Pada hari ini, 19 September 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang, akan diadakan sesi wawancara Cakna Bahasa melalui Radio Bernama bersama-sama dengan Puan Roziah binti Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Puan Huznah binti Sa'it, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tajuk Sayangi Bahasa, Sayangi Negara.

Bersama-samalah kita semarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 dengan mengikuti pelbagai maklumat istimewa melalui sesi wawancara ini.

#SayangiBahasaSayangiNegara
#BahasaJiwaBangsa
Ayuh sertai Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan pada 6 Oktober 2024 (Ahad), pukul 7.00 pagi, bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak.

Peserta akan menerima baju, buku dan sijil penyertaan. Daftar segera dengan mengimbas kod QR yang tertera.

Pendaftaran percuma!

#bahasajiwabangsa
#bulanbahasakebangsaan2024
#sayangibahasasayanginegara
Jangan lupa untuk mengikuti sesi wawancara Cakna Bahasa bersama-sama dengan YM Tengku Fauziah binti Ku Mat, Ketua Editor Bahagian Buku Bahasa di Radio Bernama pada 26 September 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang. Menariknya sesi wawancara pada kali ini akan berkongsi maklumat bersama-sama dengan tuan/puan budiman tentang Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian.

Ayuh, semarakkan sambutan Bulan Bahasa pada kali ini dengan mengikuti perkongsian istimewa ini.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara
Tuan/Puan budiman dialu-alukan untuk mengikuti sesi wawancara YBrs. Dr. Hazami bin Jahari, Ketua Pengarah DBP untuk promosi Dekad Membaca Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan melalui siaran Awani Pagi pada 27 September 2024 (Jumaat), pukul 8.30 pagi.

Siaran langsung wawancara ini juga dapat diikuti melalui astroawani.com dan aplikasi Astro Awani.

Semarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2024 melalui perkongsian menarik ini.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara
KPM melalui DBP telah melancarkan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan utama bukan sahaja di negara ini tetapi juga di rantau Asean dan persada dunia. Kempen GDBK dilaksanakan selama tiga tahun, iaitu mulai 2018 hingga 2020. DBK pula dilaksanakan bermula tahun 2021 hingga 2030 dengan program sepanjang tahun.

Dengan tema #BahasaJiwaBangsa dan subtema #SayangiBahasaSayangiNegara, DBK pada tahun ini terus dilaksanakan dengan pelibatan kementerian, kerajaan negeri, sektor awam, sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam menyebarluaskan objektif dan peranan DBK kepada masyarakat.
Jangan lupa untuk mengikuti sesi wawancara Cakna Bahasa bersama-sama dengan YBrs. Dr. Azizul bin Haji Ismail, Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum di Radio Bernama pada 3 Oktober 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang. Menariknya, sesi wawancara pada kali ini bakal menampilkan tajuk Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan kepada Masyarakat Pelbagai Kaum.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian istimewa ini dan bersama-samalah kita semarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara
MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan pada 6 Oktober 2024 (Ahad), pukul 10.00 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak. Majlis Pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Semua diundang hadir ke majlis pelancaran ini. Majlis ini boleh disaksikan secara langsung melalui media sosial DBP.

#BahasaJiwaBangsa
#BulanBahasaKebangsaan
#SayangiBahasaSayangiNegara
SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan pelbagai aktiviti bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan sepanjang bulan Oktober 2024.

Semua diundang hadir dan boleh ditonton secara langsung melalui media sosial DBP.

#BahasaJiwaBangsa
#BulanBahasaKebangsaan
#SayangiBahasaSayangiNegara
MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan pada 6 Oktober 2024 (Ahad), pukul 10.00 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai aktiviti disediakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan antaranya ialah Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa, Program Didik Hibur, Seronoknya Membaca, Majalah dalam Kelas, Forum Sayangi Bahasa Sayangi Negara, Ekspresi Muzik Jalanan, Eksplorasi Bahasa dan pameran serta jualan buku.

Semua diundang hadir dan boleh ditonton secara langsung melalui media sosial DBP.

#BahasaJiwaBangsa
#BulanBahasaKebangsaan
#SayangiBahasaSayangiNegara
Tuan/puan budiman dialu-alukan untuk mengikuti sesi wawancara Cakna Bahasa bersama-sama dengan Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah, DBP Wilayah Tengah di Radio Bernama pada 10 Oktober 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang. Menariknya sesi wawancara pada kali ini bakal berkongsi maklumat bersama-sama dengan tuan/puan tentang Pancabicara Bahasa dan Sastera DBP Wilayah Tengah.

Ayuh, semarakkan sambutan Bulan Bahasa pada kali ini dengan mengikuti perkongsian istimewa ini.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara
YBrs Dr./tuan/puan diundang untuk mengikuti sesi wawancara Cakna Bahasa bersama-sama dengan YBrs. Dr. Norhafizah biti Mohamed Husin, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Seminar Perancangan Bahasa Kebangsaan 2024 di Radio Bernama pada 17 Oktober 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang.

Sesi wawancara pada kali ini bakal mempromosikan pengisian menarik mengenai Seminar Perancangan Bahasa Kebangsaan yang akan diadakan pada 22 Oktober 2024 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayuh, semarakkan rasa megah pada bahasa kebangsaan dengan mengikuti perkongsian istimewa ini.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara