Warga Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia.

"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka"

#SelamatHariMalaysia
#BahasaJiwaBangsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bertemakan "Bangga Malaysia" acara Keretapi Sarong 2024 yang diadakan pada 14 September 2024 berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Saksikan imbasan semula Program Bahasa dan Sastera yang diadakan di LRT KL Sentral dan Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang.
Sayembara Deklamasi Puisi Hari Malaysia bersempena dengan Sambutan Ke-100 Tahun MAHA

Pada 16 September 2024 (Isnin) telah berlangsungnya Sayembara Deklamasi Puisi Hari Malaysia bersempena dengan Sambutan Ke-100 Tahun MAHA bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Sayembara anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kerjsama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini julung kali diadakan bagi meraikan dan mempromosikan sektor agromakanan melalui persembahan puisi.

Seramai 20 peserta telah terpilih untuk bertanding dalam sayembara ini yang menawarkan hadiah wang tunai dan hadiah iringan tajaan daripada FAMA dan DBP. Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamed dan Pengerusi FAMA, YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli turut meraikan sayembara ini dengan membuat persembahan deklamasi puisi.
Keputusan Peraduan “Ayuh, Ulas dan Pulas!” Peringkat Negeri Sabah 2024 secara dalam talian anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang!

Para pemenang akan dihubungi oleh urus setia.
Saksikan Rancangan Bicara Karyawan: Semanis Rasa Limau Merah menerusi Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 19 September 2024 (Khamis), pukul 10.00 pagi.

Selamat menonton.
Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Surat Rasmi dan Memo)

Tarikh: 18 dan 19 September 2024
Tempat: Majlis Perbandaran Padawan
Penceramah: YBrs. Dr. Haji Santrol bin Abdullah
Peserta: 20 staf Majlis Perbandaran Pedawan

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa dalam penulisan dokumen rasmi seperti surat rasmi dan memo.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh Akademi DBP, sila hantar e-mel kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 0201/0213/0232
Pada hari ini, 19 September 2024 (Khamis), pukul 2.30 petang, akan diadakan sesi wawancara Cakna Bahasa melalui Radio Bernama bersama-sama dengan Puan Roziah binti Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Puan Huznah binti Sa'it, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan tajuk Sayangi Bahasa, Sayangi Negara.

Bersama-samalah kita semarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 dengan mengikuti pelbagai maklumat istimewa melalui sesi wawancara ini.

#SayangiBahasaSayangiNegara
#BahasaJiwaBangsa
Telusuri keunikan negeri Sabah melalui Warita Bayu. Pelbagai tema seperti bahasa, sastera, budaya dan sejarah akan dikongsikan.

#WB2024
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#DBPSabah
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saksikan video yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Lahad Datu, Johan Peraduan “Ayuh, Ulas dan Pulas!”, anjuran DBP Cawangan Sabah.

Video ini telah disesuaikan semula untuk siaran media sosial DBP.

#DBPCawanganSabah
#BahasaJiwaBangsa
PEMENTASAN TEATER SASTERAWAN NEGARA DATUK DR. SITI ZAINON ISMAIL "DI BALIK BIAS KACA"

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pementasan Teater Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail "Di Balik Bias Kaca" pada 21 dan 22 September 2024, pukul 8.30 malam, bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Ayuh sertai Langkahan Bahasa Jiwa Bangsa bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan pada 6 Oktober 2024 (Ahad), pukul 7.00 pagi, bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak.

Peserta akan menerima baju, buku dan sijil penyertaan. Daftar segera dengan mengimbas kod QR yang tertera.

Pendaftaran percuma!

#bahasajiwabangsa
#bulanbahasakebangsaan2024
#sayangibahasasayanginegara
Info Susastera kali ini menampilkan maklumat tentang Muhammad Haji Salleh yang merupakan Sasterawan Negara ke-6 (1991). Beliau terkenal dengan kepekaannya menggambarkan kehidupan dan Alam Melayu. Salah satu keunikan beliau ialah kemampuannya menggabungkan tradisi puisi Melayu dengan pengaruh Barat, menciptakan suatu gaya yang unik dan intelektual. Sajak-sajak Pendatang, Buku Perjalanan Si Tenggang II dan Sajak-sajak Sejarah Melayu merupakan antara karyanya yang terkenal. Untuk mengetahui perjalanan kumpulan puisi Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, anda boleh susuri Info Susastera yang dipaparkan dalam Dewan Sastera September 2024.

Info Susastera ini disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dengan kerjasama Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Forum Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail "Di Balik Bias Kaca"

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara akan menganjurkan Forum Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail
"Di Balik Bias Kaca" pada 21 September 2024 (Sabtu), pukul 3.00 petang di Stor Teater, Wisma DBP.

Forum ini menampilkan Sasterawan Negara Datuk Dr. Siti Zainon Ismail selaku panel dan moderator, Dr. Izra Idris. Turut dimeriahkan persembahan puisi oleh Hamzah Tahir, Amandus Paul dan Zainatul Shuhaida.

Semua yang berkelapangan diundang hadir.

#BahasaJiwaBangsa