Perbadanan Putrajaya
4.72K subscribers
2.44K photos
188 videos
136 files
440 links
Official Perbadanan Putrajaya Channel
Download Telegram
Bagi komponen Anjung Syawal pula, dianggarkan 300 penggerai akan turut serta termasuk selebriti tempatan dan pempengaruh terkenal Malaysia yang menjual barangan persiapan raya. Di samping itu, pengisian tazkirah, persembahan dan hadiah cabutan bertuah lumayan turut disediakan kepada para pengunjung.

Festival Ramadan Putrajaya 2025 menyediakan konsep pembayaran tanpa tunai (Cashless Initiative) sepenuhnya bagi menyokong inisiatif Putrajaya sebagai Bandar Raya Rendah Karbon. Kempen yang memberi impak yang positif kepada kebajikan rakyat dan pemuliharan sekitar seperti Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekaliguna, Kempen Elakkan Pembaziran Makanan (Beli Apa Yang Perlu sahaja), Kempen Pengurangan Sisa Organik Melalui Pengkomposan di Festival Ramadan Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai daripada Bazar Ramadan Putrajaya masih diteruskan dan mendapat sambutan baik daripada para peniaga.

Jemput datang untuk memeriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2025.

#ramadan2025 #ramadanputrajaya #putrajaya
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2025

🚧🚧 Dimaklumkan bahawa penutupan penuh jalan satu arah (hari bekerja) dari lampu isyarat Kementerian Ekonomi ke lampu isyarat Menara Tulus bermula pada 28 Februari 2025 hingga 30 Mac 2025.

Laluan yang terlibat dengan penutupan jalan adalah seperti diposter.

Anda dimohon untuk memandu secara berhemah dan berhati-hati serta mematuhi arahan petugas dikawasan tersebut.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.

🚗🚕🚙Parkir percuma selepas jam 4.00 petang di kawasan TLK berhampiran Bazar Ramadan Presint 3 sepanjang ramadan.
FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA - LAY OUT, NO LOT DAN SENARAI MENU BAZAR RAMADAN & LAMAN OASIS DI PRESINT 3
Festival Ramadan Putrajaya 2025 (FRP25)

📆 2 - 30 Mac 2025
📍Dataran Putrajaya, Presint 3
12.00 tgh hari - 12.00 tgh malam

📍Bazar Ramadan Presint 11
📍Bazar Ramadan Presint 14
📍Bazar Ramadan TWP, Presint 16
3.00 petang - 8.00 malam

FRP25 menghimpunkan lebih 1,000 jenis juadah dari 900 peniaga dengan lima (5) komponen di Presint 3 merangkumi Bazar Ramadan, Laman Oasis, Anjung Syawal, Laman Iftar dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sekaligus menjadikannya sebagai pusat sehenti kepada pengunjung bagi membeli-belah, beriadah dan beribadah.

#festivalramadanputrajaya2025
#FRP25
#putrajayakebanggaannegara
#wilayahpersekutuankita
Iklan Premis Mac 2025[1]_page-0001.jpg
2.8 MB
TAWARAN PENYEWAAN PREMIS PERBADANAN PUTRAJAYA