Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
336 subscribers
4.26K photos
385 videos
15 files
2.44K links
Suka cerita tentang emas, motivasi kehidupan, dan kewangan.

013 3235478
Download Telegram
𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗢𝗞𝗘𝗬 𝗘𝗠𝗔𝗦

"Tokey emas" itulah ayat yang keluar daripada kawan-kawan atau saudara-mara bila jumpa. Rasa bangga pun ada, rasa berat juga titel tu pun ada.

Hakikatnya saya bukanlah tokey emas tetapi saya hanya kongsi kelebihan menyimpan emas sejak umur muda atau awal mula kerjaya.

Kalau nak beli emas boleh beli dengan Public Gold. Saya tunjukan cara atau bantu macam mana nak beli.

Sambil kongsi ilmu kelebihan menyimpan emas saya juga kongsi ilmu kewangan yang saya belajar daripada guru Mohd Zulkifli Shafie

Bukan saya jer, team saya juga G100 sangat aktif berkongsi pelbagai ilmu emas, kewangan dan road map untuk capai financial freedom.

Banyak program kami di G100 yang kebanyakkannya PERCUMA.

+ G100 Talk Show di page Public Gold By G100 Network
+ Private Webinar bersama mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie
+ Public Gold Q n A setiap Rabu

Ini antara saja ya. Banyak lagi yang G100 sediakan.

Adakah saya TOKEY EMAS?
Kalau nak panggil tokey emas pun panggilah 😅

#TrevelogDealer
𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗢𝗥

Sesi paling mahal dalam G100 Master Dealer Conference tempoh hari iaitu sesi choching bersama mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie founder #G100Network dan penulis Buku Wang Emas serta Buku Misi Bebas Hutang.

Kalau dahulu saya dan isteri saja yang choching bersama Tuan Zul, kali ini saya choching bersama team saya iaitu Cikgu Sarah Najwa dan Dr Muhammad Khairi

Banyak persoalan terjawab dalam sesi choching kali ini walaupun tidak sampai 1 jam.

Kejap sangat masa berlalu tetapi idea banyak yang kami dapat untuk tingkatkan prestasi bisnes kami.

Saya juga banyak dapat action plan yang baru untuk tingkatkan lagi bisnes saya.

Inilah sesi paling berharga kerana kalau di luar sana sesi sebegini sangat mahal harganya tetapi dalam G100 mentor sedia membantu untuk mempercepatkan kejayaan kita.

Perjalanan untuk berjaya sebagai dealer Public Gold dalam team G100 bukan lagi boleh atau tidak boleh tetapi sanggup atau tidak sanggup saja untuk bekerja.

Selain bantuan mentor, G100 juga telah menyediakan pelbagai support tools untuk memudahkan sesiapa yang untuk berjaya.

Nak sertai team yang hebat ini?
Jom 🔥

#AktivitiG100
#TrevelogDealer
𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗖𝗜𝗣𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡

Baru sampai rumah dari KLIA daripada menghantar rakan-rakan dealer #G100 dan mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie ke Itali untuk Sale Insentif Program (SIP) Public Gold.

Belum sempat untuk bersama kali ini tetapi berpeluang untuk ambil aura dan semangat rakan-rakan lain yang dah berjaya.

Lihat kejayaan orang lain untuk cipta kejayaan diri sendiri dan target tahun depan dan tahun-tahun seterusnya

Jadikan kejayaan orang lain sebagai momentum untuk menjadikan impian kita betul-betul hidup dan menjadi realiti.

Kalau impian sekadar dalam kepala ia tinggal angan-angan kosong saja.

Seronok lihat mereka yang nak terbang ke Itali tadi macam saya pula nak pergi sekali. 😅

Sebelum balik, sempat mentor pesan kepada saya, "buat dan doa banyak-banyak, pasti dapat nanti"

Ringkas tapi itu tonik saya dan isteri bekerja lebih kuat lagi.

#TrevelogDealer
Assalamualaikum dan Hi semua. Terima kasih kerana join channel telegram ini.

Di sini saya kumpulkan sagala penulisan, pengalaman saya sebagai penyimpan emas dan aktiviti saya sebagai dealer aktif Public Gold di bawah G100 Network.

Bagi memudahkan carian penulisan saya terdahulu, sila klik hastag berikut.

#TopProducer
#PromosiSemasa
#IlmuEmas
#AktivitiG100
#AktivitiPublicGold
#G100TalkShow
#G100TalkShowIndonesia
#TestimoniPenyimpanEmas
#TrevelogDealer
#GambarEmas
𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗚𝗔𝗜𝗦

Full house Seminar Kaya Dengan Emas di Public Gold Miri petang ini yang disampaikan sendiri oleh mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie

Banyak juga kenangan saya dengan isteri Pn Nuraini Nabilah Kamal di Public Gold Miri ini.

Di bumi Darul Hana inilah saya menapak mengenal emas dan terus menjadi dealer aktif serta membimbing ramai rakan di Sarawak menyimpan emas.

Semasa saya tinggal di Kuching, kalau mentor datang ke Sarawak terutama di Miri saya akan terbang dari Kuching.

Jumpa mentor dengan kawan-kawan yang sama menyimpan emas lebih seronok berbanding jumpa secara online.

Seminar emas yang dianjurkan oleh G100 bukan saja platform untuk kita belajar tentang emas tetapi tempat paling ideal untuk kita berkumpul bersama-sama berkongsi pengalaman bagaimana emas menjadikan kewangan kita lebih baik.

Yang belum simpan emas dan mahu mula menyimpan di bawah bimbingan saya dan isteri, boleh wasap kami bila-bila masa ya.

Mulakan simpanan emas:

📲 www.wasap.my/+60133235478 (shafiq)
📲 www.wasap.my/+60194497345 (aini)

Kami bimbingan sebaiknya mengikut bajet atau serendah 1gram.

https://publicgoldofficial.com/shafiqrohaizad
https://t.me/MohamadShafiqRohaizad

#TrevelogDealer
𝗠𝗔𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗗𝗘𝗔𝗟𝗘𝗥 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 : 𝗕𝗔𝗖𝗞 𝗧𝗢 𝗕𝗔𝗦𝗜𝗖

Selesai hal negara, kita back to basic. Perjuangan dalam hidup perlu diteruskan, kualiti diri perlu ditingkatkan.

Nak jadi seorang perjuang dalam hidup tak cukup dengan semangat saja. Semangat boleh hilang, hala tuju kehidupan boleh kabur jika tiada ilmu.

Baca seterusnya

#TrevelogDealer
𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗪 𝗗𝗘𝗔𝗟𝗘𝗥 𝗢𝗥𝗜𝗘𝗡𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡

Inilah antara rutin bulanan saya dengan isteri iaitu hadir setiap bulan New Dealers Orientation (NDO).

Dalam NDO kami belajar dan mendapatkan update terbaru tentang Public Gold dan SOP jual beli emas semasa.

Apabila kami tahu apa yang terbaru mudahlah kami untuk guide penyimpan emas di bawah bimbingan kami.

NDO ini terbuka kepada semua sama customer atau dealer G100 Network. Bagaimana bersama kami.

Hanya mulakan simpanan emas RM100 anda sudah boleh join mana-mana support tools yang G100 sediakan.

https://publicgoldofficial.com/shafiqrohaizad
https://bit.ly/EBOOK5MINITPERCUMA
https://t.me/MohamadShafiqRohaizad

#TrevelogDealer
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗘-𝟲𝟬𝟬

Tahniah!
Tahniah!
Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada pemegang PG Kod PG0090034 kerana telah menjadi rakan penyimpan emas saya yang ke-600.

Tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana sentiasa percaya dengan dealership saya.

Bagi meraikan beliau sebagai rakan penyimpan emas saya yang ke-600. Saya hadiahkan satu hadiah MISTER kepada beliau. 😊

Malah, terima kasih tak terhingga kepada 599 lagi rakan penyimpan emas saya yang sentiasa konsisten untuk belajar dan menabung emas walaupun #1gram1bulan

Terima kasih kerana sentiasa percaya dengan dealership saya dan isteri Puan Nuraini Nabilah Kamal dan #G100Network

Jalan terus
Jom menabung emas

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Master Dealer Public Gold

#TrevelogDealer
𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗜𝗦𝗡𝗘𝗦 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗

Dulu saya ada cita-cita mempunyai bisnes sendiri. Antara bisnes yang pernah saya buat dulu jual tudung, kek lapis, ikan terubuk masin Sarawak dan dropship buku.

Benda saya tak boleh lupa masa buat bisnes jual kek lapis, org pm, panggil saya "Sis". Tak boleh terima betul! 😅

Saya hanya pasang angan-angan memmiliki bisnes sendiri, kemudian angan-angan tu hilang bila saya masuk universiti, sibuk aktiviti kampus dan mula bekerja.

Rupa-rupanya apa yang kita selalu cakap, itulah adalah satu doa. Cuma bila doa itu dimakbulkan hanya Tuhan saja yang tahu.

Saya mula terjun dalam dunia emas sejak 2013, itu pun saya beli dinar dan goldbar (bukan jenama Public Gold) sekadar suka-suka, nak jadikan mas kahwin mulanya.

Tak sangka itulah jodoh saya dengan emas. Bermula dengan membaca blog MohdZulkifli.Com. (www.mohdzulkifli.com) (mentor saya sekarang)

Mula bergiat aktif sebagai customer biasa hinggalah menjadi dealer Public Gold sekitar tahun 2017.

Dan sekarang saya dan isteri antara dealer aktif yang sentiasa membimbing rakan-rakan tak kira latar belakang, umur, lokasi yang mahu menyimpan kekayaan mereka dengan emas.

Inilah bisnes keluarga kecil kami. Saya dan isteri bersama-sama membina bisnes ini bukan sekadar membina pendapatan tetapi kami inginkan menjadikan bisnes ini sebagai platform kami menyebarkan kebaikan.

Antara kebaikan bisnes emas Public Gold, kita adalah pemilik bisnes dan insentif daripada bisnes PG boleh diwarisi.

Jika berlaku apa-apa pada saya, isteri saya tetap menerima insentif selagi ada pembelian dilakukan oleh customer.

Lagi satu, kita tak perlu bayar gaji pekerja mahu pun ada ofis sendiri. Apa-apa saja masalah, staf Public Gold sedia membantu customer saya.

Ofis saya ada 18 kat Malaysia ni (baca : cawangan Public Gold). Mana-mana saja saya boleh berurusan.

Dalam bisnes ini saya dan isteri tak keseorangan. Kami sentiasa dibimbing oleh mentor kami En Mohd Zulkifli Shafie dan team #G100Network

Beliau merupakan penulis buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat dan Misi Bebas Hutang. Boleh dapatkan buku beliau di toko-toko buku MPH, POPULAR & Kinokunia.

Kepada rakan-rakan yang ingin menabung emas, jom!

Insya-Allah kami akan guide berdasrkan pengalaman kami yang telah membimbing ramai rakan penyimpan emas yang lain.

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
Master Dealer Public Gold

#TrevelogDealer
𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡

Dahulu saya tidak suka dengan istilah "impian". Bagi saya impian tidak ubah seperti angan-angan mat jenin.

Semua tahukan siapa Mat Jenin?

Seseorang yang mempunyai impian tetapi tiada satu pun yang menjadi kenyataan.

Itulah mind set saya tentang impian sebelum mind set saya bertukar memahami maksud sebenar impian.

Impian bukanlah angan-angan mat jenin tetapi tujuan dalam hidup.

Ramai manusia hanya berserah kepada takdir akan hidupnya tanpa mempunyai impian untuk mencapai sesuatu. Hidup tanpa impian ibarat layang-layang yang terbang tanpa tali.

Bina impian kita sekarang, jangan malu atau segan. Tuliskan saja apa impian kita kerana impian itu percuma.

Impian adalah doa.
Lihat hari-hari impian kita. Satu hari impian itu menjadi kenyataan.

#TrevelogDealer
𝗧𝗥𝗜𝗣 𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗚𝗢𝗟𝗗 𝗞𝗘 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗗

Pagi ini hantar isteri ke airport untuk sama-sama mengikuti trip VIP ke Thailand.

Trip ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Public Gold atas pencapaian kami dalam bisnes PG.

Kita perlu bawa beg jer! Bestkan!

BACA SETERUSNYA

#TrevelogDealer
𝟮𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗢𝗞

Lebih 200 orang dari team G100 Network yang bersama Public Gold dalam trip ke Bengkok kali ini.

Inilah sebahagian yang layak mengikuti percutian percuma yang ditaja 100% oleh Public Gold.

BACA SETERUSNYA

#TrevelogDealer
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video SIP ke Thailand minggu lepas. Kepada sesiapa yang berminat menjadi dealer. Jom!

Kelebihan Dealer
https://publicgoldofficial.com/shafiqrohaizad/pgdealer

#TrevelogDealer
Alhamdulillah tamat sudah menuntut ilmu 2 hari 3 malam dalam G100 MD Conference 4.0. Datang tidak berdua tetapi bersama team yang komited untuk memburu kejayaan impian masing-masing.

Ada dari selatan ada juga dari Sabah semata-mata untuk belajar. Banyak sangat ilmu yang saya dan team belajar dalam MD Conference kali ini. Tunggu untuk apply saja satu persatu.

#TrevelogDealer
Sekitar Seminar Membina Satu Juta Pertama (M1JP) dan Getting Started Right (GSR) semalam.

Penat tapi masa sangat berkualit. Dapat berjumpa dengan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan isteri (gambar pertama) serta kawan-kawan dealer yang lain.

Baca lanjut di FB Page saya klik SEMINAR SATU JUTA PERTAMA (M1JP) IPOH

#TrevelogDealer
Kami di Menara Public Gold hari ini

#TrevelogDealer