KIS COMMUNITY CHANNEL
839 subscribers
4.13K photos
127 videos
1.14K links
MENJADI PUSAT PENJANA GENERASI BERKUALITI SERTA PUSAT KAJIAN DAN KECEMERLANGAN BERASASKAN ISLAM.
Download Telegram
PRASANGKA & MENCARI AIB ORANG IALAH AMALAN TERKUTUK

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi ﷺ bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara". (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadith ini, maka jelaslah setiap muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama muslim. Menjaga persaudaraan itu wajib seperti wajibnya solat dan puasa dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan dan aib orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak membelakangkan orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia dari melakukan maksiat.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
👨‍🎓𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔
𝗧𝗔𝗛𝗙𝗜𝗭 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗤𝗜𝗥𝗔𝗔𝗧👨‍🎓

KEMASUKAN JUN 2024 KINI DIBUKA
=======================
BERAPA LAMA TEMPOH PENGAJIAN DI KIS?
=======================

Tempoh pengajian di KIS bagi program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat:

hanya 3 tahun pengajian
(6 semester)

APAKAH SYARAT AM KEMASUKAN DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH?

=======================

👉🏻 SPM 3 kredit dan salah satu subjek pengajian Islam, atau
👉🏻 Lulus sijil (tahap 3 MQF) dengan PNGK 2.0 ke atas, atau
👉🏻 Kelayakan lain yang diiktiraf

JOM DAFTAR SEKARANG❗️
http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
BERSELAWAT DIAMPUN DOSA DAN DIANGKAT DARJAT

عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِﷺ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Daripada Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh darjat untuknya." (HR An-Nasa'i No:1280) Status: Hadis Sahih

Orang yang berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali, dihapuskan sepuluh kesalahannya dan akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.

Justeru, sama-samalah kita memperbanyakkan selawat setiap hari.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
👨‍🎓𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗣𝗟𝗢𝗠𝗔 𝗨𝗦𝗨𝗟𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡👨‍🎓

KEMASUKAN JUN 2024 KINI DIBUKA
=======================
BERAPA LAMA TEMPOH PENGAJIAN DI KIS?
=======================

Tempoh pengajian di KIS bagi program Diploma Syariah Islamiyyah:

hanya 2 tahun pengajian
(6 semester)

APAKAH SYARAT AM KEMASUKAN DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH?
=======================
👉🏻 SPM 3 kredit dan salah satu subjek pengajian Islam, atau
👉🏻 Lulus sijil (tahap 3 MQF) dengan PNGK 2.0 ke atas, atau
👉🏻 Kelayakan lain yang diiktiraf

JOM DAFTAR SEKARANG❗️ http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗗𝗢𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚

Rasulullah ﷺ mengajar doa agar dibebaskan daripada hutang. Abu Said Al-Khudhri RA berkata: "Pada suatu hari Rasulullah ﷺ masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Baginda bertanya: "Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah". Baginda bertanya : "Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah Taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Beliau menjawab: "Sudah tentu Ya Rasulullah".

Maka Abu Umamah RA menceritakan kisah ini, "Aku buat seperti mana Rasulullah ﷺ menyuruh aku mengucapkan doa ini pada waktu pagi dan petang. Maka Allah SWT telah menghilangkan rasa gundah gulana dan keluh kesah yang menghimpit aku ini dan juga hutang piutang yang telah membebani aku" (HR Abu Daud: 1555).

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
ISTIQAMAH DALAM BERAMAL WALAUPUN SEDIKIT

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: 
 
 
أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل 
 
Maksudnya: “Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.” 
Riwayat Muslim, 783

Hadith di atas menerangkan bahawa betapa pentingnya sifat istiqamah dalam melakukan amal kebaikan, termasuklah amalan sunat seperti puasa sunat, solat sunat rawatib dan bersedekah.

Justeru, tekadkanlah dalam hati agar tidak menjadikan sebarang alasan untuk menerapkan amalan soleh dalam kehidupan seharian.

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐇𝐀𝐋𝐀𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐒👨‍🎓

Gerbang untuk mengejar impian anda kini terbuka luas! Selain melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara, lepasan KIS juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di luar negara melalui kerjasama eksklusif yang telah kami jalin.

