KIS COMMUNITY CHANNEL
837 subscribers
4.05K photos
127 videos
1.12K links
MENJADI PUSAT PENJANA GENERASI BERKUALITI SERTA PUSAT KAJIAN DAN KECEMERLANGAN BERASASKAN ISLAM.
Download Telegram
HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT

وإِنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فَإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي

Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah ﷺ amat menitikberatkan kita agar memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat. Marilah kita perbanyakkan selawat agar dikurniakan diberi syafaat di akhirat kelak.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗼𝗨) 𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗻𝗶𝗦𝗭𝗔

03 Mei 2024, Putrajaya - Telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara UniSZA dengan Rakan Strategik di UniSZA. Turut hadir wakil dari Kolej Islam As Sofa iaitu Ustaz Dr. Haji Mohd Sufi bin Ibrahim al Hafiz, Ketua Eksekutif KIS.

Semoga jalinan kerjasama ini akan membolehkan warga KIS dapat terlibat dalam program-program akademik, penyelidikan, keusahawanan dan lain-lain kegiatan yang boleh memberi nilai tambah dari segi pengalaman industri kepada warga kampus, khususnya para pelajar.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣𝗔𝗡❟ 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗚𝗛𝗙𝗔𝗥

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…”
(Surah Ali Imran: 135)

Salah satu daripada sifat orang yang bertakwa ialah mereka itu segera beristighfar setelah melakukan kesilapan. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah diatas.

Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan sekalipun orang yang bertakwa. Namun, Allah memahami sifat manusia dan membuka banyak ruang dan pintu agar manusia kembali kepada Allah walaupun dengan amalan yang mudah. Beristighfarlah selalu dan mintalah ampun pada-Nya atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐒 𝐒𝐎𝐅𝐀
 
👉 Syariah Islamiyyah adalah cabang ilmu dalam bidang agama.

👉 Pengkhususan berkaitan hukum-hakam dalam aturan hidup seorang muslim.

👉 Sesi pengajian yang mampat. Hanya mengambil masa 2 tahun sahaja.

👉 Bidang pengajian yang sesuai menjadi pilihan untuk pelbagai latarbelakang.

👉 Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan Syariah Islamiah ialah ⤵️

➡️Penolong Pegawai Kehakiman
➡️Penolong Pegawai Undang-Undang
➡️Guru Diniyyah/Akademik dan banyak lagi

📍Jom sertai program Diploma Syariah Islamiyyah di Kolej Islam As-Sofa‼️

KEMASUKAN SESI JULAI 2024 KINI TELAH DIBUKA ‼️

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah

🎓AYUH, SERTAI KAMI SEGERA🎓
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗦𝗜𝗡 & 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗛 [𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮] 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗤𝗨𝗥𝗥𝗔❜ 𝗧𝗨𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔

Ingin menerokai keindahan Surah al Fatihah
Jangan lepaskan peluang

Kolej Islam As Sofa buat julung kalinya menganjurkan Seminar Tahsin & Tadabbur Surah Al-Fatihah Siri 2 bersama Syeikh Qurra’ al Muqri’ Uthman bin Tayyib al Andari, Penasihat AQC, Mantan Pentashih Al Quran Tunisia.

Antara pengisian yang anda bakal pelajari ialah:

Penjelasan kesalahan lazim
Penekanan Makhraj dan sifat huruf
Tadabbur Surah al Fatihah
Pembetulan pembecaan secara langsung
Ijazah qiraah Surah al Fatihah

Butiran Seminar:
✏️Tarikh: 5 Mei 2024
✏️Hari: Ahad
✏️Masa: 3:00-5:00 petang
✏️Yuran pengajian: RM20
✏️Platform Online : Zoom

📌Penyertaan adalah 𝙏𝙀𝙍𝙃𝘼𝘿, Jangan lepaskan peluang ini, 𝙅𝙊𝙈 𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍 𝙎𝙀𝙂𝙀𝙍𝘼‼️

Klik untuk daftar:
https://kolejislam.onpay.my/order/form/tahsintadabburfatihah

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
INDAHNYA KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Berdasarkan Hadith di atas, Rasulullah SAW ﷺ amat menitikberatkan kita agar menjaga hak sesama muslim. Antaranya ialah ucapkanlah salam, penuhi undangan, memberi nasihat ketika dipinta, doakan kebaikan ke atasnya, ziarah apabila sakit dan iringi jenazah. Justeru, marilah kita berusaha sehabis baik untuk menunaikannya.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗦𝗜𝗡 & 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗕𝗕𝗨𝗥 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗛 (𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟮) 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗤𝗨𝗥𝗥𝗔❜ 𝗧𝗨𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔

5 Mei 2024, Ahad- As Sofa Quranic Centre (AQC) dengan kerjasama Kolej Islam As Sofa (KIS) telah menganjurkan webinar kedua bagi siri Tahsin dan Tadabbur Surah Al-Fatihah. Webinar ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat.

Salah satu keistimewaan program ini adalah dengan kehadiran Al-Syeikh Al-Muqri' Othman bin Toyyib Al-Andari, seorang ulama Al-Quran terkemuka dari Tunisia. Al-Syeikh Al-Andari juga merupakan penasihat tetap AQC. Pada webinar ini, beliau memberikan penerangan yang mendalam tentang teknik pembacaan Al-Quran secara tartil dan pentingnya tadabbur terhadap setiap ayat Al-Quran, dengan penekanan khusus kepada Surah Al-Fatihah.

Penyampaian penerangan Al-Syeikh Al-Andari telah diterjemahkan secara langsung oleh Ustaz Muhammad Aiman bin Ahmad, Pengarah AQC Malaysia. Ini membolehkan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat memahami dengan lebih mendalam isi kandungan yang disampaikan.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu umat Islam memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dengan lebih baik, khususnya dalam pembacaan tartil dan bertadabbur ayat-ayat Al-Quran. Pihak penganjur berharap bahawa perkongsian yang diberikan dapat memperkuat lagi kasih sayang umat Islam terhadap Al-Quran.

Di akhir program, peserta diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan program-program akan datang yang diadakan oleh AQC. Hal ini bertujuan untuk terus memberi manfaat dan pembelajaran kepada masyarakat Islam dalam memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗞𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟯 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡 (𝗠𝗼𝗔) 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗘𝗭 𝗭𝗜𝗧𝗢𝗨𝗡𝗔, 𝗧𝗨𝗡𝗜𝗦𝗜𝗔

07 Mei 2024 - Telah berlangsungnya Majlis Perbaharui Memorandum Persetujuan (MoA) antara Kolej Islam As Sofa Malaysia dengan Universiti Ez-Zitouna, Tunisia

Turut hadir wakil dari Kolej Islam As Sofa iaitu Ustaz Dr. Haji Mohd Sufi bin Ibrahim al Hafiz, Ketua Eksekutif KIS, Dr. Abdul Latief Bou'zizi selaku rektor Universiti Ez-Zitouna, Ustaz Muhammad Aiman bin Ahmad, Pengarah As Sofa Quranic Centre Malaysia dan Ustaz Ahmad Syakir bin Mohd Soberi Al Hafiz, Pensyarah AQC.

Semoga kerjasama yang dijalankan dapat memberi keuntungan dan kebaikan bersama dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada Umat Islam secara umumnya.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
MANFAAT DI DUNIA DAN HARI KIAMAT

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:110)

Allah SWT mendorong agar kita sentiasa melakukan amal kebaikan yang memberi pahala dan manfaat di dunia dan pada hari kiamat nanti.

Usaha ini perlu berterusan hingga kita peroleh kemenangan di hari yang tiadanya manfaat dalih-dalih untuk menyelamatkan diri.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
🎓Q&A DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH🎓

Anda berminat untuk mempelajari tentang Syariah Islamiyyah

Anda ingin memohon pengajian dalam Diploma Syariah Islamiyyah

Anda tidak tahu bagaimanaKami boleh membantu anda💯

👉Maklumat Am Program Syariah Islamiyyah:
1️⃣Program terbuka kepada semua.
2️⃣Yuran yang amat berpatutan.
3️⃣Durasi pengajian yang singkat.
4️⃣Kelayakan minima untuk memohon.

Rasai sendiri pengalaman anda dalam pengajian Syariah Islamiyyah.

JOM SERTAI KAMI❗️

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Jom sertai kami! Klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
HAKIKAT DUNIA

أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh. (At-Takathur:1)

Ayat di atas merupakan satu yang ringkas tetapi penuh dengan peringatan, iaitu manusia itu mudah dilalaikan kerana berlumba-lumba mengejar dunia sebanyak-banyaknya.

Oleh itu, kita harus berwaspada agar tidak terlalu bermegah dan menjadi hamba kepada dunia. Jangan biarkan urusan dunia melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT terutamanya solat.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒

09 Mei 2024 - Telah berlangsungnya satu perbincangan antara Kolej Islam As Sofa (KIS) dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Pertemuan ini adalah bagi membincangkan berkaitan hala tuju akademik bagi pelajar lepasan KIS .

Selain Ketua Eksekutif KIS, iaitu Dr. Hj. Mohd Sufi bin Ibrahim al Hafiz, wakil Kolej Islam As Sofa yang hadir dalam perbincangan ini juga termasuklah Pendaftar Kolej iaitu Puan Siti Khatijah Alias, Pengarah Akademik iaitu Ustazah Aisyah Jamilah binti Moh Shin, Ketua Jaminan Kualiti KIS, Ustaz Muhammad Ikhlas bin Anurin serta ketua jabatan bagi program Diploma Usuluddin iaitu Ustaz Muhd Abdul Rahman bin Kamarul Zaman, Ketua Jabatan Syariah Islamiyyah iaitu Ustaz Amirulhakim bin Ahmad Nadzri.

Turut hadir, wakil dari Pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UNISZA iaitu Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin selaku Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan UNISZA, Dr. Hanif bin Md Lateh @ Junid iaitu Timbalan Pengarah bagi Pusat Pemindahan Ilmu UNISZA dan Puan Norsuhana binti Mazaruddin selaku Penolong Pendaftar Kanan UNISZA.

Semoga dengan adanya perbincangan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara KIS dan UNISZA dan secara tidak langsung membawa kepada perkembangan tahap kualiti pendidikan bagi kedua-dua institusi.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
HARI JUMAAT PERBANYAKKAN SELAWAT

وإِنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة فأكْثِرُوا عَليّ مِنَ الصَّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي

Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Rasulullah ﷺ amat menitikberatkan kita agar memperbanyakkan selawat terutamanya pada hari Jumaat. Marilah kita perbanyakkan selawat agar dikurniakan diberi syafaat di akhirat kelak.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
SOLAT JUMAAT DI KOLEJ ISLAM AS SOFA

JUMAAT | 10 MEI 2024 bersamaan 1 ZULQAEDAH 1445H

Lensa sekitar solat Jumaat di Surau Kolej Islam As Sofa.

Alhamdulillah, telah selesai solat fardhu Jumaat pada hari ini yang disertai oleh mahasiswa, staff Kolej Islam As Sofa dan penduduk setempat.

Pihak KIS juga berharap solat Jumaat serta solat jemaah lima waktu terus dihidupkan dan imarahkan. Diharap ia dapat memberi semangat kepada kita semua dan menjadi titik permulaan bagi kita istiqamah dalam ibadah solat kita. Moga bertambah barakah insya Allah. Aamin.

Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:

https://linktr.ee/kolejislamassofa

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
SIFAT MULIA ORANG MUKMININ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah 9:71)

Antara sifat mulia kaum mukminin ialah mereka saling membela dan membantu sama lain di samping bersama-sama mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Allah SWT merahmati mereka, memuliakan dan menguatkan mereka. Sesungguhnya kemuliaan itu milik Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
SOLAT JUMAAT DI KOLEJ ISLAM AS SOFA

JUMAAT | 10 MEI 2024 bersamaan 1 ZULQAEDAH 1445H

Lensa sekitar Solat Jumaat di Pusat Islam Imam Ahmad ibn Idris, Kolej Islam As Sofa.

Alhamdulillah, telah selesai Solat Fardhu Jumaat yang disertai oleh mahasiswa, staff Kolej Islam As Sofa dan penduduk setempat.

Pihak KIS juga berharap solat Jumaat serta solat jemaah lima waktu terus dihidupkan dan imarahkan. Diharap ia dapat memberi semangat kepada kita semua dan menjadi titik permulaan bagi kita istiqamah dalam ibadah solat kita. Moga bertambah barakah insya Allah. Aamin.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧-𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔

Abu Hurairah RA meriwayatkan:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ

"Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang apa yang paling banyak menyebabkan orang masuk ke dalam syurga. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik." (HR al-Tirmizi, no. 2004)

Perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia. Jika kita jaga dua perkara ini, insyaAllah kita dah ada kunci untuk masuk ke syurga Allah.

Semoga Allah kurniakan kita kebaikan di dunia dan akhirat.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
MOHON MAAF AMALAN MULIA

Berdasarkan hadith ini, Rasulullah ﷺ memberi peringatan kepada kita semua berkenaan meminta maaf apabila melakukan kesalahan sesama muslim. Hal ini kerana khuatiri akan menjadi hutang yang perlu dibayar dengan pahala amalan soleh di akhirat nanti sekiranya belum dimaafkan di atas dunia.

Oleh itu, berdoalah kepada Allah agar kita sentiasa tergolong sebagai gambaNya yang mudah meminta maaf dan dimaafkan orang lain.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
MEMBINA MAHABBAH

Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, jangan saling bermusuhan, jangan saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari" (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Umat Islam amatlah dilarang untuk saling membenci sesama mereka terutamanya iri hati dan cemburu kerana inilah salah satu daripada kunci permusuhan. Sebagai Muslim, kita boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan. Alangkah indahnya andai kita berusaha mencari titik persamaan. Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah yang saling berkasih sayang.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐊𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐌𝐐𝐀

Jawapanya ⤵️⤵️
Ya, semua program di Kolej Islam As Sofa mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan di KIS:
Diploma Syariah Islamiyyah
Diploma Usuluddin
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
Sijil Pengajian Islam

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Jom sertai kami! Klik untuk sebarang pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah