Azizan Osman (Official)
64K subscribers
8.84K photos
3.52K videos
7 files
6.71K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/aziz
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Siapa pun anda, kita semua adalah sama, kita adalah rakyat Malaysia. Kita sebagai warganegara wajib mempunyai rasa hormat dan cintakan tanah air ini. Semoga perpaduan ini akan terus mekar demi kemajuan negara yang cemerlang dan gemilang. Dan semoga negara kita segera ‘merdeka’ dari wabak Covid-19 ini.

Malaysia Prihatin,
Ayuh raikan Hari Kemerdekaan tahun ini dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme dan tetaplah menjaga SOP demi Malaysia yang sejahtera.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-64, tanah tumpahnya darahku Malaysia tercinta!

#BangkitBisnes2021
#MalaysiaPrihatin2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Segala kesakitan, kehilangan dan penderitaan ini telah banyak mengajar kita untuk bersabar. Sabar dengan ujian Allah SWT. Dia Maha Mengetahui segalanya.

Pasti, walau apa juga ujian yang melanda negara kita sepanjang tempoh ini atau mungkin pada masa depan, Allah SWT ingin mengajar kita semua mengenai sesuatu dan setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah daripada Yang Esa.

Semoga ada sinar untuk negara kita ‘merdeka’ dari wabak Covid-19 ini. Sejahteralah selalu Malaysia tanah airku!

Selamat Hari Merdeka ke-64!

#MalaysiaPrihatin2021
#MakeMalaysiaGreatAgain
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Beberapa minit sebelum laungan keramat “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”.

Inilah saat gilang-gemilang yang kita nantikan, meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64!

Laungkan semangat patriotisme dengan penuh kebanggaan, demi Malaysia tercinta!

Selamat Hari Kemerdekaan ke-64 dari kami di RichWorks International.

#BangkitBisnes2021
#MalaysiaPrihatin2021
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichWorksBantuBangkitBisnesDariKrisis
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kemerdekaan Memerlukan Perubahan, Pengorbanan Dan Tindakan.

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Jalur Gemilang nama Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Negeri,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 Malaysiaku! Malaysia Prihatin.

#BangkitBisnes2021
#MalaysiaPrihatin2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Segala kesakitan, kehilangan dan penderitaan ini telah banyak mengajar kita untuk bersabar. Sabar dengan ujian Allah SWT. Dia Maha Mengetahui segalanya.

Pasti, walau apa juga ujian yang melanda negara kita sepanjang tempoh ini atau mungkin pada masa depan, Allah SWT ingin mengajar kita semua mengenai sesuatu dan setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah daripada Yang Esa.

Semoga ada sinar untuk negara kita ‘merdeka’ dari wabak Covid-19 ini. Sejahteralah selalu Malaysia tanah airku!

Selamat Hari Merdeka ke-64!

#MalaysiaPrihatin2021
#MakeMalaysiaGreatAgain
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Alhamdulillah 13 tahun Richworks telah berjaya bantu ramai Usahawan dari kosong hingga bergelar jutawan hari ini.

Dan kini mereka menjadi pencetus ekonomi negara dengan memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia selain membuka banyak peluang dan pasaran baru.

Syukur Ya Allah di atas KurniaanMu, semoga urusan RichWorks dipermudahkan untuk membimbing lebih ramai orang untuk berjaya dunia dan akhirat.

#MalaysiaPrihatin2021
#MakeMalaysiaGreatAgain
#BangkitBerniagaBangsaku
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak bagi membentuk Malaysia sebagai sebuah negara.

Perpaduan rakyat berbilang kaum dan bangsa di negara ini sememangnya sudah lama terbina dengan harmoni. Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Kita akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara demi tanah air tercinta ini.

Ayuh terus bersatu hati bersama kita majukan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan disegani. Ayuh bangkit Bangsa Malaysia!

Selamat Hari Malaysia dari kami di RichWorks International.

#BangkitBisnes2021
#MalaysiaPrihatin2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis