Aina Dayana Hilmi
81 subscribers
174 photos
2 videos
1 file
24 links
Guru pendidikan khas bermasalah pendengaran, suka membaca dan suka berkongsi cerita kehidupan dari sisi positif yang boleh membawa kebaikan.

Jemput berukhwah di :
Facebook Aina Dayana Hilmi
Instagram : Aina Dayana Hilmi
Telefon : 0133613516
Download Telegram
Ceritalah... Dia Ada Di Sisi

Mengenali Kak Dian yang disebut oleh Prof dalam buku ini mengingatkan pertemuan kami di Homestay Raudhah Segamat ketika sama-sama menghadiri kursus penulisan gaya MKI. Apabila Prof bertanya, "Apakah kehilangan paling besar dalam hidup anda?" Jawapan Kak Dian meruntun hati.

Beliau kehilangan anak dalam kejadian tsunami 2014. Allah ya Allah. Waktu itu Kak Dian berada di Mekah menunaikan fardu haji. Apa dayanya berada beribu batu jauhnya dari bumi Indonesia. Beliau berdoa saban waktu agar Allah menyelamatkan anaknya.

Malu mahu meminta lebih, Kak Dian berdoa agar sekurang-kurangnya seorang anaknya diselamatkan. Perancangan Allah lebih baik. Dua orang anak Kak Dian ditemui selamat. Anak sulung dan kedua. Sebaliknya anak bongsu berumur 4 tahun hingga kini tidak ditemui.

Baru kali ini Prof nukilkan ceritanya. Terima kasih Prof.

Dalam catatan DZ mahupun Prof, apa yang ditulis adalah sebahagian kisah yang kita mungkin pernah alami. Namun olahan mereka membuatkan kita lebih memahami mengapa ia berlaku dan bagaimana Allah menunjukkan kasih sayangnya kepada manusia.

Saya suka gandingan kedua penulis ini. Laras bahasanya mudah dan mendamaikan. Tidak terlihat ego mahupun menunjuk-nunjuk. Boleh pelajari gaya penulisan begini. Menarik minat pembaca untuk menghadam mesej yang disampaikan.

Bacaan pertama bulan Ogos.
Buku 88 / 2021

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#BacaanOgos
#MalaysiaMembaca
Cek Mek Molek Sokmo

Membaca kisah ibu-ibu dalam buku Legasi Emak ini banyak ilmu dapat saya ketahui. Nasihat-nasihat orang lama yang banyak membantu di dapur. Sepanjang empat buah buku dalam siri ini yang saya baca, kebanyakannya pasti sebut memasak ini kena sabar. Tak boleh nak cepat siap sahaja. Nanti masakan kurang menjadi.

Ada juga ibu yang berpesan supaya kena cergas di dapur. Tak boleh lambat / perlahan sangat buat kerja. Kena tangkas maksudnya. Juga satu pesanan yang melekat di ingatan - ada dua keperluan yang wajib disediakan untuk anak-anak walau sesukar manapun iaitu makanan dan pelajaran.

Resipi yang dikongsikan semuanya adalah resipi air tangan ibu masing-masing. Ada pelbagai jenis. Nak buat atau tidak sahaja. Heee.

Bacaan kedua bulan Ogos.
Buku 89 / 2021

#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021
#BacaanOgos
#MalaysiaMembaca
Ada dua mini novel di dalam buku ini. Satu, kisah Alang dan Nuha (sambungan buku Surat Ungu Untuk Nuha) dan dua, kisah Dahlia dan suaminya, Wadi (sambungan buku Panggil Aku Dahlia).

Sejujurnya kedua-dua buku terdahulu sudah lama saya baca sehingga lupa apa intipatinya. Tetapi membaca kisah dalam Mahadewi, dapat sedikit gambaran cerita lalu.

Suka dengan gaya penulisan Kak Su. Santai sahaja. Tetapi sangat kaya dengan emosi. Oh, terasa geli hati apabila Nuha membebel-bebel dalam hati perihal suaminya Alang. Dan terasa sayunya membaca kisah anak Kak Raniya yang istimewa itu.

Juga terasa sebaknya apabila Nuha kehilangan anak kandung yang baru berusia 60 hari itu. Sungguh, kekuatan dan kesabaran pasangan sangat mempengaruhi emosi ya. Bagus Alang dan Nuha ini. Sangat sabar dan reda.

Kisah Dahlia juga meruntun emosi. Diuji dengan pemergian suami menunaikan haji tatkala diri sedang sarat mengandung. Ditakdirkan anak sulung pula hilang diculik! Tapi Dahlia kekal tenang. Pantas bertindak.

Naluri seorang ibu sangat kuat. Selepas 50 jam hilang, Dahlia berjaya menjumpai anak sulungnya itu. Berdebar membaca bahagian ini. Sudahlah meredah pekat malam mencari anak, tiada pula talian telefon di situ. Tambahan lagi, dia bertindak seorang diri.

Kedua-dua cerita ada kekuatan tersendiri. Satu, perkahwinan adalah penyatuan dua insan berbeza tetapi melengkapi antara satu sama lain. Seharusnya saling memahami, berbincang, meluahkan bagi mengelak konflik.

Dua, tunjang kekuatan perkahwinan ialah meletakkan Allah nombor satu dalam matlamat perkahwinan. Maka ia menjadi pembuka jalan atau pemudah cara sekiranya menghadapi apa jua masalah, halangan, pilihan dan seumpamanya.

Terima kasih Kak Su atas cerita ini.

Buku 96/2021

#BacaanOgos
#MisiMembacaAina
#AinaBaca2021