Khusyuk Parenting ( Fhais Salim )
75K subscribers
1.21K photos
134 videos
2 files
1.26K links
Any inquiries 👉 bio.link/fhais
Download Telegram
8/10 - Jangan Compare!

Ini la masalahnya kita ni suka sangat buat perbandingan dengan orang lain..

Diri sendiri kita compare.
Anak pun kita compare.
Pasangan pun kita compare..

Percayalah, selagi ada budaya banding banding ni sampai bila-bila tak akan kita rasa Abundance ( limpahan rahmat )

#KhusyukParenting
#SeniMarahAnak
#gelombangParentingBaru
9/10 - Kita tak akan di uji di luar kemampuan kita

Ada tulis dalam Quran, Allah tak akan uji di luar kemampuan kita.

Hanya Dia yang lebih arif & faham fitrah kita, kemampuan kita, potensi kita & juga kelemahan kita..

Kadang kita tak perasan benda ni!

Yakini & saksi bahawa kita ni layak di uji oleh Allah, lihatlah perbezaan hidup kita lepas tu.. MasyaAllah

#KhusyukParenting
#SeniMarahAnak
#gelombangParentingBaru
10/10 - Buat Priority List

Ramai yang tak jelas dengan tujuan hidup, ramai pulak yang kejar keperluan hidup..

Tujuan - Matlamat, fungi & apa yang kita kena buat di muka bumi ni.

Keperluan - Apa yang kita perlukan selagi masih hidup di muka bumi ni..

Orang yang ada priority akan ada tujuan hidup yang jelas sampai mati.

Manakala orang yang tiada priority dia akan fokus pada keperluan hidupnya sampai mati..

#KhusyukParenting
#SeniMarahAnak
#gelombangParentingBaru
Marah anak supaya dia serik?

itu bukan tujuan kita marah anak
marah anak untuk mendidik


Kita mahu anak belajar dari kesilapan & cuba tambah baik supaya dapat memberi manfaat.

Serik hanya buat anak makin takut bukan makin berani..

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
Kepentingan mengajar anak tentang emosi..

membentuk manusia yang 'hidup' emosinya bukan 'mati'

akhlak yang baik datang dari emosi yang terdidik dengan baik

tingkahlaku buruk manusia banyak terjadi gara-gara pengaruh emosi buruk

gagal urus emosi dengan baik akan jadi faktor gagalnya kita urus perhubungan dengan baik.

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
3K dalam parenting..

1st - Kemahuan

Kemahuan & keinginan untuk jadi parent yang terbaik kena datang dari dalam bukan luar. Ini la yang jadi Burning Desire untuk usaha & ikhtiar apa sahaja demi kebaikan anak-anak..

2nd - Kemampuan

Ada burning desire sahaja tak cukup, kemampuan kena ada juga. Tak ada kemampuan yang di usaha itu ibarat usaha orang gila sebab tiada ilmu, tiada panduan, tiada nilai. Nak jadi parent terbaik, kena ada nilai dalam 'parent yang terbaik' dulu.

3rd - Keyakinan

Have faith! Kadang kita dah usaha sebaik mungkin tapi belum ada rezeki. Kadang kita dah berikan yang terbaik tapi belum muncul rezekinya. Sabar! Dan yakin la pada ketentuan & perancangan yang Maha Esa. Usaha betul, niat betul, insyaAllah anak-anak kita akan selamat & murah rezeki mereka..

Kita buat ikut Sunnatullah, tak payah pening fikir pada Qudratullah..

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
Serius.. kita sebenarnya marah anak buat sebab dia buat salah besar mana pun.. tapi..

1. Sebab penat yang terlampau sangat sampai tak sengaja termarah anak.

2. Sebab tepu otak, hari hari berulang buat benda yang sama sampai tak larat nak berfikir..

3. Sebab serabut & stress, self care ke laut, rawat & rehat diri terabai.. sebab ni la..

4. Sebab marah kat orang lain, marah kat takdir, marah kat ujian sampai anak jadi mangsa..

5. Sebab kita meletakkan harapan tinggi yang melampau.. Apabila tak tercapai kita marah dia..

1st step untuk rasa parenting journey yang santai, tenang & bahagia ialah kita berdamai dengan semua orang. Berdamai dengan takdir. Berdamai dengan ujian. Percayalah, nikmat bahagia itu sangat indah..

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
Tak tahu nak ajar anak macam mana?

Senang je nak ajar anak tapi kena tahu dulu apa Gaya Belajar yang dia paling selesa.

👀Visual learner

Hebat belajar bila ada visual ( image ) yang menarik. Suka melukis, baca peta & seni.

🦻Auditory learner

Belajar dengan suara & bunyi. Sekali dengar dia dah boleh hafal & faham.

🏃‍♂️Kinestetik learner

Jenis belajar guna badan. Hebat dalam aktiviti fizikal, sukan & olahraga.

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
Masalah besar anak kinestetik ialah dia susah nak ‘pause’

👉 tiada istilah berhenti kejap dalam kamus hidupnya.

Kesannya :

susah fokus
buat kerja tak habis
lambat faham
cepat bosan
tercicir dalam kelas


Kemahiran penting anak kinestetik kena ada adalah kawal diri ( self control ) baru mudah dia nak belajar.

#KhusyukParenting
#gelombangParentingBaru
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Setiap anak ada kelebihan & kelemahan. Tak boleh kita hanya nak kelebihan sahaja tetapi menidakkan kelemahan mereka.

Menerima anak sesuai fitrah maknanya kita faham dia betul betul & terima kelebihan kekurangan dia sepenuhnya..

Sama seperti kita mengharapkan anak menerima sepenuhnya kelemahan kita sebagai ibu ayah yang tak sempurna ini..

#KhusyukParenting #gelombangParentingBaru #parenting #bukuparenting #parentingjourney
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Manja yang rapat dengan anak & manja yang langsung tak boleh di tegur tu berbeza tau..

Memang ada sifat anak yang manja dengan mak ayah sebab dia rasa paling selesa, selamat & bahagia bila bersama mak ayah.. ini normal dan bagus..

#KhusyukParenting #gelombangParentingBaru #parenting #bukuparenting #parentingjourney
Ini ramai orang salah faham. Anak yang ada resilience ( ketahanan ) yang tinggi bukanlah anak yang tuli emosinya..

- yang tak menangis
- yang tak marah
- yang tak pernah kecewa
- yang tak ada simpati / empati
- yang tak pernah putus asa

Bukan.. bukan.. bukan..

Resilience ni bukan langsung tak rasa apa-apa tetapi dia anak yang bijak mengurus & mengawal perasaan..

- bila menangis tak over.
- bila marah tak melampau.
- bila kecewa tak susahkan.
- bila simpati tak berlebihan.

Ini la yang di sebut sebagai Coping Skills, kemahiran untuk tidak 'tewas' pada emosi..

Cara & formula untuk ajar anak coping skills ni tak susah mana pun tapi perlukan pengetahuan yang betul & cara yang betul.

InsyaAllah saya akan berkongsi lebih tentang ini di dalam seminar khusyuk parenting nanti.

Wallahu a'lam..

#KhusyukParenting
#seminarkhusyukparenting
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak jenis visual ish.. geram kadang panggil 10 kali dia buat derk je..

Haha, ibu ayah jangan marah ye anak bukan buat buat tak tahu tapi dia memang tak 'alert' pada panggilan terutama ketika dia tengah ralit buat sesuatu tu..

Nak panggil anak begini kena sentuh atau diri depan mata dia baru dia alert..

#parenting #KhusyukParenting #gelombangParentingBaru #bukuparenting #parentingjourney
Jangan terpedaya la bila ada yang cakap tengok muka anak penat semua hilang, stress semua hilang, masalah semua hilang...

Tipu semua tu..

Yang sebenarnya penat tak hilang..
Tapi sabar yang muncul..

Yang sebenarnya stress tak hilang..
Tapi redha yang muncul..

Yang sebenarnya masalah tak hilang..
Tapi tawakal yang muncul..

Bila kita terima hakikat yang kita ni manusia biasa, lemah & terhad kudratnya..

Pasti semua penat, stress & masalah hilang bila kita sedar betapa 'tiada had' kudrat Allah swt..

Wallahu a'lam..

#KhusyukParenting
Saya nak nasihat sikit, bukan nak mengajar tapi nak kongsi sebab sayang...

Dalam mendidik anak kita kena jelas apa matlamat kita mendidik & konsisten buat.

Elakkan ada faktor kasihan dalam mendidik.

- kasihan kejut anak bangun subuh dia ngantuk.
- kasihan sekolah penat, biarlah dia rileks hari ni.
- kasihan dia bosan, bagi la dia main phone.
- kasihan dia, hari minggu bagi la tidur lambat & bangun lambat sikit.

Banyak naw kasihan.. adakah ini bermaksud yang didik anak buat setiap hari itu satu penderaan?

Prinsip penting dalam parenting kena KONSISTEN

Bila didik elok 5 hari tidur awal, bangun subuh.. tup tup sampai sabtu tidur lambat & subuh pun tak bangun.. rosak terus rutin dia.. hilang terus semua patern yang dah didik sepanjang minggu..

Puncanya.. kasihan! Sayangnya la...

#KhusyukParenting
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM