Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
700 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Mahkamah Persekutuan akan menentukan esok sama ada membenarkan rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung cabaran Najib terhadap titah adendum Agong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemergian mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini masih dirasai oleh segenap masyarakat di negara.

Legasi dan sumbangan Pak Lah sentiasa dikenang dalam pelbagai aspek termasuk soal pembangunan modal insan di peringkat pendidikan tinggi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan kejayaan triple treble dengan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu

📸 : FOTO Astro / Azrul Rafie
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-91 kepada seluruh warga TLDM, veteran serta mereka yang pernah berbakti dalam angkatan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin percaya kekalahan 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas akhir Piala Malaysia 2024/2025 malam Sabtu masih satu 'kemenangan' buat pasukan itu.

Beliau berkata, penyokong boleh menilai sendiri persembahan skuad Tok Gajah yang secara keseluruhan telah mempamerkan semangat juang tinggi ke atas gergasi Liga Super berkenaan hingga berjaya memperoleh jaringan pada awal perlawanan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI
Video
Ini lima fakta menarik tentang Masjid Quba yang terletak di Madinah:

1.⁠ ⁠Masjid Quba dianggap sebagai masjid pertama yang dibangun setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Ia dibangun pada tahun 622 M.

2.⁠ ⁠Masjid ini memiliki nilai sejarah yang tinggi, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri sering mengunjungi masjid ini. Dalam sebuah hadis, dikatakan bahawa solat di Masjid Quba setara dengan melakukan umrah.

3.⁠ ⁠Masjid Quba memiliki binaan yang indah dan unik melambangkan reka bentuk Islam klasik.

4.⁠ ⁠Sejak dibangun, Masjid Quba telah mengalami beberapa kali proses pembaikan. Terbaru dilakukan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan jemaah.

5.⁠ ⁠Masjid Quba tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga menjadi pusat kegiatan keagamaan dan sosial bagi masyarakat sekitar. Masjid ini sering menjadi tempat pengajian dan berbagai acara keagamaan.

Ini simbol penting bagi umat Islam dan menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi ketika berada di Madinah.

#KhabarHaji2025
#BeritaTerkiniHaji2025
#JejakAlHaramain2025
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Enam lelaki termasuk seorang anggota polis direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan di jalan stephen yong, kuching pada Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan polis membuat beberapa tangkapan susulan insiden pergaduhan yang berlaku sebelum Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TLDM ke-91 kepada seluruh warga 'The Navy People'

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata, penyakit berjangkit itu, setakat ini, masih belum dikenal pasti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi Ahad

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menyatakan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews