Unit Pengambilan PDRM
41.3K subscribers
96 photos
1 video
6 files
10 links
Telegram Rasmi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia. Ikuti hebahan rasmi pengambilan PDRM.
IG Rasmi - @UnitPengambilanPDRM
FB Rasmi - Unit Pengambilan PDRM
Twitter Rasmi - @PengambilanPDRM
Download Telegram
Pengumuman :

Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi jawatan
Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita)
Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Calon Yang Telah Mengisi Permohonan Jawatan Pada Tarikh Iklan Yang Terdahulu Seperti Yang Tertera Di Bawah Sahaja Boleh Menyemak Status Panggilan:-

I) Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita):-
   Tarikh Iklan Pada 27 Disember 2022 hingga 9 Januari 2023

Ii) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki):-
    Tarikh Iklan Pada 12 Januari 2023 Hingga 25 Januari 2023

Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM
Bermula 10 Feb 2023 hingga 13 Mac 2023.

Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan klik di 'Semak Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Bermula Tahun 2023 dan Bagi Tahun Yang Seterusnya, Calon-calon Yang Telah Berjaya Melepasi Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal Wajib Menjalani Larian 2.4Km Bagi Semua Jawatan Yang DiTawarkan Oleh Pihak PDRM.

Dibawah Adalah Panduan Penilaian Masa Larian 2.4 Km (Lelaki/ Wanita)
Pengumuman : Semakan Status Panggilan Ujian SPiER-PDRM bagi jawatan :

1. Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita) Awam; dan

2. Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita) Awam

Semua Calon Yang Telah Melepasi Pemeriksaan Ujian Fizikal Pada Bulan Februari Tahun 2023 Dikehendaki Membuat Semakan Panggilan Ujian SPiER-PDRM bermula 21 April Hingga 7 Mei 2023

Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Berhubung Di Talian Help Desk 03-22668348/ 8350/ 8351 Seperti Yang Tertera Di Info Sistem e-Pengambilan PDRM, Instagram ,Facebook dan Telegram Unit Pengambilan PDRM.
Pengumuman :
Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :

26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Berikut adalah Proses Pengambilan Jawatan Dalam PDRM untuk makluman & rujukan kepada calon yang memohon jawatan dalam PDRM.
PERINGATAN :

PERMOHONAN JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/ WANITA) AWAM TAHUN 2023 AKAN TAMAT PADA 10 JULAI 2023
Pengumuman : Sistem E-Pengambilan PDRM Mengalami Masalah Teknikal

Sistem E-Pengambilan PDRM sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih
PENGUMUMAN :

Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 Awam (Lelaki / Wanita)

Pemohon yang telah mengisi permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 pada tarikh iklan 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023 boleh membuat semakan status permohonan.

Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 29 September 2023 hingga 9 Oktober 2023.

Pemohon dikehendaki :

i) Log Masuk
ii) Klik ‘Semak Status Permohonan’
iii) Klik ‘Semak’

Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan & larian 2.4 km. Calon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti yang tertera dalam surat panggilan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Pengumuman :

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan akan dibuka pada tarikh :

16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Pengumuman: Perubahan Pusat Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Wanita).

Perubahan Pusat Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan baharu hanya melibatkan Batalion 9 Pasukan Gerakan Am Gong Badak, Terengganu Ke Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 6 Wakaf Tapai, Terengganu.

Lain-Lain Pusat Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan tidak berubah.

Catatan: Masa dan tarikh adalah tidak berubah seperti dalam Surat Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan yang asal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di Talian Help Desk 03-22668347/8348/ 8350/8351
PERHATIAN :

PENGISIAN MAKLUMAT DI RUANGAN ALAMAT TETAP ADALAH ALAMAT YANG AKAN DIGUNAKAN UNTUK URUSAN PENGAMBILAN ( PEMERIKSAAN FIZIKAL, UJIAN SPIER-PDRM DAN TEMU DUGA).

PASTIKAN ALAMAT TERSEBUT DIKEMASKINI SEBELUM PERMOHONAN JAWATAN DIHANTAR.
PERHATIAN :

Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) telah dilanjutkan sehingga 3 November 2023.
Pengumuman :
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia.

Permohonan akan dibuka pada tarikh :
14 November 2023 hingga 30 November 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Pengumuman : Sistem E-Pengambilan PDRM Mengalami Masalah Teknikal

Sistem E-Pengambilan PDRM sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih
Pengumuman :

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli (Lelaki) Awam Tahun 2023.
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh memohon melalui
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Permohonan akan dibuka pada tarikh :

20 November 2023 hingga 20 Disember 2023.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat JAKOA di Negeri atau Daerah yang berdekatan.
Pengumuman : Semakan Status Panggilan Eksesais Temu Duga Bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita) Awam bermula 28 Disember 2023 hingga 5 Januari 2024.

Semua calon yang telah menduduki Ujian SPiER-PDRM pada tahun 2023 dikehendaki ‘Log Masuk’ di Sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat semakan.

Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan Klik di 'Semakan Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan Temu Duga Lisan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Temu Duga Lisan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
PENGUMUMAN :
Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan & Larian 2.4 km Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 dan Konstabel Polis Gred YT1 Awam (Lelaki / Wanita)

Pemohon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status permohonan :

1) Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) : Tarikh iklan pada 16 Oktober 2023 hingga 03 November 2023.

2) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki /Wanita) :
Tarikh iklan pada 14 November 2023 hingga 30 November 2023.

Semakan permohonan di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 09 Januari 2024 hingga 20 Januari 2024

Hanya pemohon yang layak dan memenuhi syarat permohonan sahaja akan dipanggil.

Pemohon yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen seperti yang tertera dalam surat panggilan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-2266 8347/ 8348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.