Azizan Osman (Official)
60.8K subscribers
8.96K photos
3.54K videos
7 files
6.8K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://AzizanOsman.com/OfficialChannel
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗣𝗲𝘁𝗶𝗿

Dari Abdullah Bin Zubair radhiallahu ‘anhu bahawa jika ia mendengar petir, maka ia berhenti berbicara lalu membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ
Maha suci Allah Zat yang halilintar dan guruh bertasbih memuji-muji-Nya, dan para malaikat juga bertasbih memuji-Nya, kerana takut kepada-Nya.

[HR Malik dalam Muwatta' 1822, Adabul Mufrad 723]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝗞𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗟𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”

(HR Bukhari No: 6474)

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.

Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.

Sedangkan Allah SWT juga menegaskan, bagi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur akan ditambah nikmat mereka. Sifat syukur juga membolehkan seseorang mendapat pahala besar.

Faham ke faham?

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝟮 𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗗𝗼𝗮 𝗠𝘂𝘀𝘁𝗮𝗷𝗮𝗯

Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :
جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

”(Doa yang paling didengari ialah)
1️⃣ ketika satu pertiga malam yang terakhir
2️⃣ dan ketika selesai solat fardu.”

[HR Tirmizi (3499)]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗨𝗺𝘂𝗿 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝗨𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

‘Rabbi auzi’nī an asykura ni’matakal lati an’amta ‘alaiyya wa ‘alā wālidaiyya wa an a’mala sōlihan tardhōhu wa aslihlī fī zurriyyati innī tubtu ilaika wa innī minal muslimīn’

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya
1️⃣ tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku
2️⃣ Dan (menghargai) kepada ibu bapaku,
3️⃣ dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai;
4️⃣ dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
5️⃣ Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu,
6️⃣ dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

[Surah Al-Ahqāf ayat 15]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗼𝘀𝗮-𝗗𝗼𝘀𝗮

Sa’d bin Muaz bin Anas Al-Juhani meriwayatkan daripada bapanya bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ أَكَلَ طَعَامًا فَقَالَ
Sesiapa yang memakan makanan, kemudian dia mengucapkan:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku makan makanan ini dan merezekikan ia kepadaku tanpa sebarang daya dan kekuatan dariku,"

غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
maka akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

[HR Ibn Majah (3285)]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗿 𝗗𝗶𝗸𝘂𝗿𝗻𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Robbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a'yuniw waj'alnaa lil-muttaqīna imaamaa.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."

[Al-Furqan Ayat 74]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Syukur adalah menikmati dan meyakini bahawa setiap hal yang kita miliki dan dapatkan merupakan kurnia dari Allah.

Setiap hal yang kita dapatkan bukan dari apa yang kita kerjakan dan usahakan tapi, segala sesuatu adalah atas kurnia Allah sehingga kita dapat menikmati hasilnya.

Dengan mensyukuri setiap halnya, Allah akan menambahkan nikmat dan anugerahnya.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara doa yang diajar Rasulullah SAW ialah:

اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Allahumma a’inni ‘ala zikrika wasyukrika wa husni ibadatik

Bermaksud: “Ya Allah bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadat kepada-Mu dengan baik.

[HR. Abu Daud dan Ahmad]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hakikatnya, kesempurnaan iman seseorang tidak hanya setakat beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, bahkan menjaga hubungan sesama Mukmin juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman.

Allah SWT sangat menyukai hambanya yang memanjangkan ukhuwah serta sentiasa bertaubat di atas khilaf dan salah.

Perbuatan yang baik tidak perlu ditunggu kerana kehidupan yang singkat ini haruslah diisi dengan amal perbuatan yang akan meningkatkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berinfak merupakan salah satu kebiasaan orang yang bertaqwa kepada Allah.

Dengan berinfak, banyak sekali manfaat yang akan kita dapatkan baik itu untuk diri kita sendiri mahupun untuk orang yang menerima sedekah tersebut.

Dengan berinfak kita telah membantu saudara-saudara kita yang lebih memerlukan, Allah telah berjanji dalam Al-Quran akan memberi balasan yang lebih kepada orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Solat sunat rawatib umpama dinding yang melengkapi rumah yang telah dibina tiangnya.

Solat sunat rawatib lebih afdal dilaksanakan dirumah.

Daripada Ummu Habibah radhiallahu’ anha, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ
أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.

Maksudnya:

Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.

Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗿 𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”.

(Surah Ibrahim ayat 40)

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah, cantikkan lah akhlak kami seperti mana engkau mencantikkan rupa paras kami agar sentiasa cantik zahir dan rohani.

Jadikan kami berakhlak baik dan berbudi pekerti mulia dalam sifatku. Jadikan aku antara orang yang tidak menyakiti hati orang, sentiasa berkata jujur, sedikit bicara, banyak berbuat, tidak sering melakukan larangan,dan banyak berbuat baik dan menyambung silaturahim, merendahkan diri, banyak sabar dan syukur, lemah lembut, dan penyayang.

Agar kami sentiasa disenangi dan disayangi hingga ke akhir hayat.

Aamiin aamiin Ya Rabb 🤲🏼

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗔𝗴𝗮𝗿 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗭𝗮𝗹𝗶𝗺

رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِّلْمُجْرِمِينَ

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau telah kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah".

[Al-Qasas Ayat 17]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semoga kita semua tergolong dalam golongan mereka yang memelihara hubungan yang baik dengan Allah

Memelihara diri jangan sampai terperusuk kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T.

Memelihara segala perintahnya supaya dapat dilakukan dan memelihara segala larangannya supaya dapat dijauhi.

Aamiin aamiin Ya Rabb ❤️

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
𝗗𝗼𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗨𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁

اللَّهُمَّ اِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ،
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang sukar,

وَدَرْكِ الشَّقَاءِ،
kecelakaan yang melampau,

وَسُوْءِ القَضَاءِ،
ketentuan qadak yang buruk

وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
dan cacian musuh

[HR Bukhari (6616) & Muslim (2702)]

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Indahnya Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Daripada Anas رضي الله عنه beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Tidaklah sifat keji dan buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuk akannya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya.".

(HR Tirmizi No: 1897)

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#DoaPagiRichWorks