Umarvellous
2.04K subscribers
384 photos
2 files
341 links
Channel Umarvellous
Download Telegram
to view and join the conversation
Apa nak jawab bila prospek kata,

“Nanti saya tanya suami dulu..”

Sebelum kita jawab, kita kena pastikan 2 perkara ini dulu.

Klik je sini sekarang: https://umarvellous.com/nanti-saya-tanya-suami-dulu/
Bersyukur kita diberi peluang untuk menyambut Hari Raya lagi.

Walaupun dalam keadaan PKP.

Walaupun tanpa rakan dan famili.

Walaupun tanpa yang tersayang di sisi.

Perbetulkan diri, pasti kita akan nampak jalan keluar untuk setiap ujian hidup ini.

UMAR TAIB
"Oh dia ada IG. Aku pun nak ada IG."

"Oh dia ada Twitter. Aku pun nak ada Twitter."

"Oh dia ada Tiktok. Aku pun nak ada Tiktok."






Pernah tak anda alami perkara ni?


Apa saja media sosial yang orang ada, anda pun nak ada.


Padahal belum tentu anda perlukannya.


Sebenarnya tak perlu pun ada semua media sosial untuk bisnes anda.


Saya bagi 2 sebab.





1) Audien anda tak berada di semua media sosial.


Siapa bakal pelanggan anda? Di mana mereka berada?


Soalan ni penting untuk anda tahu jawapannya.

Nanti anda sibuk daftar akaun FB lah, IG lah, Twitter lah, sekali audien anda langsung takde kat situ.

Lagi kelakar kalau audien anda langsung tak online. 😂

Tentukan dulu di mana audien berada. Kemudian baru daftar media sosial untuk bisnes anda.






2) Anda takde masa untuk semua media sosial.

Nak menguruskan akaun media sosial ni perlukan masa yang banyak.

Ingat sekadar tulis posting sepatah dua kata tu cukup?

Ingat upload gambar sekeping dua tu cukup?

Kalau sekadar buat hobi tu okeylah. Tapi kita ni nak buat bisnes.




Kena dirancang apa benda yang kita nak letak dalam setiap media sosial yang ada.

Nak kena sediakan bahan dulu. Kemudian upload. Kemudian nak kena monitor.


Betul ke apa kita buat? Berkesan ke? Apa hasilnya?

Kalau setakat dapat like dan share, apa gunanya? Bukan boleh buat bayar bil.




Mana yang menjadi, macam mana boleh ditambah baik lagi?

Yang tak menjadi, macam mana boleh dibetulkan?


Ke tinggalkan je dan fokus kepada media sosial yang mendatangkan hasil?





Sebenarnya anda tak perlu pun nak post setiap hari.

Kadang tu saya tengok orang post gambar kucing lah, kata-kata mutiara lah dengan apa benda ntah lagi.

Semata-mata nak pastikan ada posting terbaru setiap hari.

Dah macam media sosial untuk peribadi. Bukan untuk bisnes.

Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Post sesuatu yang relevan dengan bisnes dan audien anda.





Penting ke ada follower yang ramai?

Kalau ramai tu bonus. Paling penting follower yang berkualiti.

Ada tu follower nampak macam ramai. Tapi bila buat posting takde engagement pun.

Jadi lebih baik ada follower tak ramai yang sangat responsif dengan posting kita.





Apabila kenal audien bisnes kita. Dan tahu di mana mereka berada. Kita dapat bekerja dengan lebih baik.

Masa kita sangat terhad. Gunakanlah dengan sebaiknya.






UMAR TAIB

p/s: Tengah beraya lagi ke tu? 😁
Bagi offer padu kepada prospek!


Apa saja yang kita jual, orang lain pun ada jual.

Kalau dulu orang lain mungkin susah nak tahu mana kita dapat supply produk yang dijual.

Tapi sekarang ni mudah sangat. Google je, dah jumpa supplier produk kita.

Jadi kalau produk dah sama, kenapa prospek kena pilih beli dari kita dan bukan dari pesaing?


Salah satu caranya adalah dengan bagi offer padu kepada prospek.

Macam mana offer padu tu?

Kena nyatakan bagaimana produk kita boleh menyelesaikan masalah prospek.

Lebih spesifiknya begini..


1) Tunjukkan produk kita mudah untuk digunakan.

2) Pastikan produk kita boleh menyelesaikan masalah prospek dengan cepat.

3) Prospek nampak produk kita seperti penyelesaian berbeza dan terbaru berbanding yang lain.

4) Prospek rasakan yang produk kita adalah yang terbaik berbanding pilihan lain.

5) Menyelesaikan masalah prospek yang ketara dan tersembunyi.

6) Memberikan hasil yang diingini prospek. Lagi besar hasil, lagi bagus.

7) Dapat memberikan keyakinan kepada prospek yang mereka boleh menyelesaikan masalah itu.


Okey geng? 😄
Bagaimana kita respon kepada keadaan akan menentukan kejayaan.
6 PRINSIP INI BOLEH PUJUK PELANGGAN UNTUK BELI.
******

Mengikut Dr. Robert Cialdini, terdapat 6 prinsip pujukan yang boleh digunakan dalam aktiviti pemasaran.

.
1) Reciprocity

Orang akan rasa terhutang budi kepada orang yang buat sesuatu kebaikan untuk mereka atau beri mereka hadiah.

Jika anda berikan sampel sesuatu produk kepada bakal pelanggan secara percuma, mereka akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang produk tersebut dan beli.

Sebagai contoh, anda jual kuih tart nenas. Mula-mula, bagi orang rasa dulu.

Selepas orang tu dah rasa mesti dia akan tanya berapa harga, 1 bekas ada berapa biji , berapa lama boleh tahan, dan lain-lain.

Masa nilah mudah untuk anda close sales.

Kalau dia dah rasa kuih tart nenas anda sedap, tapi dia tak beli, takpe.

Kemungkinan dia akan tetap bagitahu pada kawan-kawan dia yang kuih tart anda sedap. Dah dapat word of mouth marketing percuma.

.
2) Scarcity

Prinsip ini selalu digunakan dalam kebanyakan iklan.

Contoh:

- Tawaran sepanjang bulan Ramadhan sahaja.

- 50% diskaun dalam tempoh 24 jam bermula dari sekarang.

Prinsip Scarcity digunakan untuk beritahu prospek bahawa mereka akan kehilangan sesuatu jika gagal bertindak sekarang.

Apabila anda letakkan prinsip ini dalam sesebuah iklan, peluang untuk ramai orang terus beri respon akan meningkat.

.
3) Authority

Orang menghormati kuasa. Mereka mahu mengikuti individu yang betul-betul pakar dalam sesuatu bidang.

Contoh:

Jenama produk sukan yang terkenal iaitu Adidas jadikan Lionel Messi sebagai duta.

Lionel Messi guna kasut bola jenama Adidas untuk bermain bola sepak.

Disebabkan pengaruh dan kredibiliti Lionel Messi, ramai yang mudah percaya bahawa kasut bola Adidas adalah antara yang terbaik.

Apabila orang yang mempunyai pengaruh besar dan kredibiliti berikan testimoni positif, ini akan pengaruhi bakal pelanggan untuk membuat pembelian sesuatu produk.

.
4) Consistency

Katakan anda beri kepada prospek sebuah software untuk bisnes. Dia boleh gunakan secara percuma selama 3 bulan untuk naikkan sales.

Selepas 3 bulan dia perlu langgan jika terbukti software tu membantu.

Semua perjanjian ni bertulis. Ada hitam putih. Dipersetujui bersama.

Prospek takkan ada masalah untuk berikan komitmen kecil.

Pakai jelah software baru selama 3 bulan. Bukan kena bayar pun.

Jika produk atau servis kita memang bagus sepanjang dia beri komitmen yang kecil, pasti dia akan beli.

.
5) Liking

Biasanya, kita lebih cenderung dipengaruhi oleh orang yang kita suka.

Suka boleh datang dalam cara yang berbeza. Mungkin berkongsi minat, pandangan dan pendapat yang sama.

Ia juga boleh datang dalam bentuk kepercayaan, mempunyai nama sama, orang beri pujian dan lain-lain.

