MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.24K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mukmin Umpama Lebah

عَن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ وَلَمْ تَفْسُدْ

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan rusak." (HR Ahmad No: 6577) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Seorang Mukmin perlu sentiasa melakukan amal kebaikan walau kepada siapapun dan dimana sahaja.

2.  Seorang Mukmin sepatutnya berperanan sebagai agen perubahan di mana sahaja dia berada.

3.  Jadilah kita seperti lebah yang berperanan secara semulajadi membantu proses pendebungaan bunga-bunga dan dalam masa yang sama menghasilkan madu. (Kita sentiasa memberi manfaat kepada orang lain).

4.  Jadilah kita seperti lebah, mendapat sesuatu dari sumber yang baik, menggunakan dan menyumbang kepada manusia lain juga yang baik dan bermanfaat. Dimana-mana kita berada, kita bukan beban tetapi asset kepada orang lain.

5.  JOM kita berusaha meninggalkan warisan yang unggul (legacy) di mana pun kita berada, berlumba untuk meninggalkan kebaikan seperti lebah yang meninggalkan legacy madu.

6.  Perlu diingat, kualiti madu yang dihasilkan oleh lebah bergantung pada sumber yang menghasilkan madu. Kita haruslah memastikan ‘sumber-sumber'nya; guru yang mendidik, ilmu yang diperolehi, pentarbiahan yang membentuk diri kita, rakan-rakan seperjuangan yang bersama kita, jiran-jiran kita, organisasi yang kita bergabung dengannya dan lain-lain.

Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Mei 2024
08hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Zakat

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(at-Taubah: 103)

Zakat menurut istilah syarak ialah kadar tertentu yang diambil daripada sebahagian harta tertentu, yang wajib diberikan kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syarat yang ditentukan. Harta yang diberikan kepada golongan tertentu itu dinamakan sebagai zakat. Hal ini kerana pengagihan tersebut dan dengan doa penerimanya akan menyebabkan baki hartanya menjadi subur dan bertambah berkat.

Mengeluarkan zakat juga bererti membersihkan harta daripada sebarang perkara syubhah. Dengan kata lain, ia akan mengeluarkan hak orang lain yang terdapat dalam harta berkenaan, terutamanya hak orang yang benar-benar berhajat dan memerlukannya.

Salah satu asnaf yang layak menerima harta zakat ialah Ibnus Sabil.

Menurut Imam Ibn Qudamah, Ibnus Sabil adalah musafir yang tidak memiliki (harta) untuk membekali kepulangannya ke negara asalnya, sementara dia merupakan orang yang mampu di negaranya. Maka, dia diberikan sekadar apa yang mencukupinya sebagai bekal untuk kembali ke negaranya. Ibnus Sabil berhak memperoleh harta zakat sekadar keperluan musafirnya, tidak lebih.

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah, terdapat dua golongan yang boleh dikategorikan sebagai Ibnus Sabil. Pertama, anak watan atau bukan, atau orang yang bermukim di sesuatu tempat yang ingin memulakan perjalanannya. Kedua, orang asing yang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
"Musafir ialah orang yang dalam perjalanan dengan tujuan yang diharuskan oleh syara’, sekalipun untuk melancong. Dia layak diberikan harta zakat yang mencukupi untuk perjalanan pergi dan balik. Begitu juga perbelanjaan, kenderaan dan binatang tunggangan untuk membawa barang-barangnya sekiranya dia tidak mampu membawanya sendiri. Namun, jika bermusafir dengan tujuan maksiat, maka zakat tidak boleh diberikan kepadanya melainkan setelah dia bertaubat.

Dapat difahami bahawa pada asasnya, Ibnus Sabil adalah mereka yang terkandas atau menghadapi kesukaran dalam perjalanan disebabkan terputusnya bekalan, di mana jika disalurkan bantuan zakat kepadanya, ia akan membantu mereka untuk sampai ke tempat yang dituju.

Begitu juga, pelarian muslim yang lari meninggalkan negara mereka ke negara lain dengan tujuan mencari perlindungan atau untuk menyelamatkan diri boleh diberikan zakat di bawah peruntukan Ibnus Sabil atau fakir miskin.

Zakat adalah ibadah wajib terangkum dalam rukun Islam. Kewajipan membayar zakat bagi mereka yang layak adalah satu ibadah dalam menyucikan diri dan harta bendanya. Jom tunaikan zakat!
08 Zulkaedah 1445H
17 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Keseronokan, keselesaan, kecenderungan, keasyikan kepada perkara-perkara keduniaan walaupun halal dan ada keharusannya. Jika dibiarkan menguasai diri akan menyebabkan terhakisnya jiwa perjuangan dan pengorbanan pada jalan Allah Ta'ala...

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
(Ali 'Imran: 14)

Jangan engkau kufur dengan nikmat Allah, kelak engkau akan menyesal...

أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَسَمۡعِهِمۡ وَأَبۡصَـٰرِهِمۡۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

‎"Mereka (orang yang kufur) itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai."
(An-Nahl: 108)

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At Taubah: 24)

Dan yang paling menakutkan ialah bila ianya menghakis istiqamah di jalan ketaatan kepadaNya.

اِقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِيْ غَفْلَةٍ مُّعْرِضُوْنَ

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya."
(Al-Anbiya: 1)

Ingatlah, amalan individu dinilai pada penghujung umurnya...

ففي صحيح البخاري من حديث سهل بن سعد رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

Dalam Sahih Bukhari, daripada Sahal bin Sa'ad RA bahawasanya Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya seorang hamba itu beramal dengan amalan ahli neraka sedangkan ia adalah di kalangan ahli neraka, dan seorang hamba itu pula beramal dengan amalan ahli syurga sedangkan ianya adalah di kalangan ahli neraka. Hanyasanya segala amalan itu dinilai pada penghujung (umur).

اخرجه الإمام احمد ، قَالَ أَنَسٌ بن مالك رضي الله عنه :
لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا لِعَمَلِ رَجُلٍ حَتَّى تَعْلَمُوا مَا يُخْتَمُ لَهُ بِهِ فَقَدْ يَعْمَلُ الرَّجُلُ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ أَوْ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ عَمَلًا سَيِّئًا لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ مَاتَ عَلَى شَرٍّ فَيَتَحَوَّلُ إِلَى عَمَلٍ صَالِحٍ فَيُخْتَمُ لَهُ بِهِ وَقَدْ يَعْمَلُ الْعَبْدُ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ أَوْ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ عَمَلًا صَالِحًا لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ مَاتَ عَلَى خَيْرٍ فَيَتَحَوَّلُ إِلَى عَمَلٍ سَيِّئٍ فَيُخْتَمُ لَهُ بِهِ

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawasanya Anas bin Malik RA berkata;
"Jangan. Janganlah kamu kagum dengan amalan seseorang sampai kamu mengetahui apa yang dilakukan di penghujung (umur)nya. Ada kalanya seseorang beramal beberapa waktu atau beberapa lama dari umurnya dengan amalan buruk, seandainya dia mati saat itu maka dia mati dalam kejahatan, namun dia berubah ke amal soleh sehingga ditutup dengan amal salehnya.
Sebaliknya terkadang ada seorang hamba yang beramal beberapa waktu atau selama hidupnya dengan amal yang soleh, jika dia mati saat itu, maka mati di atas kebaikan, namun dia berubah beramal buruk dan akhirnya ditutup dengan keburukannya".

عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ

Dari Humaid dari Anas dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan menggunakannya. Lalu ditanyakanlah pada Baginda:
"Bagaimanakah Allah menggunakannya wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dia akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dijemput kematian".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Justeru, muhasabahlah dirimu dan beristiqamahlah hingga akhir hayatmu...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga”  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna, akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas. Mereka akan memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat berangkat menunaikan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Mei 2024
09hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Imam Syafii rahimahullah berkata:

Kalau engkau takut ujub (bangga) dalam beramal, maka...

- Ingatlah redha siapa yang kau cari?
- Nikmat kehidupan mana yang engkau dambakan?
- Dan hukuman mana yang engkau takutkan?

Siapa yang memikirkan hal-hal tersebut, tentu akan memandang kecil amalannya.

📔 Siyar A'lam An-Nubala
09 Zulkaedah 1445H
18 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Imam Abdul Wahab As Sya’rani menulis dalam kitabnya Tanbih al Mughtarrin (Peringatan bagi Orang-orang yang Tertipu):

"Celalah diri sendiri sebelum mencela orang lain. Kerana orang yang suka mencela orang lain dan tidak mencela diri sendiri termasuk orang yang celaka dan berkelakuan seperti Iblis.

Iblis jadi celaka kerana lima perkara:
1) Tidak mengakui dosa-dosanya,
2) Tidak menyesali atas dosa-dosanya,
3) Tidak mencela dirinya,
4) Tidak segera bertaubat,
5) Putus asa dari rahmat Allah ta’ala."

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al Hujurat: 11)

Oleh kerana itu, diri dan nafsu mu lebih utama untuk kau cela.

Dunia akan lebih bahagia jika ianya dipenuhi oleh mereka yang berani berdiri di atas kebenaran dan dalam masa yang sama berani mengakui kebaikan pada orang lain dan berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri sendiri...

Allah 'Azza wa Jalla berfirman...

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

“……maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci, Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.”
(An-Najm:32).

Sebenarnya terlalu banyak ruang kosong berupa masa dalam kehidupan kita yang kosong dan terbiar lalu begitu sahaja...

Lazimi istighfar dengan hati dan lidah...

عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قَال : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Daripada Abdullah Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa melazimi istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap gundah-gulananya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki tanpa ia sangka.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Dari Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM (Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Justeru, asuhlah dan latihlah lidah dan hati mu untuk menyebut dan mengingati Nya...

~ Abu Imtiyaz ~
Mahligai di Syurga

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفࣰا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh".
(al-ʿAnkabūt: 58)

Allah SWT menjanjikan mahligai indah di syurga bagi orang yang beriman dan beramal soleh. Oleh itu, jom bina mahligai di syurga dengan amal soleh.

Rumah atau mahligai adalah keperluan asas bagi setiap insan. Di dunia ini jika kita tidak ada rumah, boleh tumpang rumah sesiapa, samada rumah mak ayah, saudara mara atau rumah perlindungan.

Di akhirat? Hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi sementara kita diberi peluang untuk membuat persiapan semasa masih diberi kesempatan bernafas di atas muka bumi ini, eloklah kita buat persiapan dengan sebaik-baiknya.

Tidak susah pun. Kosnya juga tidak naik-naik sejak dahulu hingga sekarang. Tidak seperti rumah di dunia ini, naik melambung-lambung sehingga ramai yang tidak mampu untuk memilikinya.

Antara tawaran menarik untuk mendapat rumah atau mahligai di akhirat adalah:

1) Tinggalkan tabiat suka bertengkar, jangan sesekali berdusta dan sentiasa menjaga akhlak yang mulia. Sabda Nabi SAW:

"Aku menjamin sebuah rumah di pinggir syurga bagi seseorang yang tidak bertengkar sekalipun dia di pihak yang benar. Dan sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang tidak berdusta sekalipun untuk tujuan bergurau senda. Dan sebuah rumah di puncak syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya".
(Hadith Riwayat Abu Daud)

2) Solat sunat 12 rakaat sehari semalam. Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 12 rakaat dalam sehari semalam, dibina untuknya sebuah rumah di syurga".
(Hadith Riwayat Muslim)

3) Membaca surah al-Ikhlas 10 kali. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sehingga habis (satu surah) 10 kali, Allah bina untuknya sebuah istana di syurga".  Lantas Sayidina Umar r.a berkata: "Kalau begitu kami akan membanyakkan membacanya ya Rasulullah".
Baginda menjawab: "Allah (memberi) lebih banyak dan lebih bagus".
(Hadith Riwayat Ahmad dan ad-Darimi)   

Jom rebut peluang istimewa ini! Semua orang beriman berpeluang memperolehinya.
Muhasabah malam ini

Apabila kita sudah tiada keinginan untuk berbuat kebaikan.

Maka, cukuplah itu sebagai musibah dan bala yang menimpa, kepada diri kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga”  (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah

2.  Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna, akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan  segala kekotoran pada besi, perak dan emas. Mereka akan memperoleh ganjaran  Syurga.

3.  Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.  

4.  Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Selamat berangkat menunaikan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Mei 2024
09hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Umrah Menghapuskan Dosa, Haji Mabrur Balasannya Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga” (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ibadat umrah yang dilakukan secara berulang menjadi penghapus dosa antara keduanya. Iaitu sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil sepanjang tempoh jarak antara ibadah umrah tersebut.

2.Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya.

3.Setiap muslim yang belum melaksanakan ibadat haji, mestilah berazam bersungguh-sungguh untuk menunaikannya dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini jelas sepertimana firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

4.Menurut Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 2/853)

Kepada duyufurrahman..... Laksanakanlah ibadat haji dan umrah dengan memelihara rukun dan sunat serta meninggalkan larangan dengan sempurna.  Rebut peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Mei 2024
10hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Maaf

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(an-Nur: 22)

Imam az-Zahabi rahimahullah ada menceritakan berkenaan seorang ulama' yang sikapnya suka memaafkan kesalahan orang lain. Ulama' yang dimaksudkan ialah as-Syaikh Mas’ud bin Muhammad bin Al-Dallal al-Hamazani rahimahullah.

Antara ucapan yang sering kali beliau sebutkan ialah :

الماضي لا يُذكز

"Perkara yang lepas usahlah dikenang lagi"

Setelah beliau meninggal dunia, beliau dilihat di dalam mimpi. Ditanyakan kepada beliau: "Apa yang telah Allah SWT lakukan kepadamu?"

Beliau berkata:

أوقفني بين يديه ، وقال لي : يا مسعود الماضي لا يذكر ، انطلقوا به إلى الجنة

"Allah SWT mendirikan aku di hadapanNya seraya berkata kepadaku: Wahai Mas’ud, barang yang lepas usah dikenang. (Allah berkata kepada para malaikat): Bawalah dia menuju ke Syurga.
(Tarikh Al-Islam, az-Zahabi)

Inilah yang dinamakan sebagai الجزاء من جنس العمل iaitu ganjaran yang diberikan kepada kita di akhirat, sesuai dengan amalan kita semasa di dunia.

Allah SWT menjanjikan keampunan bagi sesiapa yang berlapang dada memaafkan orang yang melakukan kesalahan padanya. Tiada perkara yang lebih mulia daripada beroleh keampunan Allah SWT.

Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah SWT turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, Allah SWT juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain. Jom maafkan dan lupakan!
10 Zulkaedah 1445H
19 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kita tidak akan tahu bentuk ujian apakah yang akan datang kepada kita.

Bukan kita yang memilih ujian itu.

Bukan kita yang menentukan bila ia datang dan berlaku.

Yang pasti, ujian tetap akan datang mengikut bila dan bagaimana bentuknya...

اۨلَّذِيْ خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ اَيُّكُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا ؕ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْغَفُوْرُ

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
(Al-Mulk: 2)

أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ

Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka Dia akan mengujinya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.

Yang pasti, ujian menyentap dan menghidupkan fitrah jiwa hamba terhadap penciptaNya...

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ؕ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ؕ وَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya: 35)

Bersabarlah ketika kita mendapatkan ujian, dugaan dan cubaan, kerana ia bertujuan untuk menggugurkan dosa atau mengangkat darjat kita.

وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ (١٥٥)
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ (١٥٦)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (155)
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (156)
(Al-Baqarah: 155-156)

Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang hamba, demikian pula musibah yang lebih besar (dan luas) darinya, kecuali kerana sebab dosa yang Allah mengampuninya hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya) atau Allah hendak mengangkat darjatnya (kepada suatu darjat kemuliaan) hanya dengan (cara menimpakan) musibah tersebut (kepadanya)”.
(Tafsir Al-Baghawi)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Ujian akan sentiasa menimpa orang mukmin sama ada lelaki mahupun perempuan, pada dirinya, anak dan hartanya hingga ia bertemu Allah dengan tidak membawa satu kesalahan (dosa) pun atasnya."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Setiap kesusahan mahupun keperitan itu sebagai penghapus dosa...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Justeru, beruntunglah mereka yang jiwanya jadi hidup dan semakin meyakini bahawa ia benar-benar akan kembali kepada penciptaNya bila ia diuji...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Seburuk-buruk bekalan kita menuju Allah,

Adalah kita bermusuhan dengan hamba-hamba Allah yang lain.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Satu Rumah Satu Ibadah Korban

عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Kita telah memasukki bulan Zulkaedah. Kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim adalah ibadah Kurban.

2.Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban hukumnya sunat Muakkad (amat digalakkan).

3.Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

4.Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail AS. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

5.Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 70.00 hingga 80.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.

6.Rebut peluang untuk dua kali pembayaran ibadah Korban bersama program i-Qurban anjuran Yayasan Ikram Malaysia.

Hanya RM870 (Johor) RM799 (Sabah) untuk satu bahagian termasuk kos pengurusan dan boleh dibayar sebanyak dua kali secara ansuran).

- Peserta yang ingin menyertai secara ansuran, bayaran terakhir adalah pada 10/6/2024.

- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 13/6/2024.

Daftar segera di pautan:
https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/iQurban24_4

atau pembayaran terus di akaun bank

𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Maybank
𝟱𝟲𝟮𝟭 𝟰𝟮𝟰𝟬 𝟰𝟰𝟬𝟮
Rujukan: iQurban
  
Ayuh yang masih belum menempah bahagian untuk korban. Masih ada kesempatan untuk turut menyertainya. Jika kita terlepas peluang untuk berkorban pada tahun ini, tak pasti tahun depan kita ada lagi atau tidak.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Mei 2024
11hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Maaf

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Hendaklah kamu memaafkan dan berlapang dada, tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(an-Nur: 22)

Jom hayati Kisah Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Beliau pernah disakiti. Bukan disakiti oleh orang jauh, tetapi dengan orang dekat. Bahkan disakiti oleh orang yang selama ini dia tolong, dia bantu, dan dia berbuat baik iaitu Sayidina Mistah bin Utsāsah r.a.

Mistah merupakan antara individu terawal yang melemparkan tuduhan jahat kepada anak perempuan Sayidina Abu Bakar iaitu Ummul Mu’minin Sayidatina Aisyah r.ha. Bayangkan, sudahlah Sayidina Abu Bakar selalu bersedekah kepadanya, boleh pula dibalasnya dengan melempar tuduhan fitnah kepada anak perempuan Sayidina Abu Bakar.

Sayidina Abu Bakar menjadi marah dan bersumpah: "Wallahi, aku tidak akan lagi bersedekah kepada Mistah! Aku tidak akan memberi sebarang manfaat lagi kepadanya setelah apa yang dia kata tentang Aisyah".

Kemudian turunlah firman Allah SWT sebagaimana diatas:

وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Janganlah orang-orang yang mempunyai lebihan dan kelapangan (harta) itu bersumpah untuk tidak memberikan (sedekah) kepada kaum kerabat, orang-orang miskin, dan golongan yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka memaafkan dan memberi pengampunan. Tidakkah kamu suka untuk Allah mengampunkan kamu. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(an-Nur: 22)

Ayat ini memang ditujukan kepada Sayidina Abu Bakar. Tiga ciri yang disebutkan dalam ayat itu pula merujuk kepada Sayidina Mistah.

1) Mistah merupakan kerabat kerana dia ialah sepupu Sayidina Abu Bakar.
2) Mistah orang miskin.
3) Mistah tergolong dalam kalangan muhajirin.

Al-Quran tidak memfokuskan kesalahan Mistah. Yang al-Quran tekankan ialah sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu memaafkan kesalahan orang yang berbuat jahat kepada kita. Yang natijahnya kelak, mendatangkan keampunan Allah SWT.

Sebaik turun ayat tersebut, Sayidina Abu Bakar berkata :

والله إني لأحب أن يغفر الله لي

"Demi Allah, sesungguhnya aku amat suka untuk Allah ampunkan aku".

Maka Sayidina Abu Bakar pun kembali bersedekah kepada Mistah sebagaimana sedekah yang biasa beliau berikan sebelum ini.

Insafilah, bahawa salah satu cara untuk meraih kemaafan dan pengampunan Allah SWT, ialah dengan kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Ya Allah, ampunilah kami.
11 Zulkaedah 1445H
20 Mei 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Bila hati nak belajar lagi...

Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

عن أبي ذر الغفاري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، يا أبا ذرٍّ لأن تغدوَ فتعلَّمَ آيةً من كتابِ اللَّهِ خيرٌ لَكَ من أن تصلِّيَ مئةَ رَكْعة ٍولأن تغدوَ فتعلَّمَ بابًا منَ العلمِ عُمِلَ بِهِ أو لم يُعمَلْ بهِ خيرٌ لكَ من أن تصلِّيَ ألفَ رَكْعةٍ

Daripada Abu Zar RA, sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Abu Zar! Sesungguhnya jika engkau keluar (dari rumahmu) lalu engkau belajar satu ayat Al-Quran, perkara itu lebih baik daripada engkau bersolat seratus rakaat. Sesungguhnya jika engkau keluar (dari rumahmu) lalu engkau belajar satu bab ilmu yang telah diamalkan atau diamalkan (daripada Al-Quran), maka itu lebih baik daripada engkau bersolat seribu rakaat".

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Dari Ibnu Mas'ud RA, dari Nabi SAW, sabdanya:
"Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

Hadith ini mengandungi perintah belajar dan mengajar. Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadith ini ialah segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama, ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain dan ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Quran.

Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah SAW menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah SWT sebagaaimana firmanNya pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya".

من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع.
رواه الترمذي والضياء وحسنه الألباني.

Siapa yang keluar pada menuntut ilmu maka ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Orang yang berada di majlis ilmu untuk menuntut ilmu, akan sentiasa dinaungi sayap Malaikat dan didoakan agar dicucuri rahmat serta akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.

Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang).

Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.

رَبِّ هَبْ لِيْ حُكْمًا وَّاَلْحِقْنِيْ بِالصّٰلِحِيْنَ

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh"
(Asy-Syu'ara': 83)

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang cerdik dan bijaksana kerana sentiasa belajar untuk menjadi orang yang berilmu.

Justeru, biar mati ketika belajar ilmu...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mustajab

عَنْ صَفْوَانَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ: أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ. قَالَتْ: فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ. قَالَ: فَخَرَجْتُ إِلَى السُّوقِ فَلَقِيتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ، فَقَالَ لِي مِثْلَ ذَلِكَ يَرْوِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Daripada Shafwan bin 'Abdullah RA berkata: "Saya pernah pergi ke Syam dan mengunjungi Abu al-Darda' RA di rumahnya. Namun saya tidak bertemu dengan beliau, lalu saya pergi menjumpai Ummu al-Darda' RA.  Setelah itu, Ummu al-Darda' RA bertanya kepadaku: "Wahai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini? Saya pun menjawab: "Ya". Ummu al-Darda' RA berkata lagi: "Mohonlah kepada Allah SWT kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: "Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim daripada kejauhan tanpa diketahui olehnya akan terima. Setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya,  disisinya akan ada malaikat yang diutuskan dan  mengucapkan: “Aamiin”  dan berkata:  “Bagi kamu juga akan mendapat seperti itu." Shafwan RA berkata lagi: "Setelah itu saya pergi ke pasar dan di sana saya bertemu dengan Abu al-Darda'. Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya sebagaimana yang diriwayatkannya daripada Nabi Muhammad SAW." (HR Muslim: No 2733) Status Hadis Sahih

Pengajaran

1.  Berdoa adalah bukti sifat kehambaan kita di sisi Allah SWT selain daripada usaha dan ikhtiar.

2.  Apabila selesai berdoa, hendaklah kita menutupnya dengan menyebut ‘آمِينَ’ bermaksud: “Perkenankanlah” atau “Ya Allah, terimalah doa kami”. Al-Hafiz al-Munziri berkata:  “Dikatakan bahawa ‘آمِينَ’ merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT.

3.  Selain daripada berdoa untuk kebaikan buat diri kita, jangan lupa mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga serta Muslim lain. Dalam hadis menceritakan Ummul al-Darda’ meminta Shafwan yang akan mengerjakan haji untuk mendoakan kebaikan buatnya sekeluarga.

4.  Antara sebab doa diterima adalah doa orang bermusafir, doa ditempat dan masa tertentu seperti di Mekah, Madinah serta pada hari wukuf di padang ‘Arafah (9 Zulhijjah). Kesemua sebab doa diterima ini dimiliki oleh seseorang yang mengerjakan ibadat haji. Bahkan doa tersebut akan diaminkan oleh malaikat.

5.  Orang yang mendoakan saudaranya yang berjauhan juga akan didoakan Malaikat.

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912)

6.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak.

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)

7.  Perbanyakkanlah doa bukan hanya untuk kita juga untuk orang lain dengan penuh  rasa raja’ (pengharapan) agar doa itu diterima dan rasa khauf  (takut) doa itu akan ditolak. Bagi orang yang bermusafir seperti duyufurahman, jangan lupa menyelitkan doa untuk kami juga saudara kita yang ditindas khususnya di Gaza.
 
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Mei 2024
12hb Zulkaedah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Taat

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)".
(an-Nisāʾ: 69)

Suatu hari seorang lelaki dari kalangan Ansar datang kepada Rasulullah SAW dalam keadaan sedang bersedih. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya:" Wahai fulan, mengapa aku lihat engkau sedang bersedih?"

Lelaki tersebut menjawab:" Wahai Nabi Allah, aku bersedih memikirkan suatu perkara".

Rasulullah SAW bertanya lagi: "Apakah perkara itu?"

Lelaki itu pun berkata:

نحن نغدو عليك ونروح ، ننظر في وجهك ونجالسك ، غدا ترفع مع النبيين فلا نصل إليك

"Di dunia ini kami selalu bertemu denganmu pada waktu pagi dan petang. Kami melihat wajahmu serta bermajlis bersamamu. Kelak nanti di akhirat, kamu akan diangkat bersama dengan para Nabi. Maka kami sudah tidak boleh lagi untuk sampai kepadamu".

Rasulullah SAW tidak menjawab kata-kata tersebut. Kemudian Malaikat Jibril Alaihissalam datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa ayat berikut:

وَمَن یُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَعَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِم مِّنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ وَٱلصِّدِّیقِینَ وَٱلشُّهَدَاۤءِ وَٱلصَّـٰلِحِینَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ رَفِیقࣰا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)".
(an-Nisāʾ: 69)

Kemudian Rasulullah SAW pun memberikan khabar gembira kepada lelaki tersebut berkenaan ayat ini.
(Tafsir At-Tabari, Ibnu Jarir)

Cara utama untuk kita bersama dengan Rasulullah SAW di akhirat kelak ialah dengan mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW semasa hayat dunia.