MEKANIK IMAN.
333 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.34K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Dunia

یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal".
(Ghāfir: 39)

Kehidupan yang sementara di dunia ini seringkali melenakan serta melalaikan manusia sehinggakan mereka bersungguh-sungguh memburunya tanpa menyedari bahawa adanya kehidupan akhirat yang kekal dan hakiki.

Meskipun sebahagian besar manusia menyedari bahawa akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali namun mereka tetap rela menggadaikannya demi kehidupan dunia. Padahal Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mencari keuntungan akhirat maka Dia akan mengurniakan keuntungan yang berlipat kali ganda, sementara jika seseorang itu hanya mencari keuntungan dunia sahaja, maka Allah hanya akan memberinya mengikut kadar yang ditentukan, bahkan kurang dari itu.

مَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِی حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡیَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِیبٍ

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak".
(ash-Shūrā: 20)

Dikisahkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dengan harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kepada puteranya itu:

"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kepada 1000 orang yang lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:

رحم الله امرأ عرف قدر نفسه

Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya".

Ingatlah kesenangan, kemewahan dan kenikmatan yang sebenar-benarnya ialah di akhirat kelak, tatkala kaki melangkah masuk ke dalam syurgaNya.

Nabi SAW bersabda:

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

"Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Berkata Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a:
"Pilihlah (keuntungan) akhirat, nescaya dunia mendatangimu dalam keadaan hina (tunduk)".

Ingatlah bahawa kehidupan akhirat tersangatlah agung dan ganjarannya tersangatlah luar biasa lumayannya. Firman Allah SWT:

ٱنظُرۡ كَیۡفَ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ وَلَلۡـَٔاخِرَةُ أَكۡبَرُ دَرَجَـٰتࣲ وَأَكۡبَرُ تَفۡضِیلࣰا

"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya".
(al-Isrāʾ: 21)

Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kita mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Selamat beramal soleh!
23 Rabiul Awal 1446H
27 September 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Memberi nasihat jangan sampai menyakiti.

4) Menasihati dengan lembut, sopan, dan penuh kasih sayang

Seseorang yang hendak memberikan nasehat haruslah bersikap lembut, sensitif, dan beradab di dalam menyampaikan nasihat. Sesungguhnya menerima nasihat itu diumpamakan seperti membuka pintu. Pintu tidak akan terbuka kecuali dibuka dengan kunci yang tepat. Seseorang yang hendak dinasihati adalah seorang pemilik hati yang sedang terkunci dari suatu perkara, jika perkara itu yang diperintahkan Allah maka dia tidak melaksanakannya atau jika perkara itu termasuk larangan Allah maka ia melanggarnya.

Oleh itu, harus ditemukan kunci yang betul untuk membuka hati yang tertutup. Tidak ada kunci yang lebih baik dan lebih tepat kecuali nasihat yang disampaikan dengan lemah lembut, diutarakan dengan beradab, dan dengan ucapan yang penuh dengan kasih sayang.

إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُونُ فِى شَىْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَىْءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Setiap sikap kelembutan yang ada pada sesuatu, pasti akan menghiasinya. Dan tidaklah ia dicabut dari sesuatu, kecuali akan memperburuknya.
(Hadith Riwayat Muslim)

Fir’aun yang seorang yang kejam dan keras di masa Nabi Musa namun Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihatinya dengan lemah lembut.

‎فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.”
(Taha: 44)

Nasihat yang diberi secara keras dan kasar hanya akan menyebabkan banyak pintu yang tertutup . Banyak orang yang diberi nasihat, namun tertutup dari pintu hidayah. Banyak kerabat dan karib yang hatinya semakin jauh. Banyak pahala yang terbuang begitu saja. Dan sudah tentu banyak ruang bantuan yang diberikan kepada syaitan untuk merosak hubungan persaudaraan.

5) Tidak memaksa kehendak

Salah satu kewajiban seorang mukmin adalah menasihati saudaranya ketika ia melakukan keburukan. Namun dia tidak berkewajiban untuk memaksanya mengikuti nasihatnya. Seorang pemberi nasihat hanyalah seseorang yang menunjukkan jalan, bukan seseorang yang memerintahkan orang lain untuk mengerjakannya.

Ibnu Hazm Az Zhahiri mengatakan:
“Janganlah kamu memberi nasihat dengan mensyaratkan nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalim…”
(Al Akhlaq wa As Siyar)

6) Mencari waktu yang tepat

Bukan setiap masa, orang yang hendak dinasihati itu bersedia untuk menerima nasihat. Adakalanya jiwanya sedang resah, marah, sedih, atau hal lain yang membuatnya menolak nasihat tersebut.

Ibnu Mas’ud ra menyebut:
“Sesungguhnya adakalanya hati bersemangat dan mudah menerima, dan adakalanya hati lesu dan mudah menolak. Maka ajaklah hati ketika dia bersemangat dan mudah menerima dan tinggalkanlah ketika dia malas dan mudah menolak.”
(Al Adab Asy Syar’iyyah, Ibnu Muflih)

Jika seseorang ternyata tidak mampu menasihati dengan baik maka dianjurkan untuk diam dan hal itu lebih baik kerana ianya akan lebih menjaga dari perkataan-perkataan yang akan memperburuk keadaan dan dia boleh meminta tolong kawannya agar menasihati orang yang dimaksudkan.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah berkata yang baik atau diam…”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarhu Al Arba’in An Nawawi memberikan beberapa faedah dari nukilan hadith di atas iaitu wajibnya diam kecuali dalam kebaikan dan anjuran untuk menjaga lisan.

Justeru, jangan pernah putus asa untuk memohon pertolongan Allah kerana pada hakikatnya Allah lah Yang Maha Membolak balikkan hati seseorang. Biar sekeras mana pun hati seseorang namun tidak ada yang mustahil jika Allah berkehendak untuk melembutkan hatinya dan menunjukkan kepada jalan-Nya...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Keindahan itu terdapat di dalam diri kita, bukan pada apa yang berlaku di luar diri kita.

Kerana ketika kita memiliki mata hati yang indah, maka kita akan melihat segala sesuatu yang lain itu indah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Dalam Kecerian Wajah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَلَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu" (HR Muslim No 4760) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah

2.  Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut

3.  Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.

4.  Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.

5.  Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar antaranya senyuman.

Marilah kita sentiasa berwajah ceria dengan senyuman sebagai menyahut sunah Nabi walaupun amalan ini dilihat kecil kerana senyuman itu sedekah.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Rabiul Awal 1446H
28hb September 2024

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Dalam Berakhlak

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian." (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” (HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih

2.  Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya

3.  Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW

4.  Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Rabiul Awal 1446H
29hb September 2024

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Akhirat

إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِیَةٌ أَكَادُ أُخۡفِیهَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan".
(ṬāHā: 15)

Setiap mukmin wajib meyakini bahawa kehidupan didunia hanya sementara, manakala kematian itu satu kepastian. Kematian bukanlah penamat kehidupan, bahkan merupakan permulaan menuju kehidupan abadi iaitu menuju alam akhirat.

Akhirat, perjalanannya panjang, memerlukan bekalan yang mencukupi dan berkualiti.

Diriwayatkan, al-Asytar (Malik bin al-Harith an-Nakhaie) masuk menemui Sayidina Ali bin Abi Talib r.a setelah berlalu sebahagian malam. Ketika itu Sayidina Ali r.a sedang berdiri menunaikan solat.

Berkata al-Asytar rahimahullah:
"Wahai Amirul Mukminin, asyik puasa di siang hari dan berjaga malam (solat), berpenat melaksanakan tanggungjawab antara dua waktu itu".

Apabila selesai solat, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Perjalanan akhirat amat panjang, perlu menempuhnya dengan berjalan malam iaitulah pada waktu Sahur (bangun menunaikan solat)".

Firman Allah SWT:

یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(al-Fajr 24)

Demikian juga kisah isteri kepada Habib bin Muhammad al-Farisi yang membangunkan suaminya di malam hari dengan berkata:

"Bangunlah wahai suamiku. Sesungguhnya jalan (di akhirat) amat jauh, bekalan kita pula amat sedikit. Sedangkan rombongan orang soleh telah pun mara ke hadapan meninggalkan kita, namun kita masih di sini. Bangunlah wahai orang yang masih lagi tidur, bangunlah wahai suamiku, semakin hampir waktu yang dijanjikan (kiamat atau mati), jadikanlah beberapa waktu di malam hari untuk beribadat setelah tidur seketika. Siapa yang tidur sepanjang malam, pasti dia tidak akan sampai ke destinasi sekalipun dia bersusah-payah".

Dalam sebuah nasihat tertulis yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Basri rahimahullah kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, beliau berkata:
"...Sesungguhnya dunia adalah negeri perantauan dan bukan tempat tinggal yang sebenarnya, dan hanyalah Adam Alaihissallam diturunkan ke dunia untuk menerima hukuman akibat perbuatan dosanya…".
(Ighatsatul Lahfan)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata dalam  syairnya:

"Marilah (kita menuju) syurga ‘Adn (tempat menetap) kerana sesungguhnya itulah
tempat tinggal kita yang pertama, yang di dalamnya terdapat khemah (yang indah). Akan tetapi kita (sekarang dalam) tawanan musuh (syaitan), maka apakah kamu melihat
kita akan kembali ke kampung halaman (akhirat) kita dengan selamat?"
(Miftahu Daris Sa’adah)

Suatu hari nanti kita pasti akan mati dan akan pulang ke kampung yang kekal iaitu akhirat. Maka beramallah dengan penuh kesungguhan, moga kita selamat di alam sana kelak.
25 Rabiul Awal 1446H
29 September 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Teman dunia dan akhirat...

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم
بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ

Sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Allah, pada waktu pagi dan petang, (yang mereka itu) menginginkan wajah-Nya.
(Al-Kahfi: 28)

Oleh itu, bersama dengan teman-teman yang soleh (baik) dan musleh (memperbaikkan) amatlah penting dalam kehidupan ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin 'Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Keperibadian seseorang berkait rapat dengan kebiasaan teman atau sahabat baik yang ia sering bergaul (tingkah lakunya sering dipengaruhi oleh tingkah laku dan gaya hidup teman rapatnya).

Dalam sebuah atsar, sifat teman-teman sejati disebut oleh Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu,

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُتَأَسِّيًا فَلْيَتَأَسَّ بِأَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّهُمْ كَانُوْا أَبَرَّ هَذِهِ اْلأُمَّةِ قُلُوْبًا، وَأَعْمَقَهَا عِلْمًا، وَأَقَلَّهَا تَكَلُّفًا، وَأَقْوَمَهَا هَدْيًا، وَأَحْسَنَهَا حَالاً، قَوْمٌ اخْتَارَهُمُ اللهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَلإِقَامَةِ دِيْنِهِ، فَاعْرِفُوْا لَهُمْ فَضْلَهُمْ وَاتَّبِعُوْهُمْ فِي آثَارِهِمْ، فَإِنَّهُمْ كَانُوْا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيْمِ

“Barangsiapa di antara kamu yang ingin mencontohi, hendaklah mencontohi para sahabat Rasulullah SAW. Kerana sesungguhnya mereka adalah umat yang paling mulia hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit sikap menyusahkan, dan paling lurus petunjuknya, serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang Allah telah memilih mereka untuk menjadi sahabat NabiNya, untuk menegakkan agamaNya, maka ketahuilah kelebihan mereka, serta ikutilah jejak langkah mereka, kerana sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk jalan yang lurus.”
(Ibnu ‘Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ul Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlih, tahqiq: Abul Asybal)

Usah menyesal di akhirat nanti.

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَاناً خَلِيلاً لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولاً

“Dan ingatlah ketika orang-orang zalim menggigit kedua tanganya seraya berkata: “Aduhai kiranya aku dulu mengambil jalan bersama Rasul. Kecelakaan besar bagiku. Kiranya dulu aku tidak mengambil fulan sebagai teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an sesudah Al Qur’an itu datang kepadaku. Dan syaitan itu tidak mahu menolong manusia”.
(Al Furqan: 27-29)

Carilah teman rapat yang Soleh. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:

وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ
“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang (menjadi sahabat kita, yang dengan sebab dia, kita) beroleh taufik, (dengan sebab kita berkawan dengan dia, kita dapat) memahami perintah Allah serta (dengan sebab dia, kita) suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat (di sisi Allah)”.

Carilah teman untuk ke syurga...

Berkata Al-Imam Assyafi'i Rahimahullah:
"Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan maka genggam erat tangannya, karena mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu mudah".

Berkata Al-Imam Hasan Al Bashri Rahimahullah:
"Sahabat-sahabat kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak-anak kami, karena keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah :
itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia).

Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.

Ayuh pastikan dengan siapa kita bergaul.

Justeru, jadilah teman sejati kepada teman-teman sejati mu...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Manusia seringkali mencari kesempurnaan. Adakah kita lupa?

Kerana ksempurnaan yang hakiki itu, hanyalah milik Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Contohi Rasulullah SAW Jika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.

2.  Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."

3.  Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita  mengucapkan kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
   "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan

Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Rabiul Awal 1446H
30hb September 2024

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Al-Quran

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)".
(al-ʿAlaq: 1)

Membaca di sini tidak hanya merujuk pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi juga pada membaca dan menuntut ilmu secara umum. Al-Quran menekankan bahawa membaca dan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk meningkatkan keimanan dan pengetahuannya.

Perintah membaca dalam al-Quran merupakan seruan yang ampuh untuk mencari ilmu, melestarikannya, dan memanfaatkannya untuk kebaikan yang lebih besar. Bacaan yang bagus dan utama ialah membaca al-Quran.

Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah SAW bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

"Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran".
(Hadith Riwayat Muslim)

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan dua ganjaran yang diperolehi adalah daripada pembacaannya serta kepayahannya dalam membaca al-Quran.
(Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)

Ada seorang lelaki yang rajin membaca al-Quran, akan tetapi amat sedikit yang dihafalnya. Salah seorang anaknya bertanya: "Apakah faedah ayah selalu membaca al-Quran tetapi tidak menghafalnya?!
  
Jawab: "Ayah akan beritahu kepadamu faedahnya, jika kamu selesai mengisi bakul jerami buat mengisi arang ini dengan air dari laut dan bawa pulang ke rumah. Si anak berkata: "Tidak mungkin saya dapat mengisinya. Kata ayah: "Cubalah dahulu".

Si anak itupun mengambil bakul jerami buat mengisi arang, dan segera menuju ke laut yang berhampiran. Dengan segera dia menceduk air laut dengan bakul jerami yang dibawanya dan cepat-cepat pulang menuju kepada bapanya yang berada di rumah.
  
Malangnya sebuah bakul jerami sudah tentu tidak dapat menampung air laut di dalamnya. Air laut terus meleleh keluar dengan laju dari celah-celah anyaman jerami. Apabila sampai di rumah si anak berkata kepada ayahnya: "Tidak ada gunanya untuk saya melakukan kerja ini!"
 
Jawab Ayahnya yang bijaksana: "Jangan kamu cepat berputus asa. Cuba lagi!" Lalu si anak pun melakukan apa yang disuruh ayahnya. Namun hasilnya tetap sama. Tiada sedikitpun air laut di dalam bakul jerami tersebut. Semuanya habis meleleh keluar sebelum si anak sampai di rumah. Si anak terus mencuba kali ketiga, keempat dan kelima, tetapi tetap tidak berhasil membawa pulang bakul jerami penuh berisi air laut.
  
Si anak keletihan dan berkata kepada ayahnya: "Saya tidak mampu lagi untuk mengisi air laut dalam bakul jerami ini."
 
Si ayah terus berkata kepada anaknya: "Tidakkah kamu perasan sesuatu pada bakul itu wahai anakku?!" Si anak tiba-tiba teruja dan berkata: "Benar wahai ayah, kotoran dari sisa arang telah tiada. Bakul jerami ini sekarang benar-benar telah bersih!" Si ayah segera berkata kepada anaknya: "Demikianlah yang dilakukan oleh al-Quran terhadap hatimu, dunia dan segala kotorannya yang telah memenuhi hatimu umpama kotoran arang di dalam bakul jerami ini. Al-Quran itu pula umpama air laut yang menghilangkan. Al-Quran itu membersihkan hatimu sekalipun kamu tidak menghafalnya".

Bacalah al-Quran, moga Allah SWT mengurniakan keindahan dan kebersihan pada hati kita serta kebaikan yang melimpah-limpah dalam kehidupan kita, aamiiin...
26 Rabiul Awal 1446H
30 September 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Perhalusi, mengenal dan mendidik budi...

خُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُو۟رِيكُمْ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ ﴿٣٧

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
(Al Anbiya': 37)

Oleh kerana itu, manusia perlu belajar, berlatih mendidik dan mengawal diri agar tidak dikuasai oleh sikap dan perangai tergopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru. Bahkan belajarlah tenang dan berhati-hati (anaah أناة)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَنَاةُ مِنْ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنْ الشَّيْطَانِ
رواه الترمذي

Sifat hati-hati (waspada) itu dari Allah dan tergesa-gesa itu godaan dari syaitan.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

قال ابن القيم: لا حكمة لجاهل ولا طائش ولا عجول

Imam Ibnu Qayyim berkata:
"Tidak ada hikmah kebijaksanaan bagi seorang yang jahil, juga seorang yang cuai dan juga seorang yang terburu-buru".

Menurut Imam al-Ghazali:
Sifat anaah ( أناة ) itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf ( توقف ) dan taanni ( تأني ). Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Sikap gopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru merupakan penyakit hati berpunca daripada keinginan nafsu yang tersembunyi yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Akhirnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan atau kecuaian sehingga melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata:
"Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya: "Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: "Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Maka tidak hairan seorang alim boleh jadi fasiq, seorang ahlu ibadah boleh jatuh ke dalam maksiat, seorang pemimpin boleh jadi rakus dan sombong. Tambah lagi orang awam yang jahil akan lebih jauh dan dalam kelalaian dan kecuaiannya bila dikuasai nafsu sehingga membawa kepada sikap dan perangai gopoh, terburu-buru dan tergesa-gesa.

Justeru, berhati-hati dan bersabarlah...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Ketika Makan

عَنْ عُمَرَ بْنَ أَبِي سَلَمَةَ يَقُولُ: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حَجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ

Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca Bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu. (HR Bukhari No: 5061) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam mengajar agar beradab dalam setiap perkara termasuklah ketika makan.

2.  Antara adab makan dalam Islam:

a.  Memulakan dengan bacaan Basmallah (Bismillah)

b.  Makan menggunakan tangan kanan

c.  Mulakan makanan yang paling hampir dengan kita

3.  Makanan dan minuman yang tidak menyebut nama Allah akan disertai oleh syaitan. Rasulullah bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَيَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ الَّذِى لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

“Sesungguhnya syaitan menghalalkan makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya. (HR. Abu Daud No. 3766). Status: Hadis Sahih

Ikuti pesan Rasulullah SAW dalam makan dan minum.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Rabiul Awal 1446H
01hb Oktober 2024

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
27 Rabiul Awal 1446H
01 Oktober 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Apabila suatu ketentuan takdir Allah itu berlaku, manusia tidak akan dapat mengubahnya.

Manusia juga tidak ada pilihan untuk mengelaknya kerana ianya adalah sebuah takdir.

سَوابِقُ الهِمَمِ لا تُخرِقُ أسوَارَ الأَقدَار

“Keras kemahuan hati tidak dapat menembusi benteng takdir".
(Al Hikam - Ibnu ‘Athaillah)

Bergantung haraplah kepada Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui

ذَ ٰ⁠لِكَ تَقۡدِیرُ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡعَلِیمِ

"itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"
(Yaasin: 38)

Namun, manusia ada pilihan bagaimana untuk menghadapi dan melaluinya.

Seorang hamba itu, apabila menghadapi takdir...

1) Memahami makna takdir yang sebenarnya. Takdir adalah ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla dan bukan pilihan manusia.

2) Tidak buruk sangka pada Allah ‘Azza wa Jalla dan pada orang lain.

3) Tidak menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk menyalahkan Allah ‘Azza wa Jalla.

4) Sewajarnya bermuhasabah dengan diri dan perilaku diri. Juga hubungannya dengan Allah ta’ala. Lantas berusaha memperelokkannya.

5) Merenung hikmah pada sisi kehidupan dengan pandangan mata hati.

6) Menerima apa yang menimpa dengan lapang dada, dan redha untuk meneruskan kehidupan yang berbaki.

7) Meyakini selalu ada jalan untuk bersyukur sebagai seorang hamba.

وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al-Anbiya’: 35)

Kata Imam Ibnu Katsir rahimahullah ta’ala:
“Kami (Allah) menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang engkat, serta siapa yang bersabar dan siapa yang berputus asa”.

Allah menciptakan sekalian mahluk beserta takdir yang sempurna.

وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

"dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna".
(Al-Furqan: 2)

Justeru, pilihlah untuk menjadi seorang hamba Allah...

~ Abu Imtiyaz ~
Makanan halal

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
(al-Baqarah: 168)

Kita diperintahkan untuk makan sesuatu yang halal lagi baik. Pada masa yang sama kita juga perlu memastikan makanan yang dimakan tidak tergolong dalam makanan yang syubhah.

Yang terbaik, makanan itu halal, bersih, berkhasiat dan disediakan oleh orang yang beriman lagi bertaqwa. Ini termasuk dalam bab berkaitan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makanan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa.

Rasulullah SAW pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ

"Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan  jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Disebutkan juga oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin:

لا تأكل إلا طعام تقي ولا يأكل طعامك إلا تقي

"Janganlah kamu makan melainkan makanan orang bertaqwa dan jangan seseorang makan makananmu melainkan orang bertaqwa".

Jom hayati kisah kewarakan ayah imam al-Haramain al-Juwayni dalam menjaga makan minum anaknya (Imam al-Juwayni):

Satu hari, ibu imam al-Juwayni sedang sibuk memasak. Imam al-Juwayni yang masih kecil dan menyusu menangis kelaparan. Kebetulan ada seorang hamba perempuan (bukan milik ayahnya) yang menyusu anak jiran mereka datang ke rumah imam al-Juwayni melihat si imam sedang menangis kelaparan. Lalu hamba perempuan itu pun mengambil imam al-Juwayni dan menyusukannya satu dua hisapan.

Sedang si hamba menyusukan imam al-Juwayni, ayah imam al-Juwayni ternampak perbuatan itu dan dia menegahnya. Ayah imam al-Juwayni berkata kepada isterinya, hamba perempuan ini bukan milik kita, dia tidak memiliki susunya (kerana ia milik tuannya). Tuannya juga pasti tidak reda dengan tindakannya itu.

Ayah imam al-Juwayni berasa susah hati, lalu beliau mengangkat imam al-Juwayni dan menterbalikkan kepala imam al-Juwayni ke bawah sambil menekan-nekan perutnya dan menjolok jarinya ke dalam kerongkong imam al-Juwayni sehingglah dia muntah susu yang dihisap tadi. Selepas itu, ayahnya berkata, lebih mudah bagiku jika imam al-Juwayni mati (daripada dia minum benda syubhah) dan dirinya tidak rosak akibat meminum susu yang bukan milik ibunya.

Imam al-Juwayni selalu berkata setiap kali beliau gagap dalam berhujah atau kematian idea dalam berdebat "ini akibat saki baki hisapan susu (yang bukan milik ibunya) yang pernah aku minum ketika kecil".
(Tabaqat al-Shafi'iyyah al-Kubra dan al-Bidayah Wa al-Nihayah)

Makanan halal dan berkat membentuk perilaku dan peribadi seseorang.
Muhasabah malam ini

Kadang kita terlalu sibuk hingga lupa bahawa diri kita sendiri lebih banyak celanya.

Kerana merasa diri paling benar, lalu enggan mendengar nasihat dari orang lain.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ikuti Pesan Rasulullah SAW Dalam Beramal

عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat pada waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." (HR. Tirmidzi No: 158) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Antara amal yang paling utama bagi seorang Muslim adalah:

1.  Solat di awal waktu

2.  Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)

3.  Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut kemampuan, ruang dan kesempatan yang ada)

Marilah kita melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.

#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Rabiul Awal 1446H
02hb Oktober 2024

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Makanan halal

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".
(al-Baqarah: 168)

Kita perlu teliti dan mengambil berat perihal berkaitan makan minum agar jelas halal dan khasiatnya. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan agar makan sahaja apa yang diingini samada halal atau haram.

Seorang sahabat nabi yang mulia, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sangat tinggi sifat warak dan ketakwaan beliau kepada Allah SWT. Terdapat satu kisah yang diceritakan mengenai bagaimana beliau sangat menitik beratkan perihal halal dan haram terhadap apa yang dimakannya.

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa ayahnya Sayidina Abu Bakar r.a mempunyai mempunyai seorang budak suruhan. Pada suatu hari budak suruhan ini telah datang dengan membawa makanan, lalu Sayidina Abu Bakar pun makan makanan yang dibawa oleh budak suruhan tersebut. Budak suruhan bertanya kepada Sayidina Abu Bakar r.a: "Adakah engkau mengetahui apa yang engkau makan ini?"

Sayidina Abu Bakar r.a kemudian bertanya kepadanya: "Dari mana kamu mendapatkan makanan ini?"

Budak suruhan itu pun menceritakan: "Dulu, sewaktu di zaman jahiliyah, aku pernah melakukan amalan menilik nasib padahal aku tidak mahir dalam bidang tersebut. Kemudian, ada seorang lelaki yang datang kepadaku dan aku telah menipu beliau. Hari ini, aku menjumpainya kembali dan orang tersebut memberiku hadiah (makanan). Dan ia adalah apa yang anda sedang makan itu".

Setelah mendengar cerita tersebut, Sayidina Abu Bakar kemudian memasukkan jarinya ke dalam mulut dan berusaha memuntahkan kembali apa yang dimakannya".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Kisah ini memperlihatkan kepada kita bahawa ketakwaan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq adalah termasuk dengan berhati-hati terhadap apa yang dimakannya serta amat menitikberatkan perihal halal dan haram.

Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang samar (belum jelas status halal dan haramnya), maka sungguh dia telah menjaga kesucian agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam hal-hal yang samar tersebut, maka ia bermakna dia telah terjerumus ke dalam perkara yang haram (dilarang dalam Islam)".
(Hadith Riwayat Muslim)

Apa yang kita makan itu jika halal dan baik, maka daging yang tumbuh dalam diri kita juga adalah yang baik dan akan memberi kesan baik kepada perbuatan kita. Namun, jika apa yang kita makan itu adalah dari yang syubhah (was-was) atau haram, maka begitulah juga sebaliknya. Oleh itu, pastikan kita sentiasa menitikberatkan sumber yang masuk ke dalam tubuh badan kita, pastikan halal dan baik.
28 Rabiul Awal 1446H
02 Oktober 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kejahilan bererti ketiadaan ilmu tentang sesuatu kebenaran, tidak beramal dengan kebenaran dan tidak mengikut kebenaran.

Ibnul Qayyim menyebut:
"Kejahilan ada dua bahagian: ketiadaan ilmu tentang kebenaran yang bermanfaat dan ketiadaan beramal dengan kewajipan dan tuntutannya.”

Imam Hassan Basri berkata:
"Kejahilan lebih teruk daripada kefakiran..."

Beliau juga mengatakan: "Tiada kefakiran yang lebih dahsyat selain kejahilan...".

Kejahilan mematikan hati dan ruh. Ilmu pula menghidupkan hati daripada penyakit kejahilan.

‎أَوَ مَن كَانَ مَيْتاً فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُوراً يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا

Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?
(Al-An'aam: 122)

Di antara wasiat Luqman al Hakim kepada anaknya:
"Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan”.
Ilmu melapangkan dada, manakala kejahilan menyempitkannya.

Kata Ibnul Qayyim rahimahullahu taala:
"Ilmu melapangkan dada manusia dan meluaskannya sehinggalah lebih luas dari sempit dunia ini. kejahilan pula mewarisi jiwa yang sempit, sesak dan terkurung. Setiap kali semakin luas ilmu seseorang hamba itu, semakin lapanglah dadanya dan meluas jiwanya. Bukanlah semua orang berilmu begitu tetapi orang yang memiliki ilmu ilmu yang bermanfaat iaitu yang diwarisi daripada Rasulullah SAW. Maka ahli ilmu itulah yang selapang-lapang dadanya, seluas-luas jiwanya, sebaik-baik akhlaqnya dan sebaik-baik kehidupannya...".
(Zaadul Maad)

Dalam hadith yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari, riwayat Abdullah bin Amru bin 'Ash RA, berkata ia: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‎إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-hambaNya, akan tetapi Ia cabut ilmu dengan dimatikan para ulamak sehingga bila tiada lagi orang alim manusia mengambil para juhala' sebagai pemimpin mereka, mereka ditanya lantas mereka berfatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat dan mereka menyesatkan.

Rasulullah SAW sendiri berdoa dan mengajarkannya kepada ummat supaya minta perlindungan Allah daripada kejahilan.

‎رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني. اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي.‎

"Wahai tuhanku ampunilah kesilapanku, kejahilanku, keterlaluanku dalam seluruh urusanku dan Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Ya Allah ampunilah aku, kesilapanku, niat tujuanku, kejahilanku, gurau sendaku dan segala yang seperti tiu pada diriku".

Juga hadith yang dikeluarkan oleh Abu Daud, daripada Ummu Salamah, bahawa Rasulullah SAW akan membaca setiap kali keluar dari rumahnya.

‎اللهم إني أعوذ بك أن أضل أو أضل أو أزل أو أزل أو أظلم أو أظلم أو أجهل أو يجهل علي

"Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodohi atau aku dibodohi (orang lain)."

Kejahilan adalah punca segala keburukan dan kerosakan. Kalau tidak kejahilan manusia tidak menyembah selain daripada Allah Azza wa Jalla. Bahkan segala kerosakan dan kesesatan yang herlaku dalam kehidupan manusia jika ditelti, maka semuanya berpunca daripada kejahilan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullahu taala mengatakan: " Kejahilan dan kezaliman adalah punca segala kejahatan .

‎إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil.
(Al-Ahzaab: 72)

‎الجاهل يعرف بست خصال: الغضب من غير شيء، والكلام في غير نفع، والعطية في غير موضعها، وأن لا يعرف صديقه من عدوه، وإفشاء السر، والثقة بكل أحد.“

Orang jahil dikenali dengan enam perkara:
1) Marah tanpa sebab
2) Bercakap tanpa faedah
3) Memberi tidak pada tempatnya
4) Tidak kenal mana kawan mana musuh
5) Menyebarkan rahsia
6) Percaya pada semua orang
(Atsar Saidina Ali RA)

Justeru, alangkah lemahnya jiwa bila kejahilan dan kebodohan menguasai hati...

~ Abu Imtiyaz ~