MEKANIK IMAN.
334 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.29K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
19 Safar 1445H
05 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Hari ini manusia berlumba-lumba membuat dakwah, khuatir juga. Dakwah yang dibawa itu ingin mengajak manusia mendekat Allah atau dekat kepada pendakwah.

Jadi, biar diri kita sentiasa ingin ada rasa ditarbiah dan dalam mentarbiah turut mentarbiah diri kita sendiri.

Tundukkan rasa tawadhu' dan takut pada Allah.

Jika dicemuh berdiam, jika dipuji berdiam dan kembalikan segala pujian pada yang Maha Esa.

Jika dakwah disambut baik akan datang rasa ujub, jika tidak diterima akan sentiasa futur. Berdakwahlah dengan ingin mendapatkan keredhaan Allah.

Dakwah dengan sentuhan bimbingan Ilahi.

Tatkala Allah ta’ala memerintahkan Nabi Musa pergi bertemu Firaun untuk mendakwahnya, Nabi Musa ‘alaihissalam bermohon diberikan bekalan dan sokongan.

Pertama, lidah yang fasih dan menjadikan Harun, saudaranya sebagai pembantunya kerana Allah ta’ala memberikan satu tawjiha (arahan) yang sukar untuk dilakukannya, iaitu berdakwah dengan kalimah perkataan yang lembut agar berkesan pada jiwa Firaun.

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ﴿٢٥﴾ وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي ﴿٢٦﴾ وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي ﴿٢٧﴾ يَفْقَهُوا قَوْلِي ﴿٢٨﴾ وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي ﴿٢٩﴾ هَارُونَ أَخِي ﴿٣٠﴾ اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي ﴿٣١﴾ وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي ﴿٣٢﴾

Pergilah kepada Fir'aun; sesungguhnya ia telah melampaui batas".(24) Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku (25) dan mudahkanlah untukku urusanku (26) dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku (27) supaya mereka mengerti perkataanku (28) dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,(29) (yaitu) Harun, saudaraku (30) teguhkanlah dengan dia kekuatanku,(31) dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,(32))
(Taha: 24-32)

Dan yang kedua, agar Ia dan Harun dimudahkan untuk sentiasa bertasbih dan berzikir agar kukuh jiwanya dan pergantungan yang kuat kepada Allah ‘azza wa jalla.

كَيْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا ﴿٣٣﴾ وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا ﴿٣٤﴾ إِنَّكَ كُنتَ بِنَا بَصِيرًا ﴿٣٥﴾

supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,(33) dan banyak mengingat Engkau (34) Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami".(35)
(Taha: 33-35)

Namun, inilah hebatnya sentuhan dakwah dengan bimbingan dari Allah, Ar Rahman Ar Rahim.

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ ﴿١٧﴾ فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ ﴿١٨﴾ وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ ﴿١٩﴾

"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas,(17) dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)".(18) Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?"(19)
(An Naazi’at: 17-19)

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ،ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ﴿٣٤﴾ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ﴿٣٥﴾

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.
(Fussilat: 24-25)

Justeru, bilakah lagi para pendakwah akan menjadikan uslub ini dominan dalam pendekatan mereka berdepan dengan cabaran para mad’un yang pelbagai dan rencam keadaan mereka...

~ Abu Imtiyaz ~
Fitnah

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".
(Ali-ʿImran: 14)

Dalam ayat ini, Allah SWT memulakan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita.

Daripada Sayidina Usamah bin Zaid r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada banyak fitnah di atas muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya.

Di antara semua fitnah yang ada, ternyata fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap.

Allah SWT menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.

Oleh itu, Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya.

Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita".
(Hadith Riwayat Muslim)

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوࣰّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُوا۟ وَتَصۡفَحُوا۟ وَتَغۡفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(at-Taghabun: 14)

Betapa dahsyatnya fitnah wanita. Maka semua orang perlu berhati-hati akan godaan wanita kerana mampu menjerumuskan seseorang ke lembah kebinasaan. Namun, wanita yang baik dan solehah mampu membahagiakan seseorang di dunia dan di akhirat.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ghibah, Gosip Perbuatan Tercela

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah  SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya." Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya." (HR Muslim No: 4690)  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan ghibah atau mengumpat atau gossip  adalah berdosa.

2.  Ghibah atau mengumpat adalah menceritakan sesuatu yang buruk yang ada pada diri orang lain. Sesuatu yang diceritakan mengenai orang lain itu mungkin berkaitan  tubuh badan seseorang, agamanya, dunia, diri, akhlak, harta, anak, orang tua, isteri, pembantu, pakaian, cara jalan, gerak-gerik, wajah atau segala hal yang berkaitan dengannya.

3.  Imam al-Ghazali mengatakan ghibah itu bermaksud: ‘…engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya, sekiranya sampai perkara itu kepadanya, sama ada kekurangan pada tubuh badannya, keturunan, akhlak, perbuatan, perkataan, agama, atau dunianya hatta pakaian, rumah atau haiwannya..’. (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, 3/143, Beirut : Dar al-Ma’rifah)

4.  Ghibah atau Mengumpat atau Gossip boleh berlaku melalui lisan, tulisan, gambar atau melalui bahasa isyarat.

5.  Walaupun yang diperkatakan itu betul pada orang tersebut, ia adalah ghibah atau mengumpat yang diharamkan. Jika yang dibicarakan itu tidak benar, maka ia adalah fitnah.

6.  Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan mengumpat dan fitnah melalui media sosial sama ada melalui FB, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau ditularkan, akhirnya ia mengundang komen dan umpatan netizen walaupun ia betul  atau boleh menjadi fitnah jika tidak benar.

Berhati-hatilah dalam pertuturan, penulisan dan perbuatan daripada perkara yang tidak benar, palsu, mencela, mengumpat, atau memfitnah.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

06hb September 2023
20hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from marbuqi
Kelebihan Agung Ilmu Tafsir

Antaranya diselamatkan dari menjadi penghuni Api Neraka Jahannam

وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

“Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan al-Quran dan al-Hadith itu) nescaya tidaklah kami termasuk dalam kalangan penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala “.(QS al-Mulk:67: ayat 10)

dan diangkat darajatnya di dunia dan di Akhirat (di dalam syurga).

🌷 Ia adalah tadabbur kepada kitabullah, membuang tutupan dan kunci yang menutup matahati. Surah Muhammad ayat 24.

🌷 Ilmu tafsir syarat cinta kepada Allah dan Rasul saw. Orang yang paling dicintai Allah ialah yg paling faham akan kitabnya, paling hafiz dan paling cinta akan kitabNya.

🌷 Alim tafsir paling berhak menjadi imam solat dan pemimpin masyarakat dan pemimpin umat.

🌷 Hafiz dan mufassir adalah alim sebenar. Tanda alim, faqih ialah hafaz 10 juz ke atas dengan tafsirnya.

🌷 Asas tauhid dan amal. Tanda ahlus sunnah, dan jalan ke syurga.

t.me/muzakarahtafsir
20 Safar 1445H
06 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika siang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

Abu Darda’ radhiyallahu anhu berkata, tanda orang bodoh itu ada tiga (3), iaitu:

1. Bangga diri.

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ

"(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya)."
(Al-Ma'un: 6)

Al Faqih Abu Al Layth Rahimahullah berkata:
Sesiapa yang ingin mendapat pahala amalnya di akhirat kelak, maka mestilah beramal dengan tulus ikhlas kerana Allah SWT tanpa riyak, kemudian melupakan amal itu supaya tidak rosak oleh sifat ujub (bangga diri).

2. Banyak bicara dalam hal yang tidak bermanfaat.

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia".
(Al-Mu'minun: 3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikrullah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikrullah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari kiamat ialah orang yang kesat hati".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)".
(Al-Ahzab: 70)

3. Melarang orang lain dari suatu perbuatan, namun ia sendiri melakukannya.

يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِى النَّارِ ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِى النَّارِ ، فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ ، فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ ، فَيَقُولُونَ أَىْ فُلاَنُ ، مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيهِ ، وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ

“Ada seseorang yang didatangkan pada hari kiamat lantas ia dilemparkan ke dalam neraka. Usus-ususnya pun terburai di dalam neraka. Lalu dia berputar-putar seperti keldai memutari penggilingnya. Lantas penghuni neraka berkumpul di sekitarnya lalu mereka bertanya: “Wahai fulan, kenapa denganmu? Bukankah kamu dahulu yang memerintahkan kami kepada kebaikan dan melarang kami dari melakukan kemungkaran?” Dia menjawab: “Memang betul, aku dulu memerintahkan kalian kepada kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku dulu melarang kalian dari kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim".
(Ali Imran: 57)

Orang cerdik itu selalu berupaya membebaskan diri dari 3 tanda orang bodoh di atas, dan juga dari tanda-tanda yg lainnya, seperti bermalas-malasan dalam beramal ibadah dan tidak peduli dengan menuntut ilmu agama, mengharapkan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat tetapi ia berjalan di atas jalan kesesatan, kesengsaraan.

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Orang yang pintar ialah siapa saja yg menundukkan jiwanya (untuk melakukan ketaatan kepada Allah, dan ia selalu beramal (sebagai bekal) untuk kehidupan setelah kematian. Sedangkan orang yang bodoh (lemah) itu ialah siapa saja yang selalu mengikuti bisikan (buruk) jiwanya, dan ia berangan-angan tinggi kepada Allah (namun tanpa disertai iman dan amal).”

Seorang ahli hikmah berkata:
“Engkau berharap keselamatan (di dunia dan akhirat), tetapi engkau tidak mengikuti jalan-jalan keselamatan. Sesungguhnya kapal itu tidaklah berlayar di tempat yang kering.”
Hati yang tidak mahu tunduk kepada Maha Pengatur tidak akan menemui kedamaian. Waktu, ruang dan kejadian akan membuatnya gelisah kerana nafsunya tidak dapat menguasai semua itu. Dia inginkan sesuatu perkara pada satu masa sedangkan Maha Pengatur inginkan perkara lain. Kehendak makhluk tidak dapat mengatasi kehendak Tuhan. Jika mahu hati menjadi tenteram usahakan agar hati sentiasa ingat kepada Allah SWT.

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ؕ اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd: 28)

مَاۤ اَصَابَ مِنْ مُّصِيْبَةٍ اِلَّا بِاِذْنِ اللّٰهِ ؕ وَمَنْ يُّؤْمِنْۢ بِاللّٰهِ يَهْدِ قَلْبَهٗ ؕ وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(At-Tagabun: 11)

Berimanlah kepada Allah SWT dan beriman juga kepada takdir. Lepaskan waham sebab musabab yang menjadi pagar nafsu menutup hati.

Justeru, sifat seorang mukmin ialah melakukan amal soleh yang telah diperintahkan Allah untuk dikerjakan. Amal soleh adalah buah kepada iman. Sekadar berilmu dan beriman namun tidak disertai amal maka belum lengkap dan sempurna sifat seorang mukmin...

~ Abu Imtiyaz ~
Fitnah

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".
(Ali-ʿImran: 14)

Sambung bicara tentang kedahsyatan fitnah wanita.

Allah menjelaskan bahawa ada di antara isteri-isteri dan wanita yang menjadi musuh bagi suami dan orang tuanya, yang mencegah mereka berbuat baik dan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menghalangi mereka beramal soleh, bahkan adakalanya menjerumuskan mereka kepada perbuatan maksiat, perbuatan haram yang dilarang oleh agama. 

Firman Allah SWT:

ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلࣰا لِّلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱمۡرَأَتَ نُوحࣲ وَٱمۡرَأَتَ لُوطࣲۖ كَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَیۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَـٰلِحَیۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ یُغۡنِیَا عَنۡهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَیۡـࣰٔا وَقِیلَ ٱدۡخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّ ٰ⁠خِلِینَ

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".
(at-Taḥrim: 10)

Selain itu, disebabkan rasa sayang dan cinta kepada wanita, menjadikan ramai para lelaki buta dengan kebenaran. Seorang suami tidak segan-segan berbuat yang dilarang oleh agama seperti makan rasuah dan lain-lain kerana ingin memenuhi kehendak isteri atau wanita yang disayangi dalam berbelanja dan bermewah-mewah. Selain itu, sanggup membiarkan anak isterinya berdua-duaan dengan bukan mahram, membuka aurat, berpakaian menjolok mata, berpakaian seksi dan mendedahkan tubuh badan untuk tatapan orang ramai.

Sabda Nabi SAW:
"Wanita itu aurat, apabila dia keluar rumah, syaitan terus memandangnya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehinggalah terjadinya fitnah)”.
(Sahih at-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duaan dengan wanita (bukan-mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

Sepatutnya seorang lelaki perlu membimbing dan mendidik wanita yang dikasihinya agar mengikuti peraturan agama dan kehendak Allah dan Rasul, bukannya diikuti segala kehendak mereka yang boleh memusnahkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.

Didiklah wanita agar tergolong dalam kalangan wanita solehah. Disamping itu, berwaspadalah dengan wanita penggoda kerana mereka bakal menjahanamkan akhirat kita.
Muhasabah malam ini

Untuk mendapat kesempurnaan iman, hendaklah kita perelok dan perbaiki akhlak kita.

Kerana sesungguhnya akhlak dan iman tidak dapat dipisahkan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbuatan Dosa

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنَعَ وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Daripada Al-Mughirah bin Syu'bah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian durhaka kepada ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup,  mempercayai setiap khabar yang tidak tentu  sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta (boros)". (HR Bukhari No: 2231) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah melarang setiap Muslim daripada melakukan perkara berikut:

1.  Mendurhakai ibu

2.  Menanam anak perempuan hidup-hidup

3.  Mempercayai kepada khabar yang tidak pasti sumbernya (sama ada melalui lisan juga media sosial seperti FB, Twiter, Whatsapp, Telegram, Akhbar, TV dan lain-lain) lalu di sebarkan (forward). Awaslah daripada menjadi penyebar berita palsu.

4.  Banyak bertanya yang bertujuan untuk menguji atau mengadu domba

5.  Boros terhadap harta (tidak berjimat).

Marilah kita menjadi Muslim yang Rahmah dengan taat kepada kedua ibu dan bapa, mengasihi anak-anak dengan diberikan didikan dan asuhan, memastikan setiap berita yang sampai pada kita diselidiki terlebih dahulu kesahihannya sebelum mempercayai dan disebarkan, kurangkan bertanya yang bukan ikhlas untuk mendapatkan maklumat dan berjimat dalam membelanjakan harta.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

07hb September 2023
21hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
*Suami dan Isteri Saling Melindungi*
========
1. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka,  dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

2. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

3. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.

4. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

5. Begitu juga menurut Rasulullah, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah:

خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك

"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu." (HR Abu Daud al-Tayyalisi)

6. Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti.

Semoga Allah membimbing kita.

#Kredit *Dr. Ahmad Sanusi Azmi*
BERSABAR DALAM KETAATAN

يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى:
يَابْنَ آدَمَ! مَا خَلَقْتُكُمْ عَبَثًا، وَلاَ خَلَقْتُكُمْ سُدًى، وَمَا أَنَا بِغَافِلٍ، وَأَنِّي بِكُمْ خَبِيْرٌ. وَلَنْ تَنَالُوا مَا عِنْدِي إِلاَّ بِالصَّبْرِ عَلَى مَا تَكْرَهُوْنَ فِي رِضَائِي، وَالصَّبْرُ لَكُمْ عَلَى طَاعَتِي أَيْسَرُ لَكُمْ مِنَ الصَّبْرِ عَلَى مَعْصِيَّتِي.
وَتَرْكُ الذَّنْبِ أَيْسَرَ لَكُمْ مِنَ اعْتِذَارِي مِنْ حَرِّ النَّارِ، وَعَذَابُ الدُّنْيَا أَيْسَرُ لَكُمْ مِنْ عَذَابِ الآخِرَةِ، يَابْنُ آدَمَ! كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتُهُ، وَكُلُّكُمْ مُسِيءٌ إِلاَّ مَنْ عَصَمْتُهُ، وَتُوبُوا إِلَيَّ أَرْحَمْكُمْ، وَلاتَهْتِكُوا أَسْرَارَكُمْ عِنْدَ مَنْ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ سِرُّكُمْ

Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam!
Aku tidak menciptakan kalian dengan sia-sia, dan tidak menciptakan kalian tanpa ada manfaat. Aku tidak pernah lalai, Aku Maha Mengetahui tentang kalian. Kalian tidak akan memperoleh apa yang ada di sisi-Ku, kecuali hanya dengan bersabar terhadap apa yang tidak kalian sukai dalam hal yang Ku-ridhai.

Bersabar untuk tetap taat pada-Ku lebih mudah bagi kalian daripada bersabar untuk tidak melakukan maksiat kepada-Ku.

Meninggalkan dosa lebih mudah bagi kalian daripada meminta ampunan kepada-Ku dari panasnya api neraka. Siksa dunia lebih mudah bagi kalian daripada siksa akhirat.

Wahai anak Adam! Kalian semua dalam kesesatan, kecuali yang Aku beri petunjuk. Kalian semua adalah pelaku dosa, kecuali orang yang Aku lindungi dari dosa.
Maka, bertobatlah kepada-Ku, niscaya Aku menyayangi kalian. Tak sepantasnya kalian membuka semua rahasia kalian kepada Dzat yang sebenarnya telah mengetahui rahasia-rahasia kalian.”

--Imam Al-Ghazali, kitab Al-Mawaizh fi al-Ahadits al-Qudsiyyah.

ا
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kebaikan dan Dosa

عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah berakhlak yang mulia. Manakala dosa adalah sesuatu yang mengelisahkan hatimu (ketika dosa tersebut dilakukan, hati gementar dan bimbang) serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik.

2.  Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

3.  Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:

الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ

Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No:18006)

4.  Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.

5.  Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

09hb September 2023
23hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
23 Safar 1445H
09 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)
Semoga tidak ada penyesalan selepas berpindah alam nanti.

Ianya adalah amalan sunat dan tak melebihi yang wajib. Walaubagaimana pun, ianya sunnah yang dituntut...

مَاذَا يَخْسَرُ الْمُسْلِمُ اِذَا تَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلُ؟

Kerugian apa saja yang akan diperolehi oleh seorang Muslim jika dia meninggalkan solat malam?

يَفْقِدُ لَقَبَ عِبَادِ الرَّحْمَنِ :
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِيْنَ يَمْشُوْنَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً .....وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Kerugian pertama:

Dia tidak mendapatkan gelar ‘Ibaadur-Rahmaan (hamba Yang Maha Penyayang).

Dan hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang itu (ialah) mereka yang berjalan di atas bumi dengan sopan santun...
(Al Furqaan: 63)

Dan mereka yang diredhai Allah itu ialah yang tekun mergerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.
(Al Furqaan: 64)

يَفْقِدُ لَقَبَ الْمُتَّقِيْنَ :
إِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُوْنٍ... كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ * وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Kerugian yang kedua:

Tidak mendapatkan gelar al-Muttaqiin (Orang-orang yang bertakwa).

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah fitempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Adz Dzariyaat: 15)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari diwaktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka beristighfar memohon ampun.
(Adz Dzariyaat: 17-18)

يَخْسَرُ لَقَبَ الْقَانِتَ وَأُوْلِي الْأَلْبَابِ :
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ. يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Kerugian ketiga:

Tidak mendapatkan gelar Qanit (ahli ibadah) dan Ulul Albaab (orang yang berakal).

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.
(Az Zumar: 9)

يَخْسَرُ الْمَقَامَ الْمُمَيَّزَ لِلْقَائِمِيْنَ :
لَيْسُوا سَوَاءً ۗ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ

Kerugian keempat:

Kehilangan tempat istimewa yang disediakan untuk orang-orang yang bangun malam.

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang telah memeluk Islam, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, semasa mereka bersujud (mengerjakan solat).
(Ali 'Imran: 113)

يَخْسَرُ فُرْصَتَهُ فِي اِجَابَةِ الدُّعَاءِ كَمَا مَنَحَهَا رَبُّنَا لِزَكَرِيَّا :
فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ

Kerugian kelima:

Kehilangan kesempatan untuk terkabulnya doa sebagaimana yang telah Allah anugerahkan kepada Nabi Zakariyya.

Lalu ia diseru malaikat sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimah dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang soleh".
(Ali 'Imran: 39)

يَخْسَرُ أَنْ لَا تُذْهِبَ حَسَنَاتُهُ سَيِّئَاتِهِ فَمِنْ أَحَدِ شُرُوْطِهَا أَنْ أُقِيْمَ الصَّلَاةُ زُلْفاً مِنَ اللَّيْلِ:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Kerugian keenam:

Merugi kerana kebaikan-kebaikannya tidak menghapus dosa-dosa. Kerana diantara syaratnya adalah mendirikan solat malam.
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat.
(Hud: 114)

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Riya Itu Syirik Kecil

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Daripada Mahmud bin Labid Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riya’. Allah SWT akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).” HR Ahmad No: 23630. Status: Sanad Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Syirik kecil merupakan perkara yang perlu dijauhi kerana ia menghilangkan segala pahala amal soleh yang dilakukan.

2.  Rasulullah SAW bimbang umatnya akan terjerumus dengan Syirik kecil iaitu Riya’.

3.  Riya’ adalah perbuatan seseorang  menunjukkan amal untuk dilihat, disebut atau disanjung oleh manusia lain. Di hari kiamat nanti, orang yang riya’ dalam beramal akan diminta untuk menuntut ganjaran daripada manusia yang ingin disanjung atau disebut.

4.  Riya’ boleh berlaku pada agama, tubuh badan, percakapan mahupun amalan seseorang, contohnya:
a.  Riya’ pada agama dan tubuh badan dengan menzahirkan kekurusan dan berpakaian lusuh supaya orang menganggapnya bersungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat
b.  Riya’ pada percakapan dengan memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang Islam ataupun berzikir kuat di hadapan orang ramai.
c.  Riya’ pada amalan seperti menzahirkan qiam dan ruku’ yang lama ketika bersolat di hadapan orang ramai.

5.  Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis dalam sujud di masjid beliau berkata :”Hai kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”

6.  Berusahalah melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan bermujahadah melawan sifat riya’ yang datang dalam diri. Jika ibadah tersebut ada pilihan, maka lebih baik dilakukan secara sembunyi seperti bersedekah tidak secara terang-terangan.

7.  Berdoalah agar dijauhi perbuatan syirik.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku sedari. Dan, aku memohon ampun kepada-Mu atas dosa-dosa yang tidak aku ketahui.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

10hb September 2023
24hb Safar 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
24 Safar 1445H
10 September 2023M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Semoga tidak ada penyesalan selepas berpindah alam nanti.

يَخْسَرُ أَنْ لاَ يَبْعَثَهُ رَبِّيْ مَقَاماً مَحْمُوْداً :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Kerugian ketujuh:

Allah tidak mengangkatnya ke tempat yang terpuji.

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.
(Al Isra’: 79)

يَخْسَرُ الرِّضَى الَّذِيْ وَعَدَ بِهِ رَبِّيْ عَزَّوَجَلَّ :
وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ

Kerugian kelapan:

Tidak mendapatkan redha yang dijanjikan oleh Allah ‘azza wa jalla.

Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan)
(Taha: 130)

يَخْسَرُ عِنَايَةَ اللهِ الَّتِيْ يُوَلِّيْهَا لِمَنْ يَرَاهُ قَائِماً بِالتَّوَكُّلِ عَلَيْهِ:
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيْزِ الرَّحِيْمِ الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ * وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

Kerugian kesembilan:

Tidak mendapatkan perhatian Allah, yang Allah berikan kepada siapa saja yang Allah melihatnya bangun malam dengan bertawakkal kepada-Nya.

Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (sedikitembahyang), dan (melihat) gerak gerimu di antara orang-orang yang sujud.
(Asy Syuara: 218-219)

يَخْسَرُ الصَّبْرَلِحُكْمِ اللهِ وَلاَ يَكُوْنُ مِمَّنْ يُقَالُ لَهُمْ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ * وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ

Kerugian kesepuluh:

Tidak mendapatkan kesabaran terhadap ketetapan Allah, dan tidak termasuk orang yang disebutkan oleh Allah “Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami.

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, Maka Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun
(Ath Thur: 48)

يَخْسَرُ مَا أَخْفَى اللهُ لِلْقَائِمِيْنَ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Kerugian kesebelas:

Tidak mendapatkan apa saja yang indah dipandang yang Allah simpan untuk orang-orang yang mendirikan solat malam.

Maka tak seorang pun yang mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.
(As Sajdah: 17)

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang.
(Al-Muzzammil: 20)

فَهَلْ يَاتُرَى بَعْدَ كُلِّ هَذِهِ الْخَسَائِرِ الْفَادِحَةِ سَنُضَيِّعُ قِيَامَ اللَّيْلِ؟
قُمِ اللَّيْلَ وَلَوْ بِرَكْعَتَيْنِ

Setelah berbagai kerugian besar ini lantas apa pendapatmu, apakah kita akan menyia-nyiakan solat malam?
Dirikanlah solat malam meskipun hanya 2 rakaat!

اَللَّهُمَّ اَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ يَاحَيُّ يَا قَيُّوْمُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ مُقِيْمِيْ صَلَاةِ اللَّيْلِ يَارَبِّ يَامُجِيْبُ

Ya Allah! Bantulah kami untuk berzikir, bersyukur dan beribadah yang baik untuk-Mu. Wahai Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri.

Ya Allah jadikan kami termasuk orang-orang yang mendirikan solat malam ya Rabb Wahai Yang mengabul doa.

لاَ تَنْسَ نَشْرَهَا فِي مَوَاقِعِ التَّوَاصُلِ الْاِجْتِمَاعِيِّ وَخَاصَّةً فِي الْمَجْمُوْعَاتِ