MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.21K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
03 Zulkaedah 1445H
12 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Serangan musuh keliling pinggang dari 'the unseen world' yang manusia tidak bersibuk dengannya...

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿١٦﴾ ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ ﴿١٧﴾

“Iblis menjawab: ‘Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).”
(Al A’raf: 16-17)

Abu Bakar RA berkata,
”Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.

Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya.

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.

Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Iblis akan selalu menghalang-halangi manusia dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan datang dari arah hadapan, belakang, kanan dan kiri.

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksud dengan firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 17 di atas adalah:

( مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ )
“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka”:
iaitu Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat.

( وَمِنْ خَلْفِهِمْ )
“dan dari belakang mereka”;
iaitu membuat mereka cinta kepada dunia.

( وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ )
“dari kanan mereka”:
iaitu urusan-urusan agama akan dijadikan tidak jelas.

( وَعَن شَمَائِلِهِمْ )
“dan dari kiri mereka”:
iaitu manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan.

Mengapa iblis tidak mengganggu dari atas dan dari bawah?

Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata:
“Diriwayatkan bahwa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata:
“Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia mampu melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahwa bagi manusia masih berbaki dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh kerendah-hatian atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh kekhusyu’an, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka”.
(At-Tafsir Al-Kabir)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahwa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, karena rahmat turun kepada manusia dari atas
(Tafsir Ibnu Katsir)

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(Al Baqarah: 45)

Justeru, mohonlah perlindungan Allah dengan doa; iaitu senjata mukmin berhadapan dengan musuh. Dan mohonlah juga pertolonganNya dengan sabar dan solat...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Selagi betul pegangan hati dengan Allah, selagi itu kita akan dibantu oleh Allah. Punca segala kebaikan itu adalah daripada Allah.

Dan punca berlakunya kerosakan yang berleluasa, kerana putusnya hubungan kita dengan Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Seperti Bayi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa  melaksanakan ibadat haji semata-mata kerana Allah dan ia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar dari ketaatan) maka ia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih dari dosa)  (Sahih Bukhari No:1690) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Orang yang melaksanakan ibadah Haji dengan tidak melakukan perkara yang dilarang akan diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.

2.Haji mabrur adalah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT (bukan kerana hendak melancong, berjual beli dan seumpamanya). Pelaksanaaan haji dengan kaifiyat (tata cara) yang betul sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW akan menghasilkan pahala yang besar (syurga) dan keampunan dosa. Justeru, seseorang yang mahu melaksanakan ibadah haji mestilah memahami hukum-hukam berkaitan haji dan menjauhi perkataan yang kotor dan perbuatan fasiq.

3.Apabila seseorang melaksanakan ibadat haji dan menjauhi apa-apa yang Allah haramkan, berupa rafats dan fusuq iaitu meninggalkan perbuatan fasik dengan melakukan ketaatan, dan tidak meninggalkan apa-apa yang Allah wajibkan, serta tidak melakukan apa yang Allah haramkan - maka ia kembali dari ibadat haji dalam keadaan bersih dari dosa. Sebagaimana seseorang keluar dari perut ibunya tanpa membawa dosa, maka orang memenuhi syarat ini - dia akan bersih dari dosa.

4.Setiap Muslim yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah segera bertaubat (menyesali dan meninggalkan perbuatan maksiat) dan bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut. Bagi kesalahan dan dosa berkaitan dengan manusia atau mengambil haknya, hendaklah segera meminta maaf dan mengembalikan hak-hak mereka sebelum pergi melaksanakan haji. Sesungguhnya haji merupakan jalan menuju ke syurga dan membebaskan diri daripada api neraka.

5.Ibadat haji yang dilaksanakan akan menjadi penghapus dosa apabila dilaksanakan mengikut peraturan dan meninggalkan larangan. Imam al-Nawawi dalam Al-majmu berkata: “Apabila seseorang ingin mengerjakan ibadat haji maka ia wajib mempelajari tatacaranya, kerana tidak sah ibadah dari orang yang tidak mengetahuinya.”

