Astro AWANI
βœ”
73.9K subscribers
58.9K photos
1.61K videos
58 files
181K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Kerajaan Arab Saudi memperketat pelaksanaan peraturan haji bagi musim Haji 1447H/2026 sebagai langkah memastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah, khususnya di kawasan Tanah Haram di Mekah.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, kerajaan Malaysia sentiasa memantau setiap peraturan baharu dan penambahbaikan yang diperkenalkan pihak berkuasa Arab Saudi, memandangkan perubahan tersebut berlaku hampir setiap tahun menjelang musim haji.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peraturan-haji-1447h2026-diperketat-demi-keselamatan-keselesaan-jemaah

#AWANInews
❀6πŸ”₯3πŸ‘2
Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata senarai itu merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž39πŸ‘15❀1πŸ‘1
Tindakan seorang lelaki warga Korea Selatan yang dikehendaki pihak berkuasa negara asalnya sejak 10 tahun lalu 'bersembunyi' di Malaysia, akhirnya terbongkar selepas dia menjadi mangsa penculikan dalam kejadian di Genting Highlands, Pahang, pada 17 April lalu.

Mangsa berusia 40 tahun itu dipercayai terlibat dalam kumpulan jenayah terancang serta aktiviti perjudian haram di negara asalnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata, dalam kejadian itu kenderaan yang dinaiki mangsa pintas sebuah kenderaan lain dinaiki tiga lelaki, yang juga warga Korea Selatan ketika dalam perjalanan menuju ke ibu negara.

πŸ“Έ: Astro AWANI/ @shahiromar

#AWANInews
πŸ”₯12❀3
πŸ”₯6
Penggunaan kad dan aplikasi Nusuk kini menjadi keperluan wajib dan dikuatkuasakan secara ketat oleh kerajaan Arab Saudi sebagai langkah utama mengawal pergerakan serta menjamin keselamatan dan keselesaan jemaah haji pada musim Haji 2026.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, aplikasi Nusuk berfungsi sebagai kelulusan rasmi untuk jemaah memasuki Tanah Haram di Mekah, termasuk untuk memasuki Masjidil Haram.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kad-nusuk-wajib-pastikan-keselamatan-dan-keselesaan-elak-kesesakan-luar-kawalan

#AWANInews
❀9πŸ”₯1πŸ‘1
Selepas tiga dekad mencipta nama dalam industri muzik serantau, kumpulan popular Indonesia, Ungu bakal meraikan perjalanan seni mereka menerusi β€œKonsert Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 5 Sept depan.

Konsert istimewa itu dijangka mengubat kerinduan peminat serta penghargaan kepada mereka yang terus menyokong kumpulan tersebut sejak penubuhannya pada 1996, selain menampilkan perjalanan muzik Ungu hingga kini.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/hiburan-malaysia/ungu-kekal-relevan-selepas-3-dekad-rai-perjalanan-menerusi-konsert-istimewa-di-kl

#AWANInews
❀6πŸ‘2πŸ‘1πŸ‘Ž1
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkannya membayar ganti rugi termasuk kos berjumlah RM825,000 kerana memfitnah tiga pemimpin DAP yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang bersidang bersama-sama Datin Paduka Evrol Mariette Peters dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, menolak rayuan Siti Mastura selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siti-mastura-gagal-dalam-rayuan-kes-fitnah-terhadap-tiga-pemimpin-dap

#AWANInews
πŸ‘22πŸ”₯6❀3πŸ‘1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Polis menyelamatkan seorang lelaki warga Korea Selatan yang dijadikan tebusan oleh tiga suspek senegara, pada 17 Apri lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, hasil serbuan di sebuah homestay di Melaka, polis menahan tiga suspek.

Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati mangsa yang berusia 40 tahun itu dalam senarai Interpol kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan jenayah terancang serta aktiviti perjudian haram di negara asalnya. #AWANInews
πŸ‘Ž6❀5πŸ”₯3πŸ‘2
Kutipan cukai langsung negara mencatat sejarah baharu mencecah RM203.991 bilion pada 2025, kali pertama melepasi paras RM200 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian tersebut menunjukkan keupayaan sistem percukaian negara yang terus kukuh walaupun sedang berdepan tekanan akibat konflik di rantau Asia Barat.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kutipan-cukai-negara-catat-sejarah-lepasi-paras-rm200-bilion-tahun-lalu

#AWANInews
πŸ‘Ž15πŸ‘13❀3πŸ”₯3
Semua sekolah di Terengganu diarah menangguhkan sebarang aktiviti luar susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Kamsah@Kamal Mohamed berkata pemakluman mengenai perkara itu telah diedarkan kepada kesemua sekolah di negeri ini dan berkuat kuasa bermula 20 April lepas.

Berita lanjut di:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekolah-di-terengganu-diarah-tangguh-aktiviti-luar

#AWANInews
πŸ‘12πŸ‘3πŸ”₯1
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu membabitkan dua kumpulan sebelum satu das tembakan dilepaskan dan mengenai perut mangsa. 

"Mangsa berusia 41 tahun kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Kumar berkata, susulan kejadian itu, polis melancarkan operasi dan berjaya menahan dua lelaki tempatan di sebuah hotel di Klang kurang 24 jam selepas kejadian. 

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita/dendam-berebut-kawasan-punca-tembakan-di-bangsar-2-ditahan-kurang-24-jam
#AWANInews
❀6πŸ‘Ž5πŸ‘4πŸ‘1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pembangunan modul itu menjadi komponen penting di bawah Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim yang kini sedang dibangunkan kerajaan.

β€œDalam konteks autisme, kami sedang meneroka usaha membangunkan Fiqh Autisme sebagai pendekatan inklusif, agar anak-anak istimewa ini mendapat akses kepada ilmu dan penghayatan agama, selaras dengan keperluan serta kemampuan mereka.

β€œPada masa sama, usaha ini bertujuan membantu masyarakat memahami keperluan golongan itu dalam konteks pelaksanaan ibadah, khususnya melibatkan fardu ain dan fardu kifayah,” katanya selepas mengadakan lawatan serta menyantuni warga Yayasan Pendidikan Insani di Bandar Baru Selayang pada Jumaat. 

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-bangunkan-modul-fiqh-autisme-perluas-kefahaman-ibadah-anak-istimewa-zulkifli
#AWANInews
πŸ‘13πŸ‘Ž7❀3πŸ‘2
AWANI Pagi membincangkan penganjuran Tourism Industry Awards 2026 dan hala tuju industri pelancongan negara bersama penganjur anugerah dan MITDA, termasuk prestasi semasa, cabaran pasca pandemik, strategi menarik pelancong asing serta peranan kerjasama kerajaan dan
industri.

#AWANIpagi #AWANInews
πŸ”₯2
Perdana Menteri meminta pihak yang melontarkan dakwaan itu supaya tampil mengemukakan bukti.

β€œKalau ada bukti, bawalah... tiada siapa terkecuali... kalau tidak, jadi sarang fitnah dan sebagainya... saya tak nak layan, saya banyak kerja,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada sesi ramah mesra bersama dengan penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bahru pada Jumaat.

Sebelum ini, tular di media sosial video seorang wanita dikenali sebagai β€œSofia Rini” yang juga saksi dalam kes rasuah membabitkan ahli perniagaan Albert Tei dan bekas setiausaha politik Anwar iaitu Shamsul Iskandar Akin, yang membuat pendedahan itu.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-simpan-duit-songlap-di-afrika-fitnah-sila-kemuka-bukti-pm
#AWANInews
πŸ‘Ž19πŸ‘8πŸ”₯4❀1
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata tiada pihak yang terkecuali daripada tindakan undang-undang atas kesalahan membuang sampah merata-rata di tempat awam.

β€œBukan sahaja Perintah Khidmat Masyarakat akan dikenakan terhadap (pelaku), tindakan disiplin wajib juga diambil kerana sebagai kakitangan PBT (pihak berkuasa tempatan) beliau wajib menjadi contoh dan teladan yang baik.

β€œSudah banyak kali saya terangkan, tidak kira kamu siapa, ada Tan Sri ke, Datuk Seri ke, pekerja atau kakitangan siapa sahaja kerana undang-undang adalah sama dan adil kepada semua,” katanya.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buang-puntung-rokok-kakitangan-mbsa-berdepan-tindakan-disiplin-khidmat-masyarakat
#AWANInews
πŸ‘14πŸ‘9❀1πŸ”₯1
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden itu pada 2.20 petang.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga warga Myanmar pada hari sama dan merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.

β€œMotif kejadian dipercayai berpunca daripada cemburu,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-warga-myanmar-maut-ditikam-polis-tahan-bekas-suami-mangsa
#AWANInews
πŸ”₯7
Menurut notis usul difailkan pada 10 April lepas dan diperoleh oleh Bernama, kumpulan pesara itu memohon Mahkamah Rayuan untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.

Perintah tersebut mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta kerajaan untuk membayar tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion kepada 531,976 pesara. Bayaran tersebut sepatutnya dikira berdasarkan gaji akhir mereka mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.

Mereka juga memohon agar rayuan mereka didengar semula di hadapan panel hakim yang berbeza.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/57-pesara-fail-semakan-mohon-rayuan-didengar-semula-dalam-kes-tunggakan-pelarasan-pencen
#AWANInews
πŸ‘8πŸ”₯4
Orang ramai disaran merebut peluang menikmati diskaun 30 peratus bagi tiket perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) sebelum tempoh pembelian berakhir 30 April.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran itu boleh dinikmati dengan menggunakan kod promosi MADANI30 melalui aplikasi KITS Style, kios tiket atau laman sesawang rasmi mereka.

β€œDengan hanya memasukkan kod MADANI30 semasa pembelian, pengguna boleh menikmati penjimatan bagi perjalanan ETS untuk semua sektor dan ERT bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral.

Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ktmb-tawar-diskaun-30-peratus-tiket-ets-ert-menerusi-kod-promosi-madani30
#AWANInews
πŸ‘4❀2πŸ”₯1