Wanita Idaman Syurga
199 subscribers
650 photos
38 videos
10 files
115 links
Persahabatan hingga ke Syurga. Semoga bertemu di Syurga Allah. InshaAllah.
Download Telegram
Muka dan tangan tu aurat di hadapan lelaki ajnabi walaupun lelaki tu suami kepada sahabat (bff). Hukum tetap hukum, tiada kompromi.

Simpanlah sifat malu di jadapan lelaki ajnabi walaupun suami kepada sahabat (bff). Jangan buat macam adik-beradik sendiri. Hukum tetap hukum jangan buat main-main.

Terluka hatiku apabila melihat wajahnya dibuka di hadapan lelaki ajnabi apalagi hati Rasullullah SAW jika baginda melihat kaum wanita yang mengaku ummatnya, berselawat menyambut Maulidur Rasul namun tak jaga batas-batas IKHTILAT dan AURAT apabila berhadapan lelaki ajnabi.

AWASLAH

Menjadi DAYUSlah suaminya dan NUSYUZlah dirinya sebab tak jaga aurat muka dan tangan di hadapan lelaki AJNABI.

Jangan dibiarkan dosa itu berlarutan.

Orang yang tahu dosa tapi dia tetap melakukannya maka ia mendapat dua kali lipat ganda dosa daripada org yang tidak tahu. BERTAUBATLAH wahai saudariku.

Takutilah Allah SWT

— Ustazah Nazirah Abd Rahim
Sebab-sebab wanita mesti memilih hitam dalam pakaian mereka terutamanya wanita Muslimah (wanita Islam).

1. Hitam adalah warna kegemaran Sayyidatina Fatimah az-Zahra ketika keluar dari rumah kerana ia boleh mengurangkan tarikan pandangan ajnabi.

2. Warna hitam tidak menampakkan bentuk tubuh. Kebanyakan warna-warna cerah senang menampakkan aurat, terutamanya warna putih. Jadi, jika pakaian cerah, biasanya mesti pakai pakaian dalam yang longgar daripada sebelah dalam. Ini bersyarat, jika warna hitam itu tidak nipis kainnya, InshaAllah tak perlu pakaian dalam yang banyak.

3. Hitam sesuai dengan semua warna lain. Sekali sarung jaa, zassss cantik elok dengan apa-apa pakaian. Hitam juga warna terdesak, korang tak perlu nak fikir panjang bila nak pakai baju apa warna apa, sarung jaa hitam.

Tiha jenis yang tak fikir hitam sesuai ke tak dengan warna kulit Tiha. Kalau Tiha gelap pun maybe pakai hitam juga kot hahahahahahaha. Tapi memang Tiha selesa hitam sebab tak perlu fikir lama-lama nak dress up. Come on, jom kita terus pilih warna-warna yang senang ni, jaga penampilan kita kerana DIA dan tetap sopan serta kemas di mata orang lain. 😁

Nota: Bintu Yahya
3 hal bagi seorang isteri.

1. Elakkan mata selalu melihat kekurangan suami.

2. Elakkan telinga daripada mendengar kebahagiaan rumahtangga orang lain, membuat kamu iri dan dengki. Kerana kebahagiaan setiap pasangan punyai cara masing-masing.

3. Elakkan mulut daripada meminta pada suami benda atau perkara di luar kemampuan suami.

Sesungguhnya isteri yang solehah itu sangat menyenangkan suaminya dan rasa cukup atas pemberian suaminya. Dan bahagia seorang isteri bukan harta tapi layanan yang baik dan lembut daripada suami pada isterinya.

— bintu_zahraaa
Panduan Wanita SOLEHAH

Rasulullah SAW bersabda: "Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah."

Menguruskan rumahtangga suami pahalanya besar sekali.

Menguruskan anak-anak suami pahalanya besar sekali. Bak kata semua urusan suami jika isteri bantu maka akan jadi ladang pahala buat isteri.

Jadikan suami kita tiket ataupun visa kita ke Syurga.

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang isteri menunaikan kewajibannya terhadap ALLAH SWT, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih kepada Allah SWT terus menerus, dan selama mana berkekalan alatan tenunan itu pada tangannya maka seolah-olah ia solat berjemaah, apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya ALLAH SWT menggugurkan segala dosanya (selain dosa besar).

Khidmat isteri di dalam rumah suami:

- Hendak rumah suami sentiasa bersih
- Sediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta
- Sediakan makanan yang disukai suami
- Apa-apa perkara yang hendak dilakukan mesti dengan meminta izin daripada suami, contoh nak bersolek atau memakai pakaian baharu mesti minta izin suami. Jangan buat sesuka hati
- Menjahit pakaian suami dan anak-anak jika tahu

Salah satu tanda wanita solehah yang baik akhlaknya dan menjaga maruahnya ialah; Tumpuan hatinya untuk perbaiki akhlak, menguruskan rumahtangga suami dengan baik, walaupun tiada perabot yamg mahal dan mewah, itu bukan menjadi keutamaannya, sentiasa memelihara ibadah, menjaga hubungan dengan keluarga suami, dan sesama manusia dan makhluk lain.

— Ustazah Nazirah Abd Rahim
Menjaga Pandangan;

"Kata Baginda Nabi ﷺ Tidak ada fitnah dahsyat setelah aku terhadap ummat aku melebihi, dahsyatnya fitnah perempuan pada laki-laki. Kalau lelaki boleh jaga maruah, tak mengorat perempuan, tidak akan ada perempuan yang berlengguk-lengguk di tepi jalan.

Wahai kaum laki-laki, jaga maruah kamu, tidak kacau orang, tidak ganggu orang, tidak mengorat perempuan, jika kamu menjaga itu, perempuan akan menjaga dirinya."

"Tapi perempuan akan mula jaga maruahnya, kehormatannya, apabila laki yang mula menjaga dulu. Jika tengok perempuan berhias lebih-lebihan tundukkan kepala, jika ia menggoda, dan laki-laki tidak melayan, pada saat itu perempuan akan menjaga maruahnya. Akan tetapi selagi lelaki gatal, selagi itu perempuan menggoda.

Jadi siapa yang kena mula? Ya laki-laki dahulu. Jangan salahkan perempuan sorang. Engkau jaga diri kamu, nescaya perempuan akan menjaga diri mereka."

"Sebab itu yang pertama sekali disuruh oleh Allah, adalah laki-laki. Iaitu katakanlah: "Wahai Muhammad, pada laki-laki untuk menjaga mata mereka. Yang kedua, menjaga pada perempuan. Wahai Adam dan Hawa, masuklah kamu ke syurga. Wahai Adam dan Hawa, iblis musuh kamu. Wahai Adam dan Hawa jangan sampai iblis keluarkan kamu dari syurga."

"Jika tidak kamu Wahai Adam akan celaka. Kenapa Adam sahaja yang celaka? Kenapa tidak dua-dua? Ini sebab tanggungjawabnya itu ada pada laki-laki.

Kita bukan kena garang pada perempuan, tidak, saya tidak cakap begitu. Kita menjalankan tugas syarak, yang ditentukan syarak, seperti sesuatu yang dikehendaki oleh syarak, itu adalah tanggungjawab laki-laki."

— Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Pinjam post kak Witness Shine II

Bila terasa nak burn out duduk rumah dengan anak-anak, reboot fikiran yang saya tengah collect pahala percuma daripada amalan suami di luar.

Pahala solat berjemaah, pahala dakwah, muzakarah, baca Al-Quran, zikir, hadir majlis ilmu, dengar bayan/ceramah, yamg kita tak buat, tapi masuk dalam buku amalan seorang isteri sepertimana yang dikhabarkan Nabi SAW kepada sayyidatina Asma binti Yazid RA.

Salah satu ucapan Asma bintu Yazid yang paling utama terkandung di dalam pertemuan beliau dengan Rasulullah SAW ketika Baginda sedang bersama dengan beberapa orang sahabat,

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai'atmu.

Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar untuk berjihad kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?"

Mendengarkan pertanyaan tersebut, Rasulullah SAW menoleh kepada para sahabat dan bersabda: "Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen yang lebih baik daripada apa yang dia tanyakan?". Para sahabat menjawab, "Benar, kami belum pernah mendengarnya, ya Rasulullah!"

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Kembalilah wahai Asma dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang di antara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, mengikuti (patuh terhadap) apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara'), itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki."

Maka kembalilah Asma sambil bertahlil dan bertakbir kerana gembira dengan apa disabdakan Rasulullah SAW.

Alhamdulillah atas nikmat mengenal agama, Allah dan Rasul memujuk wanita dengan ganjaran yanh tak ternilai yamg hanya boleh dikaut dari rumah tanpa perlu bersusah payah keluar mencarinya. Tanpa perlu keluar solat berjemaah tiap kali waktu solat Dan solat jumaat tapi dapat lebih daripada lelaki, tanpa perlu menghantar jenazah, tanpa perlu mengetuk satu-satu pintu untuk berdakwah dll tapi dapat pahala percuma bilamana dia redha dan memudahkan tugas suaminya di luar di samping menyokong dengan amalan-amalan rohani.

Bila reboot fikiran kembali pada perintah dan ganjaran Allah, automatic dikurniakan ketenangan dalam hati. Penat dan lelah yang sentiasa dicatatkan pahala.

Hilang rasa nak merungut. Apa-apa kesusahan, cari amalan yqng boleh membantu menarik nusrah (pertolongan) Allah untuk membantu memudahkan urusan rumahtangga dan anak-anak. InshaAllah biasanya akan terasa mudah dan ringan bila Allah yang menguruskannya

Dalam islam tidak ada kesamarataan, yang ada hanya ada KEADILAN, yang meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tugas lelaki ada tempatnya, tugas wanita ada tempatnya.

Inilah dia fitrah cantik yang Allah ciptakan untuk saling menyempurnakan, tapi kita merosakkannya asbab kejahilan kita bila menuntut kesamarataan.

Semoga Allah ampunkan kejahilan kita. Aamiin.

— Ruqayyah Ahmad Fuad
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perut lapar sepatutnya melemahkan nafsu sebab tu dalam Islam jangan makan berlebihan. Bila terlalu kenyang, nafsu akan naik. Maka, berpuasa adalah cara untuk mendidik nafsu.
Yaa, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun dosa-dosa besar. Tapi ulama' cakap, orang yang bodoh adalah orang yang mengambil kesempatan di atas kerahiman Allah. 😢

— Zinnirah
Azab untuk orang yang meninggalkan solat...untuk yang suka melewatkan solat pun ada azabnya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Kalau rasa nak diseksa, kalau rasa tak kesah diseksa, kalau rasa masih punya banyak masa, kalau rasa endah tak endah, kalau rasa TAK TAKUT dengan Allah, bersedialah. 😢

Jangan kita fikir, aku baik, aku selalu bagi duit kepada ibu bapa, aku selalu bersedekah, aku kerja halal, aku itu ini, aku tidak akan diazab.

Tidak ya! Solat adalah perintah Allah yang paling utama. Kalau perintah yang utama pun kita tinggal, jangan rasa selamat untuk tidak diazab Tuhan. 😢

— Zinnirah
Ular untuk orang yang tidak solat, namanya Syuja'ul Aqra'.

Lilitannya sebesar leher unta. Sekali gigit, 70 tahun menggelupur dalam Alam Barzakh.

Di akhirat, akan dibangkitkan dengan muka yang hitam, berjalan menggunakan muka dan kaki di atas. Diletakkan di dalam neraka Saqar dan ditarik tali perut keluar melalui mulut.

Allahuakbar! 😢
Forwarded from BBM Auni Zahra
15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa dihargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab. Wallahu A’lam,

Sumber: Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)
‎Sampaikanlah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. 🌱

Jika engkau miskin, maka Allah سبحانه وتعالى akan mencukupkanmu.

Jika engkau kurang ilmu, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengajarmu!

Jika syaitan sentiasa ada pada sekelilingmu, maka Allah سبحانه وتعالى akan menyelamatkanmu daripadanya.

— Syeikh Soleh Al-Jaafari Al-Husaini
Saidina Abu Hurairah berkata: "Membaca selawat kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam adalah jalan menuju syurga."

🌱
Isteri yang solehah bukanlah isteri yang tidak pernah derhaka kepada suaminya. Tapi isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa meminta maaf pada suaminya apabila dia melakukan kesalahan dan dia sentiasa berusaha mentaati serta mengharapkan keredhaan suaminya. Itulah isteri solehah.

— Ustazah Solehah Bukhari; Pengajian Kitab Uqudul Lujain

Nota: Sollehah Alami
Biarlah lelaki tak puji kau comel. Biarlah lelaki tak puji kau cantik. Biarlah lelaki kata kau sombong. Sebab semua tu tak akan dapat bawa kau masuk ke syurga. Wanita yang mempunyai sifat malu yang tinggi, dia tidak akan peduli dengan kecantikannya. Yang dia mahu adalah keperibadian akhlak dan malu yang tersimpan dalam dirinya.

Biar digelar sombong...daripada digelar murahan. Tetaplah berusaha untuk meraih redha dan cinta Ilahi. Wanita, mahalkan dirimu. Jangan tunjuk kecantikanmu. Nak tunjuk, tunjuk lah pada orang yang layak yang bergelar suamimu. Jangan bangga dengan kecantikan sekarang, sebab kecantikan wajah tak akan kekal. Tapi yang kekal adalah kecantikan akhlak.

Muhasabah...
— Nurrul Aaliya Wanie
"Menjadi seorang wanita hanya ada 2 pilihan:

1. Sebaik-baik perhiasan atau
2. Seburuk-buruknya fitnah.

Semua kembali kepada kita, adakah kita ingin menjadi wanita yang dihadirkan membawa kebahagiaan untuk orang-orang di sekitarnya? Maka ia menjadi sebaik-baik perhiasan. Tetapi apabila kita dihadirkan untuk menjadi ujian bagi sekelilingnya yang menghancurkan hati sesama, maka ialah seburuk-buruk fitnah."

— Ustazah Aliyah Fuad Al-Musawa

Nota: #ummufuqara