Wanita Idaman Syurga
202 subscribers
650 photos
38 videos
10 files
115 links
Persahabatan hingga ke Syurga. Semoga bertemu di Syurga Allah. InshaAllah.
Download Telegram
Berhati-hatilah dengan setiap gambar yang kita post di alam maya. Terkadang, ianya punca giliran kita di sana lambat, kerana menunggu si dia datang meminta hak. Gambar yang mempamerkan 'aib' mereka, gambar yang memperlihatkan aurat mereka kepada orang lain. Tolong jaga-jaga dengan setiap perlakuan kita. ☺️

Take note.
Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, Tuan Syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah saya tidak ditunaikan. Makan minum saya tidak diendahkan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan. Selalu mengherdik-herdik saya.

Tuan Syeikh tersenyum.

Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang Beruntung.

Isteri: Hah? Untung?

Syeikh: Ya, puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang, tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara, tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala. Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa? Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu, wahai puan. Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: MashaAllah. Beruntungnya kamu, puan.

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allahuakbar. Puan, berapa umur puan sekarang?

Isteri : 40 tahun.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu, tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, umur umatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi, puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali kepada-Nya. Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan sebaiknya. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami. Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu dengan zahir, batin, perbuatan mahupun kata-kata maka akan diseksa oleh azab Allah di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini, wahai puan. Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah, tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?
Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadah solatnya pun telah ditolak oleh Allah?

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya daripada neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya. Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu. Hutang yang tidak mampu dibayar kembali kerana isteri tidak redha diperlakukan begitu.

Isteri itu diam. Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya.

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf kepadamu?

Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

Isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah. Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri.

Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik lalu bertanya.

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja. Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.

...

Kuatnya seorang wanita itu. Tetap bersabar walau diuji, tetap berbelas walau dikeji, tetap tersenyum walau disakiti, tetap mengasihi walau dibenci, tetap mendoakan walau dikhianati.

Sumber: http://diaryummiadam.blogspot.my/2014/12/isteri-solehah-syurga-milikmu.html?m=1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Komen dari Nurafiqah Abdul Latif

Perkongsian Ilmu hari ini.

Ada 13 golongan orang yang kencingnya menyebabkan sembahyangnya tidak sah. Seterusnya doanya tidak termakbul.

1. Salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.

2. Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas.

3. Cuci kencing kelam kabut. Ingatkan dah bersih, rupa-rupanya zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak.

4. Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.

5. Menahan kencing, dah terkeluar sikit. Tapi selesai kencing hanya cuci macam biasa. Nak solat, tak tukar seluar atau menanggalkannya.

6. Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan. Tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas.

7. Jika kita pergi ke mana-mana tandas di masjid mahupun surau, pastinya ada selipar ataupun terompah. Pertanyaannya mengapa, sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut.

8. Kencing adalah najis. Najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah.

9. Tandas yang tak berbau hancing membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci.

10. Kencing akan meninggalkan sisa di bahagian batin (dalam).
Belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya.

11. Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil. Oleh yang demikian cuci kedua-duanya selepas membuang hajat.

12. Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis). Di dalam tidak najis tapi di luar akan jadi najis.

13. Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (yakin) membolehkan kita bersolat.

CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan betul. Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api Neraka hanya kerana tidak betul dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak mensolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata: “Apakah salahku? Kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang meremehkan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

LELAKI: Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.

WANITA: Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

SANGAT PENTING:

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Sudah benar atau tidakkah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Kerana telah dijanjikan neraka bagi mereka yang tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna, baik hadas kecil/hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
Sesetengah daripada ulama Arab berkata, jangan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai enam sifat berikut:

1. Al-Ananah
Perempuan yang suka mengeluh dan mengadu perihal diri kepada orang lain. Tapi suka berhias untuk orang lain.

2. Al-Mananah
Perempuan yang suka mengungkit-ungkit, kata suami tidak ada buat kebaikan.

3. Al-Hunanah
Perempuan yang suka melihat lelaki yang lain. Hensem la, kaya la dan suka tengok anak orang lain, comel la, gebu la (dan berkeinginan untuk ada anak dengan lelaki lain).

4. Al-Hudaqoh
Perempuan yang suka memberati dan membebankan (menyusahkan) si suami dengan keinginannya serta memaksa suami asalkan keinginannya dipenuhi.

5. Al-Buroqah
Perempuan yang suka bersolek dan menayangkan kepada orang lain. Perempuan suka marah-marah bila tidak merasa cukup dengan apa yang ada. TIDAK BERSYUKUR.

6. Al-Salaqoh
Perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan banyak berkata-kata.

Saya percaya semua wanita Malaysia ni baik belaka dan tidak memiliki sifat di atas.

Kitab Pengajian Muhimmah
Ustaz Umar Bukhari
12.12.2022
Semoga kita, wanita idaman Syurga dijauhkan daripada sikap-sikap yang buruk. 😓

Kita mahukan pasangan yang soleh, jadi kita perlulah berusaha untuk menjadi seorang yang solehah dan berilmu. 🥺
Binatang yang hidup paling singkat tapi keseluruhan hidupnya habis untuk BERZIKIR...kekatu.

Berbeza dengan kita manusia, hidup 100 tahun pun belum tentu setiap detik dan saat berzikir. 🥺

Qalbyyyy97
Perempuan sangat istimewa,
Allah letakkan kedudukan perempuan,
Darjat paling tinggi.

Dan kerana itu,
Perempuan perlu ada malu yang tinggi,
Perlu menjaga harga dirinya,
Kerana dia sangat mahal dan bernilai.

Siapa-siapa yang menjaga dirinya dengan baik,
Dialah yang akan menjadi ketua bidadari syurga,
Yakni,
Wanita solehah.

Perempuan,
Jagalah dirimu dengan sebaiknya,
Malu yang tinggi itu perlu ada,
Akhlak itu perlu perbaiki dengan baik,
Auratmu itu perlu tutup dengan sempurna,
Supaya kau juga akan terselamat.

Sungguh,
Jika semua ini kau ada,
Jika semua ini kau ikuti,
Aku yakin,
Kau adalah sebaik-baik perhiasan,
Wanita solehah.

- Hadramiyah
Hukum dye rambut sebab uban. Suami rambut uban sedangkan belum tua.

Lelaki atau perempuan, harus mewarnkan rambut uban, yang penting dye tidak menghalang air kena pada rambut. Warna hitam ada ulama' kata haram, ada kata makruh. Boleh ambik mana-mana.

Nasihat saya buat isteri-isteri, warnakan lah rambut yang beruban untuk pikat suami semula. Lelaki ni suka bila wanita ada merah-merah di hujung tubuh. Di rambut, di bibir, di pipi dan di jari.

Uai
Masjid Taman Panchor Jaya

Nota: Ummu Amni
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

— Gul Jaan

Allahumma solli 'ala Muhammad ♥️