Katakan nama anda Ali, nama prospek pun Ali. Peluang untuk prospek tersebut bertukar jadi pelanggan bertambah cerah.

.
6) Consensus

Ramai orang dipengaruhi oleh orang sekeliling mereka. Boleh jadi pengaruh tu dari segi perbuatan dan pendapat.

Contoh:

Di Malaysia, terdapat 3 jenis produk yang boleh menghilangkan masalah jerawat di muka iaitu Produk X, Y dan Z.

75% daripada penduduk di Malaysia mengatakan bahawa Produk Y paling berkesan berbanding produk X dan Z.

Jadi, jika diberi pilihan antara produk X, Y dan Z, produk mana yang menjadi pilihan anda?

.
Sekarang anda dah pun tahu apa 6 prinsip yang boleh pujuk pelanggan untuk membeli.

Boleh cuba amalkan. Okey? 🙂
Tujuan anda buat iklan hanya untuk buat jualan.

Ada beza iklan yang orang ingat dengan iklan yang berkesan.

Super Bowl ditonton oleh lebih kurang 114.4 juta manusia.

Pets dotcom perlu bayar lebih RM5.1 juta untuk beriklan dalam slot iklan TV Super Bowl.

Akhbar USA Today menyatakan iklan mereka paling diingati penonton dalam banyak-banyak iklan yang ditayangkan dalam slot iklan TV tersebut.

Iklan mereka yang menghiburkan itu tiada offer dan CTA yang jelas.

Beberapa bulan selepas itu, Pets dotcom tutup bisnes.

.

Ada 1 lagi iklan yang ditayangkan juga semasa perlawanan Super Bowl.

Iklan ini teruk dikritik dan dikatakan iklan yang bodoh.

Iklan ini tidak diingati lama oleh penonton selepas Super Bowl tamat.

Iklan ini daripada Salesgenie dotcom.

Selepas iklan ini ditayangkan, lebih 30,000 calon pelanggan ke website mereka.

Ini berlaku hanya dalam 1 malam. Tanpa iklan bodoh tersebut, mereka perlukan 1 bulan untuk dapatkan trafik sebanyak itu.

Mereka juga mendapat lebih 2,100 panggilan telefon dan iklan mereka di YouTube mendapat 25,000 views bermula malam tersebut.

Dan yang paling penting, mereka berjaya buat jualan bersama keuntungan.

Lebih 18,000 pelanggan dapatkan servis mereka.

Setiap pelanggan bayar lebih kurang RM4,000.

18,000 x RM4,000 = RM72 juta

.

Sebagai penutup, marilah kita hayati nasihat daripada bapa pengiklanan moden iaitu Claude Hopkins.

“The only purpose of advertising is to make sales. It is profitable or unprofitable according to its actual sales. It is not for general effect. It is not to keep your name before the people. It is not primarily to aid your other salesmen. Treat it as a salesman. Force it to justify itself. Compare it with other salesmen. Figure its cost and result. Accept no excuses which good salesmen do not make. Then you will not go far wrong.”

Umar Taib
5 sebab anda perlu tinggalkan multitasking!


1) Otak berasap

Okay saya merepek. Otak tak berasap. Tapi penat.

Sampai masa memang otak akan penat. Tapi bila anda cuba jadi Mr Multitasking, awal-awal otak anda akan penat. Padahal perjalanan masih jauh.

Nak buat 10 perkara serentak. Otak kena bahagi 10. Buat 1 perkara pun anda terhegeh-hegeh ada hati nak buat 10.

.
2) Kerja

Setiap kali anda bertukar kerja, besar kemungkinan anda akan terabai kerja-kerja yang lain. Boleh jadi itu kerja yang penting.

Anda juga boleh jadi hilang punca dengan tiba-tiba.

Anda sedang menulis, tiba-tiba klien telefon pejabat. Anda selamba jawab dan berborak macam dalam rancangan sembang teh tarik. Bila nak sambung menulis, anda berbisik.

“Eh apa benda aku nak tulis tadi?”

Padahal boleh je partner atau staf anda tolong jawab tadi. Anda cuma perlu belajar yakin pada mereka.

