Perbadanan Putrajaya
4.73K subscribers
2.44K photos
188 videos
136 files
440 links
Official Perbadanan Putrajaya Channel
Download Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Datuk Seri/ Datuk /Dato’/Tuan/Puan,
Ambillah peluang untuk menyaksikan Festival yang seumpamanya di Malaysia dan satu-satunya yang mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (Piiacuf) yang akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre mulai 1 hingga 11 Disember 2016.
Selaras dengan objektif menjadikan Putrajaya sebagai hub Islam, Perbadanan Putrajaya selaku penganjur utama tetap komited dalam merealisasikan objektif ini.
Bertemakan Keagungan Seni Tekstil Dunia Islam, berlangsung di PICC Putrajaya pada 1 hingga 11 Disember 2016 segala persiapan untuk festival ini sudah mencapai 95 peratus dan kesemuanya akan sedia dipamerkan sebelum jam 12.00 tengah malam esok.
Persiapan ini meliputi penyediaan pameran tekstil di Dewan Perdana dan pameran Journey Of Nur di Hall 1, 2 dan 3. Selain daripada itu penyediaan 12 pavilion antarabangsa dan 39 souq, 13 kawasan demo dan 16 booth di kawasan sekitar pentas utama dan kawasan gerai (souq) serta handmade market.
Selain daripada itu, PPj juga menerima seramai 100 delegasi daripada negara luar pada hari ini di KLIA dan kesemuanya akan menetap di Everly Hotel Putrajaya dan Shangri La Putrajaya.
PPj dalam masa yang sama menyediakan kemudahan pengangkutan dengan melantik Nadi Putra dalam menyediakan bas untuk pengunjung yang hadir. Dengan kadar hanya 50 sen, lokasi bas nadi putra akan berada di lokasi Putrajaya Sentral Presint 9, Parkir bertingkat di Presint 4, dan parkir depan Hotel Pullman, Presint 5. Disamping itu, PICC juga menyediakan kemudahan parkir sebanyak 2000 lot untuk pengunjung.
Datanglah ramai-ramai dan sama-sama kita ambil peluang untuk mengetahui dan mengalami pengalaman peradaban Islam di dunia.
#piiacuf 2016 ; #piiacuf ; www.piiacuf.com / www.ppj.gov.my ; www.facebook.com/piiacuf ; www.facebook.com/putrajaya
[[ *SEMINAR RASIONAL 24 JAM NABI SAW* ]]

Membongkar RAHSIA disebalik Sunnah Nabi SAW yang dilakukan oleh Baginda seharian (24jam).


> *BERSAMA PENGISI UTAMA SEMINAR INI :*

» Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari

BERSEMPENA @piicuf Putrajaya International Islamic Art And Culture Festival, butiran adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Julai 2019
Masa:9.00 pagi
Hari : Ahad
Lokasi : Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

> *PENAMPILAN ISTIMEWA :*

» Ustaz Nabil Ahmad
.
.
Komitmen Kejayaan sebanyak RM 97 shj & tiket **PERCUMA* 2 peserta (Boleh dibawa untuk ikuti bersama-sama anda)

TERHAD 100 terawal.

Sila hubungi :
» *011 5757 1569*

#seminarasionalsunnah
#akademibnurushd
#piiacuf
#putrajaya