Umarvellous
1.57K subscribers
386 photos
2 files
342 links
Channel Umarvellous
Download Telegram
Tujuan anda buat iklan hanya untuk buat jualan.

Ada beza iklan yang orang ingat dengan iklan yang berkesan.

Super Bowl ditonton oleh lebih kurang 114.4 juta manusia.

Pets dotcom perlu bayar lebih RM5.1 juta untuk beriklan dalam slot iklan TV Super Bowl.

Akhbar USA Today menyatakan iklan mereka paling diingati penonton dalam banyak-banyak iklan yang ditayangkan dalam slot iklan TV tersebut.

Iklan mereka yang menghiburkan itu tiada offer dan CTA yang jelas.

Beberapa bulan selepas itu, Pets dotcom tutup bisnes.

.

Ada 1 lagi iklan yang ditayangkan juga semasa perlawanan Super Bowl.

Iklan ini teruk dikritik dan dikatakan iklan yang bodoh.

Iklan ini tidak diingati lama oleh penonton selepas Super Bowl tamat.

Iklan ini daripada Salesgenie dotcom.

Selepas iklan ini ditayangkan, lebih 30,000 calon pelanggan ke website mereka.

Ini berlaku hanya dalam 1 malam. Tanpa iklan bodoh tersebut, mereka perlukan 1 bulan untuk dapatkan trafik sebanyak itu.

Mereka juga mendapat lebih 2,100 panggilan telefon dan iklan mereka di YouTube mendapat 25,000 views bermula malam tersebut.

Dan yang paling penting, mereka berjaya buat jualan bersama keuntungan.

Lebih 18,000 pelanggan dapatkan servis mereka.

Setiap pelanggan bayar lebih kurang RM4,000.

18,000 x RM4,000 = RM72 juta

.

Sebagai penutup, marilah kita hayati nasihat daripada bapa pengiklanan moden iaitu Claude Hopkins.

“The only purpose of advertising is to make sales. It is profitable or unprofitable according to its actual sales. It is not for general effect. It is not to keep your name before the people. It is not primarily to aid your other salesmen. Treat it as a salesman. Force it to justify itself. Compare it with other salesmen. Figure its cost and result. Accept no excuses which good salesmen do not make. Then you will not go far wrong.”

Umar Taib
5 sebab anda perlu tinggalkan multitasking!


1) Otak berasap

Okay saya merepek. Otak tak berasap. Tapi penat.

Sampai masa memang otak akan penat. Tapi bila anda cuba jadi Mr Multitasking, awal-awal otak anda akan penat. Padahal perjalanan masih jauh.

Nak buat 10 perkara serentak. Otak kena bahagi 10. Buat 1 perkara pun anda terhegeh-hegeh ada hati nak buat 10.

.
2) Kerja

Setiap kali anda bertukar kerja, besar kemungkinan anda akan terabai kerja-kerja yang lain. Boleh jadi itu kerja yang penting.

Anda juga boleh jadi hilang punca dengan tiba-tiba.

Anda sedang menulis, tiba-tiba klien telefon pejabat. Anda selamba jawab dan berborak macam dalam rancangan sembang teh tarik. Bila nak sambung menulis, anda berbisik.

“Eh apa benda aku nak tulis tadi?”

Padahal boleh je partner atau staf anda tolong jawab tadi. Anda cuma perlu belajar yakin pada mereka.

.
3) Masa

Anda akan buang masa. Kajian menunjukkan 28% masa kerja sehari kita akan terbuang apabila kita melompat dari satu kerja ke kerja yang lain.

Anda tak sedar sebab anda sibuk terkejar sana sini. Otak anda akan ambil masa untuk set balik untuk setiap kerja.

.
4) Silap

Anda akan banyak buat silap. Terlalu banyak maklumat untuk diproses.

Anda perlu buat keputusan. Ini memerlukan anda berfikir dengan betul. Anda berfikir dengan maklumat yang anda dapat.

Anda akan buat keputusan yang silap bila segala macam maklumat telah bercampur aduk.

Lain lah anda banyak minum pati ayam Brands. Makan kismis minda ke.