.
3) Masa

Anda akan buang masa. Kajian menunjukkan 28% masa kerja sehari kita akan terbuang apabila kita melompat dari satu kerja ke kerja yang lain.

Anda tak sedar sebab anda sibuk terkejar sana sini. Otak anda akan ambil masa untuk set balik untuk setiap kerja.

.
4) Silap

Anda akan banyak buat silap. Terlalu banyak maklumat untuk diproses.

Anda perlu buat keputusan. Ini memerlukan anda berfikir dengan betul. Anda berfikir dengan maklumat yang anda dapat.

Anda akan buat keputusan yang silap bila segala macam maklumat telah bercampur aduk.

Lain lah anda banyak minum pati ayam Brands. Makan kismis minda ke.

.
5) Stres

Anda akan stres. Stres gila. Stres tak bertempat.

Kesihatan anda teruk. Hubungan sesama keluarga retak. Masa untuk diri sendiri dah tak ada. Apatah lagi untuk tuhan.

Anda bekerja dan berniaga untuk bahagiakan diri sendiri dan keluarga kan?

Umar Taib
5 kesilapan yang peniaga biasa buat untuk marketing & sales.



Kadang-kadang anda tak sedar kesilapan yang dibuat. Terutamanya dalam marketing & sales.

Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah:


1) Takutkan perubahan

Semakin hari dunia semakin maju ke hadapan. Jika anda takut untuk lakukan perubahan untuk bisnes anda akan ketinggalan.

Pesaing anda akan ambil kesempatan untuk menarik perhatian pelanggan anda. Ia akan menyebabkan bisnes anda semakin dilupakan.

Contoh:

Sekarang banyak bisnes yang menggunakan FB Ads untuk marketing. Majoriti bisnes sesuai menggunakan taktik marketing ini.

Tapi apabila anda mendengar cerita kawan-kawan yang gagal menggunakan FB Ads untuk bisnes, anda pun tak berani menggunakannya.

Padahal bisnes anda sesuai dengan taktik marketing ini.

Apa yang patut anda buat ialah keluarkan sejumlah bajet marketing yang mampu anda tanggung kerugiannya jika tak menjadi.

Mungkin RM50. Mungkin juga RM500. Terpulang kepada modal yang anda ada.


2) Buat banyak perkara terlalu cepat

Ini lagi satu kesilapan besar yang ramai peniaga lakukan. Terlalu banyak membazirkan masa dan duit untuk marketing dalam fasa permulaan bisnes.

Contoh:

Pada minggu yang sama, anda cuba mahir dan buat segala macam marketing.

Hari ni buat FB. Esok buat IG. Lusa buat Google. Tulat buat apa benda tah lagi.

Apa kata anda mahirkan 1 taktik marketing dulu. Dah pandai dan berhasil, baru belajar dan cuba yang lain.

Jangan asah pisau B kalau pisau A tak tajam lagi. Jangan guna pisau B kalau pisau A tak lepas potong sayur.


3) Bercakap pada pelanggan

Anda sepatutnya bercakap ‘dengan’ pelanggan. Bukan pada pelanggan.

Contoh:

Mereka hubungi anda untuk bertanya tentang produk yang diiklankan.

Anda tanpa berlengah terus bagi maklumat produk dan cara pembayaran.

Gelojoh sungguh!

Bertenang. Ambil masa untuk bercakap dengan pelanggan. Kenali mereka. Tahu apa sebenarnya masalah mereka. Kemudian baru beritahu bagaimana anda boleh selesaikannya.

Tunjukkan bahawa anda betul-betul nak bantu mereka dengan menggunakan produk atau servis anda. Gunakan gaya bahasa yang mereka selesa.


4) Mengabaikan nombor

Bisnes ada banyak nombor. Nombor-nombor ini penting untuk menentukan jangka hayat bisnes anda.

Nombor-nombor ini juga penting untuk mentukan apa kita buat betul atau tidak.

Contoh:

Anda buat iklan menggunakan Google Ads dengan bajet RM10. Anda dapat 10 prospek.

