Azizan Osman (Official)
64.9K subscribers
8.8K photos
3.52K videos
7 files
6.67K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/aziz
Download Telegram
Mulakan Bisnes Hanya Dari Dalam Sebuah Bilik Sewa Kecil, Kini Miliki Kedai Dan Berjaya Capai RM9 Juta Dalam Masa 9 Bulan!

Saya mulakan bisnes ketika saya masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi. Saya mulakan bisnes kerana kehidupan keluarga pada ketika itu sangat susah. Keadaan rumah saya bocor, tetapi tidak mampu untuk dibaiki. Ibu saya juga berniaga Nasi Lemak dan Kuih Muih di tepi jalan.

Sebagai anak sulung, saya buat keputusan untuk cuba berniaga. Pada tahun 2017 saya mulakan pelbagai bisnes, sertai pelbagai dropship dengan harapan dapat mengubah nasib keluarga. Fokus saya ketika itu untuk ubah nasib keluarga. Tetapi bisnes yang saya bina ibarat hidup segan, mati tak mahu.

Pada awal tahun 2019, saya menyertai Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) kemudian menyertai Mentorship SPIRE. Pada tahun yang sama juga saya terus menyertai Titanium Circle. Saya dah pilih jalan bisnes ini, jadi saya perlu buat lebih agresif. Saya perlu berkorban. Tahun 2020, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apa yang saya buat betul adalah komited masuk kelas, saya banyak belajar dari Titan Circle.

Alhamdulillah sales pada tahun 2021 sehingga bulan September berjaya capai RM9 juta. Tahniah Puan Siti Aisyah!

Haa macam mana kisah Puan Siti Aisyah? Terinspirasi tak?

Haa adakah situasi anda sama seperti Puan Aisyah? Cuba kongsi di mana tempat PERTAMA anda simpan stok bisnes anda?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“The more you understand your emotions, the better you can connect and understand others, and the better you will lead and manage people” - Datuk Wira Dr Azizan Osman

Emosi adalah perkara yang perlu dikawal dengan baik kerana ia melibatkan hubungan antara manusia. Emosi yang anda tonjolkan akan menunjukkan reaksi dan persepsi orang terhadap anda.

Dari perspektif keusahawanan, semakin baik anda memahami emosi Team anda maka lebih mudah untuk anda mengurus dan mengawal Team sekaligus memberi persepsi anda sebagai ketua yang baik.

Oleh itu, jaga dan kawal emosi anda supaya mendapat persepsi dan reaksi yang baik dari Team anda. Boleh ke boleh?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Sebelum zaman kejatuhan, rumah saya kena lelong dan saya terpaksa jual kereta saya. Pernah suatu ketika di bulan Ramadhan dalam perjalanan ingin pulang ke rumah, motor saya pancit dan minyak motor habis. Itu semua saya simpan dalam hati dan saya jadikan kekuatan untuk saya bangkit untuk belajar dan improve cara saya mengendalikan bisnes sekaligus memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana” - Tuan Narul Khairil Anuar

Mungkin ramai ingat yang usahawan jutawan ini dilahirkan dalam keluarga berada dan hidup senang-lenang. Ternyata mereka juga pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum mereka berjaya seperti sekarang.

Bagaimana Tuan Narul bangkit dari kejatuhan dan merealisasikan keinginannya untuk memberi manfaat kepada ramai orang? Tonton video ini dan kongsikan agar turut dapat manfaat kepada orang di sekeliling anda.

Dapat sesuatu? Cer kongsikan apa yang anda dapat dari perkongsian Tuan Narul ini?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Until you find out what you love to do, why don’t you love what you do now?” - Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Jika anda mampu melakukan yang terbaik untuk perkara yang anda tidak sukai, bayangkan sebaik mana anda mampu lakukan perkara yang anda suka? Lebih banyak nilai yang anda beri kepada diri sendiri, lebih banyak pula nilai yang anda boleh beri kepada orang lain.

Lakukan yang terbaik demi mewujudkan apa yang anda sukai, walaupun ketika ini anda tidak menyukai apa yang anda lakukan.

Boleh ke boleh?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Saya dah lebih 20 tahun jalankan bisnes sendiri tanpa MenThor, tiada peningkatan malah menurun dan bisnes hampir lingkup. Saya akui, bisnes memerlukan ilmu. Tapi ilmu tanpa MenThor juga tak guna. Ilmu jika dipraktikkan tanpa bimbingan juga boleh membawa kepada kerugian. Kenapa bisnes saya gagal sebelum ini sebab saya tak ada ilmu tentang bisnes.

Saya hanya ada ilmu perubatan sahaja. Alhamdulillah RichWorks menyediakan platform untuk belajar tentang bisnes dan juga program coaching secara dekat dengan MenThor hebat, yang terbukti memberi results yang sangat luar biasa. Beratus pelajar bimbingan RichWorks mencapai berganda-ganda pencapaian mereka selepas berada dalam program coaching bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Di sebabkan susah mendapatkan kerja tetap di luar, saya nekad nak bina bisness ini hingga kukuh supaya masa depan anak-anak saya terjamin.

Usahawan! Anda boleh capai kejayaan dan impian anda dengan lebih cepat, jika anda sanggup dan komited untuk dibimbing.

Berhenti beri alasan, jom rebut peluang!

Kenal usahawan yang dah lama berbisnes tetapi masih belum stabil? Nak bina bisnes legasi tapi tak tahu bagaimana?

Tag kenalan anda di bawah untuk kami RichWorks bantu mereka!

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“Environment impacts emotion, emotion impacts environment” - Datuk Wira Dr Azizan Osman

Selain dari mempunyai peranan yang cukup penting di dalam usaha membentuk jati diri individu, persekitaran juga mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang.

Sebagai seorang pengasas atau leader, anda bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang positif dalam lingkungan pejabat agar staf anda mampu beri nilai dan positive vibes yang sama ketika mengendalikan bisnes dan berhadapan dengan para pelanggan anda.

Faham ke faham?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Sebelum berbisnes, saya pernah bekerja sebagai ‘engineer’ dan pada masa yang sama terpaksa berniaga macam-macam kerana gaji yang tidak mencukupi. Saya berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk berbisnes, namun saya jatuh berkali-kali….” - Tuan Nor Azam

Pengasas Pumar Solar ini pernah melalui zaman kejatuhan berkali-kali sehinggalah beliau menemui ‘turning point’ untuk beliau serius dalam berbisnes iaitu kerana tekadnya untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.

Nak tahu apa lagi yang dilalui Tuan Nor Azam dalam perjuangan bisnesnya dan bagaimana beliau bangkit walaupun diuji dengan pelbagai cabaran? Tonton video ini dan kongsikan bersama kami apa yang anda pelajari dari kisah Tuan Nor Azam ini.

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuat penampilan sebagai tetamu jemputan khas di Program Nona pagi tadi mengulas tentang topik ‘Sedekad Melahirkan Usahawan Hebat’ yang membincangkan tentang aspirasi beliau membantu beribu usahawan di Malaysia.

Malam ini, kami bawakan sesi Replay bagi anda yang terlepas sesi Slot Khas Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama Nona. Pastinya penuh dengan input bermanfaat dan dengarkan sendiri aspirasi dari MenThor kepada semua usahawan dan bakal usahawan di bawah bimbingan beliau.

Set reminder anda jam 9.00 malam ini agar tidak terlepas lagi peluang menyaksikan sesi khas ini! Tonton di FACEBOOK, INSTAGRAM dan YOUTUBE Azizan Osman Official!

Excited untuk sesi malam ni?
Tulis “iii”

#AzizanOsman
#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
Ini kisah Puan Norliza Ajis, dari pengutip kotak ke penasihat kewangan Premier Wealth. Siapa sangka jika dahulunya beliau pernah bekerja di salah sebuah bank sebelum ditawarkan untuk berhenti kerja menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada tahun 1998. Tanpa ilmu yang cukup dalam diri, beliau nekad dengan hasil dari VSS tersebut beliau laburkan untuk bisnes bersama rakan niaga, namun sehingga kini hasil daripada pelaburan niaga tersebut seolah-olah baginya ‘ditidurkan’ sehingga sekarang.

Saya pernah lalui zaman ketika bisnes gerai makan saya terpaksa ditutup, lalu saya terpaksa mengutip kotak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bukan itu sahaja, saya juga pernah berada di situasi kereta saya, hampir ditarik dan cukai jalan kenderaan tidak mampu dibayar selama setahun. Saat paling sedih apabila saya hanya mampu isi minyak kereta RM10 untuk perjalanan bekerja selama 3 hari sahaja.

Alhamdulillah syukur dulu rumah sewa dan kereta tak mampu dibayar, sekarang saya mempunyai beberapa rumah untuk disewakan dan juga beberapa buah kereta. Kini pendapatan saya yang tak pernah disangka serta yang paling best dapat merubah kehidupan orang lain juga.

Setiap orang akan diuji dengan cabaran yang berbeza. Dalam hidup ini, apa saja kita lakukan sama ada baik atau buruk, Kita tak boleh menjangkakan dan memaksa sesiapa untuk menyukai kita.

Ingat tak perlu kisah tentang orang lain, hanya fokus pada diri sendiri dan matlamat sahaja.

Nak dibimbing seperti Puan Norliza Ajis? Tulis ‘Nak Dibimbing’ untuk team kami bantu anda sekarang!

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
“Saya bukan berasal dari keluarga bisnes dan dibesarkan dalam keadaan sederhana. Saya juga sama seperti anda, bermula tanpa ada apa-apa dan hanya bekerja sebagai budak pasar pada awalnya” - Tuan Mohamad Shazarul

Kisah hidup dan perjalanan bisnes pengasas Eng’s Popcorn ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh Tuan Shazarul sebelum beliau bergelar usahawan.

Apa perkara betul yang Tuan Shazarul lakukan hingga berjaya menjadi jutawan seawal berusia 23 tahun dan mencapai tahap seperti sekarang ini?

Tonton video ini dan kongsikan bersama rakan-rakan dan kenalan anda untuk turut beri mereka manfaat yang sama. Boleh ke boleh?

#BangkitBisnes2021
#BangsaUsahawanDigital
#MakeMalaysiaGreatAgain
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis