Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden AS, Donald Trump, memulakan lawatan empat hari ke Asia Barat dengan kunjungan ke Arab Saudi, disambut oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Riyadh pada 13 Mei.
Lawatan ini merupakan yang kedua selepas beliau kembali sebagai Presiden, ketika dunia sedang berdepan ketegangan geopolitik.
Namun, lawatan kali ini dijangka lebih tertumpu kepada urusan ekonomi berbanding isu keselamatan seperti perang di Gaza dan ketegangan berkaitan program nuklear Iran.
Destinasi kedua dan ketiga Trump, iaitu Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, turut dijangka memfokuskan kepada hal ehwal ekonomi. #AWANInews

Saham Amerika Syarikat (AS) melonjak tinggi pada dagangan Isnin, menghapuskan kelemahan sederhana yang dicatatkan minggu lalu, lapor dpa-AFX.
Nasdaq melonjak 779.43 mata atau 4.4 peratus kepada 18,708.34, S&P 500 meningkat 184.28 mata atau 3.3 peratus kepada 5,844.19 manakala Dow melonjak 1,160.72 mata atau 2.8 peratus kepada 42,420.10.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Nasdaq melonjak 779.43 mata atau 4.4 peratus kepada 18,708.34, S&P 500 meningkat 184.28 mata atau 3.3 peratus kepada 5,844.19 manakala Dow melonjak 1,160.72 mata atau 2.8 peratus kepada 42,420.10.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gunung Etna di Itali meletus pada malam Isnin (13 Mei). Gunung berapi paling aktif di Eropah ini telah menghasilkan dua aliran lava yang mengalir ke arah selatan dan timur.
Letusan lava berapi dan awan abu di sekitar langit Sicily dan kepulan abu tersebar ke arah timur-tenggara di bandar Zafferana Etnea, Itali.

Pemandu lori muatan batu yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus -Sungai Lampam di sini pada Selasa mempunyai enam rekod kesalahan lampau.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah serta pernah melakukan beberapa kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ujian air kencing telah dilakukan dan keputusannya lelaki itu negatif daripada sebarang jenis dadah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah serta pernah melakukan beberapa kesalahan lalu lintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Ujian air kencing telah dilakukan dan keputusannya lelaki itu negatif daripada sebarang jenis dadah," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi Selasa.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.
"Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati," titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.
"Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati," titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebuah video yang dimuat naik salah seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 merakam suasana dalam kenderaan PDRM itu mengundang rasa sayu netizen.
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, itu memaparkan rakan-rakan seperjuangan sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera.
Difahamkan, pasukan tersebut dalam perjalanan menghadiri penugasan di Teluk Intan malah, dalam status berikutnya, mangsa turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, itu memaparkan rakan-rakan seperjuangan sedang berbual mesra dan sempat tersenyum ke arah kamera.
Difahamkan, pasukan tersebut dalam perjalanan menghadiri penugasan di Teluk Intan malah, dalam status berikutnya, mangsa turut memuat naik suasana di sekitar Menara Condong Teluk Intan sebelum insiden berlaku.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampam, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam Selasa.
“Semua mangsa ini, selepas dibedah siasat, (yang beragama Islam) akan disembahyangkan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, penghormatan terakhir akan dilakukan di Markas Unit 5 FRU Sungai Senam.
Menurutnya, majlis itu akan diadakan secepat mungkin selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka malam Selasa.
“Semua mangsa ini, selepas dibedah siasat, (yang beragama Islam) akan disembahyangkan di IPD Hilir Perak di Teluk Intan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Mesyuarat unit bencana negeri Selangor petang Selasa antara lain akan membincangkan kemungkinan kerajaan negeri boleh menjadi orang tengah bagi menyelaras rundingan antara mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dengan syarikat insurans, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
"Kerajaan negeri mungkin boleh jadi mediator sebab ini melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu syarikat insurans dan pemegang polisi. Kerajaan negeri sedia membantu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Kerajaan negeri mungkin boleh jadi mediator sebab ini melibatkan perjanjian antara dua pihak iaitu syarikat insurans dan pemegang polisi. Kerajaan negeri sedia membantu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Satu jawatankuasa khas sudah ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantau isu penggunaan vape yang didakwa melibatkan penyalahgunaan dadah.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni Bohari berkata KKM sedang meneliti peraturan sedia ada, sekiranya aspek penguatkuasaan masih relevan menangani permasalahan tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr. Ismuni Bohari berkata KKM sedang meneliti peraturan sedia ada, sekiranya aspek penguatkuasaan masih relevan menangani permasalahan tersebut.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Disebalik tabir liputan lawatan Presiden AS, Donald Trump ke Arab Saudi bersama @luqman.hariz dan @fitri_zainuri pada Selasa, 13 Mei 2025
#AWANInews
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dalam sebuah majlis rasmi di Riyadh pada 13 Mei.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah tokoh-tokoh ternama seperti Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock, Larry Fink dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Trump juga dijangka menghadiri sidang kemuncak bersama negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pada 14 Mei sebagai sebahagian daripada agenda lawatan beliau. #AWANInews

Tentera Israel awal pagi Selasa membunuh seorang wartawan Palestin ketika beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan, Pejabat Media Kerajaan yang berpangkalan di Gaza memaklumkan bahawa wartawan Hassan Eslaih telah dibunuh oleh Israel ketika sedang dirawat di Hospital Nasser selepas terselamat daripada cubaan pembunuhan sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, pembunuhan Eslaih menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh oleh Israel sejak bermulanya genosid di Gaza pada Oktober 2023 meningkat kepada 215 orang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dalam satu kenyataan, Pejabat Media Kerajaan yang berpangkalan di Gaza memaklumkan bahawa wartawan Hassan Eslaih telah dibunuh oleh Israel ketika sedang dirawat di Hospital Nasser selepas terselamat daripada cubaan pembunuhan sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, pembunuhan Eslaih menjadikan jumlah wartawan Palestin yang terbunuh oleh Israel sejak bermulanya genosid di Gaza pada Oktober 2023 meningkat kepada 215 orang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pasukan Sepak Takraw Malaysia meneruskan rentak kemenangan keatas Singapura di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Astaf 2025 dengan mata 15-6 15-9 (2-0) yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Sumber: Astro/Azrul Rafie
Sumber: Astro/Azrul Rafie
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan mengambil contoh pembinaan terowong berkenaan oleh Lebuhraya Persisiran Barat (WCE) di jajaran Taiping Selatan-Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Syabas dan terima kasih kepada syarikat konsesi WCE yang melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuh raya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan lain, melintasi lebuh raya dengan selamat," menurut kenyataan itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan mengambil contoh pembinaan terowong berkenaan oleh Lebuhraya Persisiran Barat (WCE) di jajaran Taiping Selatan-Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Syabas dan terima kasih kepada syarikat konsesi WCE yang melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuh raya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan lain, melintasi lebuh raya dengan selamat," menurut kenyataan itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video yang dikongsikan dari wakil AWANI Perak tujuh keranda telah disiapkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sementara menanti jenazah tiba dari Hospital Teluk Intan
#AWANInews
#AWANInews
Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dijangka didakwa atas 17 pertuduhan membabitkan salah guna kedudukan, di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Seberang Perai, pada Rabu.
Sumber memberitahu, pendakwaan terhadapnya membabitkan kesalahan yang didakwa dilakukan ketika menjadi Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHPP).
Antara pertuduhan ialah melibatkan pembelian pedati emas, selain kelulusan bantuan pendidikan serta perubatan LWHPP.