Astro AWANI
82.4K subscribers
46.4K photos
725 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Seramai 5,256 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah melalui 19 penerbangan setakat Ahad. Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun, daripada jumlah itu seramai 837 jemaah haji telah tiba secara berperingkat di Mekah pada Sabtu.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) tidak terhad kepada orang dewasa untuk melakukan tugasan kerja tetapi kini turut semakin popular di kalangan kanak-kanak.

New York Times melaporkan Google kini bersedia menawarkan Gemini kepada pengguna di bawah umur 13 tahun dengan beberapa ciri keselamatan data.

Ibu bapa serta penjaga yang menggunakan Family Link untuk mengawal penggunaan peranti anak-anak mula menerima notifikasi mengenai ciri baharu ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam menggapai ke langit bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan digital, jangan lupa untuk mengakar ke bumi dengan nilai budaya, akhlak dan akidah.

Beliau berkata demikian pada Temu Anwar Institut Pengajian Tinggi Swasta di Management and Science University (MSU) Shah Alam.

📷: Astro AWANI / Shahir Omar

#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seramai 5,256 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah melalui 19 penerbangan setakat semalam.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Hisham Harun, daripada jumlah tersebut seramai 837 jemaah haji telah tiba secara berperingkat di Mekah manakala 4,419 jemaah masih berada di Madinah.

Beliau berkata, operasi haji tahun ini yang bermula pada 29 April lalu telah pun berjalan dengan baik dan lancar dan penerbangan terakhir jemaah haji ke Jeddah pada 1 Jun 2025.
#KhabarHaji2025
#BeritaHaji2025
#JejakAlHaramain2025
“Setahun berlalu, hanya kami yang menulis kisah cinta kami, satu halaman pada satu masa.

"Kini, babak baharu bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri saya. Our little miracle, made with love,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen di IG adik kepada aktres Anzalna Nasir ini juga turut dihujani dengan ucapan positif.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazdy Mohd Nor berkata mayat Muhammad Salam Mohd Daud, 27, ditemukan oleh penduduk kampung pada 11.31 malam di lokasi sama tempat dia dilaporkan tergelincir dan jatuh.

"Arwah Muhammad Salam ditemukan terapung oleh penduduk kampung... Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rindu musim Haji?

Ini antara laluan pejalan kaki berbumbung terbaharu yang disediakan Kerajaan Arab Saudi di sekitar Masjidil Haram, Mekah.
Laluan dengan senibina moden ini mampu menampung ribuan jemaah bagi memberikan keselesaan termasuk untuk perlindungan daripada panas mentari di musim haji.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata bahawa AS akhirnya perlu menurunkan tarif import ke atas barangan dari China kerana jika tidak, adalah mustahil untuk membangunkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

"Pada suatu ketika nanti, saya akan turunkan tarif itu, kerana kalau tidak, anda tidak akan dapat berniaga dengan mereka.

"Dan mereka sangat mahu berniaga kerana ekonomi mereka benar-benar teruk. Ekonomi mereka sedang merudum," katanya dalam sesi temu bual bersama Fox News.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menolak cadangan Israel untuk menyalurkan bantuan ke Gaza di bawah kawalan ketenteraan dengan alasan terdapat kebimbangan serius terhadap kemanusiaan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pasukan kemanusiaan PBB di Gaza memaklumkan bahawa pelan Israel itu melanggar prinsip asas kemanusiaan dan dilihat "dilaksanakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas barangan keperluan asas sebagai taktik tekanan - yang merupakan sebahagian daripada strategi ketenteraan."

Mekanisme penghantaran yang dicadangkan memerlukan kelulusan PBB untuk mengagihkan bekalan melalui pusat pemeriksaan Israel di bawah syarat yang ditetapkan oleh tentera Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau pada pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.44 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC135 bersama seorang lelaki dewasa dipercayai bapa saudaranya, tersepit selepas pakaian hujan yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia akan mengadakan rundingan secara rasmi dengan Amerika Syarikat (AS) mulai esok, berhubung tarif timbal balik yang dikenakan terhadap negara ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, MITI telah melantik Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Mastura Ahmad Mustafa sebagai ketua perunding.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pihak berkuasa Jordan memindahkan ratusan pelancong dari kota purba Petra pada Ahad selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat, menurut laporan Agensi Berita Petra.

Agensi Berita Jordan melaporkan bahawa pemindahan itu melibatkan majoriti daripada 1,785 pelancong yang melawat tapak tersebut pada hari tersebut, menurut seorang pegawai daripada Pihak Berkuasa Wilayah Aqaba.

Pegawai itu mengesahkan bahawa tiada pelancong yang cedera.

#AWANInews
Kemuncak fenomena hujan meteor Eta Aquarids dijangka berlaku pada tengah malam 6 Mei sehingga sebelum matahari terbit dengan purata 50 meteor per jam.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, fenomena hujan meteor Eta Aquarids boleh dilihat sejak 19 April lepas hingga 28 Mei ini.

"Kenampakan hujan meteor itu adalah baik selepas bulan (fasa sukuan akhir) terbenam pada 2.29 pagi (6 Mei)," menurut hantaran itu hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews