MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.29K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Justeru, lakukanlah walau sekadar 2 rakaat dan jangan ditinggalkan berlalu begitu sahaja. Lakukan dengan istiqamah, semoga kita berjaya dunia dan akhirat...

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Agama Itu Nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ   وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ  قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Daripada Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW  bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Agama ini terletak pada  nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

2.  Ibnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah. 

3.  Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.

4.  Nasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.

5.  Nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.

6.  Nasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah  dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah.

7.  Nasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.

Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

11hb September 2023
25hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Infaq

هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu".
(Muḥammad: 38)

Dipenghujung ayat Allah SWT menyatakan bahawa Allah SWT boleh ganti kita dengan kaum atau bangsa yang lain. Boleh jadi kaum yang tidak bercakap menggunakan bahasa kita, warna kulit lain dari kita, rambut juga lain dari kita.

Dan yang lebih utama, Allah mengatakan sikap mereka tidak sama macam sikap kita. Kita sibuk tenggelam dengan dunia, karam dengan hasutan nafsu sehingga malas untuk jihad dan bakhil untuk menginfaqkan harta di jalan Allah. Tetapi kaum atau bangsa baru yang menggantikan kita itu rajin menjalankan gerak kerja jihad fi sabilillah dan pemurah dalam mendermakan harta di jalan Allah.

Tertulis dalam sejarah, kerajaan Islam Abbasiyah telah ditakluk oleh bangsa Tartar. Bangsa Tartar pada waktu itu terdiri daripada tentera orang kafir dan mereka menyerang negara Islam dan menakluknya. Yang menariknya, bangsa Tartar telah menakluk negara Islam namun tidak lama selepas itu dari keturunan mereka inilah timbulnya kerajaan Islam yang lain. Ini kerana mereka akhirnya telah memeluk Islam. Merekalah kemudiannya yang menjadi pendukung agama Islam dan bukan lagi kaum yang asal.

Oleh yang demikian, jangan sesekali kita merasakan kaum atau bangsa kita ini sangat istimewa, hingga Allah SWT tidak akan menukar kita dengan bangsa yang lain yang akan mempertahankan Islam. Saat ini, kita boleh lihat bagaimana sedikit demi sedikit bangsa-bangsa yang kita tidak sangka pun mereka itu mahu menerima Islam tetapi mereka menjumpai keindahan Islam dan mereka memeluk Islam kemudian berpegang dengan Islam lebih kuat dan istiqamah dibandingkan dengan kita yang hanya menerima Islam ini dari ibu bapa kita sahaja.

Sebahagian besar dikalangan muallaf yang baru memeluk Islam lebih berilmu daripada kita. Lebih fasih bacaan al-Qurannya daripada kaum asal. Lebih memahami agama dan lebih kuat jihad dan infaq mereka. Jika kita tidak lagi teguh berjuang mendaulatkan Islam dan memahamkannya kepada orang lain, maka kita akan diganti dengan kaum yang lain.

Bersatulah wahai umat Islam dan berjuanglah demi mendaulat dan mempertahankan Islam serta ringankan tangan untuk infaq di jalan Allah SWT. Moga Allah sentiasa memelihara dan mempertahankan iman kita. Aamiiin...
25 Safar 1445H
11 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Bila mata hati buta...

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
(Al Hajj: 46)

Mata hati yang celik dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah, dapat merasai hubungan yang suci denganNya, sentiasa mengingatiNya dengan zikir dan fikir, sentiasa terpandu dengan suluhan nur petunjukNya sehingga jiwanya sentiasa lapang dan luas dalam menerima dan menghayati kebenaran hidup beragama...

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Fussilat: 53)

Sebaliknya mata hati yang buta;

1. Tidak nampak kebenaran, bahkan sentiasa dibaluti dengan kelalaian...

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al A'raf: 179)

2. Tidak dapat membezakan kebenaran dengan kebatilan, sedangkan kedua-duanya terpisah jauh...

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ﴿١٩) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ ﴿٢٠﴾

Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.(19) dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya, (20)
(Fathir: 19-20)

و ذكر ابن كثير في تفسيره عند قوله - تعالى : (كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ)

Al Imam Ibnu Katsir menyebut di dalam kitab tafsirnya, dalam mentafsirkan ayat Allah yang (bermaksud),
"Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

قال: وفي الدعاء المأثور: "اللهم أرنا الحق حقاً، وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلاً، وارزقنا اجتنابه، ولا تجعله ملتبساً علينا فنضل، واجعلنا للمتقين إماما"
تفسير ابن كثير
Kata Al Imam Ibnu Katsir, di dalam sebuah doa yang ma'tsur yang (bermaksud):
"Ya Allah, Tunjukkilah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami agar dapat mengikut kebenaran, dan tunjukkilah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami agar dapat menjauhi kebatilan. Dan janganlah Engkau jadikan perkara yang batil itu nampak samar bagi kami kerana nanti kami akan sesat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa".

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~
Usaha dan Tawakal dalam mencari Rezeki

لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُوا خِمَاصاً وَتَرُوْحُ بِطَاناً

"Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang waktu petang dalam keadaan kenyang"

(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).
Adakah engkau mengetahui akan hal yang menakutkan?

Hal itu ialah, ketika mana manusia memuji dirimu di seluruh pelosok timur dan barat, sedangkan engkau tidak memiliki apa-apa kemuliaan disisi Allah.
"Kalau kita jumpa seseorang lalu kita rasa tenang dan bahagia bersama dia, jangan tinggalkan dia. Mungkin dia jodoh kita." - Ustaz Azhar Idrus

"Maka janganlah menutup rapat pintu hatimu kerana tidak semua yang mengetuknya berniat untuk melukai hatimu."

- Sheikh Dr. Yusri Rusydi
Forwarded from Risalah Aqsa
#Nasihat | ALLAH MENCARI HAMBANYA YANG BERDOA DISEPERTIGA MALAM

Rasulullah SAW menggalakkan kepada umat Islam untuk mengikuti sunnahnya. Salah satunya adalah bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat. Hal ini kerana, pada waktu tersebut adalah waktu terbaik dimakbulkan doa.

========================

Bread For Love:
https://amanpalestindamansara.com/order/form/breadforlove_fb

#AmanPalestinDamansara
#JomMenyumbang
#BangkitBerjuangBersama
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bergaul Dengan Orang Soleh

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ

Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (Sunan Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.

2.  Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).

3.  Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.

4.  Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan  (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).

Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

12hb September 2023
26hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan (Sunan Abu Daud No: 4193) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

a.  Keperibadian seseorang berkait rapat dengan kebiasaan teman atau sahabat baik yang ia sering bergaul (tingkah lakunya sering dipengaruhi oleh  tingkah laku dan gaya hidup teman rapatnya) .

b.  Setiap ibu bapa perlu meneliti akhlak dan peribadi teman rapat anaknya. Jika teman pergaulan anaknya berakhlak buruk, perlu segera dijauhi.

c.  Larangan bergaul dengan individu dalam masyarakat mencakupi pelaku dosa besar, bersahabat dengan mereka akan mendatangkan kemudaratan pada agama.

d.  Carilah teman rapat yang Soleh. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:

وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ   بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ

“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang (menjadi sahabat kita, yang dengan sebab dia, kita) beroleh taufik, (dengan sebab kita berkawan dengan dia, kita dapat) memahami perintah Allah serta (dengan sebab dia, kita) suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat (di sisi Allah)” 

Ayuh pastikan dengan siapa kita bergaul.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

13hb September 2023
27hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
SUNNAH ZIKIR GUNA JARI

Abdullah bin Amr bin al-'As RA.huma meriwayatkan:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهَا بِيَدِهِ

"Aku melihat Rasulullah SAW mengira bacaan zikir menggunakan jari tangannya."

(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3410)

Mengira zikir dengan jari tangan ini afdal kerana jari-jemari ini akan menjadi saksi pada hari kiamat nanti di hadapan Allah.

Seorang sahabat wanita, Yusairah RA.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para wanita:

عَلَيْكُنَّ بِالتَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ، وَاعْقِدْنَ بِالأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولاَتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ، وَلاَ تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَةَ

"Bacalah tasbih, tahlil dan lafaz menyucikan Allah. Kiralah semua itu dengan hujung jari kerana jari-jemari itu akan ditanya dan diminta bercakap oleh Allah. Janganlah kamu leka daripada berzikir, nanti kamu akan melupakan rahmat Allah."

(Hadis Riwayat Ahmad, no. 27089, Abu Daud, no. 1501 & al-Tirmizi, no. 3583)

Hadis ini menunjukkan bahawa mengira atau menghitung bacaan zikir dengan jari tangan adalah lebih baik kerana ia merupakan perbuatan Rasulullah SAW berbanding menggunakan biji tasbih atau alat mengira zikir yang lain.

Walaupun bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan menggunakan biji tasbih atau apa-apa alat untuk mengira bilangan zikir.

Ayuh perbanyakkan zikir dengan lisan dan hati kita. Belajar dan amalkan zikir-zikir Rasulullah SAW.

Semoga Allah menerima amalan kita.
𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚

"Hati layaknya sebuah wadah. Bila telah dipenuhi dengan sesuatu maka dia tidak akan mampu menampung hal lain lagi. Jadi ketika hati dipenuhi dengan cinta dunia; rasa cinta terhadap Allah dan Rasul-Nya pun tidak dapat masuk. Saat itulah fikirannya hanya kerja dan kerja."

📚Fath Dzil Jalaali wal Ikraam, IX/366
Ya Allah ampunilah umat Rasulullah SAW..

Ya Allah berilah hidayah buat umat Rasulullah SAW..

Ya Allah kasihanilah umat Rasulullah SAW..

Ya Allah selamatkanlah umat Rasulullah SAW..

Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

#DoakanUmatRasulullahSAW
#MekanikIman
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menjaga Hak Sesama Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan membiarkan muslim lain dianiaya. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat.

5.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

6.  Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:

a.  Allah SWT akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.

b.  Allah SWT tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”

Setiap kita perlu berhati-hati terutama dalam penggunaan media sosial. Mudahnya  membuka aib,  membuat fitnah dengan menzalimi terhadap individu  tertentu. Sama-samalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

15hb September 2023
29hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Larangan Berbisik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كُنْتُمْ ثَلاَثَةً فَلاَ يَتَنَاجَى رَجُلاَنِ دُونَ الآخَرِ حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ أَجْلَ أَنْ يُحْزِنَهُ

Daripada Abdullah RA, Rasulullah SAW bersabda : Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang berbisik antara keduanya tanpa menyertakan orang yang ketiga, hingga kamu melibatkan dengan manusia lain (orang yang ketiga). Kerana (perkara) itu boleh membuatnya sedih (menyinggung perasaannya). (HR Bukhari No: 6290) Status : Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Islam sangat mengambil berat dalam hal adab menjaga keharmonian masyarakat.

2.  Rasulullah SAW melarang kita berbisik berdua sedangkan pada masa tersebut ada orang lain di sisi kita hingga mendatangkan kesedihan kepadanya. Sikap ini akan melahirkan perasaan negatif, menimbulkan perasangka buruk serta bibit kebencian yang mengeruhkan perhubungan.

3.  Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadilah, ayat 10 :

إِنَّمَا ٱلنَّجۡوَىٰ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ لِيَحۡزُنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita.

4.  Selemah-lemah tahap ukhuwah adalah bersangka baik dan berlapang dada. Apabila dua orang berbisik tanpa yang ketiga, termasuk berbicara menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh orang ketiga, ia akan menimbulkan sangkaan-sangkaan yang buruk dan boleh menjejaskan ukhuwah.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

16hb September 2023
30hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Merdekakah Kita

Sempena memperingati kemerdekaan negara kita dan Sambutan Hari Malaysia, sejauhmana kita benar-benar merdeka ?...

•  Merdeka dari belenggu penjajah.

•  Merdeka dari serangan pemikiran (al-ghazw al-fikri).

•  Merdeka dari penjajahan ekonomi.

•  Merdeka dari belenggu keberhutangan.

•  Merdeka dari budaya ciplak songsang, yang tiada kena mengena dengan adat resam ketimuran dan Malaysia.

•  Merdeka dari akhlak buruk dan keji serta nafsu serakah yang buruk dan hina seperti rasuah, mengadu domba dan bermusuh.

•  Merdeka dari akal yang terbelenggu dengan kemabukan sama ada disebabkan oleh arak, dadah juga smartphone dengan pelbagai aplikasi  yang melalaikan seperti online game

•  Merdeka dari kemalasan, kealpaan, ketakutan, kelalaian, kemiskinan, kepapaan, kebodohan, kejahilan, kelemahan dan pelbagai sikap negatif.

•  Merdeka dari kemurungan, dukacita, kesedihan, perasaan  dan pemikiran yang lemah.

•  Merdeka dari perpecahan, pergaduhan, permusuhan, perseteruan serta perbalahan.

•  Merdeka dari kelemahan pembinaan institusi kekeluargaan seperti rapuhnya rumahtangga, ketidakbertanggungjawaban terhadap anak-anak dan remaja, kurangnya kasih sayang, simpati dan empati dari kalangan keluarga.

•  Merdeka dari sifat dan sikap ekstrem, taksub, perkauman yang melampau serta mengeruhkan hubungan etnik, bangsa serta  warganegara Malaysia.

Selamat Meraikan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

https://t.me/kapsul_tazkirah
Forwarded from AstroMet Malaysia
Hilal atau anak Bulan Rabiulawal 1445 Hijrah yang berjaya kelihatan dari Balai Cerap Al-Biruni, Sabah pada jam 07:04 PM, 16 September 2023.

Kredit imej :- Pejabat Mufti Negeri Sabah.