Siap tanya lagi..

"Eh abang belajar guna buku Iqra yang mana?"
"Kenapa laju sangat boleh mula baca Quran dari kenal huruf ni?"

Walaupun sekarang masih belum betul-betul lancar.

Saya sendiri letakkan 'milestone' lagi 2 Bulan InsyaAllah Tuan M ni akan lancar mengaji tanpa sangkut-sangkut lagi.

.

Sama-sama kita doakan Tuan M terus konsisten.

Nak mula belajar tu tak susah.
Nak kekal konsisten dan habiskan belajar itu biasanya yang payah. :)

.

Saya sempat tanya pada Tuan M, apa yang beliau buat untuk kekal konsisten belajar sampai sekarang?

Beliau jawab;

"Saya pastikan setiap hari mesti luangkan masa buka Quran dan baca walau satu muka Surat"

"Cuba ustaz bayangkan, dulu saya masuk masjid nak buka Quran pun rasa takut dan sedih sebab tak reti baca,"

"Sekarang ni apabila dah boleh mula baca, berapa nikmatnya saya rasa"

--

Bagi kami di Celik Alquran, saya ucapkan terima kasih sebab beri peluang kepada saya dan ustaz ustazah membantu.

Doakan kami boleh bantu lebih ramai lagi.

InsyaAllah.
Betul ke 7 hari boleh kenal huruf? 😳

(Ini keadaan apabila memang betul-betul tak kenal huruf.. dah lupaa.. last belajar pun waktu sekolah dulu dalam 15-20 tahun lepas)

Begini.. Kerja berikan kefahaman ini adalah kerja Tuhan.

.

.

.

Kami bantu dan usahakan yang terbaik.

InsyaAllah kami bantu melalui modul dan teknik pembelajaran yang dah diuji berkali-kali kepada ribuan pelajar dewasa.

Ada juga yang dalam masa 1-2 jam pun dah kenal huruf.
Ada juga ambil masa sampai 3-5 hari.

Namun.. kebiasaannya 7 hari boleh dah kenal dan kuasai huruf dengan baik - insyaAllah.

Nak cepat mahir, doa sungguh-sungguh. Usaha juga sungguh-sungguh.

Sunnatullahnya kita usaha.
Dengan izin Allah, dialah yang mengizinkan kefahaman masuk ke dalam hati.

Maksudnya... Ikut rezeki masing-masing. 😊

.
.

Cuma daripada pemerhatian dan pengalaman bersama pelajar, mereka yang cepat mahir ni kesungguhannya luar biasa.

Dia usaha lebih, kefahamannya cepat. πŸ˜‰

.
.
.

Jadi ustazzz... kalau saya nak mula belajar mengaji ni macam mana?

Nak belajar mengaji, boleh call/wasap Hafifa 0189007674 yang baik hati.

Lagi mudah wasap terus >> www.wasap.my/60189007674/belajar-mengaji

Beliau akan terangkan apa yang kami boleh bantu.
.

#CelikAlquran
"Saya tak nak lah Ramadan tahun depan pun macam tu jugakkk..."

Ini cerita Abang Asmawi(bukan nama sebenar)

.

Abang Asmawi ada masalah huruf.

Huruf banyak dah lupa.

Last belajar waktu zaman sekolah.
Sekarang umur 47 tahun.

.

Dia cerita pada saya..

Ramadan lepas dia dapat join terawih 20 rakaat dengan imam.

Cumaaa.. bila part nak join tadarus tu dia rasa malu dengan diri sendiri.

Dia mengaku terus terang.

"Lama dah saya tak mengaji ni sebenarnya ustaz"

"Saya cuba la buka balik Quran nak baca..

"Tapi banyak dah huruf saya tak boleh nak sebut"

"Malu betul saya dengan diri sendiri"

Sebab tu la saya datang belajar harini.

Sebab saya berazam Ramadan tahun depan boleh dah join geng tadarus taman saya.

.

"Sempat ke ustaz saya nak pandai sebelum Ramadan tahun depan?"

Agak-agaknya apa jawapan saya ye?

.

#KenalHuruf
#CelikAlquran
Belajar mengaji ini mudah apabila kita faham konsep asas.

Kenapa sebelum ini rasa susah?
Sebab kita belajar tanpa faham asas.

Asas boleh mengaji adalah kenal huruf dan bunyikan huruf.

Asas mengaji bukan hafal semua nama hukum-hukum tajwid.

Taktahu nak mula mengaji dari mana?

Kembali semula kepada asas.πŸ˜„

#CelikAlquran
QURAN CHALLENGE #CelikAlquran 11/4/2020
Jom pakat belajar..😁

Siapa tahu apa cara bacaan bersambung untuk ayat yang dibulatkan diatas... ?

A. Fisqunilyauma
B. Fisqun yauma
C. Fisqulyauma

Boleh jawab dekat sini -->
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3374856669197875&id=100000207240163
QURAN CHALLENGE #CelikAlquran 17/4/2020
Jom pakat belajar..😁

Siapa tahu berapa harkat panjang kita perlu baca untuk "Doooollinn" dalam ayat yang dibulatkan di bawah..

A. 6
B. 4
C. 2

Dan sila beri sebab kepada jawapan andaπŸ˜„πŸ˜„

Jawab disini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3391006780916197&id=100000207240163
Ramadan ni saya rasa takut nak pegang Quran.

Eh kenapa pula tu?

Sebab huruf saya banyak taktahu lagi.😒

Begini. Kami faham.

Sebab tu #CelikAlquran buat Kelas Huruf Online pada ahad ni.

Fokus nak bantu kenal huruf.

Huruf kenal InsyaAllah lepas ni dah boleh mula baca walaupun merangkak rangkak.

Its okey untuk mula belajar dari mula mengenal huruf. Tiada langsung istilah terlambat dalam belajar.

Ianya adalah tentang mahu atau tidak.πŸ’ͺ

Detail tentang Kelas Kenal Huruf, daftar disini >> https://celik.onpay.my/order/form/kho
Belajar mengaji ini mudah apabila kita faham konsep asas.

Kenapa sebelum ini rasa susah?
Sebab kita belajar tanpa faham asas.

Asas boleh mengaji adalah kenal huruf dan bunyikan huruf.

Asas mengaji bukan hafal semua nama hukum-hukum tajwid.

Taktahu nak mula mengaji dari mana?

Kembali semula kepada asas.πŸ˜„

#CelikAlquran
Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah.

Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.

#CelikAlQuran
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Yang mana satu perlu dijadikan 2 Harakat dalam ayat diberi?

Dalam video kali ini Ustaz Falah menerangkan satu persatu huruf dan cara bacaan ayat 'AlKhosyi'in'.

Jangan terlepas ilmu mudah ini yang penting dapat kenal asas Al Quran 😍

βœ… Komen Huruf yang perlu dipanjangkan 2 Harakat dibawah.

.

Nak belajar asas solat tapi secara praktikal? Jangan terlepas sesi Bengkel Celik Solat akan datang. Klik link whatsapp πŸ‘‡

https://bit.ly/3KY8bKJ
https://bit.ly/3KY8bKJ

Atau hubungi no tertera

018-900 7674 - Puan Hafifa

#Mengaji
#CelikAlQuran
#BelajarKenalHuruf
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selalu hilang pergi tengok pemandangan je kan? Apa kata kali ini healing dengan Al-Quran pula πŸ˜‰

#CelikSolat
#CelikAlQuran