Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong
336 subscribers
4.26K photos
385 videos
15 files
2.44K links
Suka cerita tentang emas, motivasi kehidupan, dan kewangan.

013 3235478
Download Telegram
𝗣𝗥𝗔 𝗧𝗜𝗠𝗘 𝗙𝗥𝗘𝗘𝗗𝗢𝗠

Pesan guru saya En Mohd Zulkifli Shafie kalau mahu sesuatu impian itu hidup dan menjadi realiti.

Buat dream chart dan sentiasa bercakap-cakap dengan impian itu sehingga ia masuk dalam minda separa sedar kita.

Lebih baik lagi, lihat impian itu secara realiti.

Salah satu impian saya ialah mempunyai "financial freedom" dan "time freedom" dengan orang yang kita sayang.

Ada masa dengan orang kita sayang dan kita boleh buat apa yang kita suka.

Saya suka bisnes, jadi saya jadikan bisnes Public Gold sebagai kerjaya saya masa akan datang. Insya-Allah

Impian kedua saya ialah setiap hari boleh bersiar-siar dan berjoging ditempat kami suka.

Antara tempat yang kami suka ialah Putrajaya. Sini bukan saja banyak kemudahan tetapi sangat sesuai untuk jalani kehidupan yang sihat.

Sebelum "financial freedom" dan "time freedom" kita traning dulu.

Dan "financial freedom" dengan "time freedom" nanti taklah kekok sangat. 😅

#TravelogDealer
𝗦𝗜𝗙𝗨 𝗦𝗔𝗬𝗔

Bila sebut seorang guru saya teringat filem Kun Fu lakonan Jackie Chan.

Beliau nak belajar kun fu tetapi gurunya tak terus ajar beliau berkunfu tetapi disuruhnya buat bermacam-macam kerja seperti angkat dari sungai, cuci lantai dan sebagainya.

Guru kita dia tahu kekuatan dan kelemahan kita lebih-lebih lagi beliau sendiri sudah pun melalui zamam kesusahan tersebut.

Kalau ditegur atau diperbetulkan, terima sebagai satu pelajaran.

Kalau tanya saya, siapa guru saya dalam dunia emas, kewangan dan bisnes. Beliau ialah Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Bukan insan biasa tetapi seorang yang sudah mempunyai banyak kejayaan dalam Public Gold.

Saya banyak belajar dari beliau tentang kehidupan, kewangan dan juga bisnes. Mind set saya juga banyak berubah sejak saya berguru dengan beliau.

Saya masih berguru, belajar dan hadam segala ilmu yang dicurahkan kerana selagi guru tu ada, ambil ilmunya sebanyak-banyaknya dan tiba satu ketika ilmu itu diwarisikan dari satu generasi ke satu generasi.

#TravelogDealer
Bila gambar terselit dalam ramai-ramai figure hebat dalam website ini. Kecil sangat rasa diri.

Alhamdulillah, rasa bangga dan bersemangat bila menjadi sebahagian daripada team #G100Network

Mungkin ramai tak tahu G100 ini apa sebenarnya. Okay bagi yang belum tahu.

G100 ialah salah sebuah team dealer Public Gold yang menggabungkan 175 Master Dealer aktif dan 3478 dealer seluruh negara.

G100 dipimpin oleh mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie Founder G100 dan penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.

Sesiapa yang berdaftar sebagai penyimpan emas yang di bawah dealer G100 seperti saya automatik kita berada dalam keluarga G100.

Kelebihan penyimpan emas dalam team G100, peluang untuk belajar pelbagai ilmu. Bukan saja emas dan kewangan.

Malah G100 juga menyediakan training untuk sesiapa saja yang berminat menjadi dealer.

Nak tahu kelebihan sebagai penyimpan emas atau dealer G100 boleh ke website G100 Network https://g100.my/

#TravelogDealer