Zakat Selangor
1.93K subscribers
1.13K photos
37 videos
1 file
489 links
Aktiviti agihan & dakwah zakat di Selangor
Download Telegram
Terima Kasih pada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana turut serta dalam Program Kasihku, sebuah program agihan wakalah buat pelajar asnaf anak-anak Orang Asli di daerah Hulu Langat.

Jelas kelihatan ceria di wajah pelajar, bertambah semangat mereka hendak belajar. https://www.youtube.com/watch?v=P1zjKToCEg0

Semoga ini menjadi saham akhirat buat yang berzakat.
Jom berzakat https://fpx.zakatselangor.com.my
PENAFIAN

Telah tular di aplikasi Whatsapp berkaitan mesej Bantuan Zakat berjumlah RM2,500.

Kami menafikan melantik mana-mana individu atau organisasi untuk mewakili LZS bagi permohonan bantuan zakat.

Untuk dapatkan info yang tepat, kami menasihati semua agar merujuk terus ke laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di https://www.zakatselangor.com.my/ atau di FB Zakat Selangor.

Bagi yang ingin memohon bantuan Sumbangan Pendidikan Zakat Selangor (SPZAS), boleh terus layari ke https://www.zakatselangor.com.my/spzas/

Sumbangan Pendidikan Zakat Selangor telah mula dibuka bermula 24 Januari 2022 sehingga 20 Februari 2022.

LZS tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana maklumat peribadi yang didedahkan kepada pihak berkenaan.

Harap maklum.

#zakatselangor
#takpastijangankongsi
#semaksebelumsebar
CUBIT PAHA KANAN.

Banjir besar luar jangka yang melanda Selangor pada 18 Disember 2021 akan terus kekal dalam lipatan sejarah.

Malaysia Gazette dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor membawakan mini dokumentari Cubit Paha Kanan yang secara eksklusif merekodkan pengalaman hidup dan mati antara mangsa banjir di Selangor serta bagaimana mereka membangunkan semula kehidupan selepas melalui episod hitam itu.

https://youtu.be/EYd3L6cwBAs

#zakatselangor
Sukar hendak berjumpa pegawai disebabkan kes COVID-19 makin menaik?


Hendak mohon bantuan zakat tetapi banyak cawangan tutup?


Perlukan respon yang cepat berkenaan isu yang ingin ditanya?


Jom guna saluran Chatbot untuk berinteraksi dengan kami.


Kini, semua dihujung jari sahaja.
Layari www.zakatselangor.com.my

Join Telegram kami Zakat Selangor
Subscribe Youtube Zakat Selangor
Follow Twitter kami @zakatselangor


#zakatselangor
#kitajagakita
KETETAPAN BAHARU BAGI SOLAT JUMAAT 2022

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan edaran ketetapan baharu mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat di Selangor setelah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Antara perkara yang ditekankan adalah semua jemaah yang ingin menunaikan solat di masjid perlu mempunyai 2 dos vaksin dan booster.

Ketetapan baharu ini dibuat atas faktor kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di seluruh Selangor.

Kredit: Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/813021/ketetapan-terkini-solat-jemaah-di-masjid-selangor?fbclid=IwAR2lGzsl4zi1Ftv08OJcdYtkRQRJpLqaEk3dHzTJFvsQaQOxnqeZ32O2dY.

#zakatselangor
#COVID19
#selangor
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

LZS Cawangan UTC Shah Alam ditutup pada 24-25 Februari 2022 sebagai prosedur pencegahan COVID-19.

Sebagai alternatif, pelanggan digalakkan untuk memilih transaksi atas talian.

Untuk menyemak status bantuan, penyata bayaran, layari https://ezo.zakatselangor.com.my
atau download aplikasi ZakatSelangor di :
Playstore : https://bit.ly/3onpSqA
Appstore : https://apple.co/3tSUPE7
Bulan Ramadan tahun 1443H hampir menjengah tiba. Sudah terlunaskah “hutang puasa” kita pada Ramadan yang lalu?

Masih samar-samar tentang hukum-hakam Fidyah ini? Alhamdulillah pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menganjurkan Kempen Fidyah 2022 yang akan bermula pada 1 Mac 2022.

Antara program yang akan dianjurkan adalah sepert:

“Webinar Lunaskan Fidyah: Kewajipan Yang Sering Dilupakan”
1 Mac 2022 (Selasa), 10.00 pagi
LIVE di FB Majlis Agama Islam Selangor & Lembaga Zakat Selangor

“Lunaskan Fidyah Kewajipan Yang Sering Terleka”
2 Mac 2022 (Rabu) | 8.00 malam
Masjid Cahaya Imam, Bandar Country Homes Rawang

Mari sama-sama kita luangkan masa untuk menimba ilmu yang bermanfaat, dan semoga Allah meredhai segala amalan yang kita lakukan diatas muka bumi ini. Amin.

#zakatselangor
#mais
#syurgabalikhari
Jom sertai Karnival Kerjaya bersama-sama McDonald’s dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Terdapat lebih dari 2000 peluang pekerjaan sekitar McDonald’s Lembah Klang.

Tunggu apa lagi?

Mari datang beramai-ramai ke temu duga secara terbuka dan juga secara atas talian!

Untuk pra- pendaftaran dan maklumat lanjut, klik pautan di bawah :

https://bit.ly/McD_LZS
https://bit.ly/McD_LZS
https://bit.ly/McD_LZS

*Khas kepada golongan asnaf LZS, anda layak memohon Insentif Permulaan Pekerjaan berjumlah RM 300 bagi yang berjaya ditawarkan pekerjaan. *

Mari daftar segera!

LOKASI TEMUDUGA KHAS KEPADA GOLONGAN ASNAF LZS👇👇👇

Tempat : Mardhiyyah Hotel & Suites ( Bilik Gasing 2 & 3, Level 2).

Tarikh & Masa :13 Mac 2022 (Ahad) | 10pg – 5ptg.


Jumpa anda disana!

#BangkitKerja
#iKerjaya
#pembangunanasnaf
#zakatselangor
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian Program Sapot Asnaf Sapot Lokal yang diadakan bagi memperkenalkan produk-produk usahawan asnaf yang mendapat bimbingan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd.

Jom ikuti kami di Youtube Zakat Selangor untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Lembaga Zakat Selangor(LZS) secara visual.

https://www.youtube.com/watch?v=IYFQ1c7eeoQ

#zakatselangor
Khas untuk asnaf berdaftar di Lembaga Zakat Selangor!

JOM MENGHADIRI SESI TEMUDUGA UNTUK BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN BERSAMA SIME DARBY PLANTATION BERHAD.

Penawaran gaji bermula sebanyak RM 1,200 dengan pelbagai faedah menarik ditawarkan seperti:
• Caruman KWSP
• Perkeso dan Skim Insurans Pekerjaan
• Penyediaan tempat tinggal di ladang
• Kemudahan perubatan
• Bantuan persekolahan tahunan bagi anak-anak
• Kemudahan pengangkutan untuk anak ke sekolah
• Penyediaan pusat jagaan anak-anak
• Token perayaan dan cuti tahunan
• Insentif permulaan perkerjaan

Jangan tunggu lagi! Sila hadir Ke MASJID AT-TAQWA KG BUKIT KAPAR KLANG 26 MAC 2022 INI.
DAFTARKAN DIRI ANDA SEGERA 👇🏼👇🏼👇🏼
https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS

#ikerjaya
#PembangunanAsnaf
#ZakatSelangor
Berita Baik buat golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Keluarga, Pasangan mahupun Tanggungan.

JOM BANGKIT KERJA!

Sebuah program kerjaya oleh LZS dengan kerjasama MyFuturejobs untuk memberi peluang khususnya kepada golongan asnaf LZS.

Anda bukan sahaja berpeluang untuk menghadiri temuduga dengan majikan, malah:

-Program & Bengkel Bangkit Kerja;
- Kursus penulisan resume & temuduga yang berkesan;
- Kaunseling kerjaya;
- Insentif Permulaan Pekerjaan; dan banyak lagi.

Jangan tunggu lagi.

Imbas kod QR atau daftar diri anda melalui 👇
https://bit.ly/JomKerjaKualaLumpur
https://bit.ly/JomKerjaKualaLumpur
https://bit.ly/JomKerjaKualaLumpur

Jom Bangkit Kerja!

#BangkitKerja
#iKerjaya
#pembangunanasnaf
#zakatselangor
"Apa Itu Zakat?"

Jom bersama Da’i LZS Zulhakimi dalam perkongsian beliau dalam segmen Sembang Santai pada Rabu, 16 Mac 2022 jam 10 pagi Live di FB Lembaga Zakat Selangor.

وَاَقِيْمُوا الصَّلٰوةَ وَاٰتُوا الزَّكٰوةَ وَارْكَعُوْا مَعَ الرَّاكِعِيْنَ

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk." (Al-Baqarah, 43)

#zakatselangor
#live
#syurgabalikhari
Jom sertai Karnival Kerjaya bersama-sama McDonald’s dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.
Terdapat lebih dari 2000 peluang pekerjaan sekitar McDonald’s Lembah Klang.
Mari datang beramai-ramai ke temuduga secara terbuka dan juga secara atas talian!
Untuk pendaftaran sila klik pautan di bawah :
 
https://bit.ly/McD_LZS
 
*Khas kepada golongan asnaf LZS, anda juga layak memohon Insentif Permulaan Pekerjaan berjumlah RM 300 bagi yang berjaya ditawarkan pekerjaan.
 
LOKASI TEMUDUGA👇
Tempat : Masjid At – Taqwa Kg Bukit Kapar, Klang.
Tarikh & Masa :26 Mac 2022 (Sabtu) | 9pg – 4ptg.
 
Jumpa anda disana!
#iKerjaya
#zakatselangor