Glow with Lis : The Self-Love Zone
1.1K subscribers
941 photos
111 videos
1 file
304 links
"In this channel, we’re all about nurturing self-love and inner peace. Discover tips, affirmations, and stories that empower you to love and accept yourself fully. Ready to glow from the inside out? 🌟"
Download Telegram
Self love bukan bermakna kita jadi selfish… tapi ia tentang belajar jaga hati sendiri dulu, supaya kita ada kekuatan untuk sayang orang lain dengan lebih ikhlas.
1. Belajar berkata “tidak”
Jangan rasa bersalah bila menolak perkara yang membebankan diri. Itu tanda awak jaga sempadan (boundaries) diri.


2. Jaga kesihatan diri
Tidur cukup, makan berkhasiat, minum air cukup, dan bersenam – sebab badan yang sihat bagi tenaga untuk jiwa yang kuat.


3. Hargai pencapaian kecil
Walaupun kecil, setiap langkah patut diraikan. Jangan banding dengan orang lain.


4. Beri ruang untuk rasa & menangis
Self love bukan tahan emosi, tapi berani terima perasaan sendiri tanpa menghakimi.


5. Kurangkan self-talk negatif
Tukar “Aku tak cukup baik” kepada “Aku sedang belajar jadi lebih baik.”


6. Luangkan masa untuk diri sendiri
Baca buku, buat hobi, belajar ilmu pembangunan diri , kenal diri sendiri


7. Bersyukur dengan apa yang ada
Self love bukan kejar kesempurnaan, tapi menghargai diri sekarang sambil terus memperbaiki.


8. Cari sokongan sihat
Dikelilingi orang yang menyokong dan menghargai.


9. Belajar untuk Maafkan diri sendiri
Semua orang buat silap, tapi jangan hukum diri terlalu lama. Belajar, maafkan, dan lepaskan.


10. Percaya diri layak bahagia
Self love adalah keyakinan bahawa awak berhak rasa tenang, disayangi, dan dihargai – tanpa perlu jadi orang lain.
https://vt.tiktok.com/ZSUWAcom1/



Setiap Dari kita mesti akan ada something yang bahagia berlaku setiap hari, samada kita sedar , atau tak sedar .....

Contoh hari ni bangun Pagi dengan segar itu pun satu anugerah yang besar , ada orang di Dunia ni bangun2 Masih terpaksa baring atas katil dengan menderita sakit ,

Bangun Pagi Masih ada suami, anak2 ... Ini pun satu hadiah yang sangat berharga kita dapat ...

So penting tak kita bersyukur ?

Kalau untuk kak lis jawapannya ya sangat penting .... So yang mana cam tak tahu nak bersyukur camne ni Salah satu buku korang wajib miliki sebab prof Aziz dah siapkan untuk kita list untuk kita isi tinggal kita listkan jawapan je apa yang perlu kita , vision board setiap hari ...

Dan juga dalam buku ni prof Aziz siap suruh kita buat sesi pernafasan fitrah ......
Camne kita nak rasa bahagia
Kalau kita memang tak nampak atau tak terbuka untuk rasa bahagia ...

Nak rasa bahagia sebenarnya terletak pada diri kita Dan pilihan kita

Kita boleh bangun Pagi dengan bersyukur Dan kita juga boleh bangun dengan merungut

Memang pilihan pada diri kita sendiri ,...

Bahagia bukan lah terletak pada kita langsung tak ada masalah , sebab setiap orang dalam Dunia selagi mana bernafas memang akan ada ujian masing2 samada kita terima atau tak terima

Tapi yang bezanya ad orang pilih untuk nampak Sekecil-kecil nikmat Dan kebahagiaan Dan ada orang biarkan hari berlaku setiap hari begitu saja ,..

https://vt.tiktok.com/ZSHvn9A2bQfSc-iQlzX/
https://vt.tiktok.com/ZSHcdhjoQmnMr-r2pDp/


Nak bersyukur tak tahu nak bersyukur tentang apa ...

Nak bersyukur cam rasa tak ada apa yang best dalam hidup ...

Bersyukur ni bukan just bila kita boleh dapat rumah besar harga berjuta

Dapat pakai kereta mewah harga beratus ribu

Cukup Dengan sekecil nikmat

- bangun Pagi ada suami Dan anak2 kat sebelah
- dapat peluk sayang suami Dan anak2 selalu
- Dapat makan nasi walaupun berlaukkan telur je

Cam2 boleh kita syukuri kalau kita start untuk nampak nikmat2 yang Allah dah bagi kalau Masih tak tahu camne nak tulis jurnal Dan mulakan jurnal kesyukuran boleh dapatkan buku ni sekarang dekat sini korang bukan just dapat belajar utk bersyukur tapi juga dapat listkan apa

+ Vision board +

- impian yang korang nak capai

+ Kebaikan +

- yang korang buat untuk mulakan hari yang indah

DAPATKAN sekarang Tau harga rm25 ringgit sahaja
Ada masanya, luka lama buat hati boleh lebih sensitif bukan sebab diri lemah, tapi sebab awak pernah belajar daripada sakit yang dalam. tapi self-love ni bukan tentang paksa orang lain faham trauma awak , atau tenangkan diri dengan korbankan perasaan sendiri.

Self-love adalah bila awak jujur dengan emosi, suarakan batas dengan tenang, dan perhatikan bagaimana seseorang merespons keperluan emosi awak. Bila suara awak diulang-ulang tetapi tetap tak didengari, bila perasaan awak dibalas dengan kemarahan, itu bukan tugas awak untuk terus mengecilkan diri.


Self-love mengajar kita untuk berhenti menyalahkan diri, proses trauma dengan bantuan yang betul, dan pilih hubungan yang selamat secara emosi.

cinta yang sihat tak membuat kita rasa bersalah kerana mempunyai perasaan. Dan ya kita layak difahami, dilindungi, dan dicintai tanpa perlu menjelaskan luka kita berulang kali.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jommmmm ler kita sama2 berdansa hari ni ....

Yeeeeeaaahaaaaa
Hari ini Kak lis sedar satu perkara yang sangat besar dalam hidup kak lis ..

Selama ini kak lis terlalu fokus pada apa yang orang cakap tentang kak lis .
Rupanya, cinta yang sebenar lebih jelas melalui apa yang orang buat untuk kita.

Bila kak lis buat keputusan untuk lepaskan anak sulung iaitu Aira, masuk program tadika kak lis juga belajar untuk melepaskan kontrol dan membenarkan orang lain bantu kak lis contohnya suami ambil peranan untuk hantar aira ke tadika.

Kak lis, suami, dan anak kecil akan tunggu sama-sama sampai Aira habis kelas.
Dalam waktu yang singkat tu, kak lis nampak satu bentuk cinta yang saya selalu terlepas pandang :

kehadiran, kerjasama, dan usaha kecil yang ikhlas

Dalam masa yang sama,kak lis diuji dengan fasa mengantuk yang sangat teruk selama beberapa minggu.
Dulu kak lis anggap ini sebagai kelemahan.
Rupanya, tubuh ni sedang minta kak stop kejap dan rehat.
Dan dari ujian tu lah…
lahir peluang yang kak lis tak sangka.

Dgn keadaan itu,
Aira dapat masuk program yang baik untuk dia,
dan kak lis pula dapat sekejap masa berkualiti bersama suami
sebelum dia masuk kerja semula selepas Aira habis kelas.

Hari ini Kak lis belajar:
kadang-kadang, apa yang kita anggap “masalah”
sebenarnya sedang membuka ruang untuk cinta bergerak dalam hidup kita.


Kalau korang rasa penat hari ini,
mungkin bukan kerana korang lemah…
maybe kerana korang sedang berada dalam proses yang indah,
walaupun ia belum nampak cantik lagi. ......
Ramadan ini… kak lis belajar satu perkara yang sangat indah tentang hidup.
Indahnya hidup bila kita dipertemukan dengan guru yang terbaik
bukan hanya mereka yang datang sebagai orang luar,
tetapi juga yang hadir dalam bentuk ibu, ayah, dan adik-beradik sendiri.

Abah…
mengajar bahawa menjadi seorang ayah tak perlu dengan suara yang setiap masa keras,
tak perlu dengan selalu marah untuk buat anak takut.
Tapi dengan kelembutan, kejujuran, dan keberanian untuk meminta maaf
bila tersilap bicara, bila terlepas kata.Abah selalu cakap,
dia tak mahu mewariskan luka daripada ayahnya yang panas baran.

Bagi kak lis Dia pilih untuk putuskan rantaian itu.
Dan tanpa dia sedar, dia telah menjadi guru kehidupan yang paling besar untuk kak lis.

Ma pula…
walaupun hidupnya penuh ujian sejak kecil,
dia tetap jadi tempat paling selamat untuk anak2 pulang.
Tempat bercerita, tempat menangis, tempat meletakkan lelah.
Seorang ibu yang melindungi anak-anaknya
walaupun hatinya sendiri pernah terluka.

Ramadan ini,
Kak lis sedar…
Allah hadirkan guru dalam hidup kita melalui manusia yang kita anggap biasa.
Tapi merekalah yang membentuk siapa diri kita hari ini.Dan kak lis bersyukur,
kerana di sebalik semua kekurangan,
Kak lis Dan adik2 dibesarkan oleh jiwa-jiwa yang memilih cinta, bukan luka.

Semoga kak lis juga mampujadi insan
yang menyembuhkan, bukan melukakan.
Yang menenangkan, bukan menakutkan.
Yang memilih kasih, walau pernah diuji.
Ramadan ini, kak lis pilih untuk memaafkan, mensyukuri, dan mencintai.

Selamat menyambut bulan Ramadan buat semua di sini kak lis ucapkan ❤️
Ramadan kedua ni… kak lis perasan satu perkara kecil yang buat hati ni rasa sangat bahagia.
Bila mana kak lis cuba masak something yang kak lis tak pernah masak sebelum ini.
Nampak macam perkara biasa, tapi bagi kak lis ia bukan sekadar memasak.

Ia tentang keberanian untuk cuba.Tentang memberi ruang kepada diri sendiri untuk belajar tanpa takut salah.Bila masakan itu jadi, kak lis rasa puas.Bila tak jadi sepenuhnya pun, kak lis tetap rasa bangga dengan diri sendiri sebab berani mencuba.

Dalam Hal ni sebenarnya didik kak lis juga untuk belajar melalui proses satu demi satu bukan hanya terus melangkah kepada hasil.mana perlu diperbaiki lagi nampak kesalahan tu merupakan satu proses yang sangat membahagiakan juga.

Kak lis sedar…
bila kita beri peluang kepada diri untuk cuba benda baru,
kita sebenarnya sedang menyembuhkan sesuatu dalam diri.
Dan mungkin, bahagia itu bukan tentang perkara besar.
Tapi tentang momen kecil yang kita izinkan diri untuk rasa sepenuhnya tambah lagi dalam memasak dapat menggamit memori kak lis bersama keluarga tersayang bila mana kak lis masa dulu2 pernah tak pandai langsung masak tapi abah gitau takpe mana tak cukup boleh tambah... " Pujian abah tu melekat di fikiran kak lis seolah ayat tu dia gitau diri kak lis hari ni "
Hari ini kak lis join sesi group counseling therapy daripada Klinik Yara.
Dan satu perkara yang aku sangat hargai…
ruang tu terasa seperti ruang selamat.
Tak ada penghakiman.
Tak ada perbandingan.
Tak ada siapa cuba jadi lebih kuat daripada yang lain.
Cuma kita yang datang dengan cerita masing-masing.
Dengan luka masing-masing.
Dengan pain yang mungkin tak pernah orang nampak

Dan di sini kak lis sedar…
kita semua pernah melalui sesuatu yang berat.
Tapi yang buat aku terdiam seketika,
bukan pada cerita sedih tu je
Tapi pada hakikat bahawa
dalam setiap ujian yang mereka lalui,
ia membentuk mereka menjadi insan yang HEBAT hari ini.

Kak lis belajar hari ini…
trauma tidak dapat menjadikan kita lemah sebenarnya,Cara kita memilih untuk hadapinya, itulah yang membentuk kekuatan sebenar.Dan aku bangga dengan diri aku
Sebab pilih untuk hadir.

Pilih untuk mendengar.
Pilih untuk lalui proses ni sehingga sembuh.
Kalau korang semua juga dekat sini sedang dalam perjalanan yang sama,
percayalah… mencari bantuan bukan tanda kalah.
Ia tanda korang sudah penat bertahan seorang diri.
Dan itu adalah langkah paling berani. 🤍
Ini lah yang kak lis nak sampaikan bila kak lis memasak kak lis belajar banyak Benda

Kak lis juga nampak diri kak lis sebagai eagle ya hasil tu sangat penting sampai kak lis terlupa aku punya proses 1 sampai siap masak juga sangat penting.

Kak lis juga nampak diri yang nak kan Yang terbaik supaya suami suka , sedangkan terbaik itu hanya dengan lalui beberapa kesilapan / kekurangan Dari try Benda baru tu juga.

Memasak bukan sekadar buat kak lis memasak kosong Kali ni tapi lebih Dari tu ia buat kak lis nampak camni aku rupanya handle hidup aku sebab tu lah buat aku stress Dan penat
Semalam kak lis beratur di Speedmart untuk bayar barang.Depan kak lis ada seorang mak, anak dan cucu.
Bila sampai di kaunter, jumlahnya lebih RM100.
Si mak keluarkan kad sambil membebel perlahan,
“Ni dah lebih limit…”
Anaknya pula jawab, “Ni lah banyak ambil,”
sambil tunjuk pada anak kecilnya.Situasi kecil itu buat saya tersenyum.Dulu mungkin kak lis akan nampak ia sebagai bebelan biasa.
Atau mungkin kak lis akan fikir ia tentang duit semata-mata.Tapi semalam, kak lis nampak sesuatu yang lain.

Kak lis nampak seorang ibu yang tetap bayar.Walaupun bebel, tetap hulur kad.
Walaupun cakap “lebih limit”, tetap tak tarik balik.Kadang-kadang kasih sayang orang tua bukan dalam bentuk ayat manis.
Ia datang dalam bentuk bebelan yang sebenarnya penuh rela.Datang dalam bentuk pengorbanan yang tak pernah minta dibalas.
Mungkin dalam hati kecilnya,
dia cuma nak anak pandang dia dan ucap, “Terima kasih, mak.”Dan dalam hati kak lis …
Sangat bersyukur.

Sebab bila kita ada kesedaran tentang karakter manusia,kita tak cepat menghukum.Kita belajar melihat dengan hati, bukan dengan ego.Self-love bagi kak lis hari ini ialah
"bila kita sembuhkan cara kita melihat duniakita jadi lebih lembut.Lebih memahami.Lebih tenang.

Semalam kak lis tak marah.
Kak lis tak sinis.
Kak lis cuma senyum…
Dan kongsi dengan suami dalam kereta sambil kami makan aiskrim dengan anak-anak.
Dan kak lis rasa cukup.
Kadang-kadang, hati yang sembuh buatkan dunia kelihatan lebih indah. 🤍
agak- agak orang yang camne kita perlu jaga dan perlu jadi ya boleh terus ke akaun tiktok kak lis .. Kat situ full kak lis sherkan tentang ni

https://vt.tiktok.com/ZSQ3gU4AE/