AHMAD ZAHID HAMIDI
3.74K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Saya dimaklumkan keputusan permohonan skim i-Citra telah boleh diakses bermula semalam.

Syukur Alhamdulillah. Namun kita faham jumlah dibenarkan hanya RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan.

Cara begitu kurang membantu rakyat yang tersepit untuk keluar daripada kesulitan.

Berbanding "lump sum" RM5,000 boleh dipelbagaikan sebagai modal berniaga dan sebagainya.

Atau boleh juga digunakan untuk membayar hutang tertunggak dan seumpamanya.

Saya mohon maaf kerana desakan kami tentang yang itu tidak dilayan Kerajaan.

Apa pun kita telah berusaha dan berjaya menuntut pengeluaran wang KWSP 2.0.

Selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai alasan yang "annoying" dan menyakitkan hati.

Antaranya KWSP bukan bank untuk pencarum boleh keluarkan wang pada bila-bila masa.

Konon ramai pencarum tidak sokong pengeluaran sebab tidak mahu kedudukan KWSP terjejas.

Tetapi selepas kebenaran diberi mereka kata pengeluaran KWSP beri kesan positif dan membantu aliran tunai.

Tidak mengapa hal pelik itu. Namun kita masih menaruh harapan jumlah pengeluaran dipertingkat.

Ini selari dengan kenyataan Menteri Kewangan berhubung pengeluaran wang KWSP pada tahun lalu:

"Kita buat sesuatu diluar norma (tahun lalu) kerana pandemik ini sesuatu yang luar biasa. Ekonomi malaysia merundum teruk tahun lepas"

Bukankah keadaan pandemik pada tahun ini jauh lebih luar biasa seperti kewujudan varian baharu.

Kes harian jangkitan Covid-19 sudah cecah lima angka dan ekonomi rakyat masih merundum.

#icitra
#KWSP
#wangrakyat
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2118955711576328/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Hal ini yang membuatkan saya berasa amat kecewa. Bukan kecewa kerana tohmahan bertubi-tubi seteru politik sempena PRN Johor pada 12 Mac ini.

Itu permainan standard politik "character assassination" mereka mengulangi skrip PRU-14 dengan sedikit tambah garam kali ini.

Yang bikin saya kecewa apabila mendengar rintihan berterusan rakyat supaya dibenarkan membuat pengeluaran terakhir wang KWSP.

Baru-baru ini saya didatangi seorang lelaki semasa makan di sebuah restoran di Johor dan dalam nada penuh sebak pakcik itu berkata pada saya.

Dia amat perlukan pengeluaran wang KWSP RM10,000 kerana masih belum dapat pekerjaan yang stabil sejak kehilangan kerja disebabkan pandemik.

Lelaki itu menyatakan dia amat memerlukan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.

Dia merayu saya, UMNO dan BN supaya terus memperjuangkan pengeluaran terakhir wang KWSP sebanyak RM10,000 secara "one-off".

Saya katakan padanya InsyaAllah dan berdoalah semoga dipermudahkan usaha itu kerana kita tidak pernah berundur dalam perkara tersebut.

Maka dalam Mesyuarat MKT UMNO, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi membentangkan isu berkenaan.

Seperti pernah diakui ramai pihak termasuk Menteri Kewangan sendiri pengeluaran wang KWSP meningkatkan aliran tunai dalam ekonomi.

Bagi mereka tidak memerlukan boleh sahaja tidak memohon pengeluaran tersebut, namun realitinya masih ramai menghadapi kesulitan kewangan.

Saya faham ramai rakyat berasa kecewa dalam isu wang KWSP, tetapi mungkin majoriti mereka sudah dapat suatu gambaran jelas di sebalik isu ini.

Kebencian anggota pentadbiran kerajaan daripada parti politik tertentu terhadap BN yang terdedah menjelang PRN Johor merumuskan sesuatu.

Membenarkan pengeluaran KWSP barangkali memberi merit politik kepada BN, kerana itu mereka berpakat membantah rakyat mengeluarkan sedikit lagi wang KWSP mereka.

Jika gambaran itu benar maka sangat tidak bertanggungjawab pimpinan parti politik itu sanggup memangsakan rakyat untuk agenda politik mereka.

Seperti saya katakan kita ketepikanlah sementara hal politik dalam isu pengeluaran KWSP secara 'one-off' RM10,000 ini.

Ambillah seberapa banyak merit politik sekalipun asalkan rakyat memperoleh wang mereka sendiri pada waktu-waktu sukar ketika ini.

Hal ini juga membuktikan betapa rakyat sangat memerlukan kestabilan politik dan kerajaan BN yang dominan kembali di negara ini.

Saya lampirkan dua video untuk difahami dengan jelas oleh semua pihak.

#kwsp
#wangrakyat
#RM10000


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=485063956324191&id=100044617711053