.
5) Stres

Anda akan stres. Stres gila. Stres tak bertempat.

Kesihatan anda teruk. Hubungan sesama keluarga retak. Masa untuk diri sendiri dah tak ada. Apatah lagi untuk tuhan.

Anda bekerja dan berniaga untuk bahagiakan diri sendiri dan keluarga kan?

Umar Taib
5 kesilapan yang peniaga biasa buat untuk marketing & sales.



Kadang-kadang anda tak sedar kesilapan yang dibuat. Terutamanya dalam marketing & sales.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah:


1) Takutkan perubahan

Semakin hari dunia semakin maju ke hadapan. Jika anda takut untuk lakukan perubahan untuk bisnes anda akan ketinggalan.

Pesaing anda akan ambil kesempatan untuk menarik perhatian pelanggan anda. Ia akan menyebabkan bisnes anda semakin dilupakan.

Contoh:

Sekarang banyak bisnes yang menggunakan FB Ads untuk marketing. Majoriti bisnes sesuai menggunakan taktik marketing ini.

Tapi apabila anda mendengar cerita kawan-kawan yang gagal menggunakan FB Ads untuk bisnes, anda pun tak berani menggunakannya.

Padahal bisnes anda sesuai dengan taktik marketing ini.

Apa yang patut anda buat ialah keluarkan sejumlah bajet marketing yang mampu anda tanggung kerugiannya jika tak menjadi.

Mungkin RM50. Mungkin juga RM500. Terpulang kepada modal yang anda ada.


2) Buat banyak perkara terlalu cepat

Ini lagi satu kesilapan besar yang ramai peniaga lakukan. Terlalu banyak membazirkan masa dan duit untuk marketing dalam fasa permulaan bisnes.

Contoh:

Pada minggu yang sama, anda cuba mahir dan buat segala macam marketing.

Hari ni buat FB. Esok buat IG. Lusa buat Google. Tulat buat apa benda tah lagi.

Apa kata anda mahirkan 1 taktik marketing dulu. Dah pandai dan berhasil, baru belajar dan cuba yang lain.

Jangan asah pisau B kalau pisau A tak tajam lagi. Jangan guna pisau B kalau pisau A tak lepas potong sayur.


3) Bercakap pada pelanggan

Anda sepatutnya bercakap ‘dengan’ pelanggan. Bukan pada pelanggan.

Contoh:

Mereka hubungi anda untuk bertanya tentang produk yang diiklankan.

Anda tanpa berlengah terus bagi maklumat produk dan cara pembayaran.

Gelojoh sungguh!

Bertenang. Ambil masa untuk bercakap dengan pelanggan. Kenali mereka. Tahu apa sebenarnya masalah mereka. Kemudian baru beritahu bagaimana anda boleh selesaikannya.

Tunjukkan bahawa anda betul-betul nak bantu mereka dengan menggunakan produk atau servis anda. Gunakan gaya bahasa yang mereka selesa.


4) Mengabaikan nombor

Bisnes ada banyak nombor. Nombor-nombor ini penting untuk menentukan jangka hayat bisnes anda.

Nombor-nombor ini juga penting untuk mentukan apa kita buat betul atau tidak.

Contoh:

Anda buat iklan menggunakan Google Ads dengan bajet RM10. Anda dapat 10 prospek.

Esok anda tambah bajet jadi RM20. Anda dapat 12 prospek.

Lusa anda tambah bajet jadi RM30. Anda dapat 14 prospek.

Kalau anda tak kira berapa kos untuk dapatkan prospek, maka anda akan terus naikkan bajet sebab anda ‘rasa’ macam makin banyak dapat prospek.

Padahal kadar tambah prospek tidak berbaloi dengan jumlah bajet yang dinaikkan. Mungkin ada elemen lain yang perlu diubah supaya prospek bertambah.


5) Terlalu fokus kepada trend

Memang betul dengan cara online marketing anda boleh dapat ramai pelanggan baru.

Tapi dalam masa yang sama anda tak boleh nafikan yang cara marketing lama masih berkesan.

Contoh:

Pengiklanan dari mulut ke mulut.

Anda mungkin sudah ada sejumlah pelanggan sedia ada. Pelanggan ini suka dengan servis anda.

Minta mereka ceritakan pengalaman mereka dapatkan servis daripada anda kepada kawan-kawan.

Jika ada kawan-kawan mereka yang dapatkan servis anda, berikan pelanggan anda itu inisiatif.

Anda boleh beri mereka baucer diskaun. Atau anda boleh beri mereka ekstra 1 jam servis.

Dengan ini mereka akan jadi lebih bersemangat untuk ceritakan pengalaman mereka kepada lebih ramai kawan-kawan. Kini pelanggan anda sudah jadi ‘sales team’ anda.
Apabila menjual, pastikan ke dua-dua pihak menang.

Anda yang menjual menang.

Pelanggan yang membeli menang.

Jika anda sorang je menang, bermakna anda dah jual sesuatu yang pelanggan tak perlukan.

Lepas tu, dah susah untuk anda menjual lagi. Percayalah.
"Terima kasih atas tip-tip yang diberi. Jualan saya meningkat 20% daripada biasa."

~Azri Affendy

.

Apa jadi kepada bisnes anda kalau jualan meningkat kepada 20% macam student panduan Kalis Alasan ni?

Katakan anda jual X. Harganya RM100.

Seminggu anda mampu dapatkan 70 pelanggan.

Maka jualan anda RM7,000 seminggu.

.

Katakan anda boleh tingkatkan jualan sehingga 20%.

Sekarang jualan anda adalah RM8,400

Dah bertambah RM1,400 seminggu.

Atau bertambah RM5,600 sebulan.

Semua sekali dah pun meningkat kepada RM33,600!

Cuba bayangkan apa anda boleh buat dengan jualan dan keuntungan yang dah bertambah ni?

.

Tapi ini cuma anggaran. Boleh jadi lebih, boleh jadi kurang.

Yang penting ada usaha pada pihak anda. Bila berusaha, anda ada peluang untuk tingkatkan jualan.

Bila usaha ala kadar, apa sebenarnya yang anda harapkan?

Macam student panduan Kalis Alasan yang sorang lagi ni. Nama beliau Cik Sheena.

"Sebelum ini saya lebih kepada 'Ok, bye-bye. Tak nak sudah. Rugi tak beli dengan aku'. Terus abandon customer tu dan redha je la orang tak nak beli dengan saya. Haha..."

Syukurlah sekarang dia dah bertaubat dan tak macam ni lagi. Kalau diteruskan begini, memang ramai prospek yang akan lari.

Bila dah lari, macam mana nak ada peluang buat jualan? Buka pintu peluang buat jualan seluas-luasnya!

.

Prospek bisnes anda suka bagi alasan?

Jualan jatuh sebab tak tahu nak respon apa kepada prospek?

Anda guna panduan ini untuk tukar alasan jadi jualan, tukar prospek jadi pelanggan!

Klik sini sekarang: https://umarvellous.com/pka-op/
1. Banyak fikir dari mana nak dapat modal bisnes

2. Kurang fikir dari mana akan datang untung bisnes

Kesilapan yang selalu dibuat orang.
Penjual yang bijak lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Penjual yang baik lebih suka menolong daripada memaksa.

Penjual yang .......... . (anda isi tempat kosong)
Ada satu kajian. Kajian ni dibuat untuk lihat bagaimana pelanggan menilai servis baik & buruk.

Kajian dibuat di sebuah pasaraya.

Apabila pelanggan buat bayaran di kaunter, staf akan pulangkan duit baki & resit.

Separuh staf akan pulangkan dengan berikan duit & resit ke atas tapak tangan pelanggan.

Separuh lagi pulangkan dengan letakkan duit & resit di atas kaunter.

Apabila pelanggan keluar dari pasaraya, mereka ditanya tentang tahap servis pasaraya ini.

Pelanggan yang terima duit baki & resit di tangan kata servis pasaraya ini baik sekali.

Pelanggan yang kena ambil duit & resit di atas kaunter pula kata servis pasaraya ni buruk.

Anda ada dapat belajar sesuatu hari ni?
Profesor dari Universiti Columbia dan Universiti Stanford ada buat kajian yang menarik tentang pilihan.

Pilihan apa?

Pilihan kepada pelanggan. Okay macam ni.

=====

Mereka buka 1 booth dekat pasaraya.

Boot ni jual 6 jenis jem.

40% orang dekat pasaraya tu datang ke booth mereka untuk rasa jem.

30% beli jem yang mereka jual.

Seminggu kemudian, mereka buka lagi booth di pasaraya.

Tapi kali ni mereka jual 24 jenis jem!

Tahu apa jadi?

60% orang datang ke booth mereka untuk rasa jem.

Tapi tapi tapi..

Cuma 3% yang beli!

Jualan dengan pilihan 6 jenis jem, lebih banyak 10 kali ganda daripada 24 jenis jem.

=====

Kenapa jadi macam ni?

1) Apabila banyak pilihan, pelanggan semakin sukar buat keputusan.

2) Pelanggan sangat berharap dia buat keputusan yang terbaik. Tekanan ini menyebabkan mereka buat keputusan yang salah.

3) Pemilihan ambil masa dan akhirnya mereka mungkin putus asa.

=====

Anda bagi berapa pilihan kepada pelanggan?

Umar Taib
A: Halo tokey!

B: Eh halo.. lama tala nampak?

A: Sudah besar la tokey. Mana minat sangat dah main ni semua. Bisnes okay tokey?

B: Boley la..

A: Tokey kenapa sekarang nak main kena pakai kad? Dah macam nak lalu tol.

B: Pakai kad lagi untung maa..

A: Apasal lagi untung? Dulu bayar mesin pakai syiling. Lepas tu tukar pakai token. Sekarang dah kad pulak.

B: Lu mau tau ka?

A: Mestilah. Kalau tak gua tak tanya.

B: Masa gua tukar dari syiling ke token, sales gua naik double. Lu tau ka?

A: Wah banyak aa tokey.

B: Bila gua tukar dari token ke kad, sales gua naik lagi double!

A: Wow. Kenapa jadi macam tu tokey?

B: Ini gua belajar dari bisnes judi.. Lu tau ka dekat kasino orang pakai itu chip?

A: Oh tau.

B: Mana lu tau? Lu pernah pergi kasino ka?

A: Takdelah. Tengok dekat tv.

B: Kenapa kasino pakai chip? Kenapa tak judi terus pakai duit?

A: Tak tau la tokey.

B: Orang lagi senang mau belanja bila dia tak perasan itu duit.. Sebab itu duit sudah tukar jadi chip..

A: Ohh.

B: Lu pernah lalu itu lorong touch & go dekat tol?

A: Pernah. Saya ada kad touch & go.

B: Pernah tak lu lalu tiba-tiba kereta depan stop sebab tak cukup kledit?

A: Pernahh. Selalu gak tokey. Gua pun kadang-kadang tak perasan kredit tak cukup.

B: Yaa tengok.. Sama la sini.. Kad kena beli.. Sudah beli kena top up.. Bila main dia nampak kredit saja kurang.. Itu duit kurang dia tak perasan..

A: Hmm betul lah. Dulu masa main pakai syiling, gua kadang-kadang rasa berat gak nak masukkan duit dalam mesin. Main pakai kad ni kita tau touch & play je.
Baru-baru ni saya diminta oleh pihak PKNS untuk membantu sekumpulan cikgu. Bantu macam mana tu?
Bantu kongsi ilmu dan pengalaman bisnes saya yang tak seberapa nilah. Untuk program PROTUNe yang berlangsung di sekolah-sekolah.
PROTUNe ni macam sebuah program untuk melahirkan usahawan-usahawan di usia muda. Bukan biashe-biashe budak-budak sekolah ni.
Sebelum ni diorang pernah buat jualan RM2.5 juta dalam masa setahun tau. 🤑

.

Teringat saya meniaga masa sekolah dulu..
Masa sekolah rendah saya ada jual topeng. Saya koyak kertas dari buku latihan, lepas tu saya lipat jadi topeng.
Saya pon juallah kat kawan-kawan. Tak silapnya saya jual 20 sen satu.
Lepaslah nak beli jajan masa rehat.

.

Masa sekolah menengah saya jual henfon. Tapi henfon terpakai jelah.
Saya ramai kawan Chinese yang famili diorang kaya raya. Keluar model baru je beli. Keluar model baru je beli.
So yang lama tu, sayalah yang tolong jual. Dapatlah komisyen sikit.
Ingat lagi, orang pertama yang saya jual henfon adalah pakcik saya sendiri. Henfon Motorola. Sekarang mana ada lagi orang pakai phone Motorola.

.

Masa saya sambung belajar kat UiTM Melaka, saya jual produk-produk 3 in 1 kat bilik.
Bila dekat je masa exam, makin ramai la student yang datang ke bilik saya. Yelah, masing-masing nak stay up untuk study.
Tongkat ali dengan nescafe la paling laku. Sampai pukul 2, 3 pagi student ketuk pintu bilik nak membeli.

.

Masa kat UiTM Sarawak pulak, saya jual topup. Saya satu-satunya student yang jual topup kat blok tu.
Selalunya masa malam la ramai customer. Dah masing-masing habis kredit bergayut dengan awek. 😂

.

Last sekali saya meniaga masa belajar adalah kat UiTM Shah Alam. Saya jual produk elektronik.
Lebih spesifik produk macam kamera digital, MP3, MP4 dan yang sewaktu dengannya. Sekarang mana ada orang pakai lagi dah MP3 ni semua.
Masa tu kamera digital 12mp harga mesti seribu lebih. Saya pulak jual dua tiga ratus je.
Tapi saya jual yang takde brand lah. Yang beribu tu brand Sony, Nikon, Canon bagai.

.

Saya nak jual kamera branded tu semua tak mampu. Modal meniaga bukan banyak.
So saya jual jelah yang takde brand. Modal sebiji kamera baru dalam seratus.
Saya jual antara dua ke tiga ratus. Sehari paling banyak pun jual dalam 15 biji.
Boleh la buat duit belanja sikit, bayar yuran universiti sikit, beli buku sikit.

.

Kalau saya cuma fikir pasal produk, mungkin saya akan jual kamera yang dah ada brand supaya senang jual.
Tapi saya fikir pasal pelanggan dulu. Kepada siapa saya nak jual?
Masa tu saya target kepada orang yang pertama kali nak beli kamera digital. Yang tak berani nak belanja duit beribu-ribu terus.
Saya target kepada student-student. Yang perlukan kamera untuk buat assignment.
Bila saya tahu ada demand daripada golongan ni, baru saya cari produk yang sesuai untuk mereka.

.

Jadi kepada anda yang baru nak mula meniaga, tolong fikirkan tentang pelanggan dulu.
Fikir dari mana duit nak datang dulu.
Bukan fikir tentang produk dulu.
Dari mana duit nak datang lebih penting daripada ke mana duit nak pergi. 😎

Umar Taib
Hai,

Kelmarin FB, IG, Whatsapp berjemaah down.

Maka menggelabahlah pengguna-pengguna tegar platform tersebut.

Paling menggelabah adalah mereka yang menggunakan platform tersebut untuk berniaga. Itu termasuk saya. 😂

Tapi takdelah menggelabah sangat sebenarnya. Sebab saya tak bergantung kepada 3 paltform tu semata.



Ini bukan kali pertama perkara tersebut terjadi. Dah jadi beberapa kali.

Dan saya yakin akan datang mesti jadi lagi!

Perkara penting yang perlu kita fikirkan sekarang, apa perlu kita buat sebelum perkara tu terjadi?

Ada orang akan teruskan kehidupan seperti biasa.

Ada orang pula akan lakukan sesuatu supaya tak berhadapan dengan perkara yang buruk lagi.



Yang dah tak nak lagi menggelabah bila FB, IG, Whatsapp dan yang sewaktunya down, mungkin boleh tambahkan plaform lain untuk bisnes anda.

Tapi anda kena pastikan tau yang bakal pelanggan anda ada di platform tersebut. Kalau tak, sia-sia je anda tambah platform baru.

Mungkin anda boleh buka channel Youtube ke, bina website ke, buat blog ke, create channel Telegram ke, atau mana-mana jelah platform yang sesuai.



"Haa nak suruh orang masuk kelas dia le tu." Haji Bakhil.

Eh mana ada.. 😅



Kalau anda nak cuba platform tu semua, boleh tengok je kat Youtube ni. Klik link di bawah:

Website: https://youtu.be/Y2PoqNdjwOY

Youtube: https://youtu.be/3h78kLSAMbg

Blog: https://youtu.be/Y1cp-Y_0Xi4

Telegram: https://youtu.be/pPXcVujCB-8

Semoga video-video yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk anda. Dah tak perlu menggelabah kalau perkara sama terjadi lagi.



Oh ye..

Ahad ni sempena 10.10 kami ada buat promosi untuk panduan Kalis Alasan dan panduan Psikologi Iklan & Copywriting.

Kepada yang nak menggandakan jualan dan meningkatkan keuntungan, boleh rebut peluang ni.

Klik je link-link di bawah sekarang:

Promosi 10.10 panduan Kalis Alasan: https://umarvellous.com/pka-op/

atau

Promosi 10.10 panduan Psikologi Iklan & Copywriting: https://umarvellous.com/ppic-op/



Anda isi borang Reminder, nanti pada hari promosi kami akan emel dan SMS anda untuk ingatkan.

Kepada yang dah isi borang Reminder baru-baru ni, dah tak perlu isi lagi.

Okey tu je geng.

Terima kasih! 😄

UMAR TAIB
Semalam saya keluar dating dengan isteri. Kitorang pergi IOI Mall je.

Lepas lunch, isteri ajak cari baju. Kitorang pun pusinglah cari kedai baju.

"Yang.. you kena cari seluarlah. Seluar you tak banyak."

Haha betullah kata isteri saya tu. Saya ni jarang beli pakaian. Mungkin akan beli setahun sekali je masa nak raya.



Saya pun ikut dia masuk satu kedai ni. Saya ternampak satu seluar ni, cantik.

Sebelah dia ada baju yang matching dengan seluar tu. Kalau beli sekali, akan dapat harga special.

"Cun jugak kalau beli dua-dua ni. Mesti hensem bila pakai. Lagi pun boleh dapat harga special"

Saya pun amiklah baju dengan seluar tu.



Bila bawa ke kaunter untuk bayar, cashier tu cakap..

"Kalau encik beli lebih RM120, boleh dapat hadiah misteri."

Mula-mula saya macam tak peduli. Sekali isteri saya meracun..

"Yang.. you punya seluar kecik pun tak banyak. Belilah."

Hmm betul jugak apa isteri saya cakap. Saya pun belilah 2 kotak seluar kecik.



Lepas dah bayar, cashier pon bagi saya hadiah misteri tu.

Baucer bernilai RM20. Syarat untuk tebus, kena beli barang minima RM50.

"Yang.. baik you tebus baucer ni sekarang. Kalau simpan, mesti terlupa nak tebus. Jeans you tak banyak. Belilah."

Ya.. memang pun banyak baucer yang lupa nak tebus sebelum ni. Tau-tau dah expired.



Saya pun belilah 2 helai jeans. Dapatlah diskaun RM20 gunakan baucer tu.

Bila kitorang keluar dari kedai, baru saya perasan. Saya beli macam-macam.

Isteri saya tak beli apa pun. Siapa sebenarnya yang ajak cari baju tadi? 😅



5 perkara yang boleh kita belajar dari cerita ni..

1) Sentiasa cari jalan supaya pelanggan boleh berbelanja lebih. Cuba untuk cross sell dan upsell.

2) Pelanggan suka dapat harga special. Bila dapat benda special, kita rasa happy.

3) Pelanggan suka dapat hadiah. Bagi hadiah yang berbaloi untuk pelanggan dan berbaloi untuk anda.

4) Pelanggan suka dapat diskaun. Pastikan bisnes semakin untung lepas bagi diskaun. Bukan rugi.

5) Jangan shopping dengan isteri. Daripada nak beli 1 benda, dah jadi 6,7 benda. 😭


UMAR TAIB