Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
25.5K subscribers
5.04K photos
788 videos
7 files
2.85K links
Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)
Download Telegram
Ketekunan dan pengorbanan adalah permulaan kepada kejayaan

Saya meneruskan rutin pagi dengan rondaan wad (ward rounds) di 3B Kenanganm untuk memeriksa dan memberikan rawatan kepada 30 orang ibu hamil setiap pagi.

Tiada pelajar perubatan IMU yang turut serta atas arahan PKP dan ditugaskan untuk belajar atas talian kepada semua pelajar di semua IPT.

Situasi ini memberikan peluang yang lebih untuk saya fokuskan kepada Pegawai Perubatan Siswazah (HO) terutamanya yang baharu menyertai perkhidmatan di hospital KKM.

Saya memginsafi kerisauan dan debaran mereka (bahkan keluarga mereka) terutamanya ketika memulakan kerjaya yang jauh bezanya berbanding tugasan sebagai pelajar perubatan.

Saya berpesan agar mereka membina hubungan dan mendapatkan kepercayaan daripada setiap pesakit tanpa pengecualian. Anggaplah bahawa setiap pesakit adalah ahli keluarga kita sendiri dan kita akan berikan perkhidmatan yang terbaik.

Jaga hubungan dengan semua anggota pasukan dengan baik dan jangan malu, apatah lagi jangan ego untuk bertanya pandangan walau pun kepada staf yang di sekeliling dan di bawah kita sendiri.

Di samping bekerja dengan penuh dedikasi, usah diambil berat hubungan dengan Pentadbir sekelian alam yang menentukan segala keputusan atas usaha kita.

Selamat berjaya semua !

Dr Hazeem - HO dari UCD Ireland
Dr Nor Aqmar - HO dari Mansurah U. Egypt
Dr Ganjeen - HO Malacca Manipal MC
Dr Iwani Radiah - HO Malacca Manipal UC
HANTARLAH BANTUAN KE BAITULMAQDIS JIKA TIDAK MAMPU MENZIARAHINYA

يا رسولَ اللَّهِ أفتِنا في بيتِ القُدُسِ قال ائتوهُ فصلُّوا فيهِ قالَتْ كيفَ والرُّومُ إِذ ذاكَ فيهِ قال صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فإِن لَم تَستَطيعُوا فابعَثوا بِزيتٍ يُسرَجُ في قناديلِهِ

Daripada Maimunah maula Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, berilah fatwa kepada kami tentang Baitulmaqdis.

Baginda SAW bersabda: "Datangilah ia dan solatlah di dalamnya.

Maimunah berkata: "Bagaimana (untuk datang dan solat) dengan keadaan Rom berada di dalamnya?

Baginda SAW bersabda: "Jika kamu tidak mampu (untuk pergi ke Baitulmaqdis) kirimlah minyak ke sana untuk dinyalakan lampu-lampunya."

HR AS-SAKHAWI
Dinilai hasan oleh as-Sakhawi

1 Hari 1 Hadis Palestin
t.me/hadispalestin

Ramadan Bersama Palestin
t.me/hadispalestin/266
Saya berhasrat untuk kekal berdiri sebagai seorang pendidik masyarakat yang bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa di masa depan.

Foto yang dikirimkan oleh seorang teman yang bertanya ini sebenarnya telah lama terpacak sebelum bermulanya demam PRU14 yang lalu lagi.

Saya hanya menerima watikah perkhabaran dari HQ Mara pada 2016 bahawa saya telah dilantik sebagai Ikon MRSM daripada lebih 100,000 produk MRSM di seluruh negara.

Semoga Allah berikan taufiq kepada diri ini untuk menjadi qudwah kepada generasi baharu yang bakal mewarisi kepimpinan di masa depan.

(Alumna MRSM Kuantan 1979-83)

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid

..
Ke mana hilangnya ratusan ribu warga China yang datang ke Malaysia ?

Acapkali telah saya suarakan permasalahan ini, sejak zaman BN dan kemudiannya di bawah kerajaaan pimpinan PH tetapi tiafa sebarang tindakan tegas yang diambil.a

Dan kini tampuk pemerintahan telah pun berpindah tangan kepada kerajaan baharu di nawah pimpinan PN.

Saya harap suatu tindakan yang tegas dan menyeluruh akan diambil.

Ini bukan isu sesebuah parti politik atau sesebuah kerajaan yang memerintah tetapi ini adalah adalah isu yang melibatkan keselamatan negara.

Bersama saya, ikutilah...

https://www.youtube.com/watch?v=nicGjXnfzqw&feature=share&fbclid=IwAR3d__Yb-74ouPaXC2ayix5JdTmW4u8z9tvBUwuZlWtYPvo6P9rFI8EtbbM

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid

..
4 kematian terkini, menjadikan jumlah terkumpul kematian seramai 57 orang
Tempoh 2 minggu ini penting untuk kepada rakyat dan negara, ia bakal menentukan sejauh mana PKP perlu dilanjutkan lagi.
Umat Islam dan orang Melayu di Malaysia mesti mengambil berat terhadap masa depan agama dan bangsa (bangsa risalah) di negara sendiri.

Kita tidak harus leka dengan kesibukan menguruskan kehidupan seharian sehingga menyerahkan masa depan negara kepada takdir.

Kita bertanggung-jawab memastikan bahawa Islam harus sentiasa dimertabatkan dan masa depan umat akan semakin terjamin.

Kedatangan warga asing terutamanya dari Tanah Besar China bakal mengubah situasi ini berdikit-dikit sehingga semuanya telah terjual. Kita bakal merempat di negara sendiri.

https://www.ismaweb.net/2020/04/04/mana-hilangnya-warga-china/
Prof. Jackie Ying, Saintis Muslimah Yang Tekun Mencipta Sejarah


Nama Prof Jackie Ying kembali hangat di media antarabangsa setelah beliau dan pasukan penyelidiknya di Singapura berjaya menciptakan alat atau kit rapid test yang boleh mengesahkan sama ada seseorang itu positif coronavirus (Covid-19) dalam tempoh hanya 5 minit. Alat ujian ini diberikan nama sebagai “Cepat”.

Andainya penemuan bersejarah ini diluluskan oleh pihak berautoriti, maka ia akan menjadi alat ujian Covid-19 yang paling pantas di dunia.
Siapakah sebenarnya Profesor Jackie Ying?

https://zainurrashid.com/tokoh/prof-jackie-ying-saintis-muslimah-yang-tekun-mencipta-sejarah/
Nadia disahkan Covid-19

Harimau Malaya betina yang diberikan nama Nadia ini berusia 4 tahun dan ditempatkan di Zoo Bronx, New York.

Nadia telah disahkan positif Covid-19 setelah diperiksa dan diuji setelah didapati batuk dan tidak punyai selera makan.

Ini mungkin kes pertama haiwan yang pertama jatuh sakit setelah dijangkiti Covid-19 daripada manusia.

Beberapa ekor anjing peliharaan di Hong Kong dan seekor kucing di Belgium telah disahkan positif Covid-19 akibat jangkitan daripada tuan mereka, tetapi tidak jatuh sakit (tiada simptom atau tanda yang serius)

Ini bererti bahawa haiwan peliharaan boleh dijangkiti coronavirus dan boleh berjangkit kepada manusia yang lain.

https://www.thestar.com.my/news/world/2020/04/06/tiger-at-new-york039s-bronx-zoo-tests-positive-for-coronavirus

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/581893/health-ministry-advises-pet-owners-minimise-contact-animals

Ikuti perkongsian di Telegram, Blog & FB

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
Masjid AL-AQSA Antara 3 Masjid Paling Diutamakan

لا تُشَدُّ الرِّحَالُ إلَّا إلى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، ومَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، ومَسْجِدِ الأقْصَى.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu bersusah-payah melakukan perjalanan kecuali kepada tiga masjid; Masjid al-Haraam, Masjid al-Rasul SAW (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa."

HR AL-BUKHARI

Semoga Allah pilih kita untuk sampai ke 3 buah masjid yang paling mulia dan suci di sisiNya ini.

Kita menginsafi bahawa Masjid al Aqsa kini berada di bawah jajahan regim Zionis Israel.

Sama-sama kita berdoa agar kita terpilih di kalangan hambaNya yang berjuang atau yang membantu perjuangan pembebasan Masjid al Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

1 Hari 1 Hadis Palestin
t.me/hadispalestin

RAMADAN BERSAMA PALESTIN
t.me/hadispalestin/266
Sebagai ibu bapa di rumah, kita ambil peluang keemasan untuk :

1- Merapatkan hubungan kekeluargaan dengan aktiviti bersama seperti memasak, mengemas rumah, bermain dll

2- Menghangatkan suasana agama seperti solat berjamaah, tilawah quran, tazkirah, hafazan, berpuasa sunat dll

3- Perbincangan isu negara, isu umat Islam antarabangsa, isu ancaman dalam dan luar. Apa yang kita boleh buat ?

4- Latihan kepada anak-anak seperti latihan pengucapan awam, kuiz pengetahuan am, memantapkan penguasaan bahasa eg BM dan BI, tingkatkan semangat anak-anak untuk berjaya

5- Tingkatkan perasaan ambil peduli terhadap masyarakat dan mereka yang memerlukan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahniah Dr Izzati

Betapa gigihnya petugas barisan hadapan ini berkeringat meredah kepanasan melakukan penilaian risiko dari rumah ke rumah yang lain.

Saya tidak mengenali siapa beliau tetapi ia cukup untuk menginsafkan saya betapa sukarnya tugas frontliners ini. Panas, penat, susah, mencabar dan berisiko.

Semoga Allah berikan ketabahan, keselamatan dan ganjaran yang banyak buat mereka semua.

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid

..
Madam Wong MH dan Madam Gomathy

Hari ini adalah hari gembira yang melebihi hari-hari yang lain. Apa tidaknya, ramai ibu hamil yang di bawah pemerhatian kami pulang ke rumah dengan 'hadiah istimewa dari langit'.

Madam Wong MH dan pasangannya mempunyai masalah 'ketidaksuburan' selama 11 tahun. Pelbagai usaha telah dilalui tanpa membuahkan hasil.

Penantian mereka yang begitu lama ini berakhir apabila dikurniakan cahaya mata kembar tidak seiras selepas melalui permanian berhadas (bayi tabung uji).

Sukar sekali untuk menggambarkan kepuasannya, apa yang pasti beliau kelihatan menitiskan air mata kegembiraan apabila dibenarkan pulang selepas 2 bulan di hospital dan berakhir dengan menjalani pembedahan Caesarean.

Pasangan ini menjemput saya untuk Ke rumahnya untuk jamuan besar keluarga mereka tetapi terpaksa saya tolak dengan hormat.

Madam Gomathy pula menghadapi masalah keguguran yang berulang kali. Mesti pun pelbagai rawatan telah diberikan, masalah keguguran masih berlaku.

Penantian selama 6 tahun ini berakhir apabila kehamilan kali ini berjaya kekal sehingga 37 minggu sebelum saya cadangkan untuk beliau untuk menjalani pembedahan Caesarean.

Sebelum berpisah, beliau sempat menyampaikan hadiah yang dikirimkan khas melalui suaminya yang baru pulang dari luar negara.

Apa yang lebih penting bagi saya adalah rasa kepuasan apabila melihat mereka gembira setelah masing-masing menanti buat sekian lamanya.

Teringat saya maksud sabdaan Rasulullah saw, 'Sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain'.
Selamat menyambut Malam Nisfu Syaaban

Daripada Muaz Bin Jabal dan Abu Musa Asy’ari bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;

Sesungguhnya Allah SWT pada malam Nisfu Sya’ban memerhati seluruh makhlukNYA dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan

Riwayat Ibn Majah, Ibn Habban, Al Baihaqi dan At Thobrani

Mari bersama kita menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan membaca Al Quran, berzikir dan berdoa kerana malam ini adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Semoga kita semua terpilih sebagai hambaNya yang berusaha untuk memertabatkan agama dan memperjuangkan masa depan umat sejagat.

Salam ukhuwah dan salam perjuangan,

Dr Z

Ikuti catatan perkongsian di Telegram, Blog & Facebook

• Telegram : t.me/zainurrashid
• Blog : zainurrashid.com
• Facebook : fb.me/ProfDrZainurRashid

..
https://t.me/FauziAsmuni

Iblis dihalau dari syurga dan dilaknat selama-lamanya kerana bongkak dan sombong, memandang rendah kepada Adam as dan merasakan dirinya mulia dan tinggi.

Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi bersama rumah dan hartanya kerana bongkak dan sombong, melihat hasil kekayaannya adalah kerana kebijaksanaannya semata-mata.

Pemilik kebun yang luas (kisah surah al-Kahf), dimusnahkan kebunnya oleh Allah dan tiada yang membantunya, sedangkan sebelum itu dia menyombongkan diri di hadapan sahabat yang menasihatinya dan merasakan bahawa hartanya yang banyak tidak akan musnah dan pengikutnya ramai.

Musa as, salah seorang nabi ulul azmi merendahkan dirinya berjalan mengikuti seorang pemuda soleh dan belajar banyak ilmu darinya.

Sulaiman as, seorang nabi dan raja agung, melihat singgahsana Ratu Saba' di bawa kepadanya sebagai ujian Allah kepadanya untuk melihat samada dia bersyukur atau kufur.

Apa juga kelebihan yang Allah beri kepada kita, kita masih lagi kerdil di sudut tertentu dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah yang lain.

Jangan terlajak mengangkat diri, kerana sampai satu masa Allah akan jatuhkan semula. Lagi tinggi diri diangkat, lagi sakit apabila jatuh.

من سامى بنفسه فوق ما يساوي، ردّه الله إلى قيمته
"Sesiapa yang mengangkat dirinya lebih dari nilainya yang sebenar, Allah pasti akan mengembalikannya ke nilainya yang sebenar."
(Imam Syafie)