Astro AWANI
82.4K subscribers
46.4K photos
725 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrabim berkata, kerajaan juga menolak dakwaan AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import negara 'Uncle Sam' itu ke Malaysia.

Beliau menambah, kerajaan memandang serius tarif timbal balik tersebut dan mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan pelaburan terbesar.

"Kerajaan menolak dakwaan AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke Malaysia. Ini tidak benar dan disanggah oleh kebanyakan negara kerana jumlah import AS dari Malaysia pada 2024 itu mesti diukur secara menyeluruh dan tidak digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan AS telah bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata rundingan itu masih di peringkat awal dan belum ada sebarang persetujuan muktamad kedua-dua pihak.

"Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak," kata Perdana Menteri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
DRAMA ALERT!

China just cancelled 12,000 metric tons of U.S. pork, the biggest cancellation since COVID-19. Why? Because tensions in the US - China trade war are heating up (again).

#WhatsUpUSChinaWithFarhan
#AWANIinternational


https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7500799574215380242
Perdana Menteri berkata Usaha sedang dipergiat untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara di Eropah Timur, Timur Tengah, Asia Tengah, Amerika Selatan serta benua Afrika.

“Projek ini bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi serantau dan pelaksanaannya akan disegerakan”katanya

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7500806545639263506
YB Paya Besar menyokong usaha yang digerakkan kerajaan untuk membuat penerokaan pasaran baharu. Malah beliau meminta kerajaan memperincikan

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7500807766093761799
YB Paya Besar turut memohon kerajaan turur memperkasan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menghadapi situasi ekonomi yang kian rencam pasca pelaksanaan tarif baharu oleh AS.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7500808892503330055
Polisi kita yang sentiasa neutral itu harus kita pertahankan.

Jangan sekali-kali kita nampak seolah-olah kita berpihak kepada satu-satu negara" - Hamzah Zainuddin

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7500811431114280200
Ahli Parlimen Larut medesak kerajaan prihatin terhadap kesan tarif dan mencadangkan untuk menangguhkan sebarang perubahan dasar yang boleh memberi tekanan kos dan membebankan pengguna.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

https://www.tiktok.com/@501awani/video/7500814621683633415?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7217285181495952898
Rundingan berhubung isu antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) tidak menjejaskan perbincangan perkara lain dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana isu itu membabitkan sumber gas asli itu adalah satu perkara khusus.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Trump berkata langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.

"Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara," katanya.

Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, dengan mendakwa ia merupakan satu bentuk "mesej dan propaganda."

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rindu musim Haji?

Ini antara laluan pejalan kaki berbumbung terbaharu yang disediakan Kerajaan Arab Saudi di sekitar Masjidil Haram, Mekah.
Laluan dengan senibina moden ini mampu menampung ribuan jemaah bagi memberikan keselesaan termasuk untuk perlindungan daripada panas mentari di musim haji.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Namun di sebalik nama ganjil itu, menu yang dimasak penuh kasih sayang oleh seorang mualaf Redzuan Ooi Abdullah, 52, menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum sejak beberapa tahun lalu.

Buktinya kedai makan bernama "Ipoh - Ipoh Ajee" yang beroperasi di perhentian bas Medan Kidd, di sini seawal 7 pagi hingga 3 petang itu dipenuhi pelanggan yang mahu merasai keenakan mi tikus dan pelbagai menu lain.

Teknik menggoreng Redzuan atau lebih mesra dipanggil Abang Wan itu juga cukup unik iaitu dengan melambung-lambung mi dalam kuali dengan api menyala, itu pun sudah menarik perhatian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bintang muda permotoran negara Muhammad Hakim Danish Ramli memulakan kempen Kejuaraan Dunia Grand Prix Remaja (JrGP) 2025 dengan bergaya apabila menamatkan saingan di tempat kedua pada pusingan pembukaan di Circuit do Estoril, Portugal, pada Ahad.

Pelumba UAX SeventyTwo Artbox Brian Uriarte muncul juara dengan catatan 27 minit 45.045 saat (s) meninggalkan Hakim Danish yang mewakili SIC Racing-MSI di tempat kedua (+7.931s) dan Rico Salmela daripada Estrella Galicia 0,0 melengkapkan podium di kedudukan ketiga (+10.403s).

Hakim Danish dalam satu kenyataan bersyukur dapat memberikan tentangan kepada Uriarte biarpun bermula agak kurang baik pada awal perlumbaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews