Astro AWANI
82.6K subscribers
46.1K photos
700 videos
58 files
170K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat ke Majlis Santapan Petang bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai enam suspek ditahan manakala sepucuk pistol bersama peluru dirampas berkaitan dengan seorang lelaki ditembak mati dalam kenderaan ketika melalui Jalan Stephen Yong Kuching, pada awal pagi Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan kejayaan triple treble dengan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam Sabtu

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, berpuas hati dengan berisan pemain bersama staf kejurulatihan yang memberikan komitmen memuaskan dalam aksi final Piala Malaysia 2024/25 meskipun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul Piala Malaysia edisi ke-98 selepas menewaskan Pasukan Sri Pahang FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam sabtu.

Keputusan penuh perlawanan antara aksi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC berakhir dengan keputusan 1 - 2.

📸 : FOTO Astro / Azrul Rafie #AWANInews
Menara Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Kuala Lumpur Tower dibuka semula semalam dengan pelbagai penambahbaikan dari aspek keselamatan dan keselesaan, sekali gus menawarkan pengalaman eksklusif serta moden kepada pengunjung.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 504 tahun yang lalu, Ferdinand Magellan terbunuh dalam Pertempuran Mactan.

Pada September 1519, Magellan memimpin 5 kapal berlepas dari Sepanyol untuk mencari jalan ke Kepulauan Rempah (Maluku) ikut arah barat. Selepas lebih setahun merentas lautan Atlantik & Pasifik, armadanya tiba di Cebu (Filipina) pada 8 April 1521.

Pemimpin Cebu, Raja Humabon bersama isterinya & 800 penduduk dikristiankan serta diperintah untuk menuruti kehendak kuasa baharu di pulau itu. Namun Lapu-Lapu, pemimpin puak di Mactan enggan tunduk kepada tuntutan penjajah.

Menurut epik ‘Aginid’, Lapu-Lapu berasal dari Borneo, tiba di Mactan & dikurnia tanah di situ oleh Raja Humabon yang kemudian dibangunkan sehingga pesat. Risau Cebu diancam kepesatan Mactan mendorong Humabon menerima kuasa Eropah.

Kedegilan Lapu-Lapu itu akhirnya memaksa Magellan & angkatannya menggunakan kekerasan. Pada dinihari 27 April 1521, 49 orang tentera penjajah berperisai bersama sekumpulan penduduk asal yang menyokong Magellan mendarat di pantai Mactan.

Walau disokong pasukan dari kapal yang jauh dari darat, angkatan Magellan tak menyangka Lapu-Lapu menunggu dengan lebih 1,500 kekuatan orang tempatan. Selepas setengah jam tembak-menembak, mereka mula bertempur secara jarak dekat.

Dalam pertempuran, Magellan ditembak anak panah beracun pada kakinya yang tak berperisai sebelum beberapa pejuang tempatan menumpukan serangan terhadap Magellan hingga akhirnya dia menemui ajalnya.

Tewas, orang Magellan yang terselamat kembali ke Cebu di mana mereka kemudian dijamu makanan beracun oleh Humabon yang berpaling tadah. Mereka yang masih hidup kemudian serta merta meninggalkan Cebu & meneruskan pelayaran.

Lokasi terbunuhnya Magellan didirikan sebuah monumen Lapu-Lapu, yang dianggap wira pertama Filipina yang berjaya mengusir penjajah. Tarikh bersejarah 27 April diraikan setiap tahun oleh penduduk Mactan hingga hari ini.

Sumber: History, National Geographic, Rancak TV, GetawayPH

#PeristiwaHariIni
#AWANInews
Seramai lima individu telah dirakamkan percakapan berhubung kes penemuan mayat dua bersaudara di sebuah rumah di Semenyih yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, kesemua individu itu termasuk jiran dan ahli keluarga mangsa.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews