Astro AWANI
81.7K subscribers
47.4K photos
794 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Dua penuntut sebuah universiti di Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan menipu ibu seorang daripada mereka dengan membuat lakonan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM2.9 juta.

Zhang Runbao, 23, dan Ye Yingxi, 18, yang merupakan warga China didakwa menipu ibu Ye iaitu Cheng Zhiwen dengan membuat panggilan dan menunjukkan video Ye diculik, badannya dalam keadaan separuh bogel, tangan diikat, mulut ditutup dengan pita pelekat berwarna hitam, leher dicekik, badan dipijak dan mukanya dituang air.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, antara 11.44 pagi hingga 9.15 malam, 2 Mei lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 dan Seksyen 34 kanun sama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pelakon terkenal Perancis, Gérard Depardieu didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran filem pada tahun 2021.

Mahkamah di Paris menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan yang ditangguhkan terhadap pelakon berusia 76 tahun itu.

Depardieu, yang telah membintangi lebih 200 filem, didapati bersalah kerana mencabul seorang pereka set berusia 54 tahun dan seorang pembantu berusia 34 tahun semasa penggambaran filem "Les Volets Verts" ("The Green Shutters").

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Moscow bagi mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.

#AWANInews
Sekurang-kurangnya 52,908 rakyat Palestin maut dalam serangan genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kenyataan kementerian itu menyatakan, 46 orang terkorban dalam serangan Israel di kawasan itu dalam tempoh 24 jam yang lepas, manakala 73 yang lain cedera, menjadikan jumlah mangsa kecederaan keseluruhan kepada 119,721 akibat serangan Israel.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka," menurut kenyataan itu lagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Arab Saudi bersetuju melabur sebanyak AS$600 bilion ke dalam beberapa industri di Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu diumumkan White House dalam satu kenyataan susulan pertemuan Presiden AS, Donald Trump dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman pada Selasa.

Difahamkan, pelaburan tersebut merentasi beberapa industri termasuk teknologi, tenaga, dan mineral.

Ia turut merangkumi pembelian senjata bernilai hampir AS$142 bilion oleh Arab Saudi, yang merupakan jualan senjata terbesar oleh AS dalam sejarahnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow pada Selasa malam bagi memulakan rangka lawatan rasmi empat harinya ke Rusia.

Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh persahabatan Malaysia-Rusia serta merintis kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.

📷: PMO
Hari ini 86 tahun yang lalu, Lina Medina menjadi ibu termuda dalam sejarah di usia 5 tahun.

Lina Marcela Medina de Jurado lahir pada 12 September 1933 di Ticrapo, wilayah Castrovirreyna, Peru. Dia merupakan salah seorang daripada sembilan anak Tiburelo Medina, seorang tukang perak & Victoria Losea.

Di usia 5 tahun, ibu bapa Lina mendapati perut anak mereka itu membesar lalu dibawa ke hospital di Pisco. Pada awalnya doktor menyangka Lina mempunyai ketumbuhan, namun kemudian para pakar mengesahkan bahawa di hamil 7 bulan.

Doktor mendapati bahawa Lina mempunyai organ peranakan yang matang sepenuhnya. Menurut laporan dalam jurnal perubatan La Presse Médicale, Lina menghidap sejenis kondisi yang menyebabkannya didatangi haid awal, kali pertama di usia 8 bulan.

6 minggu selepas diagnosis, pada 14 Mei 1939, di usia 5 tahun, 7 bulan & 21 hari, Lina melahirkan bayi lelaki yang dikandungnya secara pembedahan caesarean kerana saiz pelvisnya yang kecil. Anak itu seberat 2.7kg, diberi nama Gerardo.

Identiti bapa bayi tersebut terus menjadi misteri & Lina tak pernah memberi respons yang jelas bagaimana dia boleh hamil. Bapa Lina ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang mahram, namun kemudian dibebaskan kerana tak cukup bukti.

Hak penjagaan Gerardo diambil oleh Dr. Lozada yang mengendalikan kes Lina. Apabila Lina sudah dewasa, dia diambil bekerja oleh Dr. Lozada sebagai kerani di kliniknya di Lima. Begitupun, Lina hanya dapat berjumpa dengan anaknya sekali-sekala.

Gerardo dibesarkan mempercayai bahawa Lina adalah kakaknya sebelum mengetahui kebenaran di usia 10 tahun. Anak itu membesar dengan sihat, namun meninggal dunia pada 1979 di usia 40 tahun akibat penyakit sum-sum tulang.

Walaupun kes ini dispekulasi sebagai satu penipuan, beberapa doktor selama bertahun mengesahkan kebenarannya berdasarkan biopsi, imbasan sinar-X rangka bayi dalam rahim & foto yang diambil.

Sumber: The Telegraph, PM News, Snopes

#PeristiwaHariIni
Dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan membakar semangat atlet boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah untuk membuat penampilan sulung pada Sukan Komanwel edisi Glasgow 2026.

Nor Farah berkata misi itu bukanlah mudah memandangkan beliau perlu berebut tempat untuk beraksi di temasya sukan empat tahun sekali itu dengan senior lain.

"Sasaran terbesar saya adalah untuk beraksi di Sukan Komanwel 2026 namun saya perlu bertanding (rebut tempat) dengan senior saya dahulu," katanya kepada pemberita selepas Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Setiap haiwan liar, termasuk gajah yang ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dipasang dengan alat pengesan atau mikrocip sebelum translokasi dilaksanakan.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata langkah itu bagi mengesan pergerakan haiwan tersebut sebelum dilepaskan ke habitat semulajadi.

"Tujuan pemasangan cip ini untuk menjejaki pergerakan dan keberadaan kawanan gajah liar terbabit menggunakan teknologi satelit terutama apabila hidupan liar ini berpindah ke kawasan lain atau keluar dari habitat asal," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan rancangan beliau untuk menarik balik sekatan ke atas Syria susulan kejatuhan rejim Bashaar al-Assad, yang menurutnya akan “memberi peluang kepada negara itu untuk mencapai kegemilangan.”

Trump membuat pengumuman itu ketika berucap di Forum Pelaburan Arab Saudi - Amerika Syarikat, di Riyadh, selepas mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pelaksanaan jadual pergerakan kenderaan di kawasan titik panas kemalangan membabitkan hidupan liar wajar dipertimbangkan.

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar berkata ini merupakan langkah segera yang boleh dibuat tanpa implikasi kewangan.

“Perkara paling cepat yang kita boleh lakukan tanpa kos, tetapi mungkin ada implikasi kos di kemudian hari, ialah penjadualan pergerakan kenderaan optimum. Terutamanya di kawasan-kawasan yang sensitif seperti Lebuhraya Timur-Barat dan laluan-laluan lain yang dikenalpasti sebagai titik panas bagi kemalangan melibatkan hidupan liar. Kita perlu lihat keperluan segera penjadualan kenderaan,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Peruntukan khusus bagi membina jejambat hidupan liar atau viaduct wajar dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13.

Pengarah Konservasi Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Dr. Henry Chan berkata projek berkenaan memerlukan tempoh pelaksanaan yang panjang dengan kos mencecah puluhan juta ringgit.

“Kita perlu ada perancangan kewangan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030). Pembinaan viaduct melibatkan puluhan juta ringgit untuk dibina. Viaduct ini hanya di kawasan tertentu sahaja untuk laluan binatang di kawasan hutan belantara luas seperti di Gerik dan Jeli," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan harapannya agar Arab Saudi menyertai Perjanjian Abraham - siri perjanjian normalisasi hubungan antara Israel dan beberapa negara Arab yang dirunding oleh pentadbirannya semasa penggal pertama.

“Ini adalah harapan, hasrat dan bahkan impian saya agar Arab Saudi akan segera menyertai Perjanjian Abraham,” kata Trump ketika berucap pada Forum Pelaburan Arab Saudi - Amerika Syarikat, di Riyadh, pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian pertahanan bernilai hampir US$142 bilion pada Selasa, yang disifatkan White House sebagai "perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah."

Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi White House, perjanjian itu menyasarkan untuk membekalkan Arab Saudi dengan kelengkapan dan perkhidmatan peperangan canggih daripada lebih sedozen firma pertahanan AS.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tiga jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam pagi Selasa, selamat dikebumikan awal pagi ini.

Jenazah Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang, di Ipoh pada 4.50 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki melanggar seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews