ZAINUDDIN MOHAMED
39 subscribers
31 photos
12 videos
8 files
35 links
Download Telegram
PROGRAM KOMUNITI MEDAN MAJU - DIALOG BERSAMA AHLI MAJLIS MBSP

9 Disember 2023 | Sabtu | 11.30 pagi
Surau Al Falah Medan Maju

Memenuhi jemputan Persatuan Penduduk Medan Maju, Taman Hj Abdullah Fahim. Saya dijemput untuk berdialog bersama komuniti. Ruang ini saya pasti manfaatkan sepenuhnya kerana ruang sebegini memberikan saya peluang untuk berinteraksi secara terus bersama masyarakat.

Saya memberikan penerangan tentang peranan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan memberikan penjelasan tentang beberapa isu yang sering dibangkitkan oleh masyarakat. Diantaranya ialah isu penjaja tepi jalan, penanaman pokok di tanah lapang, kacau ganggu melibatkan haiwan berkeliaran, dan beberapa isu lain. Saya turut menjawab semua soalan-soalan penduduk berdasarkan akta, peraturan dan garis panduan MBSP.

Selanjutnya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZhQNkCVPW613conHE7M92MmSiXHsdNnT74d8rhdR2nzyxLkAyp1c6mRe9gaX8GVl&id=100064181585664&mibextid=Nif5oz
PELEPASAN KONVOI PEMUDA

9 Disember 2023 | Sabtu | 9.30 pagi
Air Melintas Besar

Memenuhi undangan peserta Konvoi Pemuda Air Melintas Besar untuk pelepasan konvoi. Peserta akan menuju ka Chalet Kampung Bersah Kuala Mu.

Turut hadir meraikan peserta ialah Dato' Ahmad Darus , Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas. Saya menyerahkan sedikit sumbangan tunai kepada wakil konvoi bagi menampung perbelanjaan mereka.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ahli Majlis
Majlis Bandaraya Seberang Perai


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0TaLRc1yxm7itBWX7d5ybFnEVyZkpcfwUMyJ9Kw7QRphrKTDRXGZcExiUeLyA7P2Jl&id=100064181585664&mibextid=Nif5oz
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN / MOVEMENT ANALYSIS TOOLS @ MAT ASSESSMENT

10 Disember 2023 | Ahad | 9.00 Pagi
Pusat Latihan Taekwondo A&Z, Permatang Sintok

Program ini memberikan tumpuan kepada pemain bola sepak dan atlet Taekwondo. Sebagai seorang atlet saya telah melalui pelbagai kecederaan. Sewaktu remaja dahulu saya sangat aktif dalam sukan Taekwondo dan Bola Sepak malah saya masih aktif sehingga hari ini. Kecederaan menyebabkan prestasi merosot terutamanya bagi atlet yang tidak pernah peduli untuk memeriksa mobiliti dan fleksibiliti badan.

Selanjutnya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Gv6frRM6nC4V6Vd9UGFVjM7LcoRRJwbhRyhCfpxzrvaYDcb9jsuv2tnnkJdo3n5Dl&id=100064181585664&mibextid=Nif5oz