Bagi yang akan menunaikan ibadat haji, pastikan ibadat haji yang dilakukan mengikut peraturan dan mematuhi larangan agar ia menjadi pengampun dosa.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Mei 2024
04hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Penawar

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَاۤءࣱ وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ وَلَا یَزِیدُ ٱلظَّـٰلِمِینَ إِلَّا خَسَارࣰا

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua".
(al-Isrāʾ: 82)

Al-Quran merupakan kurniaan istimewa Allah SWT kepada hamba-hambaNya sebagai panduan dan pedoman hidup yang lengkap bagi menjamin keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Sesungguhnya terkandung di dalam al-Quran penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Antara syarat untuk menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai syifa’ atau penawar kepada kita adalah:

1. Membacanya ikhlas kerana Allah kerana Dialah Yang Maha Berkuasa.
2. Meyakini bahawa al-Quran adalah kalamullah.
3. Meyakini al-Quran adalah penawar.

Berkata Qatadah ketika mentafsirkan firman Allah SWT ini: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat, dengan berkata: Firman Allah SWT ini didengar oleh orang yang beriman, lalu mereka dapat mengambil manfaat daripadanya, bahkan menghafal dan memerhatikannya".
(Tafsir al-Maraghi)

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
"Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW":

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

"Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Fatihah bersifat ruqyah".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu, dibolehkan untuk menggunakan ayat al-Quran melalui tulisan atau nama-nama Allah yang dipanggil sebagai nasyrah, kemudian dibasuhnya dengan air, kemudian disapu kepada pesakit atau diberi minum, maka Imam Sa’id bin al-Musayyib mengharuskannya.
(Tafsir al-Qurtubi)

Pendapat yang sama di kalangan mazhab Hanbali dan sebahagian mazhab Syafie, antara mereka ialah al-‘Imad al-Nihi, murid kepada al-Imam al-Baghawi berkata: "Tidak harus menelan perca tulisan al-Quran yang terdapat padanya ayat tetapi kalau dibasuh dan diminum, hukumnya adalah harus. Inilah yang dijazamkan oleh al-Qadhi Husain dan al-Rafi’i dengan mengharuskan setiap makanan yang tertulis atasnya sesuatu daripada al-Quran".
(al-Burhan fi Ulum al-Quran)

Al-Quran mempunyai rahsia dan hikmah, salah satu daripadanya ialah menjadi penawar dan ubat bagi penyakit rohani dan jasmani. Jasmani yang sihat bermula daripada rohani yang sihat. Untuk memiliki jasmani dan rohani yang sihat, kita mestilah menjadikan pembacaan al-Quran dan mentadabbur ayat-ayatNya sebagai satu amalan seharian. Jadikan al-Quran sebagai penyelesaian segala permasalahan dalam kehidupan.

Tersangatlah benar bahawa al-Quran menjadi rahmat dan penawar kepada segala penyakit zahir dan batin. Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada penyakit kronik dan menjadikan kita sentiasa mencintai al-Quran.
04 Zulkaedah 1445H
13 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Dahulukan akalmu...

Ulul albab adalah orang yang menggunakan akalnya yang sihat untuk mengenal siapakah Allah, bagaimana keagunganNya, bagaimana kebijaksanaanNya, keadilanNya, dengan melihat ayat-ayat Allah. Baik ayat kauniyah (ciptaan-Nya) mahupun ayat Syariah (hukum Allah). Sehingga dia akan semakin tunduk dan taat kepada Allah.

Untuk seseorang itu sempurna agamanya, perlulah akalnya digunakan sebaik mungkin. Bukan hanya dengan semangat dan emosi. Semangat dan emosi sering hanyut dan dikuasai oleh nafsu. Dan nafsu sering menghijab kebenaran dan kewarasan.

Akal dapat menerima dan mengambil ingatan dalam membina keimanan dan ketaqwaan.

... فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُوا قَدْ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا

...maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna (iaitu) dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan
(At-Thalaq: 10)

Akal menghargai ilmu sehingga dapat merenung dan memahami tanda-tanda kebesaran Allah, membawa zikir dan ingatan terhadapNya, lantas membuah rasa takut dan gentar terhadap Allah serta memikirkan nasibnya di akhirat.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١﴾

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(Ali 'Imran: 190-191)

Akal yang benar dapat menerima kebaikan dan kebenaran, lantas terus terpimpin dengan hidayah petunjuk Allah.

﴿ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴾

yang mendengarkan perkataan (Al-Quran) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.
(Az-Zumar: 18)

أَفَمَن يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَىٰ ۚإِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٩﴾ الَّذِينَ يُوفُونَ بِعَهْدِ اللَّـهِ وَلَا يَنقُضُونَ الْمِيثَاقَ ﴿٢٠﴾ وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ ﴿٢١﴾ وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ ﴿٢٢﴾

Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran, (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian, dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).
(Ar-Ra'du: 19-22)

Akal yang sihat dan benar dapat membina sebuah sahsiyyah keperibadian yang hebat dan mulia:
1) Tazakkur (mengambil peringatan).
2) Menunaikan janji Allah bahawa Allah sahaja sebagai Tuhan mereka.
3) Menunaikan dan taat kepada hukum-hakam Allah.
4) Sentiasa menjaga sebaik-baiknya hubungan sesama manusia.
5) Takutkan kebesaran Allah.
6) Takutkan buruk timbangan amal di padang mahsyar.
7) Sentiasa bersikap sabar kerana keredhaan Allah.
8) Mendirikan solat.
9) Membelanjakan harta dengan hati ikhlas.
10) Membalas kejahatan orang lain dengan kebaikan.

Justeru, gunakanlah akalmu demi kebaikan dirimu sendiri...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Manusia itu ibarat daun. Jika tidak gugur ke tanah hari ini, suatu hari nanti pasti akan gugur.

Maka, hargailah masa dan usia kita. Beribadahlah dan jangan tangguh bertaubat kerana kubur tidak tertulis khas untuk orang yang sakit dan orang tua saja.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal antaranya:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk sama ada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk si mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Mei 2024
05hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Rahmah

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".
(Al-Anbiyāʾ: 107)

Berkata Imam al-Jurjani rahimahullah:
"Istilah rahmah merujuk kepada suatu keinginan menyampaikan kebaikan".

Disamping pembawa rahmah, Rasulullah SAW menunjukkan rahmah dengan penuh hikmah untuk diteladani oleh umatnya.

Jom hayati kisah dibawah ini berkaitan rahmah dan hikmah:

Abu Azzah al-Juhami adalah seorang penyair musyrik yang sering menyerang dan menyakiti Rasulullah SAW serta para sahabat r.anhum menerusi syair-syair rekaannya. Semasa peperangan Badar, dia termasuk di antara tentera musyrikin yang ditawan oleh tentera Islam. Tawanan-tawanan itu dibawa ke Madinah. Kemudian dibebaskan dengan bayaran tebusan.

Abu Azzah al-Juhami merayu kepada Rasulullah SAW agar dia dibebaskan tanpa tebusan. Dia berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya aku seorang yang faqir yang banyak tanggungan sebagaimana engkau pun tahu. Maka bebaskanlah aku kerana kefaqiranku dan demi anak-anak perempuanku!"

Mendengar rayuan itu, Rasulullah saw berasa kasihan. Lantas baginda membebaskannya dengan ikat janji dia tidak akan menentang Rasulullah selepas itu dan tidak akan menyertai mana-mana pasukan yang memerangi baginda SAW. Selepas dia pulang ke Mekah, dia memungkiri janjinya dengan Rasulullah SAW. Dia kembali menyerang kaum muslimin dengan syair-syairnya dan ikut serta kaum musyrikin menyerang umat Islam di dalam peperangan Uhud.

Dengan izin Allah dia sekali lagi ditawan oleh tentera Islam di dalam peperangan Hamraa’ al-Asad yang berlaku sejurus selepas peperangan Uhud. Dan kali ini dia merayu lagi supaya dia dibebaskan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Namun pada kali ini Rasulullah SAW tidak lagi memberi peluang kepadanya.

Dengan tegas dan penuh hikmah baginda bersabda: "Tidak! Demi Allah, engkau tidak akan dapat menggosok dua pipimu (ungkapan yang menggambarkan gaya orang sombong) di Mekah seraya berkata, aku telah dua kali menipu Muhammad! 

"Sesungguhnya orang beriman tidak akan disengat dari lubang yang sama dua kali!". Baginda menyambung lagi: "Penggallah kepalanya wahai Zaid!"

Demikianlah contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Rahmah tidak bermakna merendah, mengalah dan menyerah sepanjang masa. Rahmah mestilah dengan hikmah, tegas dan penuh izzah. 

Nabi SAW pembawa rahmah dengan penuh hikmah.
05 Zulkaedah 1445H
14 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sisipkanlah dalam hatimu rasa cinta, kasih, sayang, mengasihani dan kelembutan...

Usahlah hanya api kebencian, kemarahan, kesombongan dan permusuhan.

Kepanasan api kebencian dan permusuhan hanya akan membakar dirimu sendiri...

Dari Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda,

يَاعَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِيْ الأَمْرِ كُلِّهِ

“Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Ia mencintai kelembutan di dalam semua urusan”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيْقٌ يُحِبُ الرِّفْقَ وَيُعْطِى عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعطِِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَالاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

“Wahai Aisyah, sesunguhnya Allah itu Maha Lembut dan Ia mencintai kelembutan. Allah memberi kepada kelembutan hal-hal yang tidak diberikan kepada kekerasan dan sifat-sifat lainnya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Aisyah, Nabi SAW bersabda,

إِنَّ الرِّفْقَ لاَيَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَ عُ مِنْ شَيءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Sungguh, segala sesuatu yang dihiasi kelembutan akan nampak indah. Sebaliknya, tanpa kelembutan segala sesuatu akan nampak jelek”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda,

مَنْ يُحْرَمِ الرِّفْقَ يُحْرَمِ الْخَيْرَ

“Barangsiapa yang tidak memiliki sifat lembut, maka tidak akan mendapatkan kebaikan”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Allah pernah memerintahkan dua orang nabiNya yang mulia iaitu Musa AS dan Harun AS untuk berdakwah kepada Fir’aun dengan lembut. Allah Ta’ala berfirman.

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, karena dia telah berbuat melampui batas. Berbicaralah kepadanya dengan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia mahu ingat atau takut”
(Taha: 43-44)

إِنَّمَا يَرْحَمُ اللهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Sesungguhnya Allah hanya menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang.
(Hadith Riwayat At-Tabrani)

الرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَانُ، اِرْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

“Para pengasih dan penyayang dikasihi dan di sayang oleh Ar-Rahmaan (Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang-pen), rahmatilah yang ada di bumi niscaya kalian akan dirahmati oleh Dzat yang ada di langit”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Sulaiman bin Shurd RA berkata:

كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW,
dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang dari mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.
Maka Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan
nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah “A’uzubillahi minash syaitan” nescaya kemarahannya akan hilang.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Barangkali orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti harus kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, biarangkali di satu hari nanti dia menjadi orang yang harus kamu cintai.”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Al-Bashri RA berkata;
“Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”
(Ni’matul Ukhuwah hal)

Justeru, dalam kehidupan ini, biarlah berpada-pada...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Jangan risau akan hidup kita di dunia kerana segalanya telah ditetapkan Allah untuk kita.

Tetapi risaulah tentang akhirat kita, kerana itu kita sendiri yang menentukannya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru Penyebar Kebaikan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan   sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

3.  Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.

4.  Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

5.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

6.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Marilah kita merebut peluang menjadi guru yang bersifat jauhari dan menguasai perkembangan digital sebagai alat menyebarkan ilmu. Semoga ilmu yang disebar menjadi simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita. Sampaikan ilmu melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti Tiktok, FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya.

SELAMAT HARI GURU

Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Mei 2024
06hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Rahmah

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".
(Al-Anbiyā:ʾ 107)

Islam sebagai agama yang membawa rahmah telah memuliakan wanita. Ini berbeza dengan kehidupan dizaman jahiliyah yang merendahkan martabat wanita bahkan dipandang hina sehinggakan wanita hanya sekadar menjadi tempat melempiaskan nafsu, simbol seks sahaja.

Apabila diutuskan Nabi SAW, Nabi pembawa rahmat, telah mengubah pandangan yang negatif terhadap wanita, baik yang menjadi suri rumah atau yang berkerjaya. Wanita adalah sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah yang dimuliakan. Firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan".
(al-Isrāʾ: 70)

Allah SWT memuliakan anak-anak Adam tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Semuanya mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah SWT. Mereka diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan.

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِیۤ أَحۡسَنِ تَقۡوِیمࣲ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)".
(at-Tin: 4)

Ayat berikut dibawah ini dengan lebih jelas menunjukkan lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama di sisi Allah SWT khususnya dari sudut taklif keagamaan.

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan".
(an-Naḥl: 97)

Rahmat diutuskan Rasulullah SAW mengubah fahaman buruk terhadap wanita dengan mengangkat dan meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi dan mulia.

Sabda Rasulullah SAW: 

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ

"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah mereka yang berbuat baik kepada kaum wanita mereka".
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Rasulullah SAW mengaitkan kesempurnaan iman dengan berlaku baik kepada wanita, jelas menunjukkan wanita ini seharusnya dimuliakan dan disayangi. Berbuat baik kepada mereka juga bermaksud tidak merendahkan martabat mereka dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah merahmati kita semua.

Hadirnya Rasulullah SAW pembawa risalah Islam menjadi rahmat dan penyelamat buat para wanita dan sekalian makhluk.
تفكروا واعملوا من قبل أن تندموا، ولا تغتروا بالدنيا، فإن صحيحها يسقم، وجديدها يبلى، ونعيمها يفنى، وشبابها يهرم

Berfikirlah dan perbanyaklah beramal sebelum kalian menyesal. Janganlah kalian tertipu dengan dunia, karena sesungguhnya yg sehat akan sakit, yg baru akan usang, nikmatnya akan fana, dan yg muda akan menua.

(Al-Fudhail bin' 'Iyadh rh)
06 Zulkaedah 1445H
15 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Muraqabah (مراقبة) sebagai wasilah penyampai kepada rasa kebersamaan dengan Allah (معية الله)

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Al Hadid: 4)

Muraqabah bererti merasai pengawasan Allah. Seorang hamba Allah itu apabila meyakini dan merasai bahawa Allah SWT sedang dan sentiasa mengawasi gerak dan perilakunya, nescaya dia akan menjaga dirinya agar sentiasa taat dan patuh pada Allah dan ia akan beristiqamah dalam mentaatiNya.

Oleh itu, muraqabah amat penting dalam suluk di jalan keimanan.

Antara kepentingan muraqabah:

1) Muraqabah melahirkan kewaspadaan dalam tingkah laku kehidupan.

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
(Al Baqarah: 235)

Maksudnya, wajiblah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Mengetahui. Kerana bila mana engkau mengetahui Allah itu Maha Mengetahui, engkau akan berhati-hati dan berwaspada agar tidak bermaksiat dan mengengkariNya. Ini adalah rahsia kejayaan seorang hamba untuk hidup bersamaNya.

2) Muraqabah memelihara dan memperhalusi hubungan hati hamba dengan Tuhannya.

وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبا

Dan adalah Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.
(Al Ahzab: 52)

Seorang manusia itu apabila diawasi oleh seseorang yang lain, pengawasannya adalah terhad. Mungkin sekadarpercakapannya atau pergerakannya sahaja. Namun apa yang ada di dalam hatinya berupa lintasan hati, niat atau perasaannya takkan mampu diawasi. Sesungguhnya Allah azza wa jalla mengawasi segala perkara tersembunyi mahupun yang dirahsiakan oleh hati manusia, yang zahir mahu pun yang batin. Oleh itu, tidak mungkin seorang hamba itu dapat menyembunyikan perilaku buruk mahu pun niat hati dari Tuhannya.

وَأَسِرُّوا۟ قَوْلَكُمْ أَوِ ٱجْهَرُوا۟ بِهِۦٓ ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ﴿١٣﴾
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلْخَبِيرُ ﴿١٤﴾

Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.(13)
Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?(14)
(Al Mulk: 13-14)

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.
(Ghafir: 19)

وَإِن تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى ‎

Dan jika kamu mengeraskan ucapanmu, maka sesungguhnya Dia mengetahui rahasia dan yang lebih tersembunyi.
(Taha: 7)

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى

Tidaklah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
(Al 'Alaq: 14)

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Daripada Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.

2.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan soleh dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.

3.  Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU"  dengan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada orang lain melalui pelbagai relung dan penjuru. Menyampaikan ilmu bukan hanya di sekolah, madrasah, masjid juga di universiti malah dipelbagai medium termasuk media sosial seperti Tiktok, whatsapp, telegram, FB dan sebagainya.

SELAMAT HARI GURU

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Mei 2024
07hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Kata Imam Syafi’e:

اصْبِرْ عَلَى مُرِّ الْجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ
فَإِنَّ رُسُوبَ الْعِلْمِ فِي نَفَرَاتِهِ

Sabarlah kamu dengan sikap yang kasar darupada guru yang mengajar kamu;
Kegagalan dalam pembelajaran itu bergantung pada darjat kesabarannya.

Kegagalan orang yang belajar itu kalau dia lari (merajuk) dari gurunya yang agak kasar kepada dia.

Jangan jadi murid yang manja. Jangan jadi orang yang ingin perhatian saja tanpa dia ingin beri perhatian.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
________
07 Zulkaedah 1445H
16 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Muraqabah (مراقبة) sebagai wasilah penyampai kepada rasa kebersamaan dengan Allah (معية الله)

3) Muraqabah memperhaluskan ibadat seorang hamba kepada Tuhannya.

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri,
(At Thur: 48)

Maksudnya, manusia sentiasa dalam pandangan dan pemerhatian Allah. Juga dalam pemeliharaanNya. Ini bererti Allah sentaisa mengetahui di mana hambaNya berada, apa yang sedang dilakukannya, bahkan apa yang sedang terlintas dan tersembunyi dalam hatinya.

Dan Allah sentiasa memelihara dan mengambil berat tentang hambaNya.

Perasaan inilah akan membuahkan ketundukan dan ketaatan berupa ibadah hamba kepada Tuhannya.

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ, فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ, فَقَالَ: مَا الإِيمَانُ؟ قَالَ: الإِيمَانُ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ, وَمَلائِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَبِلِقَائِهِ, وَرُسُلِهِ, وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ, قَالَ: مَا الإِسْلامُ؟ قَالَ: الإِسْلامُ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ, وَلا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا, وَتُقِيمَ الصَّلاةَ, وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ, وَتَصُومَ رَمَضَانَ, قَالَ: مَا الإِحْسَانُ؟ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ, فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ.

Bahawa Nabi ‎SAW pada suatu hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril 'Alaihis Salam yang kemudian bertanya: Apakah iman itu? Nabi SAW menjawab: Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, pertemuan denganNya, Rasul-RasulNya, dan kamu beriman kepada hari berbangkit. (Jibril 'Alaihis salam) berkata: Apakah Islam itu? Jawab Nabi ‎SAW: Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, kamu dirikan salat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadlan. (Jibril 'Alaihis salam) berkata: Apakah ihsan itu? Nabi SAW menjawab: Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya
sesungguhnya Dia melihatmu.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam doa para ahli Allah:

اللهم اجعلنا نخشاك كأننا نراك

Ya Allah! Engkau jadikanlah ketakutan kami terhadapMu seolah-olah kami melihat Mu

Oleh itu, muraqabah merupakan ilmu seorang hamba dan keyakinan hatinya terhadap Allah yang dapat dikesan manifestasinya pada zahir dan batinnya secara berterusan istiqamah sehingga akhir hayatnya. Muraqabah adalah jalan membuahkan keikhlasan ibadah danjalan keimanan menuju Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

أفضل الإيمان أن تعلم أن الله معك حيثما كنت

Iman yang paling afdhal, bahawa engkau mengetahui Allah bersertamu di mana pun engkau berada.
(Hadith Riwayat Tabrani dan Abu Na'im)

4) Muraqabah menjadikan seorang rapat dan hampir jiwanya kepada Tuhannya dalam mengadu segala hal dan situasi kehidupannya.

سئل عليه الصلاة والسلام:
(ما تزكية المرء نفسه؟ ـ أي كيف يزكي الإنسان نفسه ـ فقال: يعلم أن الله معه حيث كان)

Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apakah tazkiyyah diri seseorang terhadap dirinya? (iaitu bagaimana seorang hamba itu menyucikan dirinya). Sabda Rasulullah SAW: "Dia mengetahui bahawasanya Allah sentiasa bersamanya di mana pun ia berada)."
(Hadith Riwayat Baihaqi)

ثلاثة في ظل الله تعالى يوم القيامة، يوم لا ظل إلا ظله، رجل حيث توجه علم أن الله معه ورجلٌ دَعَتْه امرأةٌ إلى نفسِها فترَكها من خشيةِ اللهِ ورجلٌ أحبَّ لجلالِ اللهِ

Tiga golongan di bawah lindungan Allah pada hari kiamat, hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya: seorang lelaki bila bertawajjuh ia mengetahui bahawa Allah bersertanya.
(Hadith Riwayat Tabrani)

Ingatlah ketika Nabi Yaakub diuji Allah, ucapannya dipenuhi dengan perasaan sangat hampir dengan Allah azza wa jalla.

قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
(Ya'qub menjawab) : "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya".
(Yusuf: 86)

Justeru, asuhilah jiwamu dengan muraqabah, pada setiap masa dan ketika, biar di mana engkau berada. Nescaya engkau akan merasai hampirnya Dia denganmu dan engkau akan menemui kebahagiaan sebenar dalam kehidupanmu...

~ Abu Imtiyaz ~
Zakat

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(at-Taubah: 103)

Ayat ini merupakan dalil utama' dalam pensyariatan zakat. Namun begitu, Islam telah meletakkan garis panduan dalam menentukan siapa yang diwajibkan zakat dan kategori-kategori yang ada didalam zakat.

Maka, umat Islam diwajibkan zakat apabila memiliki nisab (jumlah minimum yang diwajibkan zakat) dan mencukupi tempoh haul (tempoh masa setahun). Perkara ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

لَيْسَ فِى مَالٍ زَكَاةٌ حَتَّى يَحُولَ عَلَيْهِ الْحَوْلُ

"Tidak wajib zakat harta hingga berlalu masa setahun".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berkaitan wang yang dipinjam, adakah dikenakan zakat atau pun tidak, maka Imam an-Nawawi telah menyatakan di dalam kitabnya dalam Bab Apa yang dilazimkan keatasnya zakat dan apa yang wajib padanya:

ولا يمنع الدين وجوبها

"Tidak terhalang hutang itu daripada kewajipan zakat".
(Minhajut Tolibin)

Seterusnya, Imam Nawawi menyimpulkan bahawa diwajibkan zakat bagi harta batin atau zahir ataupun dari jenis hutang atau selain daripadanya.

Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Majmu’:
"Maka kesimpulannya disisi mazhab, wajib zakat sama ada harta itu harta batin atau zahir atau dari jenis hutang atau selainnya, menurut para ulama' kami sama ada hutang itu hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah".
(Majmu’ Syarh Muhazzab) 

Contoh: Ahmad berhutang dengan Abu sebanyak RM100,000 dalam tempoh 3 tahun. Ahmad bersetuju untuk membayar hutang Abu secara ansuran sebanyak RM1000 setiap bulan bagi mengurangkan jumlah hutangnya. Namun, dalam kes zakat, apabila telah genap tempoh setahun (cukup haul), Ahmad perlu mengeluarkan zakat ke atas hartanya termasuk juga hutangnya kerana hutang bertangguh tidak menggugurkan kewajipan zakat berbeza dengan hutang segera. Maka dalam hal ini, jika harta Ahmad pada asalnya ada RM5000 kemudian dicampurkan dengan hutangnya sebanyak RM100,000 kemudian ditolak pula dengan RM12,000 yang dibayarnya setiap bulan pada tahun berikut, maka akan meninggalkan baki sebanyak RM93,000. Maka, dari baki inilah dikeluarkan zakat.

Pun begitu, peminjam hanya diwajibkan zakat apabila ianya mencukupi haul dan juga nisab. Jika duit pinjaman tersebut sudah digunakan sebelum cukup haul maka tidak diwajibkan zakat ke atasnya.

Oleh yang demikian, menurut pendapat yang muktabar disisi mazhab as-Syafie adalah diwajibkan zakat bagi wang pinjaman jika mencukupi syarat iaitu cukup nisab dan haul.

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang telah difardhukan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Maka bayarlah zakat, agar rezeki kita sentiasa diberkati dan dosa kita sentiasa disucikan.
Muhasabah malam ini

Carilah andaian yang baik. Jangan buka pintu hati kita untuk bersangka buruk kepada orang lain.

Kerana ia akan merosakkan dan menyempitkan hati kita. Lihatlah yang baik dan bersangka baik. Pasti yang baik-baik akan datang kepada kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN