Azizan Osman (Official)
64.9K subscribers
8.8K photos
3.52K videos
7 files
6.67K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/aziz
Download Telegram
Bagaimana nak mulakan perubahan?

Hidup sentiasa perlu ada perubahan ke arah yang lebih baik. Namun, perubahan itu bergantung pada keinginan diri kita sendiri kerana orang lain tidak mampu mengubah diri kita.

Firman Allah SWT : "Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya" (Surah Ar-Ra'd Ayat 11)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Sentiasalah bersyukur dengan rezeki dan nikmat Allah walaupun hanya sedikit.

Sebagai manusia kadangkala kita terlupa bahawa kesihatan, umur yang panjang dan keimanan adalah sebuah rezeki dan nikmat dari Allah SWT dan kita wajib mensyukuri semua itu dan kelak Dia akan tambahkan lagi nikmatNya.

Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Nak results? Nak sesuatu?

Nak jadi the best, belajar dengan the best yang ada proven results. Bagaimana kita nak tahu orang tu the best? Tengok results mereka.

Sentiasa beri yang terbaik untuk dapat yang terbaik.
Jika anda buat perkara yang sama akan menghasilkan RESULTS yang sama. Nak berjaya ikut jejak orang yang dah berjaya.

Pernah dengar kata-kata ini “What you give, you will get back more!?”

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda cukup pantas dalam bertindak atau selalu berlengah untuk mencapai kejayaan yang anda impikan?

Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah jika anda hanya berimpian tanpa berusaha ke arah mengambil tindakan dengan pantas dan konsisten dalam melakukan perkara yang betul.

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang terus-menerus dilaksanakan walaupun sedikit." (HR. Bukhari)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda biarkan ketakutan menguasai diri?

Jangan berasa takut dan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang baik kerana Allah SWT sentiasa ada bersama kita. Apa yang penting anda perlu mencari ilmu dan berusaha sehabis baik kemudian bertawakal kepadaNya. InSyaAllah Dia akan permudahkan jalan untuk anda.

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman. (Surah Ali 'Imran Ayat 139)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Anda tau apa yang dimaksudkan dengan ‘berbakti’ di jalan Allah?

Mencari keberkatan hidup melalui amalan bersedekah kerana dalam setiap sedekah yang diberikan mengandungi nilai barakah. Dan sentiasa ingat bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain di samping sebagai salah satu cara untuk berbakti di jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman : “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jauhi prasangka buruk kerana ia hanya akan membuatkan hidup anda tidak tenang.

Bersangka baik akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih tenang dan Allah SWT akan melimpahkan kebaikan yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian kepada orang yang berbaik sangka kepadaNya.

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Surah Al-Hujurat ayat 12)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda konsisten dengan perubahan yang ingin anda lakukan?

Istiqamah dan konsisten dalam melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Namun, jika anda berjaya melakukannya, anda akan memperoleh kejayaan dan kebaikan yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW : “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda memanfaatkan potensi diri sebaiknya?

Kemampuan dan potensi diri adalah nikmat dan anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Percaya dengan kebolehan diri anda dan manfaatkan ia sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Setiap manusia impikan perubahan ke arah menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik. Namun, setiap perubahan itu bergantung pada matlamat dan tujuan yang ingin anda capai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : “Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya keinginan terbesar di hatinya akhirat, Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.” (HR Ibnu Majah)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana