Ustaz Wadi Annuar Official
โœ”
113K subscribers
1.27K photos
242 videos
17 files
1.35K links
https://linktr.ee/UstazWadiAnnuar

๐Ÿ“‹ Bagi sesiapa yang berhajat untuk sama-sama membantu MediaUWA dalam kos pengurusan dan operasi bolehlah salurkan ke akaun:

MEDIA UWA SOLUTION
Maybank: 5520 5983 4949
Download Telegram
Assalamualaikum,

Konvensyen Perpaduan Umat Islam:
Ahli Sunnah wa al-Jama`ah Asas Kestabilan Malaysia Madani

Ceramah Perdana : Keunikan Akidah Ashairah

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
โฐ ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚: 9.30 pagi
๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. (Masjid Besi)

Semua rakyat Malaysia di jemput hadir
Assalamualaikum, jom sama-sama share live UWA ini. Niat untuk sebarkan dakwah, moga dapat kebaikan untuk semua.

Langkah 1 : Tekan Link ๐Ÿ”— ini :
https://www.facebook.com/share/v/1Ly2QJM6ySTJ4WX5/?mibextid=WC7FNe

Langkah 2 : Tekan butang โ€˜shareโ€™ dan taip ;

@followers #sahabatdakwah
Berbakti kepada ibu bapa adalah salah satu kunci diluaskan rezeki seseorang.
Assalamualaikum, jom sama-sama share live UWA ini. Niat untuk sebarkan dakwah, moga dapat kebaikan untuk semua.

Langkah 1 : Tekan Link ๐Ÿ”— ini :
https://www.facebook.com/share/v/yw8yzMJFcpP12K9K/?mibextid=WC7FNe

Langkah 2 : Tekan butang โ€˜shareโ€™ dan taip ;

@followers #sahabatdakwah
๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—ข๐—ก๐—š (๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—˜๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š) ๐——๐—œ ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——.

Berita baik kepada mereka yang ingin menjadi salah seorang warga Dakwah Global Sdn. Bhd. Kami kini mencari seorang ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐ž๐ญ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ง๐  secara full-time. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan juga mahir dalam reka bentuk grafik.
.
Hantarkan surat permohonan dan resume terkini anda ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ 15 Oktober 2024 (Selasa) , ke alamat emel ; admin@dakwahglobal.com atau serahkan di pejabat kami :
.
Dakwah Global Sdn. Bhd.
Lot 5552, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung, 08000 Sungai Petani, Kedah
.
Sebarang pertanyaan anda boleh Whatsapp Admin Dakwah Global di talian http://www.wasap.my/60122521565
Sekian. Terima Kasih.
.
#jawatan #jawatankosong #ustazwadiannuar #internetmarketing
https://vt.tiktok.com/ZS23MPDPA/

๐Ÿ›‘๐—Ÿ๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ/๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฟ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—จ๐—ช๐—”!

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menikmati harga promo TERENDAH dan peluang memenangi cabutan bertuah eksklusif! ๐ŸŽ

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan pendrive berkualiti pada harga runtuh. Cepat, sebelum masa tamat! โฐ

#PendriveUWA #JualanMega1010 #PromosiTerhad
Ustaz Wadi Annuar akan hadir esok (12 Oktober 2024) ke Konvensyen Perpaduan Umat Islam, bersama puluhan alim ulama dan tuan-tuan guru yang dihormati.

Mari bersama kita mengukuhkan perpaduan dan mempertahan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaโ€™ah untuk kestabilan ummah dan negara.

https://www.facebook.com/share/v/KDGnR4vWYKapX1KA/?mibextid=WC7FNe
Nafkah. Perkara yang perlu diambil tahu oleh kedua-dua pihak (suami dan isteri).
RESOLUSI KONVENSYEN PERPADUAN UMAT ISLAM

1. Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan mazhab Asyairah dan Maturidiah adalah tonggak utama dalam memelihara kesucian Islam daripada ancaman pemikiran yang sesat. Oleh itu, usaha mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini harus melampaui batasan sentimen politik kepartian, masalah peribadi di kalangan pendakwah, serta perbezaan pandangan dalam hal-hal cabang (furuโ€™).

2. Perbezaan pandangan di kalangan asatizah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama ada dalam cabang akidah, fiqh, atau tasawuf, mestilah diuruskan dengan penuh hikmah dan adab. Ini penting untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang boleh mencetuskan fitnah besar dan melemahkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

3. Agensi-agensi agama Persekutuan seperti JAKIM, JAWI, TV Hijrah, IKIM, YADIM, dan lain-lain perlu berperanan dengan penuh komitmen dan menjiwai keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang disahkan oleh Majlis Raja-Raja. Ini adalah penting untuk memastikan tiada perpecahan berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, kerana agensi-agensi agama ini memainkan peranan yang signifikan dalam memberikan penerangan mengenai agama Islam.

4. RUU Mufti Wilayah perlu diluluskan secepat mungkin di Parlimen memandangkan negeri Kedah telah lebih awal meluluskan Enakmen Mufti Dan Fatwa Negeri Kedah 2008. Bahkan, isi kandungan RUU Mufti tidak jauh beza dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Warta Kerajaan Sabah 2017, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 2020 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka Pindaan 2022. Wilayah Persekutuan tidak harus ketinggalan dalam usaha memartabatkan Islam melalui RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

5. RUU Mufti Wilayah tidaklah merendahkan kedudukan YDPA kerana fasal 4(1) menyebutkan "Mufti hendaklah membantu dan menasihati YDPA berkenaan semua perkara hukum syarak...". Keadaan ini sememangnya telah dipraktik di seluruh negeri dalam Malaysia sejak dahulu. Tambahan lagi, Kertas Cadangan RUU Mufti telah mendapat perkenan YDPA pada 12 Mac 2024, hal ini bermaksud RUU Mufti ini telah dipertimbang oleh YDPA sebelum diperkenankan. Dakwaan bahawa RUU Mufti jika diluluskan akan memberikan kuasa mutlak kepada Mufti adalah tidak berasas sama sekali.

6. RUU Mufti juga tidak menganggu-gugat urusan orang bukan Islam, jauh sekali untuk mengikat negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Mufti Wilayah dalam RUU Mufti ini hanya terhad kepada urus tadbir fatwa, falak, penentuan arah dan lain-lain yang hanya berkait dengan amalan orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.

7. RUU Mufti bukanlah suatu perkara baharu dalam negara kita. Ia adalah penambahbaikkan kepada akta sedia ada. Pengamalan sedia ada sebelum ini telah terbukti tidak menganggu golongan bukan Islam atau hak negeri Sabah dan negeri Sarawak. Justeru, tiada yang perlu dirisaukan golongan bukan Islam atau orang Islam di negeri-negeri lain.

8. Agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri-negeri seperti JAKIM, JAIN, Jabatan Mufti mestilah dipelihara kesuciannya. Sebarang usaha untuk merendah dan memperolok-olokkan agenda agama mestilah diambil tindakan segera agar ia tidak merebak lebih parah.

9. Kerajaan perlu memandang serius perpecahan dalam kalangan ilmuan Islam yang sering menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat. Kerajaan perlu berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan MKI bagi memastikan tindakan para ilmuan Islam berlandaskan kebenaran.

Disediakan oleh:
Sekretariat Konvensyen Perpaduan Umat Islam

Dibacakan oleh:
Dr. Syed Shahridzan Ben Agil (SUA Islami Malaysia)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1070407908429368&id=100063805051570&mibextid=WC7FNe
Assalamualaikum, jom sama-sama share live UWA ini. Niat untuk sebarkan dakwah, moga dapat kebaikan untuk semua.

Langkah 1 : Tekan Link ๐Ÿ”— ini :
https://www.facebook.com/share/v/s3RvB3BMzgrbRkvM/?mibextid=WC7FNe

Langkah 2 : Tekan butang โ€˜shareโ€™ dan taip ;

@followers #sahabatdakwah
RUU Mufti pastikan punca bidang kuasa lebih teratur

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) yang bakal dibentang pada sidang Parlimen akan datang bertujuan memastikan punca bidang kuasa mufti lebih teratur serta jelas tanpa ada pertikaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan, RUU itu bagi membolehkan jawatan mufti mempunyai lebih ketertiban dan keteraturan daripada segi Perlembagaan serta undang-undang negara, namun tidak akan memperluas atau meningkatkan kuasa mufti.

"Saya juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naโ€™im Mokhtar bahawa hampir semua fasal dan perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu hampir sama seperti Enakmen Fatwa Negeri Sabah berhubung mufti di negeri itu yang diluluskan pada 2004.

"Bermaksud Sabah sudah memiliki undang-undang serupa selama lebih 20 tahun. Sabah tak ada berubah daripada segi amalan ataupun kebebasan beragama, bagi yang bukan Islam kita lihat acara ataupun pesta dan keraian seperti Pesta Kaamatan masih dijalankan," katanya dipetik selepas menghadiri Program Kesihatan Lembah Pantai pada Sabtu.

Kenyataan itu bagi menjawab dakwaan 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah yang mendakwa rang undang-undang itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 selain akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.

"Jadi bagi mereka yang mengeluarkan tuduhan seperti ini, saya sarankan teliti balik sejarah (undang-undang ini di) Sabah yang sudah dibuat 20 tahun lalu, tiada sebarang kesan negatif.

"Sehubungan itu, jangan pandang serong dan perlu celik undang-undang. Kita mahu agama Islam bagi yang muslim bukan hanya untuk dihormati tetapi (juga) mahu dari segi undang-undang (ia) teratur," kata Fahmi yang juga jurucakap kepada kerajaan.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Mohd Naโ€™im Mokhtar menegaskan, RUU tersebut hanya mengikat orang Islam serta terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Penggubalan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam, seterusnya menjamin hak-hak keadilan kepada umat Islam di Malaysia.

Diharapkan ia dapat dilaksanakan agar dapat memperkukuh sistem perundangan Islam tanpa menimbulkan kekeliruan.

https://www.facebook.com/100063805051570/posts/1071850101618482/
Takziah diucapkan kepada mereka yang diuji dengan musibah banjir dan pelbagai musibah lain pada ketika ini. Dalam masa yang sama, kita sedekahkan al-fatihah kepada semua saudara yang telah meninggalkan kita.
.
Baginda ๏ทบ bersabda: โ€œSesiapa yang mengucapkan doa ini ketika ditimpa musibah, Allah pasti akan menggantikan buatnya sesuatu yang lebih baik.โ€
.
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ๏ทบ ini:
.
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃู’ุฌูุฑู’ู†ููŠ ูููŠ ู…ูุตููŠุจูŽุชููŠ ูˆูŽุฃูŽุฎู’ู„ููู’ ู„ููŠ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinyaโ€.

.
Hadis Riwayat Muslim

#ustazwadiannuar
Ketidakfahaman orang awam tentang istilah al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah tidak menafikan fakta majoriti umat Islam berada di atas akidah ini.

Bahkan, ketidakfahaman orang awam terhadap perincian akidah al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah tidak memberi apa-apa kesan kerana mereka tidak diwajibkan dan tidak dituntut untuk mengetahuinya.

Apa yang diambil kira dalam perbahasan ini ialah pandangan para mujtahid dan ulama muktabar dan majoriti mereka berada di atas akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang diwakili oleh al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah.

Inilah maksud majoriti umat Islam berada di atas akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang diwakili al-Ashaโ€™irah dan al-Maturidiyyah.

Baca sini:

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/6007-al-afkar-149-akidah-ahlu-sunnah-wal-jamaah-al-ashairah-dan-al-maturidiah-pegangan-majoriti-ummat-2
UCAPAN TAKZIAH

‎ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†. ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡.

‎Ustaz Wadi Annuar mengucapkan takziah kepada keluarga al-Syahid YS.

‎Al-Syahid ada seorang tokoh yang berani dan tegas. Kehilangannya sukar diganti dalam perjuangan, namun semangatnya akan terus menyala dalam hati mereka yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

Semoga semua amal perbuatannya diterima sebagai amal soleh dan Allah mengampuni segala dosanya.

‎โฆ #ustazwadiannuar
Untuk makluman semua, posting poster takziah untuk YS di Facebook dan Instagram UWA dipadam. Boleh ikuti akaun rasmi UWA di laman X :

https://x.com/ustazwadiannuar/status/1847488717780636082?s=46
Posting ucapan takziah YS diremove oleh FB.

Ikuti akaun X rasmi Ustaz Wadi Annuar :

https://x.com/ustazwadiannuar?s=21