Esok anda tambah bajet jadi RM20. Anda dapat 12 prospek.

Lusa anda tambah bajet jadi RM30. Anda dapat 14 prospek.

Kalau anda tak kira berapa kos untuk dapatkan prospek, maka anda akan terus naikkan bajet sebab anda ‘rasa’ macam makin banyak dapat prospek.

Padahal kadar tambah prospek tidak berbaloi dengan jumlah bajet yang dinaikkan. Mungkin ada elemen lain yang perlu diubah supaya prospek bertambah.


5) Terlalu fokus kepada trend

Memang betul dengan cara online marketing anda boleh dapat ramai pelanggan baru.

Tapi dalam masa yang sama anda tak boleh nafikan yang cara marketing lama masih berkesan.

Contoh:

Pengiklanan dari mulut ke mulut.

Anda mungkin sudah ada sejumlah pelanggan sedia ada. Pelanggan ini suka dengan servis anda.

Minta mereka ceritakan pengalaman mereka dapatkan servis daripada anda kepada kawan-kawan.

Jika ada kawan-kawan mereka yang dapatkan servis anda, berikan pelanggan anda itu inisiatif.

Anda boleh beri mereka baucer diskaun. Atau anda boleh beri mereka ekstra 1 jam servis.

Dengan ini mereka akan jadi lebih bersemangat untuk ceritakan pengalaman mereka kepada lebih ramai kawan-kawan. Kini pelanggan anda sudah jadi ‘sales team’ anda.
Apabila menjual, pastikan ke dua-dua pihak menang.

Anda yang menjual menang.

Pelanggan yang membeli menang.

Jika anda sorang je menang, bermakna anda dah jual sesuatu yang pelanggan tak perlukan.

Lepas tu, dah susah untuk anda menjual lagi. Percayalah.
"Terima kasih atas tip-tip yang diberi. Jualan saya meningkat 20% daripada biasa."

~Azri Affendy

.

Apa jadi kepada bisnes anda kalau jualan meningkat kepada 20% macam student panduan Kalis Alasan ni?

Katakan anda jual X. Harganya RM100.

Seminggu anda mampu dapatkan 70 pelanggan.

Maka jualan anda RM7,000 seminggu.

.

Katakan anda boleh tingkatkan jualan sehingga 20%.

Sekarang jualan anda adalah RM8,400

Dah bertambah RM1,400 seminggu.

Atau bertambah RM5,600 sebulan.

Semua sekali dah pun meningkat kepada RM33,600!

Cuba bayangkan apa anda boleh buat dengan jualan dan keuntungan yang dah bertambah ni?

.

Tapi ini cuma anggaran. Boleh jadi lebih, boleh jadi kurang.

Yang penting ada usaha pada pihak anda. Bila berusaha, anda ada peluang untuk tingkatkan jualan.

Bila usaha ala kadar, apa sebenarnya yang anda harapkan?

Macam student panduan Kalis Alasan yang sorang lagi ni. Nama beliau Cik Sheena.

"Sebelum ini saya lebih kepada 'Ok, bye-bye. Tak nak sudah. Rugi tak beli dengan aku'. Terus abandon customer tu dan redha je la orang tak nak beli dengan saya. Haha..."

Syukurlah sekarang dia dah bertaubat dan tak macam ni lagi. Kalau diteruskan begini, memang ramai prospek yang akan lari.

Bila dah lari, macam mana nak ada peluang buat jualan? Buka pintu peluang buat jualan seluas-luasnya!

.

Prospek bisnes anda suka bagi alasan?

Jualan jatuh sebab tak tahu nak respon apa kepada prospek?

Anda guna panduan ini untuk tukar alasan jadi jualan, tukar prospek jadi pelanggan!

Klik sini sekarang: https://umarvellous.com/pka-op/
1. Banyak fikir dari mana nak dapat modal bisnes

2. Kurang fikir dari mana akan datang untung bisnes

Kesilapan yang selalu dibuat orang.
Penjual yang bijak lebih banyak mendengar daripada bercakap.

Penjual yang baik lebih suka menolong daripada memaksa.

Penjual yang .......... . (anda isi tempat kosong)
Ada satu kajian. Kajian ni dibuat untuk lihat bagaimana pelanggan menilai servis baik & buruk.

Kajian dibuat di sebuah pasaraya.

Apabila pelanggan buat bayaran di kaunter, staf akan pulangkan duit baki & resit.

Separuh staf akan pulangkan dengan berikan duit & resit ke atas tapak tangan pelanggan.

Separuh lagi pulangkan dengan letakkan duit & resit di atas kaunter.

Apabila pelanggan keluar dari pasaraya, mereka ditanya tentang tahap servis pasaraya ini.

Pelanggan yang terima duit baki & resit di tangan kata servis pasaraya ini baik sekali.

Pelanggan yang kena ambil duit & resit di atas kaunter pula kata servis pasaraya ni buruk.

Anda ada dapat belajar sesuatu hari ni?
Profesor dari Universiti Columbia dan Universiti Stanford ada buat kajian yang menarik tentang pilihan.

Pilihan apa?

Pilihan kepada pelanggan. Okay macam ni.

=====

Mereka buka 1 booth dekat pasaraya.

Boot ni jual 6 jenis jem.

40% orang dekat pasaraya tu datang ke booth mereka untuk rasa jem.

30% beli jem yang mereka jual.

Seminggu kemudian, mereka buka lagi booth di pasaraya.

Tapi kali ni mereka jual 24 jenis jem!

Tahu apa jadi?

60% orang datang ke booth mereka untuk rasa jem.

Tapi tapi tapi..

Cuma 3% yang beli!

Jualan dengan pilihan 6 jenis jem, lebih banyak 10 kali ganda daripada 24 jenis jem.

=====

Kenapa jadi macam ni?

1) Apabila banyak pilihan, pelanggan semakin sukar buat keputusan.

2) Pelanggan sangat berharap dia buat keputusan yang terbaik. Tekanan ini menyebabkan mereka buat keputusan yang salah.

3) Pemilihan ambil masa dan akhirnya mereka mungkin putus asa.

=====

Anda bagi berapa pilihan kepada pelanggan?

Umar Taib
A: Halo tokey!

B: Eh halo.. lama tala nampak?

A: Sudah besar la tokey. Mana minat sangat dah main ni semua. Bisnes okay tokey?

B: Boley la..

A: Tokey kenapa sekarang nak main kena pakai kad? Dah macam nak lalu tol.

B: Pakai kad lagi untung maa..

A: Apasal lagi untung? Dulu bayar mesin pakai syiling. Lepas tu tukar pakai token. Sekarang dah kad pulak.

B: Lu mau tau ka?

A: Mestilah. Kalau tak gua tak tanya.

B: Masa gua tukar dari syiling ke token, sales gua naik double. Lu tau ka?

A: Wah banyak aa tokey.

B: Bila gua tukar dari token ke kad, sales gua naik lagi double!

A: Wow. Kenapa jadi macam tu tokey?

B: Ini gua belajar dari bisnes judi.. Lu tau ka dekat kasino orang pakai itu chip?

A: Oh tau.

B: Mana lu tau? Lu pernah pergi kasino ka?

A: Takdelah. Tengok dekat tv.

B: Kenapa kasino pakai chip? Kenapa tak judi terus pakai duit?

A: Tak tau la tokey.

B: Orang lagi senang mau belanja bila dia tak perasan itu duit.. Sebab itu duit sudah tukar jadi chip..

A: Ohh.

B: Lu pernah lalu itu lorong touch & go dekat tol?

A: Pernah. Saya ada kad touch & go.

B: Pernah tak lu lalu tiba-tiba kereta depan stop sebab tak cukup kledit?

A: Pernahh. Selalu gak tokey. Gua pun kadang-kadang tak perasan kredit tak cukup.

B: Yaa tengok.. Sama la sini.. Kad kena beli.. Sudah beli kena top up.. Bila main dia nampak kredit saja kurang.. Itu duit kurang dia tak perasan..

A: Hmm betul lah. Dulu masa main pakai syiling, gua kadang-kadang rasa berat gak nak masukkan duit dalam mesin. Main pakai kad ni kita tau touch & play je.