Antara universiti ternama di luar negara yang menjadi rakan strategik kami adalah:

🌟 Universiti Mohamed V, Morocco
🌟 Universiti Ez-Zitouna, Tunisia
🌟 UIN, Jambi
🌟 Dan banyak lagi!

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sekarang dan mulakan jejak langkah anda ke arah masa depan yang cemerlang!
http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN UTAMA

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

Justeru, sama-samalah berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 & 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟯

Kolej Islam As Sofa ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023.

Tahniah juga buat ibu bapa dan guru-guru atas didikan dan usaha keras kalian untuk memastikan kejayaan anak-anak dan pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Selamat menempuh alam yang baru buat semua yang menerima keputusan SPM 2023 hari ini. Semoga kalian terus melakar kejayaan dalam apa jua bidang yang kalian akan ceburi di masa akan datang. Semoga kalian menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada,
Kolej Islam As Sofa

__
#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 : 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔

Ampang, 26 Mei 2024 | Ahad; Telah berlangsungnya Kuliah Dhuha bersama Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin selaku Pengerusi Kolej Islam As Sofa yang bertempat di Pusat Islam Kolej Islam As Sofa, Jalan 16A, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000, Ampang, Selangor.

Istimewa Kuliah Dhuha kali ini, menyentuh beberapa Kitab antaranya pengajian Kitab Tasawwuf: Kanz al Minan 'ala Hikam Abi Madyan. Kedua, Hadith Kelebihan Makkah & Keistimewaan Mendudukinya dan yang ketiga, pengajian Tafsir Ringkasan Tafsir Surah al Fatihah. Orang ramai juga turut dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan pengajian Kitab Kuliah Dhuha.

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk kekal istiqomah dalam melakasanakan ketaatan dan mujahadah dalam mencari ilmu.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
PERTEMUAN DUA ORANG MUSLIM

عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih

Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling berjabat tangan (bagi sesama jantina)

Moga Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
👨‍🎓𝑺𝑰𝑱𝑰𝑳 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑱𝑰𝑨𝑵 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑫𝑰 𝑲𝑶𝑳𝑬𝑱 𝑰𝑺𝑳𝑨𝑴 𝑨𝑺 𝑺𝑶𝑭𝑨👨‍🎓

KEMASUKAN JUN 2024 KINI DIBUKA
=======================
BERAPA LAMA TEMPOH PENGAJIAN DI KIS?
=======================

Tempoh pengajian di KIS bagi program Sijil Pengajian Islam:

hanya 4 Semester (1 tahun 6 bulan)

APAKAH SYARAT AM KEMASUKAN SIJIL PENGAJIAN ISLAM?
=======================
👉🏻 SPM 1 kredit, atau
👉🏻 Kelayakan lain yang diiktiraf

JOM DAFTAR SEKARANG❗️
http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
MEMOHON AMPUN

Hud (11:3)

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).

Kita diperintahkan supaya sentiasa memohon keampunan atas dosa-dosa lalu dan bertaubat kepada Allah SWT secara terus-menerus agar kita peroleh kenikmatan secara terus-menerus di dunia dan diberi balasan di akhirat kelak.

Marilah kita bersama memperbanyakkan istighfar memohon keampunan dan bertaubat atas dosa kemaksiatan yang dilakukan.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐒

Alhamdulillah setakat ini sudah beberapa perhentian lokasi jelajah oleh team promosi kami. Doakan urusan kami dipermudahkan untuk lokasi jelajah seterusnya.

Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin mendapatkan konsultasi pemilihan kursus di KIS, bolehlah berjumpa team kami.

Jom bersama kami di menara gading!

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀

AYUH, JANGAN LEPASKAN PELUANG. JOM DAFTAR SEKARANG❗️

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

Kursus yang kami tawarkan:

Sijil Pengajian Islam
Diploma Syariah Islamiyyah
Diploma Usuluddin
Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
HIDAYAH

۞ وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ ٱلْمَوْتَىٰ وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَىْءٍ قُبُلًا مَّا كَانُوا۟ لِيُؤْمِنُوٓا۟ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

Al-An'aam (6:111)

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).

Golongan yang tidak diberi hidayah, sekiranya apa bukti yang dibawa kepada mereka atas kehendak mereka masih juga tidak akan beriman.

Oleh itu sentiasalah kita memohon petunjuk dariNya agar diberi hidayah sehingga kita bertemu kembali dengan Allah SWT.

Semoga kita peroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
BERSELAWAT DIAMPUN DOSA DAN DIANGKAT DARJAT

عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Daripada Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan diangkat sepuluh darjat untuknya." (HR An-Nasa'i No:1280) Status: Hadis Sahih

Orang yang berselawat ke atas Rasulullah ﷺ sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali, dihapuskan sepuluh kesalahannya dan akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.

Justeru, sama-samalah kita memperbanyakkan selawat setiap hari.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗧𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗞𝗢𝗦𝗠𝗢: 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔 (𝗦𝗘𝗙 𝟭𝟮.𝟬) 𝟮𝟬𝟮𝟰

Ampang, 31 Mei 2024; Terbitan Berita Kosmo (Komuniti Kita) Penutup Karnival Keusahawanan As Sofa (SEF 12.0) 2024 yang telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Mei 2024.

Alhamdulillah,, syabas dan tahniah atas Usaha yang amat bermakna dalam menjayakan Karnival Keusahawanan 12.0. Program ini juga merupakan salah satu kursus wajib tambahan khususnya bagi mahasiswa/wi Diploma Syariah Islamiyyah semester akhir sebelum mereka melangkah jauh dalam dunia pekerjaan. Kursus sedemikian sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa/wi dalam pengurusan berprogram, bijak menguruskan kewangan serta bersosial dengan masyarakat sekeliling.

Sebahagian warga kerja Kolej Islam As Sofa bergambar beramai-ramai sebagai kenangan pada majlis penutup Karnival Keusahawanan 2024. Terima kasih Kosmo kerana menyajikan berita yang terbaik.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
PEKERJAAN YANG BAIK

عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah ﷺ ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi

Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru, pegawai tadbir dan yang lain-lain.

Justeru, berusahalah untuk mendapatkan sumber nafkah yang terbaik iaitu diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
SOAL JAWAB SYARIAH ISLAMIYYAH

Selain daripada tempoh dan kelayakkan memohon, mata pelajaran jika memohon Diploma Syariah Islamiyyah juga menjadi tanda tanya

Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah ⤵️⤵️
👉🏼Fiqh Ibadat
👉🏼Usul Fiqh
👉🏼Fiqh Munakahat
👉🏼Fiqh Jenayah
👉🏼Qawaid Fiqhiyyah

Dan banyak lagi ‼️

Jadi pilih bidang Syariah Islamiyyah untuk pengajian anda‼️

Jom sertai kami❗️

Pendaftaran Intake Jun 2024 telah dibuka, klik untuk pertanyaan:

http://www.wassap.my/601135668051/KISIntake

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah
𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 : 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗛𝗨𝗛𝗔 𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗦 𝗦𝗢𝗙𝗔

Ampang, 2 Jun 2024 | Ahad; Telah berlangsungnya Kuliah Dhuha bersama Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin selaku Pengerusi Kolej Islam As Sofa yang bertempat di Pusat Islam Kolej Islam As Sofa, Jalan 16A, Desa Permai, Taman Dato' Ahmad Razali, 68000, Ampang, Selangor.

Kuliah Dhuha kali ini, menyentuh beberapa Kitab antaranya pengajian Kitab Tasawwuf: Kanz al Minan 'ala Hikam Abi Madyan. Kedua, Hadith Kelebihan Makkah & Keistimewaan Mendudukinya dan yang ketiga, pengajian Tafsir Ringkasan Tafsir Surah al Fatihah. Orang ramai juga turut dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan pengajian Kitab Kuliah Dhuha.

Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk kekal istiqomah dalam melakasanakan ketaatan dan mujahadah dalam mencari ilmu.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات.

#KolejIslamTernamaDiMalaysia
#PenerajuPengajianTinggiAhliSunnahWalJamaah