Unit Pengambilan PDRM
41.3K subscribers
100 photos
1 video
6 files
10 links
Telegram Rasmi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia. Ikuti hebahan rasmi pengambilan PDRM.
IG Rasmi - @UnitPengambilanPDRM
FB Rasmi - Unit Pengambilan PDRM
Twitter Rasmi - @PengambilanPDRM
Download Telegram
JANGAN TERPEDAYA: IKLAN PALSU TAWARAN JAWATAN DALAM PDRM.

Terdapat sebaran maklumat yang tidak benar dan palsu mengenai Urusan Pengambilan Jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengabaikan mesej yang tular di medium sosial seperti aplikasi Tik Tok dan lain-lain aplikasi. Iklan tawaran ini adalah palsu :

i) https://vt.tiktok.com/ZSYxkbt6m/ - @nur_aisyah7343

ii) https://vt.tiktok.com/ZSYxByTM2/ - @jawatan_kosong_job

iii) https://vt.tiktok.com/ZSYxBSdsm/ - @jobsmalaysia2024

iv) https://vt.tiktok.com/ZSYxBLveH/ - @jawatan_kosong46

v) https://vt.tiktok.com/ZSYxBakNb/ - @jobsrasmi

vi) https://vt.tiktok.com/ZSYxQ1H9e/ - @jawatan_kosong11
Sila layari Facebook, Instagram & Telegram rasmi Unit Pengambilan PDRM dipautan yang disediakan di bawah untuk info-info terkini berkenaan Pengambilan PDRM.

Facebook https://www.facebook.com/Unitpengambilan
Instagram https://www.instagram.com/unitpengambilanpdrm
Telegram https://t.me/unitpengambilanpdrm
Pameran Kerjaya oleh Unit Pengambilan Bukit Aman, Program Back To School di SMK Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan bertarikh 07/08/2024 | Rabu.
Pengumuman : Semakan Status Panggilan Ujian SPiER-PDRM bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Awam (Lelaki/ Wanita) Fasa 2

Semua Calon Yang Telah Melepasi Pemeriksaan Ujian Fizikal Pada Bulan Mei 2024 Dikehendaki Membuat Semakan Panggilan Ujian SPiER-PDRM bermula 20 Ogos 2024 Hingga 1 September 2024

Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Berhubung Di Talian Help Desk 03-22668348/ 8350/ 8351 Seperti Yang Tertera Di Info Sistem e-Pengambilan PDRM,Instagram, Facebook dan Telegram Unit Pengambilan PDRM.
Pengumuman :

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Orang Asli Gred Y1 (Lelaki) Tahun 2024.
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh memohon melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Permohonan akan dibuka pada tarikh :

11 November 2024 hingga 20 Disember 2024.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat JAKOA di Negeri atau Daerah yang berdekatan.
Makluman : Penangguhan Tarikh Penyerahan Surat Tawaran kepada calon Inspektor Polis Gred Y7(Lelaki / Wanita) dan Konstabel Polis Gred Y1 (Lelaki / Wanita) bagi Kontinjen Kelantan.

Semua calon Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Konstabel Polis Gred Y1 (Lelaki / Wanita ) bagi Kontinjen Kelantan yang telah menerima panggilan telefon daripada Urus Setia Unit Pengambilan untuk serahan surat tawaran TIDAK PERLU hadir pada tarikh berkenaan.

Tarikh baharu serahan surat tawaran bagi calon Inspektor Polis Gred Y7(Lelaki / Wanita) dan Konstabel Polis Gred Y1 (Lelaki / Wanita ) ini akan dimaklumkan kelak.

Semua calon dinasihatkan untuk menjaga keselamatan, kesihatan diri dan tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam tempoh penangguhan ini dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03- 2266 8347/ 8348/ 8350/ 8351.
Salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga ibadah kita diterima, hati kita dipenuhi ketenangan, dan segala amalan diberkati. Mari manfaatkan bulan penuh rahmat ini dengan keikhlasan dan kesabaran.

Ramadhan Kareem!
Salam Nuzul Quran
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang batil)"
Pengumuman :

Permohonan Jawatan Inspektor Polis Gred Y7 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2025.
Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :

21 Mei 2025 hingga 05 Jun 2025

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang ‘Maklumat Peribadi’ untuk kemaskini maklumat diri, keluarga, akademik & ko-kurikulum.
4. Klik butang ‘Permohonan Polis ‘ dan klik 'Permohonan Baru';
5. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
6. Klik butang 'Hantar Borang'.
7. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668347/ 8348/ 8350 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita, lebih-lebih lagi kepada seorang ibu yang telah mengandungkan, melahirkan kita ke dunia dengan penuh jerih perih, serta menyusukan kita dengan penuh kesabaran.

Selamat Hari Ibu
Selamat Menyambut Hari Wesak.

Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐆𝐔𝐑𝐔𝐏𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