MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Muhasabah malam ini

Siapa yang senang dengan pengabdian kepada Allah, maka segala hal akan senang mengabdi kepadanya.

Dan siapa yang bergembira kerana Allah, maka setiap mata akan gembira memandang kepadanya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Sebaik-baik kita pasti ada buruknya dan seburuk-buruk orang pasti ada baiknya.

Maka, carilah kebaikan dalam diri mereka dan carilah buruk dalam kebaikan diri kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini
‌‌
Hati yang bersih dalam baju yang kotor,

Itu lebih baik daripada hati yang kotor dalam baju yang bersih.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini
‌‌
Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia bersangka buruk terhadap orang sekelilingnya.

Dan kemuncak kemusnahannya ialah apabila dia mula bersangka buruk dengan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Ingatlah selalu kebaikan orang lain kepada kita dan sembunyikanlah keburukan yang diperbuat oleh orang lain terhadap diri kita.

Nescaya kebaikan akan terus bersama dengan diri kita dan keburukan akan pergi jauh meninggalkan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini
‌‌
Kita selalu ingat apa yang kita minta, kita nak dari Allah,

Tetapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Usia hidup ibarat menarik seutas tali dalam gelap, tidak kita ketahui dimana hujungnya.

Kerana boleh jadi saat kita seronok menariknya, kita sudah pun dipenghujung tali.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Janganlah sampai masuk perasaan kagum ke dalam hati kita, terhadap amalan-amalan soleh yang kita lakukan.

Kerana perasaan kagum itu terkadang akan menghapuskan pahala amalan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Dekat atau jauhnya diri kita ini dengan Allah bukan diukur dengan jarak jasad,

Akan tetapi ianya diukur dengan jarak hati.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Usahlah kita menghukum tentang kehidupan orang lain.

Tetapi yang lebih utama ialah merasa bimbang dengan nasib diri sendiri di pengakhiran hidup kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN