My Freedom Project

Ini adalah sebuah projek yang saya bina 2 tahun yang lepas.

Saya tak berniat untuk share dengan orang lain melainkan sudah ada pencapaian yang saya dapat dari projek ini.

My Freedom Project ni bukan sebuah bisnes, program atau apa2 skim buat duit.

Ia hanyalah satu projek yang saya buat untuk capai 3 perkara di bawah:

- Bebas masa
- Bebas kewangan
- Bebas membuat pilihan

Ramai orang nak capai semua ni. Cuma ramai yang tak tahu caranya.

Kebanyakkan orang fikir ia boleh dicapai dengan bisnes. Jadi ramai yang berusaha bina bisnes.

Sebenarnya kita boleh capai dengan banyak cara. Dan ia jauh lebih mudah dari bisnes.

Saya dah buat 2 tahun. Jadi saya tahu cara-caranya.

InsyaAllah saya akan berkongsi dengan anda dalam post2 yang akan datang dalam channel telegram ini.

Kalau anda rasa ada kenalan, keluarga, atau sesiapa yang mungkin nak belajar, jangan lupa invite mereka join channel ini juga.

Jumpa lagi.

Wan Muhd Ali
t.me/wanmuhdali
Pada tahun 2006, seorang billionaire dari US membeli sebuah syarikat gergasi di sana.

Memandangkan Malaysia merupakan salah satu cawangannya yang berkembang pesat, beliau datang ke Malaysia memberi ucapan selepas beberapa bulan mengambil alih syarikat tersebut.

Dalam ucapannya, satu perkara yang sentiasa bermain dalam kepala saya sehingga kini (saya ada dalam event ketika beliau berucap) iaitu:

The right timing

Katanya salah satu faktor yang menyebabkan beliau membeli syarikat tersebut adalah kerana 'Masa yang tepat'!

15 tahun sudah berlalu. Namun saya masih ingat sehingga kini tentang 'timing' itu.

Pada tahun 2015, seorang usahawan yang telah membina lebih dari 100 syarikat sepanjang 20 tahun, membuat satu kenyataan tentang 'timing'.

Katanya, beliau telah banyak membina syarikat yang berjaya dan juga gagal. Maka beliau membuat kajian, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah bisnes itu berjaya (terutama bisnes startup).

Ada 5 faktor yang dikaji:

- Idea
- Team
- Business model
- Funding
- Timing

Hasil kajian menunjukkan faktor paling utama kenapa sesebuah bisnes startup itu gagal adalah kerana TIMING.

Iaitu sehingga 42%.

Samada bisnes itu bermula terlalu awal sebelum orang bersedia untuk menggunakan khidmat mereka, atau terlalu lewat kerana telah ketinggalan ke belakang.

Ia bergantung kepada 'Masa' yang tepat.

Ramai orang mempunyai idea, membuat sesuatu yang hebat.

Tetapi ia bermula terlalu awal sebelum masyarakat faham & boleh menerima perubahan tersebut. Maka sampai satu masa, ia akan lingkup.

Tiba2 muncul kembali bisnes yang sama di masa akan datang. Lalu ia berjaya kerana waktu itu orang ramai sudah memerlukannya.

Maka lihat kembali apa yang sedang kita lakukan.

Adakah ia berada pada 'timing' yang tepat?

......

Wan Muhd Ali
t.me/wanmuhdali
Sambungan berkaitan My Freedom Project.

My Freedom Project adalah sebuah projek yang saya bina untuk capai dua sasaran ini:

- Bebas masa
- Bebas kewangan

Bebas masa bermaksud kita boleh buat apa yang kita suka tanpa terikat dengan masa bekerja tertentu. Kecuali memang kita suka letakkan jadual bekerja sebagai disiplin, itu tiada masalah.

Bebas kewangan pula bermaksud kita mempunyai pendapatan yang mencukupi walaupun sudah tidak bekerja. Bebas hutang. Bebas dari mengejar duit sebaliknya duit itu datang sendiri.

Ia sudah berlaku kepada saya meskipun tidak sepenuhnya. Namun semakin lama semakin baik.

Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan. Ia mengambil masa antara 2-3 tahun. Malah mungkin hingga 5 tahun dan ke atas.

Tetapi percayalah.

Amat berbaloi untuk anda cipta ‘My Freedom Project’ anda sendiri supaya anda tidak terikat dengan kerja atau bisnes selamanya.

Ramai orang yang dah 10 - 20 tahun bekerja & berniaga pun masih belum dapat jana pendapatan pasif. Masih tiada kebebasan masa & kewangan.

Jadi ambil peluang ini untuk belajar mengubah hidup.

- Ubah cara berfikir.
- Ubah cara bekerja.
- Ubah cara jana pendapatan.
- Ubah aktiviti harian.
- Ubah tabiat.
- Ubah hidup anda!

Ya! Matlamat utama ‘My Freedom Project’ adalah ‘Mengubah hidup ke arah yang lebih baik’.

Bebas masa & kewangan ada adalah misi2nya.

Jika rezeki kita cepat, mungkin dalam beberapa bulan saja sudah membuahkan hasil.

Jika ia agak lambat, maka teruskan berusaha hingga berhasil.

Yang penting kita lakukan sesuatu untuk berubah. Maka lambat laun ia akan berubah juga.

Umpama kita dalam perjalanan ke negeri orang.

Samada naik kereta, motor, bas, basikal atau berjalan kaki sekalipun, kalau kita tidak berhenti, maka akhirnya akan sampai juga.

Yang tak sampai hanya orang yang tak tahu jalan, tidak bergerak & tiada plan pun untuk ke situ.

Seperti saya suatu ketika dulu, nak hidup bebas masa & kewangan, tapi tiada plan, tak tahu cara dan tidak bergerak ke arah itu.

Hanya bekerja & berniaga mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku. Sampai sudah tak sampai2.

Jadi jom lakukan perubahan pertama.

Mulakan dengan memasang impian & tindakan.

Mulakan dengan ‘My Freedom Project!’

Ambil kertas, pen dan tulis besar2.

MY FREEDOM PROJECT!

Tampal pada dinding & mulakan langkah.

Saya akan berkongsi dengan anda dalam channel ini dari masa ke semasa.

Jumpa lagi.

Wan Muhd Ali.
https://t.me/wanmuhdali

* Jika anda rasa ada kawan2 yang perlu bersama anda menjalankan projek ini, jangan lupa invite mereka bersama join channel ini.
Salah satu cara untuk capai kebebasan masa & kewangan ialah dengan jana pendapat secara pasif.

Bermaksud income itu masuk tanpa kita bekerja.

Jadi macam mana nak buat income masuk tanpa bekerja?
Forwarded from Buat Duit Dengan Affiliate
Ini komisen Affiliate dalam 10 bulan secara pasif
Antara cara yang boleh kita dapat pendapatan pasif tanpa bekerja ialah dengan program Affiliate
Dalam gambar di atas, saya jana pendapatan sekitar RM36,000 dalam tempoh 10 bulan tanpa bekerja.

Ia masuk secara pasif
Saya nak berkongsi dengan anda apa itu affiliate dan bagaimana untuk buat duit dgn affiliate secara pasif.
Untuk itu saya akan adakah kelas pada malam ini secara percuma. Yang mana ada kelapangan, mahu ubah hidup, boleh join.

Ambil ilmu ini dengan serius. Ia boleh jadi My Freedom Project khas untuk anda.
Saya akan berikan Link petang2 sikit ya.
Dah lama tak upload video baru di YouTube, hari ni saya publish video yg dah lama siap, tapi baru buka utk public.

Video berkaitan dropship jual barang ke luar negara & buat duit USD. Anda boleh belajar step by step dari video ini.

Mungkin ramai yang bercuti hari ni, jadi ambil peluang belajar:

Buat Duit USD Dengan SHOPLINE Step by Step https://youtu.be/fKScU_Z1hpw
Anda biasa buat jualan guna WhatsApp?

Maksud saya cuba close Sales di WhatsApp selepas prospek mesej?

Jika ya, mungkin anda mahukan ilmu yang mahal ini. Ilmu tentang cara close Sales di WhatsApp.

Boleh tonton video terbaru dari saya:

https://youtu.be/xvFpF7mTDfM
Seronok betul setiap kali belanja barang dapur dapat potongan harga 50%.

Nak tahu caranya?

Saya kongsikan dalam video terbaru. Boleh tonton di sini:

https://youtu.be/iIXV9XHLaJI
Salam semua...

Saya Wan Muhd Ali mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.

Meskipun kita beraya dalam suasana PKP, biarlah kita sambut ia dengan gembira.

Kami sekeluarga beraya menggunakan video call live secara online saja.

😊🥳
Salam semua.

KELAS ONLINE PELUANG BISNES AZADEL

JUMAAT, 21 Mei 2021
9.00mlm

Malam ini kita akan bincangkan tentang:

- Apa itu Azadel
- Bagaimana bisnes affiliate Azadel berfungsi
- Potensi pendapatan dalam Azadel
- Apa itu My Freedom Project
- Pelan pendapatan
- Siapa yang patut join
- Bagaimana untuk bermula?

Bermula hari ini, untuk masa depan yang gemilang.

Change your choice, change your life!

Sertai kelas melalui:

Join di Zoom: https://us02web.zoom.us/j/82884084132

Join di FB Group: https://www.facebook.com/groups/azadel/

Ajak rakan2 anda supaya mereka juga mendapat manfaat dari program ini.
Total Lockdown bermula 1 Jan 2021!

8200 lebih kes dalam satu hari!

Situasi covid dalam negara kita bukan lagi suatu yang boleh dipandang ringan.

Kita sudah berada di tangga pertama dunia dalam penularan covid yang begitu tinggi saat ini.

Berita kematian setiap hari. PKP juga tidak tahu bila akan berkesudahan sebaliknya semakin hari semakin diperketatkan.

Apa persediaan kita?

Adakah masih menunggu atau sudah ada rancangan untuk mengelakkan situasi buruk ini?

Kita sudah masuk tahun kedua, seharusnya ramai yang ambil maklum dan buat persediaan untuk jana pendapatan kedua walau hanya tinggal dalam rumah.

Malam ini saya akan berkongsi dengan anda secara live tentang peluang jana pendapatan dari rumah.

Ini bisnes dari syarikat saya sendiri, bukan MLM, bukan syarikat luar negara tetapi syarikat saya sendiri iaitu Azadel.

Dalam sebulan lebih Azadel sudah ada lebih 1300 orang pengguna dan ramai telah jana pendapatan menggunakan handphone sahaja.

Sertai kelas malam ini secara live samada di FB atau di zoom.

Tajuk: Peluang Bisnes Azadel
Hari: Jumaat (malam ini)
Jam: 9pm - 11pm
Presenter: Wan Muhd Ali

Join di Zoom: https://us02web.zoom.us/j/82884084132

Passcode : 3BYrdP

Join di FB Group: https://www.facebook.com/groups/azadel/

Ajak rakan2 anda supaya mereka juga mendapat manfaat dari program ini.