Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
25.6K subscribers
5.03K photos
787 videos
7 files
2.84K links
Hidup Biar Berjasa, Mati Biar Mulia

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain (maksud hadith)
Download Telegram
Demonstrasi di puluhan bandar dan kawasan di Maghribi sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan pejuang, serta mengecam serangan berterusan oleh pengganas Israel.

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/duniapalestin
Di sebalik runtuhan menara masjid di Gaza...
Bila Api Padam, Trauma Masih Menyala ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Baca artikel penuh sekarang๐Ÿ‘‡๐Ÿผ
๐Ÿ”—https://yayasanikhlas.org.my/yayasan-ikhlas-santuni-mangsa-kebakaran-di-putra-heights-kit-emosi-bantu-pulihkan-trauma-anak-anak/

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
๐Ÿ’ข Kemusnahan dari atas: Amunisi yang digunakan Israel di Gaza

Sepanjang pengeboman yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Semenanjung Gaza, tentera pengganas Israel telah menggunakan pelbagai jenis amunisi yang berbeza, termasuk kepala peledak MK-84 besar-besaran 2,000 paun dan pemusnah bunker yang menghancurkan bumi

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin
Bekalan perjalanan,

Alhamdulillah, dengan izinNya kami berpeluang untuk berkunjung ke sebuah kampung di Jenderam, Selangor.

Di persekitaran yang tenang dan damai yang di kelilingi pokok-pokok durian dan pelbagai jenis buah-buahan ini tinggalnya pasangan muda yang hebat, Yusre Zulhamize dan Nur Faizin.

Alhamdulillah, diizinkan kami untuk mempelajari pelbagai perkara baharu bersama aset ummah, anak muda berbakat dan berkeinginan tinggi untuk menyumbang buat umat dan negara ini.

Seorang wartawan muda berbakat tinggi graduan fakulti sejarah, UKM dan pasangannya graduan International Relation dari Korea yang bekerja di bidang perniagaan farmaseutikal.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dianugerahiNya kebaikan yang banyak dan berpanjangan buat anakanda Yusre dan Faizin yang menjalani ujian dariNya.

Ya, ujian kita berbeza. Semoga kita semua melepasinya.
Kerajaan peralihan Bangladesh mengembalikan semula satu klausa dalam pasport yang secara efektif melarang perjalanan ke Israel susulan himpunan solidariti Palestin yang berlangsung di seluruh negara.

Sumber: TRT World
t.me/duniapalestin
๐— ๐—จ๐—ก๐—–๐—จ๐—Ÿ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—›๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—”๐—› ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ ๐——๐—œ ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ญ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—จ๐—ฅ๐—จ-๐—›๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ค

Daripada Abu Nadhrah RA: Kami berada di sisi Jabir bin Abdullah RA lalu dia berkata:

ูŠูˆุดููƒู ุฃู‡ู„ู ุงู„ุนุฑุงู‚ู ุฃู„ุง ูŠูุฌุจูŽู‰ ุฅู„ูŠู‡ู… ู‚ูŽููŠุฒูŒ ูˆู„ุง ุฏุฑู‡ู…ูŒ . ู‚ู„ู†ุง : ู…ู† ุฃูŠู† ุฐุงูƒ ุŸ ู‚ุงู„ : ู…ู† ู‚ูุจูŽู„ู ุงู„ุนุฌูŽู…ู . ูŠู…ู†ุนูˆู† ุฐุงูƒ . ุซู… ู‚ุงู„ : ูŠูˆุดููƒู ุฃู‡ู„ู ุงู„ุดุงู…ู ุฃู† ู„ุง ูŠูุฌุจูŽู‰ ุฅู„ูŠู‡ู… ุฏูŠู†ุงุฑูŒ ูˆู„ุง ู…ูุฏูŠูŒ . ู‚ู„ู†ุง : ู…ู† ุฃูŠู† ุฐุงูƒ ุŸ ู‚ุงู„ : ู…ู† ู‚ูุจูŽู„ู ุงู„ุฑูˆู…ู . ุซู… ุฃุณูƒุชู ู‡ูู†ูŠู‘ูŽุฉู‹ . ุซู… ู‚ุงู„ : ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ : ูŠูƒูˆู†ู ููŠ ุขุฎุฑู ุฃู…ุชูŠ ุฎู„ูŠูุฉูŒ ูŠูุญุซูŠ ุงู„ู…ุงู„ูŽ ุญุซูŠู‹ุง . ู„ุง ูŠูŽุนุฏู‘ูู‡ ุนุฏุฏู‹ุง

โ€œHampir tiba masanya penduduk Iraq tidak lagi dikirimkan qafiz dan dirhamnya.โ€

Maka kami pun bertanya: โ€œDari mana sekatan tersebut?โ€ Jabir menjawab: โ€œDari arah orang โ€˜ajam (bukan Arab).โ€

Kemudian Jabir berkata lagi: โ€œSudah hampir masanya penduduk Syam tidak lagi dikirimkan dinar dan mud-nya.โ€

Maka kami pun bertanya lagi: โ€œDari mana sekatan itu?โ€ Jabir menjawab: โ€œDari arah Rom.โ€

Kemudian Jabir terdiam sejenak lalu dia berkata lagi: โ€œRasulullah SAW telah bersabda: โ€œDi akhir umatku nanti akan muncul seorang khalifah yang akan membahagikan harta tanpa dia menghitungnya.โ€ (HR Muslim)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
Cawangan Johor : Meyantuni Anak - Anak di PPS SMK Sri Gading ๐ŸŽ‰

Pada 13 April 2025, seramai 163 mangsa banjir dari 52 keluarga masih berlindung di PPS SMK Sri Gading sejak 5 April lalu. Namun, dalam kepayahan, tetap ada cahaya.

Yayasan Ikhlas bersama Astro hadir menceriakan anak-anak di PPS dengan aktiviti Psikologikal First Aid (PFA) menggunakan Modul Kit Emosi.

Seramai 30 kanak-kanak dilibatkan dalam sesi ekspresi emosi, lukisan, dan permainan interaktif โ€” membolehkan mereka meluahkan rasa, mengenal emosi, dan paling penting, tersenyum kembali.

Terima kasih kepada para sukarelawan dan semua yang menjayakan inisiatif ini. Semoga sinar Syawal membawa kekuatan baru buat semua keluarga di PPS.

๐Ÿ“ฒ Ikuti kami untuk perkembangan terkini atau klik https://yayasanikhlas.org.my/ ๐Ÿ’™

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐‘น๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’Ž๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‘๐’†๐’“๐’„๐’‚๐’š๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’๐’…๐’‚
Diwan Amiri Qatar:

- Amir Qatar telah membincangkan bersama Presiden Syria mengenai cara-cara memperkukuh hubungan, khususnya dalam bidang politik dan diplomatik.

- Amir Qatar dan Presiden Syria turut membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa serta usaha-usaha untuk mengukuhkan kestabilan di rantau ini.

Sumber: Al Jazeera
Ikuti Suara Syria: t.me/suarasyria
If someone chooses a different lifestyle or career than you, let them be โ€” just stay true to your own values and goals.

๐Ÿ“ฒ Follow us for the latest updates, or visit tahfiztvet.com to offer your support.

๐’€๐’‚๐’š๐’‚๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’”
๐’€๐’๐’–๐’“ ๐‘ป๐’“๐’–๐’”๐’•๐’†๐’… ๐‘ฏ๐’–๐’Ž๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ท๐’‚๐’“๐’•๐’๐’†๐’“
Ketika dunia tertumpu kepada pembantaian di Gaza, kumpulan ekstremis Haikal mengambil peluang mendorong pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa atas nama "upacara Talmud".

Mereka semakin berani melanggar kesucian Al-Aqsa secara terbuka, malah telah memaksakan pembahagian masa dan ruang dalam masjid suci itu.

Pencerobohan ini berlangsung dengan sokongan kerajaan penjajah sayap kanan, khususnya ekstremis Ben Gvir yang turut serta dalam serbuan tersebut.

Situasi menjadi lebih membimbangkan apabila umat Islam semakin alpa dan tidak memberi perhatian serius terhadap Al-Aqsa, manakala pendirian antarabangsa mereka pula hampir tiada.

Kini, persoalannya: apa lagi yang perlu berlaku sebelum dunia Arab dan umat Islam bangkit mempertahankan Al-Aqsa?

Sumber: TV Al-Aqsa
t.me/duniapalestin
Bacaan istimewa buat bakal haji,

Terasa bertuah kerana penulis sendiri sudi untuk berkunjung ke teratak kami.

Catatan umrah Nisah Haron ini sangat istimewa kerana ia bukan sekadar catatan perjalanan untuk jamaah umrah tetapi bersamanya pelbagai pelajaran dan kenangan yang dekat dan mengusik hati dan emosi para pembacanya.

Kami membeli 5 naskhah bersama tandatangan penulis, untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga yang pernah dan yang bakal mengerjakan haji/umrah.

- Sehelai Sejadah di Lantai Kaabah